Monday, January 24, 2011

Kem Res-Q (Remaja Solehah Berkualiti)

Assalamualaikum wbt



Hari Jumaat yang lalu yakni 21hb Jan 2011,satu kem remaja telah diadakan dekat tapak kem Al-Azhar di Morib.Hari yang dinanti2kan akhirnya tiba..tak sabar saya sbb dah lama sangat tak join aktiviti2 camni.lagipun saya pun dh bosan sgt kna tggl kat rumah.huhu.dan...dan sbnrnya juga,tujuan saya ke kem ni sebab nak berjumpa dengan seorang ni yang katanya sangat admirer saya smpai tak bgtau nama sbnrnya.hehe.kan cik maya kan.

Disebabkan umi tak dapat hantar ke Morib,saya terpaksa join skali bas kakak2 fasilitator yang bertolak dari UIA Gombak.Ada jugak rupanya peserta lain yang join bas ni.Ingatkan saya je.hehe.kebetulan pula kami sama umur,tgh tunggu result spm..si dia,cik Atiqah dari Assunta.

Perjalanan kami dari uia gombak ke morib memakan masa 2 jam setengah.Jauh jugak..igtkan dekat je..Hm..ptutlah umi tak dapat nak hntar.Sesampai je,waktu trun dari bas,husshh..hembusan bayu dari laut memang semerbak.Semerbak sekali dengan bau mcm sotong kering agaknya..mungkin sebab kawasan tu dekat dengan pokok bakau.huhu tahan jelah..

Bermulalah kisah pertemuan saya dengan si admirer yang setia..kisahnya bermula waktu saya tgh jalan2 tgk keadaan sekeliling kem..tetibe..eh..seperti ku kenal!haha die ke?jangan2 mmg btul dialah cik maya selama ni?haha tragis btul..mmg sah! dialah cik maya yang sgt admire saya slama ni.heheh.Rancangan nya mcm ni..cik maya igtkan nk buat seprise bila jmpa kat kem ni.nak dijadikan cerita,a day before pergi kem ni..kwn saya Si Farah Farisha msg,nak ajak kluar pergi mid,ada pameran ape ntah..kerjaya ke university mcm tu la..dah lupe..sya mmg tak dpt pergi sbb nk g kem ni.skali terkantoilah cik maya bile si Isha bagitau.."oo yang pergi dengan Fatin tu ke?besnye anti!" Pergi dgn Fatin...?ape maknanya tu..haha start dr situ mmg Cik Fatin lah sasarannye..sekali btul...crdit to Isha :D

Okay..selesai sesi terkejut dan teruja.Kami trus pergi ke khemah dan ke dwan utama utk program sterusnya.Malam tu, mcm biasa sesi ta'aruf dan memecah bandungan.Permulaan yang agak baik dan kelakar sbbnya...kat sblh dewan tu ade tempat ternak angsa.Bila kami buat gaya2 n trademark program yang kakk2 fasi ajar,angsa2 ni menjerit sama kuat.siap pergi beramai2 lagi kat tepi dewan tgk kami buat program.haha mmg klakar angsa2 ni.


Hari seterusnya..iaitu hari kemuncak bg tempoh kem ni kami mulakan dgn aktiviti qiamullail seawal jam 5 pagi.Tak sangka btul saya boleh bangun pkul 4.30 untuk siap2.Alangkah bagusnya kalau di rumah pun dapat buat mcm ni kan.Selesai solat subuh dan tazkirah ringkas dr kakk Fasi-kak Dalila.Aktiviti diteruskan dengan riadah pagi di sekitar kawasan perumahan kat kem Al-Azhar.Macam2 aktiviti kami buat siap kene temu ramah org awam lagi psal remaja prempuan di Malaysia ni.Mcm2 lah jwpn org awm dan majoritinya jwab-sgt teruk dan tak terkwal..Apa nak jadi ni...!?

Ada ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Haslina yg juga Pengerusi Darul Wardah (rumah Perlindungan wanita )yang bertajuk 'I am not a girl, not yet a woman'.Apa maknanya tu?maksudnya kami ni bukan lagi kanak2 tp juga masih belum seorang prempuan berstatus wanita.Jadi jwpnnya ialah remaja-I am a teenager.Dari ceramah ni perkara penting dan yg sgt bernilai yang sya dapat ialah seorang perempuan tu lebih2 lagi remaja mesti bersikap asertif.Bukan pasif dan bukan juga agresif.Apa asertif tu?Asertif tu mksudnya yg senang ialah,berani katakan tidak.Prempuan mst berani katakan tidak kalau berada dlm situasi yang boleh memerangkap.Jangan jadi pasif dan jangan pula jadi agresif.

Waktu petang lah waktu yang dinanti2 kan semua peserta.Ya...sbb aktivitinya ialah explorace, high rope n flying fox.mmg bes! :D yang explorace tu mcm2 kna kat checkpoint.biase la kan..tp kami ni tak lawan. sekadar aktiviti riadah dan bukan kira siapa menang dan kalah.fair and square :)

kumpulan 4 : kump DAHSYAT!
si buta dan si penunjuk jalan
si buta tak nmpk jalan.nama pun buta :P
ahli2 yang dahsyat dr kump dahsyat :D
Saya pun sebenarnya tak biasa lagi naik high rope ni.tu yang rsa teruja sket.hehe..Gayat memang gayat.bila duduk kat atas tali tu perasaan diri sendiri jelah yang rse.orang lain yang kat bwah nmpk cam biase je padahal dalam hati orang yg kat atas ni...kencang berdoa, tak berani tgk bwah!

ape ye nme pak cik ni, dah lupe
tinggi ni...!
Malam tu ade aktiviti kembara malam.haa..inilah aktiviti yang tak kan saya lupe smpai bila2 pun.kan cik maya kan..aktivitinya ialah kami kena berjalan dlm gelap menyusuri pokok2 bakau dan semestinya kene berjalan dlm lumpur!tak sgka sgt sebab igtkan smpai tumit je lumpur tu rupanya nk dkat smpai ke lutut!huhu tp waktu jalan tu tak kira dah..fikir keselamatan sja sbb mmg tak nmpk apa2. :L

sempat lagi :P
Selesai semuanya, balik mlm tu trus nmpk khemah..Besoknya yakni hari ni..kami ade buat aktiviti2 sket pagi tu.refleksi dsb.Tiba majlis penutup..rsa mcm cepat sgt berlalu.tup tap tup tap dah hbis kem 3 hari..tp mmg tak dinafikan byk sangat bnda yang sya dan kwn2 yang lain dpt.especially dr aktiviti2 outdoor maupun dr ceramah2 rohani dan inspirasi.Kalau dulu kat skolah saya dan kwn2 buat program kat adik2 junior.tp skrang sya pulak kat tmpat junior..huhu terasa masa tu berlalu mcm hembusan angin sja..

ye akk2 sayang...RES-Q yes!
ni gamba yang pling mhal bersama cik maya :O heheh
Jadi..itulah sedikit sebanyak ttg apa yg berlaku pada sya sepanjang temph tiga hari yang lalu.Alhamdulillah saya mmg rse amat amat bersyukur sbb dipilih olehNya untuk join kem yang mcm ni.Bukan slalu saya dpat pergi kem lebih2 lagi yang dikendalikan 99 peratus oleh kakk2 fasi pkpim.Smoga apa yang sya kutip dr kem ni dpt saya amalkan di rumah, di ipt maupun di mna2 jua.Untuk kak Shita, kak Hajar, kak Tiah dan kak Farhah,kalian mmg bes,kakk fasi terbaik! dan untuk hamizah,hanim,tiqah dan humaira,smoga kita berjumpa lagi dan smoga juga ukhuwah yg terjalin berkekalan hingga ke akhirnya.Ingat..HIDUP BIAR BERJASA!


Sunday, January 23, 2011

My Bakery Class

Assalamualaikum..


Sebelum tu..sori bangat sebb tak dapat nk update belog untuk beberapa hari yg lalu..sbbnye saya gi kem kat morib..bes...! :D nnt saya blogkan k.


Kali ni nak post pasal my bakery class yg tertunda, tak smpat nk tulis..class memasak yang julung2 kalinya saya join.,tak pernah terfikir pun nak gi kelas2 mcm ni.hehe.Ini dia kisahnya..



Hari khamis bertarikh 20 Jan yang lalu,umi dengan semangatnya telah hntar sya ke kelas bakery kat bukit rhman putra (igtkan jauh..kat brp je rupenye =,=) Seperti biasa,saya org terakhir yg smpai.Haii,msuk2 tu, malunya sbb sya nmpk ibu2 je..adela kakk2 di hujung skali.huhu ape2 jelah.segannya dh le lmbat..


Tak pelah,niat di hati nak belajar.Waktu tu chef dah start kelas.Dah msuk resepi pertama dan of course blurr gle tak tau apa.Yang second punya resepi baru fhm sikit..Lama2 rsa syok sangat kelas ni.Ibu2nya yang sporting dan chefnya yg tak berhenti bercakap.Terkejar2 saya mnulis setiap patah.takut2 terlepas satu step hbis tak jadi muffin ku.


Hbis satu resepi trus gi resepi seterusnya smpaila sedar tak sedar dah 7 jenis muffin kami buat.Kelas dia tak delah sorg2 kena buat (igtkan camtu) rupa2nya kita tgk je chef tu buat mcm mne and then kalau ade part2 yang boleh ditolong cam kacau2 ke, letak dalam cup ke,kluarkan tray dr oven ke..haa bolehla buat.Kelasnya bebas, boleh msuk kat ruang chef tu untuk tgk atau ape sje.Seronokla,rse cam dapur sendiri :D Sambil2 buat tu bolehla tanya apa sja yang terbuku di hati.


kami tekun menulis setiap patah
Chef ajar buat hiasan carrot.guling2 sje
sape yang tak nmpk bolehla dongak tgk kat skrin kat atas
ibu2 tolong sapu icing
Saya ade tanye chef apsal hari tu saya buat muffin blueberry,bila panas sedap makan..lmbut je isinya tp bila dh sejut muffin tu jadi bantat.Keras n padat gitu.Chef kata maybe sebb kacau adunan tepung tu lama sangat..Jangan lama2 kna ikut masa dia..10 min awal untuk adunan pertama.kacau smpai sebati.Dah sebati speed 1 min then trus stop.Begitu...!


Kami buat tak henti.smpaila terlebih masa.Daripada kelas ni saya dapat tahu apa asas sbrnya utk nak buat muffin.Sekadar untuk perkongsian bg mereka yg ingin tahu:

Asas pelbagai muffin:

bahan2:
500gm butter
500gm gula caster
10 biji telur gred B
1 sudu teh esen vanilla
200ml susu cair
500gm tepung gandum

steps:

  1. Adun butter + gula (10 min putar laju)
  2. + telur dan esen vanilla (5 min) lpas waktu ni la, boleh kalau nak letak sbrang pewarna
  3. + susu dan tepung di msukkan sket2 selang seli-bila dah sebati speed 1 min then stop 
Selesai memasak semuanya, kami susun cantik2 semua jenis muffin tu kat atas meja.Ini dia hasilnya,

  
Leganya...siap pun akhirnya!rsa puas sgt bila tgk smua muffin ni menjadi.(buat dgn chef memangla..cuba buat sendiri.huhu)Nanti bila free2 plus rajin bolehla buat, mkn dgn adik2 n family :) sekian saja..Alhmdulillah bertmbah jugak ilmu masakn saya yang cetek ni.Terima kasih bebanyak kepada ibu2 dan kakak2 yang trut serta meriahkan lagi kelas.InsyaAllah saya akan join lagi LMC bakery class!

Chef Fauziah kita yang sporting

Wednesday, January 19, 2011

Syurga Firdaus dan calon-calonnya..

Assalamualaikum


Alhamdulillah segala puji dan syukur hanya bagi Allah Pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW,ahli keluarga baginda,para sahabat dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hingga ke hari kiamat.




Entry kali ini, saya ingin berkongsi dengan kalian antara syurga yang dijamin oleh Allah buat hamba-hambaNya yang bertaqwa dan beriman dan apakah sebab-sebab yang membolehkan kita mencapainya.Umum mengetahui syurga itu ada peringkat-peringkatnya.Nama-nama syurga dan tingkatannya ialah:
  1. Syurga Firdaus
  2. Syurga 'Adnin
  3. Syurga Na'im
  4. Syurga Ma'wa
  5. Syurga Darussalam
  6. Syurga Darul Muqamah
  7. Syurga Al-Maqamul Amin
  8. Syurga Khuldi
Fokus kali ini lebih kepada Syurga Firdaus iaitu syurga yang berada di tingkat teratas sekali.Sebenarnya ada banyak sebab,ciri2 atau sifat2 yang orang beriman yang membolehkan seseorang itu tergolong dlm golongan orang  yang diangkat darjat mereka di sisi Allah.Di akhirat kelak,mereka akan memperoleh balasan syurga tapi syurga yang diperolehi tu tak sama tingkatannya, sesuailah dengan tingkat amalan yang dikerjakan.Orang yang lebih tinggi tingkat ketaqwaannya tak sama dengan orang yang mengamalkan ajaran agama secara sederhana.Di sinilah letaknya keadilan Allah, balasan pahala yang diberikan sesuai dengan amalan yang dikerjakan.

Syurga Firdaus dan calon-calonnya

Orang-orang yang akan menghuni syurga Firdaus itu adalah orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh.Antara amal soleh yang dikerjakannnya ialah..  
  • Sentiasa khusyuk dalam mengerjakan solat
  • Sentiasa menjauhkan diri dari perbuatan yang sia-sia
  • Rajin membayar zakat
  • Sentiasa memelihara kemaluannya daripada melakukan maksiat
  • Memelihara amanah
  • Menepati janji
  • Sentiasa memelihara solat
Ciri-ciri yang disebutkan di atas ini bertepatan dengan firmanNya yang bermaksud: 

"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan )yang tidak berguna, dan orang yang menunaikan zakat, dan orang yang memelihara kemaluannya, kecuali terhadap ister-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Tetapi barangsiapa yang mencari di balik itu (zina dan sebagainya) maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan (sungguh beruntung) orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya, serta orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah yang akan mewarisi, syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya."
                                                                                  (surah al-Mukminun:1-11)

Ketahuilah bahawa di dalam syurga ini mereka akan merasakan nikmat dan kebahagiaan yang tidak kan pernah habis dan berkurangan.Betapa indahnya syurga yang diciptakan Allah yang Maha Kuasa sehinggakan Nabi Muhammad SAW ada bersabda yang bermaksud,

"Untuk hambaku yang soleh, Aku sediakan kesenangan yang tidak pernah terlihat oleh mata, tidak pernah di dengar oleh telinga dan tidak pernah sedikitpun terlintas di hati manusia."
                                              -Hadis riwayat Imam Ahmad,Tirmizi dan Ibn Majah-

Begitulah kehebatan dan keagungan Allah SWT yang menyediakan ganjaran bagi mereka yang berbuat kebaikan.Kebahagiaan yang mereka rasakan di dalam syurga ini membuatkan mereka tidak mahu berpindah ke tempat lain seperti yang dinyatakan di dalam ayat 108, surah al-Kahfi iaitu,

"Mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah dari sana"

Semoga apa yang dikongsikan ini mendatangkan manfaat kepada kita semua.Saya doakan smoga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk melakukan amal kebaikan demi memperoleh ganjaran pahala dan nikmat syurga di akhirat nanti.Saya mengakui diri ini masih lemah dan banyak berbuat dosa.Marilah kita sama-sama memperbaiki amal ibadah kita seharian agar diterima sisiNya.

"Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami,berilah hidayah dan petunjuk kepada kami untuk menghadapi segala ujian yang Kau beri, Ingatkanlah kami apabila kami lupa, leka dan alpa.Kami ingin bertemu denganMu di syurgaMu nanti".Ameen ameen ya rabbal 'alamin..

Tuesday, January 18, 2011

Mencari Yang Maha Satu


Terkapai-kapai diri dihanyut arus waktu
Kegelapan hati yang sering buat ku keliru
Dalam menguji pergolakan emosi diri
Tak siapa tahu ada yang memerhati

Mencari yang Maha Satu itu yang ku tuju

Di dalam menjalani tiap dugaan yang diberi
Membawa pengertian hidup yang abadi
Tanpa perlu menipu diri sendiri
Yang menjadi lumrah duniawi

Seandainya ada yang memberi ruang
Akan ku baiki setiap kekurangan
Oleh itu diriku memerlukan
Petunjuk dariMu oh Ilahi..

Kau yang Maha Satu..

Diriku kini masih tercari-cari
Jawapan di setiap persoalan ini
Ku akui kesalahan yang buat segalanya
Gelap jadinya ku terima seadanya

Ku cari terus ke situ
Itulah petunjuk hidupku
Terangilah gelap hatiku
Ku pohon restu dariMu

Agar tidak tersilap langkahku
Tiba-tiba berbisik namaMu oh Ilahi
Terdetik dihatiku untuk sujud ke pangkuanMu
Memohon ampun dariMu

Tak seharusnya ku tergoda lagi
Dunia ini yang sesat membuntukan jiwaku
Kini ku mengakui keagunganMu
Yang membuatku sedar siapa diriku ini

Tak semua lahir sempurna
Tak semua lurus jalannya
Bermulalah cerita dan dijadikan cerita
Dengan izin yang Maha Esa
wujud aku, cita dan cinta
Segalanya yang ada bermula dari yang Maha Esa

Ku akui ada langkah serongku
Taklah hasratku setajam itu
Yang amat ku risau
Lidah hujan dibanjiri fitnah melilau-lilau
Tuhan lindungilah dia dari kata jahatnya itu

Doa-doa dipohon sentiasa setiap masa
Ampunilah dosa-dosa semasa laluanku ke sana
Dewasakan pemikiranku yang tak semegah mana
Salah silap ku berkarya tak pernah ku salah guna

Kau Yang Maha Satu..
Kau Yang Maha Satu...

Monday, January 17, 2011

Driving school~

Assalamualaikum,

Sudah lama rsanya tak menulis.bila nak tulis ja takde idea.mungkin sebab belakangan ni tak buat apa sangat kot kat rumah.Rutin yang sama seperti hari2 yang lain..papa pun tak de.huhu.tinggal kami berapa org je kat rumah.Sangat sunyi dan...bosan :(

Tapi hari ni rse mcm bermnfaat skit :) sbb hari ni ade kursus kpp.first step sebelum ambik ujian komputer, amali n amik lesen L.walaupun tak bes mana pun,(hanya dengar ceramah dlm bilik ber-econ selama 5 jam!)huhu tp at least dapatla jgk kluar tgk dunia luar dan bersosial dgn orang lain.tak delah terperap sja berhari2 dlm rumah.Nak dijadikan cerita,kebetulan dalam kelas saya tu,ade kwn lama saya-kwn rpat :) waktu skolah rendah dulu.Haish..mula2 tu mmg tak fokus,dlm kepala ni asyik dok fikir btul ke, btul ke ni.haha.akhirnya mmg btul pun.mmg sah bila penceramah tu sebut nama sorg2.tp kami sama2 segan nk tegur.huhu.apa laa kan.Mmg patut pun kami segan sbb dia tu lelaki.masing2 dah besar dan tak seriang kanak2 kecil dahulu.

Hari ni jugak saya dpt 2 org kawan baru yg sgtlah sporting.Rezeki saya duduk kat depan..kami bertiga sama2 bru kenal kat kelas td.Hidup jugak kelas tu, klu tak sume diam je..huhu.Moga2 driving class saya utk msa yg akan akn lebih bermkna bersama 2 org kwan ni, fatin n din :D

Kelas kami hbis nk dkat2 pkul 4 petang.Kluar2 je kelas, umi dh tggu kat pgar.kesian umi sbb sya kate dtg pkul 3.hehe.tak sempat nak bgtau sbb dlm kelas mna boleh pkai hp!;p sebelum msuk krete sempat lagi sya tegor kwn lama saya tu,dia tgh duduk kat tebing.alhmdulillah mmg btul :D takpelah tak dapat ckp pun,hanya tegur 2 ayat pun sdh memadai.Jangan smpai sama2 bersangka bruk pulak bila dah sama2 tak tegur.mungkin nnt masing2 fikir kwn tu dh lpekan kta pdahl ianya tak btul sma sekali.Alang2 dh kluar rumah,umi bwak pergi bndar, pergi kedai alat tulis.Haa..waktu ni la saya ambik kesempatan utk beli kertas2 warne n perkakas alat tulis lain.sebab...saya ade tugasan yg perlu diselesaikan sblum 28 jan ni.kita tggu n lihat ^^

Alhamdulillah terasa hari ni jadual agak penuh dan masa pun terisi dengan baik.Baru tadi jugak saya trima pnggilan drpd shbt tersayang,Nur Naimah Sabari dr kedah nun jauh di utagha sana.Panggilannya btul2 buatkan sya rindu pd dia dan kenangan2 kami saat2 akhir di skolah.Naimah ni byk membntu saya lebih2 lg dr segi rohani sbb dia ni hatinya sgt lembut dan ilmu agamanya sgt tinggi.Hebat orangnya :) Smoga persahabtan kita mndapat keredhaanNya dan diberkati Allah 'Azza wa Jalla.
kami sekelas sms jamuan form,Naimah yg sedang duduk
hari2 terakhir spm,saya bwa Naimah berjalan2 di kl sebelem dia pulang ke kg halamannya di kedah..
Terima kasih yaAllah atas segala yg tlh Engkau tetapkan padaku utk hari ini.

Thursday, January 13, 2011

Sabarlah wahai hati

Assalamualaikum

Bersabarlah wahai hati tika mana kau diuji, kerana ujian itu tidak lain tidak bukan daripada Tuhanmu yang maha pengasih lagi maha penyayang.Hadith Nabi Muhammad SAW ada mengatakan,

"Barangsiapa yang dikehendaki Allah menjadi baik, nescaya ditimpakan musibah (ujian) kepadanya "
                                                                                         (Riwayat Bukhari)

Hati,kalau kau tidak tenang,maka bacalah al-quran dan berzikir.Kau sudah lupa?

".....Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"
                                                                                                 (ar-Ra'd:28) 

Janganlah kau mudah marah bila kau berdepan dengan situasi yang kau tak ingini.Kerana kau tahu?marah itu ibarat api di dapur hatimu..Padamlah ia sebelum ia terus marak dan membakar bahagianmu yang lain.Allah juga kan pernah berfirman di dalam kitab sucinya,

"Dan bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, disedikan bagi orang-orang yang bertaqwa.Iaitu orang yang berinfak,baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan"
                                                                                            (Ali 'Imran:133-134)


Ya,walau apapun keadaannya,kau mesti bersabar!

Sukar untuk melakukannya?

Maka pintalah kepada Allah supaya menjadikan kau sabar.Kerana Tuhanmu ada berfirman,

"...Berdoalah kepada-Ku,nescaya akan Aku perkenankan bagimu..."
                                                                                                              (Ghafir:60)

Itu janji Allah!Janganlah kau bersedih lagi dengan apa yang menimpamu.Teruskan bersabar andai itu jalan terakhirmu.Masih ingat firmanNya dalam surah al-Muddasir?

"Dan kerana Tuhanmu,bersabarlah"

Semoga dengan kata-kata dan peringatan ini,kau kembali bersemangat dan yakin bahawa masih ada sinar untuk hari esok.Yakinlah itu!

"Suffering is a gift.In it is hidden mercy" 
                                                                          -Mawlana Jalal-al-Din Rumi-

Sunday, January 9, 2011

Selamat Hari Lahir Adikku

Assalamualaikum


Post kali ni kak nani tujukan untuk Anis ;)

Tapi sebelum tu kak nani nak mintak maafla sebab terlambat 2 hari post besday anis ni.hehe.sori naa kak nani sibuk. (alasan semata2 :D)

Tanggal 7hb Jan 2000 telah lahirlah seorang bayi yang.comel yang diberi nama Anis Abdul Razak.Dengan ini telah cukuplah bilangan adik2 ku menjadi 3 org.(tp skrang dah 6 org) Si Anis ni telah membesar dan semestinya telah menjadi sangat emm hensem dan pandai.So, sempena besday Anis ni,kak nani doakan semoga Anis terus berjaya dalam hidup dan  membesar mnjadi anak yang soleh.Anis kena blajar rajin2 bg dapat 5A UPSR tahun depan ya ;D 

 _________________________________________________________________________                        

Semalam saya dan abg can bwak Anis n Aya gi jalan2.Excited budak2 ni mungkin sebab dah lama tak kluar rasanya.Disebabkan abg can sibuk membeli barang2nya,saya bawakla adik2 pergi jalan2 round satu mall.

bertambah seronok diorg ni bila dpt belon 
*Kak nani saja bwak Anis pergi jalan2 ni sebagai ganti rugi kak nani lupa besday Anis.hehe.Hadiah akan menyusul lepas ni..Kak nani tgh kumpul duit.Harap Anis hepi spnjg hari ni :)

Selepas letih berjalan,abg can yg baik belanja kami makan 
Terima kasih Abg can!
terlebih excited kali :P
Apa2 pun,bebanyak terima kasih kepada abg can yg tlh menmpung perjalanan pergi dan balik kami bertiga naik ktm, bg nani duit belanja dan belanja kami makan.hehe.Semoga abg can murah rezki la ye dan untuk Anis pulak...

Selamat Hari Lahir Adikku! :)