Thursday, February 25, 2021

Alhamdulillah

 Setelah sekian lama aku melupakan blog nii (sebab lupa username and password!) 

Akhirnya hari ni berjaya bukak balik 


YaAllah im so happyy!


Thank you Allah for this miracle ;')

Sunday, August 13, 2017

Sapu-sapu dulu

It has been a while.! Nasib aku masih igt password blog ni. Google account pun sampai ragu2 tadi, tak kasi aku masuk sampai hantar verification code kat emel. huhh. Aku mak dia laa, tak kan lupa password kot *dramaa kejap* haha

Dear blog, untuk pengetahuanmu alhamdulillah aku dah pass medical school (yaay!) alhamdulillah.;'D dah almost sebulan sbrnya result keluar haha.. So insyaAllah akan pulang ke rumahku syurgaku beberapa hari saja lagi. dan kini meniti hari2 terakhir di Sabah.Sedih. 

Saja update hari ni sebab pakai komputer best kat ofis dengan wifi yg laju. hee.. iAllah will try to write more after this, (harapan sangat) mudah2an la.sebab skrng dh officially tanam anggur jagung bawang serai semua pun bolehh. Kali ni punya on blog, kita sapu-sapu dulu. :)

mudah2an cuti maryam hanani kali ni cuti yg bermanfaat hendaknya. insyaAllah ameen.

nota kaki: punya la rajin menyapu sampai tersapu sekali post love supermoon aku sebelum nii. andu bah T.T  huhu #sabojelah

Sunday, October 23, 2016

Buku segala nota

Assalamualaikum blog kesayangan

Malam ni aku kemas2 nota untuk start first day besok as final year, insyaAllah. ;) Maka aku pun belek la balik nota2 lama aku plus buku nota yang bercampur semua benda dalam tu hahah. Buku nota ni act mng aku bawak gi memana n kebetulan page dia tak habis lagi, so aku pakai la utk tulis nota OnG pulak. First posting aku masa 3rd year. Nak tergelak sangat baca apa yang aku tulis dlu. Sampai sekarang tak leh nak berenti gelakk haha. Kenangan sungguh. ;'D

Jom tengok apa yang basically ada dalam buku nota kecik yang aku bawak keliling satu dunia ni πŸ˜‚


 Yang ni time cuti kat rumah, cuti end of 2nd year sblom masuk 3rd year/clinical year. Study pasal ubat dengan sepupu(pharmacist) yang tengah tgu keje lagi masa ni haha. Skrng dah keja dah anak satu dah pun. Igt lagi time ni aku tanya diuretic tu apee, then Irham ckp, diuretic tu ubat bg keluar air dalam badan. Newbie lagi time tu keke. 

Ni plak nota yang ditulis oleh Dr Azwan, tulis masa kat kemboja kot ni haha. Masa ni alhmdulillah aku diberi peluang ikut humanitarian work kat sana walopun baru 2nd year. Pegalaman sgt bernilai.! Igt lagi Dr tulis nota ni masa kat lobby hotel, few hours seblum kami nak bas n masuk kampung ;'D time ni aku tak tau apa, skrng dah belajr n wajib hafal kot hmm. Patutla Dr igt hehe

I

Ni benda yang wajib ada dalam setiap buku nota aku even smpai sekrang haha. Ataupun kat mana2 kertas la yg aku boleh grab. Things to do things to things buy things to do. Mende tu jelah berulang2. Buat camni brulah semangat nak buat kerja hehe, especially bila tgk list tu pnjang, hai byk pulak kerja kena buat.Semangat2 jgn malas!

Yang ni antra yang sakit perut aku gelak bila baca balik. Haha amendele aku ngan ijah merepek ni!

Yang ni, alhmdulillah sejuk hati baca. Nota usrah gabungan dengan Pak Syuhada dari Indonesia. Masa ni aku dah kat Sabah dah :) 

Dan yang terakhir, ni aku rasa paling bermakna sekali :)) igt lg nota ni aku tulis masa kol ayahanda tercinta lepas exam bila ntah (yg tu tak igt keke) tp yg pasti aku nanges kot pas exam tu sbb takut failed.Igt lg aku keep on saying kat papa mcm mna kalau failed, mcm mna kalau faileddd.. and jawapan papa tu sgt menenagkan hati ku hehe :) papa mmg sangat positive, and papa tak kesah pun, Aku je yg kengkadang pikir lebih2. Alhmdullillah thnk u papa for all the soothing advices ;)

soo itu jelah coretan aku malam ni haha. saje je smgt nk update blog lepas terbukak buku penuh nostalgia ni. Mana tau buku ni hilang pasni, at least aku ada simpan memori dalam blog ;P 

Besok aku start OnG senior posting, insyaAllah. Doakan yang baik2 :) Selamat malam dunia!

Monday, July 18, 2016

Selamat Hari Raya!

Raya sebulan kan? Masih sempat lagi πŸ˜‚

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga. 

Alhamdulillah tahun ni full house. Bukan senang nak boleh tangkap gambar semua budak2 kecik static macam ni  ;'D



Kenangan di posting yang comel

Bismillah

Gambar2 ni semua sebagai kenangan2 aku saja sepanjang dalam posting pediatrik yang baru saja tamat baru2 ni. Ni baru junior posting, insyaAllah nanti ada lagi, masa senior posting :D

Hakikatnya, bila kita ada masalah, lihatlah orang di sekeliling kita, yang Allah uji sampai kadang buat kita rasa malu dengan ujian kita yang sedikit ni. Kita semua ada masalah. Aku pun ada masalah. cuma besar tak besar, nampak tak nampak saja. dan salah satu cara aku mencari kekuatan, dan lupakan masalah aku ni adalah dengan melihat dan menafsir keadaan sekeliling.
 Sungguh pada sekeliling kita ni sebenarnya ada banyak hikmah yang tersembunyi, andai saja kita bisa melihatnya dengan mata hati dan nurani..

Antara adik2 ni ada sakitnya yang akan kekal sepanjang hayat. Yang akan affect seluruh kehidupan dari masa kecik hingga dewasa. Sampai aku selalu terfikir sendiri macam mana la keadaan dorang bila besar nanti..huhu. Tapi..lihatlah, senyuman mereka, lihatlah ayah ibu yang setia menjaga dengan tabah. Aku? Masih belum diuji sampai ke tahap itu!

Maka tertunduklah malu dengan diri sendiri...nikmat manakah lagi yang engkau dustakan...
Aku berdoa, moga Allah sentiasa memberi hidayah kepada kita semua, memberi kekuatan untuk kita kembali pada Dia, dan membantu kita memperbaiki diri dan akhlak kita dari semasa ke semasa. Kita  ini hamba., maka kita layak diuji.. 
Senyumlah.. bersangka baiklah wahai hati! :)

Dan untuk adik2, moga kalian terus kuat. Moga Allah sentiasa menjaga kalian hingga dewasa.. Ameen.
 :)

Nota kaki: semua gmbar2 ni diambil dengan keizinan dan pengawasan oleh penjaga. 
Omeii ngat cam nak makan pipi sorang2 :D

List of diseases antaranya, AEBA, bronchiolitis, cerebral palsy, down syndrome, epilepsy, febrile fits, congenital adrenal hyperplasia with ambiguos genitalia. huuh











Haii, saya datang untuk exam. Spot diagnosis? ;)



Tuesday, June 7, 2016

Keep going nani

Hari ini punya kisah.

Aku present long case cerebral palsy dg seorang Dr yang aku sgt takut kalau kena present dg dia. Tp sudah lumrah, kita memang akan diuji dg sesuatu yang kita nak hindari. Huhu. Hari ini takdirnya berlaku. Aku tak happy sangat pun after presentation td sebab byk gila kena komen. Mcm setiap point aku cakap Dr akan komen. Huhu yelah Dr tak marah sangat pun. Cumanya aku sndiri kadang rasa down sebab aku tak dapat perform dengan baik. Padahal aku dah prepare mcm apa kot utk case ni..

I just want to say to myself, janganla cepat sangat rasa down nani. Selalu camtu.huhu :(( Jangan cepat rasa lemah dan sedih. Ini kan jalan yang dah kau pilih. U must be bold, be strong and have faith. 

This is definitely not going to be the last time u're being scolded.  Pasti dan pasti lepas ni kau akan kena lagi. Because that's how medical students grow. Huhu keep thinking positive.. Keep refreshing ur niat..

Belajar kerana Allah. Belajar untuk akhirat, bukan untuk dunia semata. 

Dalam berduka ni, alhamdulillah Allah takdirkan aku dapat patient yang sgt cooperative dan sanngat baik. Keluarganya pun baik. Bila dengan mereka, aku rasa hepi sgt. Dah mcm tetiba dapat family angkat pula kat sabah ni. Aku jadi rapat dengan dorang sebab aku ke rumah patient ni sendiri utk clerk and kat rumah, kena layan baik sangat. Makan sedap2 and lepak kat rumah dia smpai malam mcm kat rumah sendiri pula.. :) alhmdulillah.. Moga Allah sntiasa murahkan rezeki family adik ni. Beruntung adik syazleena, dapat family yang sgt supportive dan penuh dengan kasih sayang. 

Itulah.. dalam kesusahan, ada kesenangan. Alhmdulillah..

This is just a note to myself. Sebab aku selalu lupa dan lemah semangat.

Kena selalu cakap pada diri kau nani,  senyum, sabar and say alhamdulillah! Huhu :)

Kenangan bergambar dengan kak long, abg dan adik syazleena. U guys are the reason for me to keep smiling. InshaAllah I will improve myself to serve u better in the future iAllah.
07/06/2016


Wednesday, June 1, 2016

Last posting for year 4 :)

Bismillah

Actually aku baru discover yang aku boleh update blog melalui phone ja πŸ˜‚ Selama ni update blog melalui laptop. Tu yang lambat mengapdet sebab malaih melayan latptop ku yang super siput tu. Alhamdulillah rupanya bleh jugak update pakai phone ni.hee.tapi leceh sikitla sebab semua benda kecik2 and jenuh aku nak kena zoom semua benda baru boleh tekan. Tapi tak pa, yang penting aku dah boleh sesuka hati menulis, mencurahkan segala cerita hati kat sini hehe. kalau kat laptop nak dekat berejam jugak kalau mengarang post. Kat phone ni kejap ja, dah macam nak update status pulak rasa πŸ˜… Bagus la, aku pun xleh lama2 spend time kat blog ni.banyak lagi koje nak buat nii

Alhamdulillah aku baru habis posting orhto. Andd hari ni first day posting paeds. Yakni posting bersama kanak2 merangkap posting terakhir untuk year 4 insyaAllah. Cepat nyaa masa berlalu. Tak sangka dah lepas 6 posting yang dulunya cam nak menangis tak sure bleh go through ke tak smua posting ni. And alhmdulillah jugak aku pass semua πŸ˜‚ Tinggal paeds ni je lagi. Harap2nya lulus la jugak ameeenn

InsyaAllah lepas habis posting ni aku akan sambung elektif kat hospital kelantan pula selama lebih kurang sebulan and lepas tu tadaaa year 5 dah πŸ˜‚ Tup tap tup tap dah nak masuk final year dah, tahun akhir aku sebelum kluar menjadi doktor.. Setahun lagi maryam. IAllah. Setahun lagi. U can do itt! Oh Allah, make it easy for me ameenn :)

Emm smpai sini je kot insyaAllah. Saja terfikir nak update sebab aku bru bukak jadual orhto yang aku tampal depan meja ni. Nak ganti dengan jadual paeds pulak. Bila tengok jadual ortho terharu plak rasa. Dulu punya terketaq2 nak habiskan posting ortho. Suka duka aku. Stress2 masa posting dulu alhmdulillah semua dah  berlalu. Tersenyum sendiri. Alhamdulillah.. Sekarang buka cerita baru pula..
Bismillah..
Wahai kanak2, please be nice to me ;)