Tuesday, September 18, 2012

Orang yang sedekah tersalah alamat



Dalam setiap generasi dan masa di mana terdapat Islam, terdapat orang baik yang rindu berbuat kebaikan.Mereka melakukan ketaatan dengan ikhlas dan sukarela. Mereka tidak menuntut balasan dan rasa syukur dari manusia.Rasulullah menceritakan seorang lelaki yang ingin bersedekah secara diam-diam. Yang mengatahui hanyalah Dzat yang Maha Mengetahui perkara ghaib. Sedekah secara rahsia memadamkan kemarahan Tuhan. Dan sedekah rahsia lebih baik daripada sedekah secara terbuka.

Lelaki ini telah bertekad untuk bersedekah lalu di tengah malam dia keluar mencari orang untuk menerima sedekahnya. Dia bertemu dengan seorang lelaki yang dia kira orang miskin, lalu harta yang ingin dia sedekahkan diberikan kepadanya, tanpa mengetahui lelaki itu sebenarnya adalah pencuri. Maka di pagi hari di pasar dan perkumpulan, orang-orang membicarakan pelaku sedekah yang memberikan hartanya ke tangan pencuri.

Berita seperti ini tersebar dalam masyarakat skala kecil, maka ia beredar dengan sangat cepat. Berita itu sampai kepada pelaku lalu dia bersedih dan gelisah. Kesedihan dan kegelisahannya dia ungkapkan dengan ucapannya, "Ya Allah bagi-Mu segala puji, sedekahku jatuh ke tangan pencuri." Dia bertekad mengulangi sedekah di malam berikutnya karena dia mengira bahawa sedekahnya telah hilang seperti debu ditiup angin. 

Setelah malam menutupinya dengan kegelapan, dia keluar dengan sedekahnya. Dia memberikannya kepada seorang wanita yang dia kira miskin tetapi ternyata dia sebenarnya adalah wanita pezina.Wanita ini bercerita seperti pencuri bercerita. Berita pun tersebar luas dan pelaku tersebut mendengar akan hal itu. Kesedihan dan kegelisahannya berganda, lalu dia mengulangi ucapannya yang kelmarin,"Ya Allah bagi-Mu segala puji, sedekahku jatuh ke tangan wanita pezina." Demi mencari pahala dia bertekad untuk bersedekah lagi untuk kali ketiga.

Pada malam ketiga sedekahnya jatuh di tangan orang kaya. Kamu boleh membayangkan kesedihan lelaki ini yang tidak pernah tepat dalam urusan yang diingini sebanyak tiga kali. Saat ini dia mengadu kepada Tuhannya dengan penuh kepedihan,"Ya Allah bagi-Mu segala puji. Sedekahku jatuh kepada pencuri, penzina dan orang kaya!".Lelaki ini tidak mengetahui bahwa Allah menulis pahalanya. Orang yang menginfakkan hartanya demi mencari pahala Allah, Allah akan memberikan pahala walaupun si penerima tidak berhak untuk menerima. Di dalam mimpinya, dia didatangi dengan kabar gembira bahawa Allah menerima sedekahnya dan membalasnya dengan pahala. Dia diberitahu hikmah besar di sebalik sedekah kepada tiga orang tersebut.

Adapun semoga pencuri itu sedar akan kesalahannya lalu dia tidak mencuri. Semoga wanita penzina itu menjaga dirinya daripada zina dengan harta itu dan semoga si kaya ini terdorong untuk berinfak dengan meneladani lelaki ini yang bersedekah di kegelapan malam agar tidak diketahui oleh orang lain demi mencari pahala dari Tuhan. Dalam hadis-hadis disebutkan bahawa sedekah diterima walaupun ia jatuh ke tangan orang yang tidak diingini oleh pelaku sedekah. Wallau'alam.

Subhanallah. sangat luas kan rahmat Tuhan :) Kisah ini saya ambil dan ceritakan semula daripada buku, "Kisah-kisah sahih dalam al-Quran dan sunnah" oleh Syeikh 'Umar Sulaiman al-Asyqor. Semoga ada iktibar dan pengajaran yang boleh diambil daripadanya dan yang pasti juga, semoga kita terdorong untuk melakukan sedekah hatta dalam keadaan apa sekalipun! kerana sesungguhnya itulah harta atau aset kita yang sebenar-benarnya, yang boleh kita tebus di akhirat nanti, InsyaAllah.
  

kisah raya tahun ini :)


Assalamualaikum wbt
(Entry kali ni macam biasalah, saya akan gunakan ganti diri aku untuk rasa lebih ‘feel’.. ;)

Seriously dah 30 minit aku mengadap laptop ni tapi satu perenggan pun tak dapat nak karang lagi. Asyik tulis padam tulis padam, apa dah jadi dengan otak sasteraku ni? Hmph banyak tidur ne..

Walaupun orang dah nak beraya haji, aku harap masih belum terlambat untuk aku cerita kisah raye puasa aku tahun ni. Better late than never lah katekan. Hehehe.

So raya tahun ni, tema makanan nye adalah seafood yang dibawa khas oleh abang aku dari sabah. Siap dengan ikan yu dia bawak balik. Waktu ikan tu dok dalam peti,semua bagai nak rak bincang pasal resepi, mai tang siang, semua pakat lari. Haha apa la. Aku pun lari jugak ..Mana taknya rupe ikan yu tu sebijik macam kat underwater world yang aku penah pegi masa lawatan dulu2. tak sanggup den nak siang. At last, masuk la balik ikan ikan itu ke dalam peti untuk disemadikan..

Eh apasal aku cakap pasal tema makanan pulak ni. Orang lain sibuk tema baju raya aku cakap pasal makanan pulak ek. Tema baju raya? Warna warni macam biasalah..


Satu lagi yang best raya tahun ni, bilangan orang yang layak memberi duit raya semakin bertambah. Dua orang abang aku start keje as a houseman so ini adalah berita baik untuk kami2 yang masih single dan belajar ni hehe :D Adatnya memang macam tu lah. Jadi tahun ni dapatlah jugak aku mengumpul duit raya mengalahkan budak kecik yang beraya sekampung :D

Raya kali ni jugak, dengan rasminya kami sekeluarga mula naik ke rumah baru setelah rumah yang terbakar dulu direnovate nak dekat setahun gitu. Alhamdulillah impian aku dengan kakak untuk dapat bilik baru tercapai jugak.. :) Time kasih pada kakak2 dan abang2 yang banyak tolong papa dan umi dalam membeli perabot baru untuk bilik kami. Jazakallah! :D

Kalau nak cite pasal raya alamatnya tak tido lah aku malam ni. Jadinya untuk shortcut aku letak gambar ajelah. Salam Aidilfitri buat kak cah yang berada di uk. insyaAllah tahun depan nani beraya kat sane plak k.hehe.kak cah nak sposor half kan? ;P

 boboi and dadam :)

 hai la anis, apa la kisahmu upsr tahun ni

peace no war ^^ 

sape nak duet raye,salam dengan tok wan cepat.!

waaw pak chan nak bg duit raye.yaay 

yang tua pun tak nak kalah :D

Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin :)

bujang senang :)

 smileee :D

mak tam: nak duit raye acma, asma: tok leh!!

alamak rendang dah habiis!!haha best pic of the year :D

beautiful posing :)

dan yang pasti, tempat ini takkan kami lupakan.

Seperti biasa untuk kata mutiara kali ni, mungkin tiada kena mengena tapi nani nak kongsi juga. Kata2 dari al-quran:

"Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaga bergiliran, dari depan dan belakangnya. mereka menjaganya atas perintah Allah" [13:11]

Semoga kita semua sentiasa beringat dan berhati-hati dalam setiap perkara yang kita lakukan. Awas, anda sedang diperhatikan!


14 sept 2012
1200am