Friday, July 26, 2013

Orang asli Pos Kuala Mu

Assalamualaikum semua. :) apa habaq iman anda? macam mana progress ibadah anda di bulan ramadahan ini? semakin baik, steady atau dah pikiaq raya jaa. Baju raya warna apa. Dah cukup 5 helai ke belum. haaih. wake up wake up. Ramadhan dah nak habis!

InshaAllah harap2nya semua sedar akan hakikat itu, dan cuba sedaya upaya untuk rebut peluang beribadah n berdoa banyak2 dalam bulan mulia ni. (Even aku dah kene sound dengan ijah sebab update blog instead of tadarus.huhu)

Kali ni expresso punya update. Sebab banyak benda lagi nak buat, dan jugak sebenarnya dah langgar peraturan waktu tidur.

Alhamdulillah, jumaat yang lalu 19-21hb july, kami bertiga (aku. adek dan ijah) ikut papa ke program yayasan al-khalifah di perkampungan orang asli Pos Kuala Mu, kelate dan singgah sebentar di Tuel, gua musang untuk hantar stok makanan. Apa yang dapat bisa ku cakap, alhamdulilaahhh. 3 hari yang sangat best walaupun perjalanan ke kampung org asli tu hampir2 membuatkan aku btul2 nak batal kan posa dah huhuhu. Sangatlah pedalaman, disebalik gunung2 yang aku dah bapa kali berfikir mcm mana orang asli bleh masuk sampai ke dalam ni. huhu. hebat depa ni. :)

Ku biarkan gambar2 ini pula bercerita. InshaAllah, jika tiada aral melintang, besok aku ke kelantan lagi, inshaAllah :))

bersungguh betul adik2 ni :') walaupun kami cuma nak bagi belon..

cakap ape? "terima kasih, alhamdulillah" :)) -walaupun kampung ni cuma 30 percent sahaja yang Islam, tp budak2 ni semua kami didik dengan cara Islam. mudah2an bila mereka besar nanti, mereka lebih kenal dan bawa Islam ke dalam diri, keluarga dan masyarakat. ameen.

lepas sesi belajar ambik wudu'. sempat posing dulu ;P

ini ratu batu seremban masa sekolah pun boleh kalah dengan budak2 asli ni. haih buat malu ja haha. sape la yang ajar budak2 ni main batu seremban...konfius..

persiapan untuk berbuka puasa. masak mesti buat untuk sekampung!

ops dik, sabaq sabaq tak masuk waktu lagi :P - bg masy org asli, kurma pun dorang boleh berebut :') betapa bersyukurya dapat makanan..alhamdulillah.

Atas pondok sewang. tempat ni berangin je walaupun matahari panas terik! patutla org asli suka tinggal di rumah sebegini walaupun kerajaan dah buat rumah batu untuk dorg. hm..

cuba teka kat mana ni? hihi kami waktu ni kat atas land rover (land rover ke name die) jalan2 kat kampung. tu muka orang jakun. :P

Terpegun melihat suasana rumah yang bersih dan tersusun rapi. Ni rumah tok batin. semua alat masak dia ada, supaya senang nak buat jamuan raya. Kalah sesetengah rumah orang di bandar, ops.:)

Kenangan :))

TV3 pun bleh sampai sini. cayalah..syabas yayasan al-khalifah :)

TV Hijrah pun tak nak ketingalan. Ijah di belakang curik2 nak masuk kamera tp malangnya xberjaya :P

Pengagihan beg2 hasil sumbangan kepada anak2 orang asli. alhamdulilahhh :) hepi sangat bebudak tu. sampai yang tak skolah pun beratur jugak nak beg. alahai kesian..

Alhamdulillah, insan ini berjaya mengucap 2 kalimah syahadah walaupun ibu bapanya sudah lama memeluk agama Islam. :') alhamdulillah.. " yaAllah, janganlah Engkai pesongkan hati kami setelah Engkau memberi hidayah kepada kami" ameen..

Dari kecik kami ikut papa ke orang asli, aku rasa ini satu2nya gambar yang ada muka kami bersama.:) 

Selesai. Pengalaman berharga, alhamdulillah Allah mudahkan. Semoga terus tsabat di jalan ini. Ameen.
Assalamualaikum dan selamat malam :))

Friday, July 19, 2013

Masihkah ada yang ketiga

Kali pertama, sewaktu ibunya yang tercinta pergi buat selamanya.
Dan hari ini pula dalam sejarah,
kali kedua dalam hidup, aku melihat dia menitiskan air mata.

"Papa cuba tengok video ni.hehe"

"Video apa ni?" 

"Video teaser kak amy buat untuk abg can. Sweet gitu hehe." Aku menggedik.

***

"Pa dah habis tengok? so papa, what is your comment? what do you feel?"

Dalam hati, dah agak jawapan papa.. mesti papa nak cakap, anak anak muda bercinta, nak nak menikah biasa la. Mesti hepi, rasa seronok ja..

Tapi tak, lain yang aku terima. Cermin mata dibuka, ada air jernih mengalir di hujung kelopak matanya.

"Hm..I feel...emotional. It reminds me to your mother.."

"..............."

PAPA....

Dia bercerita ringkas, kisah awal selepas pernikahan dengan mama. Jelas wajahnya ceria walau sesekali tangan menepis saki airmata.

"Ok pa :') nani nak masuk bilik jap. Minta maaf tau.."

Laju langkahku ke kamar. Di situ aku pula menghambur sejuta perasaan dan air mata yang tak tertahan.

Pa, tiada siapa tahu apa rasa yang tertanggung dalam hatimu. Rindu itu pasti, tapi engkau lelaki yang tak mungkin mudah meluahkan segala rasa di hati. Doaku ayah, semoga engkau terus kuat! :')

Hari ini dalam sejarah, aku melihat dia menangis setelah hampir 12 tahun sepasang mata itu tampak cekal di hadapan kami semua anak anaknya. 


Aduhai papaku sayang..


Thursday, July 11, 2013

Target ramadhan kali ini

Assalamualaikum wbt. Malam yang indah, tenang dan nyaman. Alhamdulillah..:)

Bagus la tu, skarang dah pukul 12.30am, dan aku masih tekad untuk update blog yang kekurangan kasih sayang ni. Tapi tak pa, ada banyak 'jam loceng' untuk gerak sahur besok. 'Jam2 loceng' ni selagi orang tak bangun, selagi tu la 'berdering' sampai haihh, tak tau la nak cakap. Pendek kata lebih baik bangun, kang ada yang kena simbah air tak pasal2. hehe dasyat2.

Ni la kenangan yang tak kan dapat dicari dalam bulan2 yang lain. Ramadhan kareem. Alhamdulillahh...aku berjumpa lagi dengan ramadhan tahun ini!

Masuk hari ni, dah kira hari kedua aku berpuasa di rumah bersama keluarga tercinta. Adik beradik yang blajaq jauh2 pakat balik rumah. Adik yg blajar di kedah, kakk yg di mesir, dan aku sndiri yg dr sabah ni antara yg terawal sampai rumah untuk sambut 1 ramadhan bersama. 11 orang semuanya di bawah satu bumbung. Dah macam asrama dah bilik aku ni. hehe. Ni tak termasuk lagi 6 adik beradik aku yg belum balik. Tak sabaqq nak tunggu saat itu :))

Sudah menjadi kebiaasaan, tiap kali anak2 balik berkumpul di rumah. atau bila ada event2 yg tertentu, Papa akan buat tazkirah/usrah kecil tiap kali lepas solat. Biasanya lepas solat subuh atau lepas solat maghrib. Tazkirah ramadhan kali ni, aku nak kongsi sikit apa yg aku dapat dalam tazkirah papa 2 hari yang lepas. InshaAllah, mudah-mudahan bermanfaat untuk semua.

dah sampai bulan ramadhan, jangan lepaskan peluang yang ada :)


Dalam bulan ramadhan ni, kita semua tau, ada dua event besar yang berlaku di dalamnya. Ape dia??
Ia itu adalah... bulan di mana turunnya al-quran (sekaligus mengangkat Nabi Muhammad saw menjadi rasul) dan malam lailatul qadr iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Sebab ada 2 perkara besar yang berlaku ni lah, kita kena rancang baik-baik, mestii ada target untuk dicapai dalam bulan ni. Sebab ni bukan benda kecik yang Allah saja2 buat. Nanti bila dah habis sebulan, cuba tanya pada diri, "berjayakah aku mencapai matlamat puasa yang Allah kata dalam quran, iaitu la'allakum tattaqun (mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa)??" haa..nanti tanya jangan tak tanya..;)

So...antara target-target yang kami bincang, yang mesti! dilakukan, inshaAllah mudah mudahan diberi kekuatan, termasuklah :

1. Sembahyang berjemaah - kalau perempuan xpe la, bleh lagi berjemaah di rumah. tapi kalau laki, kalau boleh nak 100% berjemaah di masjid/surau.

2. Sembahyang2 sunat- sunat rawatib, sunat dhuha, taubat hajat mahupun tarawih. Sebab aku pernah baca, kalau nak jaga amalan wajib, perbanyakkanlah amalan sunat kerana biasanya orang yg banyak amalan sunatnya, akan menjaga amalan wajibnya.

3. Baca quran - pertama, sebab bulan ni bulan turunnya al-quran, jadi tak kena sungguh la kalau kita tak baca al-quran. Kedua, Nabi Muhammad saw sendiri pun bertadarrus dengan Jibril setiap malam.

4. Fastabiqul khairat - berlumba lumba untuk buat kebaikan. Kalau sebelum ni kena suruh dulu baru nak buat, kali ni jangan pikir lama dah, jangan pikir siapa punya kerja dah. Buat selagi yg termampu. dan buat kerja tu, niat kerana Allah.:) bersedekah pun boleh masuk di bawah point ni.

5. Perbanyakkan zikrullah - Especially kalimah 'la ilaha illallah'- besar ertinya dan banyak fadhilatnya di sisi Islam.

6. Perbanyakkan istighfar -  Ini kalau boleh, tak lekang dari mulut kita seharian. Kadang2 malu nak minta sesuatu daripada Tuhan bila fikir kita ni bawa banyak sangat dosa di belakang. Istighfarlah selalu, kerana kita hamba berdosa, tak lepas dari berbuat dosa. Allah Maha Pengasih, Maha Menerima Taubat, Maha Pengampun, Maha Penyayang :)

InshaAllah, itu saja yang aku mahu kongsikan, antara target2 yang aku cuba untuk capai dalam bulan barakah ini. Sebenarnya mata ni pun dah tak tertahan apalagi melihat adik beradik yang lain dengan bahagianya berguling2 atas katil. Ada juga yang dah mengigau sampai buat aku tergelak sorang2 malam camni haha. Lucu la diorang ni.. (tapi aku pun dua kali lima ja hihi)

Akhir kalam, selamat menyambut ramadhan buat semua, mohon maaf salah dan silap. Semoga bertambah amalan dan meningkat keimanan dan taqwa kita pada ramadhan kali ini, inshaAllah ameen ameen ya rabbal a'lamin. :)

Assalamualaikum wbt..;)