Tuesday, March 29, 2011

Kini kembali jua akhirnya

Assalamualaikum wbt...

Waahh rasa kekok plak nak tulis..dah lama beno tinggalkan blog ni.Masalahnya time nak tulis je idea tersekat-sekat,nak tulis ape pun tak tau.time tak nak tulis mencurah-curah plak idea..haiya.Tak dapat dinafikan, memang banyak peristiwa berlaku sepanjang tempoh saya tinggalkan blog ni.Setiap hari pasang niat nak update blog nak update,siap dah susun ayat nak tulis ape.tapi nak buat macam mana,tak ada rezeki time nak tulis ada saja halangan.dan halangan terbesarnya ialah......MALAS.

Ok,antara perkara terpenting yang dh berlalu sekian lamanya ialah,em..rsanya 6hb februari (rsanya),kakak tercinta Khadijah yang kini blaja kat mesir dapat balik malaysia.seronok bukan main terlupa habis kat blog ni.So,sepanjang tempoh ijah kat malaysia dalam sebulan ke dua bulan ntah,saya banyak habiskan masa dengan dia.kat mana ada muka dia kat situla ada muka saya sekali.Kepulang free dia kali ni saya anggap sebagai satu hadiah dari Allah. Hari-hari saya tak lagi suram dan sepi tapi penuh dengan aktiviti dan suka duka bersama.Lebih mengembirakan ijah sempat wish besday saya pada 20hb feb.tepat pkul 12 malam lagi dia wish,sambil mengangis sebab terharu boleh wish face to face.huhuu.tak de pun orang wish sampai mcm tu skali kat nani.Pada tarikh keramat,14hb mac kami hantar ijah ke masjid shah alam untuk berlepas ke mesir di bawah tajaan kerajaan selangor.Memang sodih sebab saya dah tak da teman nak berbual bercerita dan mcm2 lagi :(

Habis kisah tu,ni saya sentuhla sikit pasal besday saya yang dah berkurun lamanya berlalu.Besday kali ni boleh dianggap yang paling bersejarah sekali sbb first time family buat seprise.Haha memang kelakar jugak bila igt balik.Sambutan dia lambat sikit dari tarikh hari jadi.Malam tu adik beradik lain balik rumah.Kiranya meriah jgakla sbb ramai org.Papa beli ayam banyak sebab nak buat bbq,makan ramai-ramai malam tu kat kat dewan rumah.Habis je makan,perut pun dah konyang,saya masuk rumah tengok tv.Then Ijah tetibe panggil suruh pergi dewan, ada mesej kat hp (henpon ada kat dewan waktu tu).Saya pergi ke dewan ambik hp tengok mesej.Kebetulan mmg betul ada mesej dari kakk kat seremban(yang padahalnya ijah saja je kata ade mesej sebab nak suruh saya pegi dewan) Saya pun msuk rumah balik.Ijah dok panggil2, datangla sini datangla sini balik tengok mesej.Saya kata, dah tengok ( ijah jd blur, dia pun tak tahu ada msg)Bila dh kene asak banyak kali,saya pegila dewan,tiba tiba lampu terpadam (igtkan adik, si Ammar tu yang main tekan2 suis) sekali saya nmpk lilin kek keluar dari bilik.Haha memang tergelak besar saya waktu tu sebab memang tak sangka langsung.Besday dah lepas lama kot.Tapi apa2 pun seronok sesangat malam tu,adik beradik lain and even PAPA sekali nyanyi lagu besday.huuuu memang sangat terharu.bukan senang ! ;P terima kasih kat kak tim yang pemurah sponsorkan kek cheese.That night I slept with a broad smile carved on my lips.alhamdulillah!

perjumpaan keluarga terbesar
 Dalam tempoh ni jugak, kak tim yang dulunya tinggal di shah alam terpaksa tinggal sekali dengan kami kat rumah sg buloh sebab tok laki tersayang pergi outstation. Jadi,sayalah yang menjadi companion tersetia dan diamanahkan oleh suaminya,Abg Saiful untuk jage kak tim dengan baik.Kesian kat kak tim..dhla mengandung..suami pulak dok berjauhan.huhuh.Abg Saiful yang kat us skrang ni akan balik akhir bulan 4 insyaAllah.Tiap malam mesti kena buat susu anmum kat kak tim.Sekali sekala bila milo habis,saya pun tumpang sekaki menghabiskan susu anmum tersebut.haha sedap jugak:)

Hm apa lagi..oh ya...hampir terlupa.23hb mac yang lalu keputsan SPM telah diumumkan.Sehari sebelum tu, tido tak lena,makan mcm biasa, nak buat kerja semua tak de mood.Asyik fikir apalah bentuk huruf kat atas slip nanti.Kalau ikutkan hati,saya memang tak yakin nak dpat result molek.sebabnya ntahla.. bila igt soalan2 yang dh dijawab rsa macam ntah pape semuanya.Saya teringat,Ijah selalu bagi nasihat yang dia pun mcm saya jugak dulu.tak konfiden langsung nak dapat result baik.disebabkan itu, ijah baca yasin sokmo,tiap tiap hari solat hajat mintak doa supaya Allah bagi result yang cemerlang.tawakkal segala galanya.Saya ikut nasihat ijah dan yakinkan diri bahawa Allah akan bagi yang terbaik untuk saya,setimpal dengan usaha saya selama ni.alhamdulillah,saya dapat 10a 1b.b syariah...memang tak sangka langsung.igtkan b kat subjek sains tp lain pulak jadinya.apa pun alhamdulillah yaAllah..kejayaan ini sudah melebihi apa yang aku sangkakan!

Itulah sedikit sebanyak apa yang berlaku pada diri ini sepanjang tempoh blog ini tidak diupdate.InsyaAllah lepas ni saya akan tulis entry-entry yang lebih bermanfaat untuk dikongsikan bersama.Sehingga saat ini,banyak yang saya lalui,sedih gembira tension semua ada.Biasalah hidup,kita tak boleh gembira sepanjang masa,tak boleh juga sedih sepanjang masa.Paling penting kena selalu berdoa agar Dia sentiasa memberi hidayah dan petunjuk kepada kita. sebab kita ni selalu lupa leka dan alpa.Hanya dengan teguranNya yang dapat menyedarkan kita hamba yang lemah dan banyak berbuat dosa.

Berjaya jugak update blog ni.yay! alhamdulillah:)