Friday, January 7, 2011

Sayangi nyawa anda,jauhi merokok.


"Jangan kalian bunuh diri kalian sendiri, sesungguhnya Allah maha         penyayang terhadap diri kalian"  
                                                (An-Nisa : 29)

Nabi Muhammad SAW juga ada bersabda: “Tidak boleh membahayakan diri sendiri mahupun orang lain.” 
                                     (HR. Ahmad, shahih)



Anda lihat dan tafsirlah sendiri.Bukankah merokok juga usaha untuk membunuh diri secara perlahan-lahan?

Kebosanan yang melampau

Only one word to describe my feeling right now..
.
.
.
.
.
.
BOSAN :(

huhu knape rsa bosan sgt ni..rsa pening dari semalam tak hilang2 lagi.nak buat kerja pun tak bermaya plus tak de mood.Tadi papa baru balik dari Padang,lusa nak pergi Pakistan pulak.huhuu..bila masa nak ckp kat papa psl kerja ni.Nmpak gayanya kne pndai2la cari sendiri.Petang ni jugak saya gi nak daftar kelas memandu.hai..tak bukak la plak..baru je semangat..apa nak buat ni??tolonggg...!O Lord, give me some clues!

Thursday, January 6, 2011

Electric shock

Assalamualaikum

Pagi ni lepas solat subuh, saya pergi betulkan modem kat bilik belakang sbb nk gne internet.Bila masuk je bilik,tak semena2 saya tersepak extension kat lntai nih.Adeh,kne electric shock!yaAllah kakiku!dengan kaki yg rsa tersgtlah kebas,terhinjut2 saya gi kat katil nak redakan diri kejap.Allahu rabbi..rsa pening sgt waktu tu.mulalah pikir mcm2.ntah2 otak ni pn dh jd tak btul cket tak?cepat saya mengucap..Alhamdulillah igt lagi..cuba kira satu tmbh satu..alhmdulillah dpt dua.huuu..nsib baik otak ni btul lg.Saya gi amek minyak gamat n sapu kat kaki ni.ntahla apsal buat camtu.rse cam tak de kesan je.hm..psycho je ni.bila rsa ada ubat,rsa ok sikit walaupun tak bg kesan.

alhmdulillah tak seteruk ni
Lama jugak duduk atas katil.This incident eventually kills my interest to open the laptop.Saya fikir lama..apa hikmahnya ni..Rsanya tak pernah kena electric shock lama camni.shock hbs satu badan...

Saya teringat kata2 yg saya pernah baca..setiap ujian yg berlaku tanda kasih sayang Allah..Mesti ada hikmahnya sma ada kita sedar atau pun tak.Kita jgn cepat melatah,sbb sgl apa yg berlaku sama ada baik ataupun buruk semuanya ada hikmahnya.Paling tak,kita fikirlah semua yg terjadi tak lain tak bukan utk rapatkan lagi diri kita kepada Sang Pencipta.Ya,klu kita dpt kebaikan,kita akan lebih bersyukur.Klu kita dpt kesusahan,kita akan lebih bersabar n berdoa pdNya.Itulah hikmahnya...

Setiap kesakitan dan kesusahan yg kita alami adalah sebagai kifarah (penghapus dosa) bg segala dosa yg kita lakukan setiap hari.Betapa penyayangnya Allah yg ingin menghapus dosa2 kita yang belambak ni dengan memberi ujian kpd kita.


Sayyidatina Aisyah pernah berkata sesungguhnya baginda Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud : "Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri ataupun lebih daripada itu,melainkan Allah menggugurkan dengannya satu dosa."
                                                                       (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Terima kasih Ya Allah kerana masih sayangkan aku! 



Wednesday, January 5, 2011

Kenali Al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna

Assalamualaikum wbt,

Imam Syahid Hasan al-Banna
Tahun lepas, bila dh kluar smap..satu perkara yg membuatkan saya btul2 rindu akan smap ni ialah biah solehahnya.Saya jadi rindu bila tgk musolla utk kali terakhir sebelum kluar dari skolah tu.Apa yg menariknya dengan musolla di asrama putri ni?Jawapannya ialah bg saya,tempat inilah jantung bg asrama kami.Setiap kali waktu solat,naqibah atau sape2 yg dtg awal ke musolla akan announce utk solat berjemaah.Alhamdulillah kat skolah ni saya ditarbiah utk sentiasa solat awal,solat berjemaah,salam jemaah,tazkirah..pagi petang baca al-ma'thurat.Senang crita apa2 perjumpaan rmai2 mst buat kat musolla.Klu dulu baca ma'thurat soghir tp lama2 dh mula baca ma'thurat kabir.Jadi,bila dh kluar smap..saya terfikir adakah apa yg saya amalkan kat skolah akan saya amalkn jugak bila dh kluar atau di u nanti?

Bukan senang nak istiqomah dlm bnda2 kebaikan yg kita buat ni..lebih2 lagi klu dok kat rumah.Haish..nafsu mmg tinggi.ada saja bnda nk buat..kmas rumahla,main internetla(fb tu tak katala),tgk tv,klu bleh nk pegi dapur slalu,kluar jalan2 kdang2 tu smpai sehari,hm byk lg la.Pendek kata,kalau tak kuatkan iman ni atau selagi iman blum diuji dengan musibah,setiap hari,2 helai muka surat al-quran blum tentu dapat dihabiskan.al-ma'thurat apatah lagi...

Baru2 ni saya teman sepupu gi kedai beli buku skolah.Disebabkan saya bkn lg budak skolah,saya pun tgkla kat bhgian novel2 n buku2 cerita.Tetiba saya terpandang buku2 agama..atas satu shelve ni,byk sekali al-ma'thurat.Berbagai2 rupa besar kecil semua ada.Terdetik dalam hati nk beli satu,hak milik sendiri.Mungkin jgk nnt boleh istiqomah sebagaimana saya n kawan2 dok baca slalu kat skolah..Alhamdulillah tak sia2 beli buku ni sebab kat bhgian belakang dia ade diceritakan sedikit sebanyak ttg penyusun al-mathurat yg kita baca selama ni.Beliau adalah Al-Imam al-Syahid Hassan al-Banna.Ikuti perjalanan hidup beliau,seorang ulama dan mujahid Islam..

Biodata penyusun 

Dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiya,Iskandariah,Mesir, beliau dibesarkan dlm keluarga yg sangat dihormati dan kuat pegangan Islam.Beliau merupakan anak sulung daripada 5 org adik beradik dan ayahnya pula,Syeikh Ahmad Ibn Abdul Rahman al-Banna ialah seorang ulama,imam,guru dan pengarang kitab2 hadis dan fiqh.Di rumah mereka terdapat satu prpustakaan yg besar,jadi ayahnya selalu mempelajari sunnah2 Rasulullah dan mngadakan perbincangan dgn kawan2 di kedai dan dirumah.Hasan al-Banna selalu jg ikut perbincangan tersebut.

Apabila semakin meningkat dewasa,ketokohan dan keilmuan yang diwarisi drpd ayahnya kian terserlah.Beliau  telah menghafaz al-Quran ketika usia masih muda dan disebabkan kebijaksanaannya jg beliau telah memasuki Darul Ulum di Kaherah ketika baru berusia 16 tahun.

Kisah hidup beliau

Di Kaherah inilah beliau terdedah dengan pergolakan politik dan aliran2 yg menentang Islam.Beliau telah menganggotai pertubuhan Islam dan menyebarkan dakwah di merata2 tempat termasuklah di kedai2 kopi dan di tempat orang ramai berhimpun.Ketika berumur 23 tahun,beliau menubuhkan Ikhwanul Muslimin yang sangat2 berpengaruh waktu itu.

Bila kerajaan Mesir tahu tentang gerakan ni,Noqrashi Pasha dari Parti al-Safdi mengharamkan Ikhwanul Muslimin atas tuduhan merancang pemberontakan utk jatuhkan kerajaan.Beliau jgk arahkan supaya kesemua cawangannya yg berjumlah lebih 3000 dibubarkan.Pengikut Ikhwanul Muslimin yg marah dengan keadaan ni mula menimbulkan ketegangan dengan pihak kerajaan.Demi mengatasi keadaan ni,pihak kerajaan menjemput Hassan al-Banna utk berunding di Pejabat Jam'iyyah al-Syubban al-Muslimin yang mana jemputan ini sebenarnya merupakan helah utk membunuh beliau...

Hari yang ditakdirkan iaitu 12 Feb 1949 jam 5 petang,Hassan al-Banna dengan iparnya Abdul Karim Mansur yg juga merupakan seorang peguam berada di pejabat tersebut.Malangnya,Menteri Zaki Ali Basya yg dikatakan akan mewakili kerajaan utk berunding tak kunjung2 tiba.Akhirnya,usai solat Isya', mereka ambil keputusan utk pulang.Ketika hndak menaiki teksi yg dipanggil, 2 org yg tak dikenali menuju ke arah teksi tersebut dan terus melepaskan tembakan pistol tepat kepada mereka.Iparnya langsung tak dapat bergerak selepas ditembak manakala Hassan al-Banna yg walaupun terkena 7 das tembakan menahan kesakitan dan berjalan msuk semula ke pejabat Jam'iyyah utk panggil ambulans.

Setibanya di hospital Qasrul 'Aini, mereka dikawal Jeneral Muhammad al-Jazzar yg tak benarkan mereka terima sebarang rawatan.Takdir Ilahi,pada pukul 12.50 mlm,Hassan al-Banna menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat tumpahan darah yg serius.Peristiwa yg berlaku pada tanggal 12 Feb 1949 ini merupakan detik sejarah yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh umat Islam keseluruhan khususnya para pejuang agama.Pada tarikh ini dunia telah kehilangan seorang mujahid yg juga merupakan pelopor utk menjulang agama Islam ke puncak.

Inilah sedikit sebanyak kisah hidup beliau yg saya ceritakan dan ringkaskan kembali daripada al-ma'thurat yg saya bca.Mungkin dah ramai yg tahu kisah ni tetapi tak salah utk kita berkongsi.Semoga dengan perkongsian ni,kita akan lebih mengetahui kisah hidup beliau yg berjuang bermati2an demi menegakkan Islam dan menghargai pengorbanan beliau yg dasyat ni.Berzikirlah kita setiap masa terutamnya pagi dan petang sepertimana firman Allah yg mafhumnya:

" Dan ingatlah Tuhanmu dalam hatimu, dengan rendah diri dan rasa takut, dan dengan tidak menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lengah"
                                                                                                  (Surah al-A'raf :205)

Monday, January 3, 2011

First Day In School

3hb Jan : Hari ni merupakan hari pertama persekolahan bagi sesi 2011.Asiah n Izzah dah masuk asrama sehari sebelum,ntahla cane keadaan 2 org adik ni sbb saya tak ikut skali balik kedah hntar dyorang.Tapi rsenya Asiah ok kot sbb dia dah msuk form five.yg Izzah tu yg rsau sbb dia baru nk msuk form one.hm..harap2 okla sume.

Semalam lebih kurang pkul 10 mlm papa n umi selamat smpai kat umah.Sesampai je, apa lagi pakat kelam kabut urus barang sekolah yg adik2 sek rendah ni.hehe.waktu tu trngat zaman skolah rendah kecik2 dlu.camni gakla suasana dia.baru nk lekat lencana,baru nak cari buku,basikal tak de angin,tak jmpe stokinla haha n mcm2 lg la.Saya tolong jgk si Aya n Anis ni tulis nama kat buku.banyak btul buku bdak2 ni!dahla dh lme tak tulis.tulisan bruk kot.tp dyorg kate cantik je.hehe.at least better than their handwriting ryte :D

Pagi ni,kami bertiga bgn pkul 6.tu pun Aya dh kalut2.besela first day..(harap2 bleh maintainla).dah siap sume,ngan bju baru kasut baru beg baru semangat baru, tepat pkul 7 papa hantar gi skolah..bye2 Anis, Aya blajar rjin2!
kini dah besar.dari kiri: anis,aya izzah :)

Hm bila saya tgk suasana ni..rsa mcm cpat benor msa brlalu.igt lagi saya pun mcm dyorang jgak.bgn awal,siap2 mkn breakfast sume,mintak duit.alahai cepatnya!bila fikir yg saya ni ada lg 3 bulan cuti,mungkin msa ni pn akan cepat brlalu dan nnt saya akan kata,"dah hbis dh cuti 3 bulan?cepatnya!" pulak tu kalau saya tgk balik post ni..huhu..

So,appreciate every second in our life!

Saturday, January 1, 2011

One of my favourite Arabic songs

Suddenly i came across this song and i thought probably i should post this song in my blog to share it with everyone.Here it is, Sair by Muhammad Al Husayyan.


Mawlay Mawlaya Ya Mawlay Mawlaya
Ya Mawlay Mawlaya Ya Mawlaya 
Mawlaya Ya Mawlaya Mawlay 
Mawlaya Inni Sairun 
Lid Dini Hatman Sairun 
Fal Qudsu Sohat Ghadirun 
Adma Fuadit Thohiru

Wa Nida'ul Aqsa Bkani Fajra Wijdani 
Wa Dhomirul Ummati Ya Rabbi Mata Bila Jani 
Mujrimun Qolu Li Anni 
Arfudhuz Dzullal Kabir 
Arfudhul 'Isya Bisumtin 
Dhommahul Qahrul Marir 
Falyaqulu Ma Yaqulu 
Anta Man Arju Ridhoh 
Anta Man Ta'lamu Anni 
Laka Arkhastul Hayah 

Ya Man Ruwait, 
Bi Dimaika Asyjaral 'Izzati Wal Intisar In Yasriquka Min Tarikhina, 
Lan Yanzi'uka Min Sudurina Ya Syahid Ya Syahid Ya Syahid..

Tahun Baru, Azam Baru

Selamat Tahun Baru semua!Sekarang ni saya kat umah kakk kat shah alam.umah k tim.Tau tak?saya sebenarnya tak tau pun yg hari ni dah msuk tahun baru.Padanla nk dekat2 pukul 12 tu belambak2 msg msuk wish tahun baru.hehh.apa laa..sebenarnya saya dan abg can gi umah k tim ni sebab kat umah tak dak orang.kami kami berdua je ngan maid.Sume balik kampung tp kami nak dok sini.pulak tu abg can nk beli baju so dia ajak k tim kuar skali. Alang2 dah jalan jauh,we decided to stay overnight here.rezeki saya,umah k tim ni dekat sangat ngan i-city,so mlm tu tepat kul 12 kami semua pakat kluar umah tgk bunga api yang sangtlah cantik!heh.kami tengok kat depan pintu pagar je tp okla kan :)
                                      
we were hypnotized!
and mesmerized ;)
Dengan ini maka rasmilah saya menjejakkan kaki ke tahun 2011 menggantikan 2010 yg penuh dengan 1001 kenangan dan sejarah.Ya..kenangan dengan kengkawan kat smap n smkas atau lebih tepat lg di sekolah menengah.no more school uniforms!huhu.baju2 n buku2 sume dah kasi kat asiah,adik yg skang ni form 5..
Si Asiah spm's victim 2011.gud luck deh.
Sebenarnya azam utk thun baru dah diset ikut kalendar hijrah.Lepas bace doa akhir dan awal tahun..terdetik dalam hati satu perasan utk berubh kpd sesuatu yang baru dan lbih baik.Semua org insyaAllah akan rse camtu..yelah fitrah manusia sememangnya sukakan kebaikan.itulah hijrah..Untuk tahun ni,saya berazam :
  1. untuk lebih matang dlm setiap perkara (avoid silly mistakes n lebih berhati2 bila buat keputusan)
  2. jadi seorang yg sgt penyabar :D especially bila adik2 buat semak rumah setiap lima minit.huhuuh its ok..kita kemas balik dengan ikhlas..dan jgk sabar dengan perangai manusia yg kadang2 kita susah btul nk phm.
  3. tak peduli apa orang nak kata asalkan kita di jalan yg benar!
  4. dimana pun berada,akhlak dan suruhan Islam mesti dijaga.insyaAllah.
Semoga apa yg saya azamkan ni dapat saya laksanakan dengan baik dan seandainya saya lupa,smoga Allah mengingatkan saya, ameen..

Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya... :)

“No one can go back and make a  new start, but anyone can start from now and make a  new ending.”