Tuesday, July 3, 2012

sok sebai? (apa khabar :)


Assalamualaikum semua ^_^

Alhamdulillah Alhamdulillah.setelah sekian lama ku mencuri-curi waktu, akhirnya pada petang yang penuh nyamuk ni jugakla, satu satunya waktu yang dapat aku selesaikan satu entri yang ditungu oleh semua pembaca yang setia :p hehe rilek ye, entri kali ni kita santai-santai saje.

Sesuai dengan tajuk, pada 2 minggu yang lalu, aku dengan senang hati mengikut Pn Rusnah yang ku panggil umi, ke sg nibong untuk program hari keluarga bersama orang kemboja. Aduh rasanya seperti bulan jatuh ke riba, dahla aku memang ternanti-nanti program macam ni.

Masihku ingat, sedari kecik papa selalu bawa aku dan adik beradik yang lain masuk ke perkampungan orang asli untuk ikutnya berdakwah. Walaupun waktu kecik-kecik dulu aku langsung tak tau ape, pergi buat menyemak aje. Lama kelamaan barulah aku paham. Mula mula pergi, aku bermain bersama anak anak orang asli, bila dah besar sikit, aku yang handle permainan untuk anak orang asli, lama sikit lagi, aku join ibu-ibu dan ustaz  memasak untuk cak raya (makan ramai2), dan yang paling aku tak lupa dan paling besar dalam dunia orang asli ni, aku duduk bersama dalam kelompok mereka (orang asli) yang datang dengan rela hati untuk memeluk agama Islam.Subhanallah.

Rupanya begitu cara papa mendidik kami.

Eh, ape kaitannya pulak dengan santai ukhuwah kali ni? Sebenarnya..bila aku lihat keadaan aku yang dibesarkan dalam suasana seperti ini, ia membuatkan aku tidak  lagi berasa minat tapi mungkin yang lebih tepat ia membuatkan aku berasa ketagih. Aku pantang kalau dengar papa nak masuk hutan. Kalu boleh ikut memang aku akan ikut. Aku jadi sangat suka bergaul dengan sesiapa saja. Aku biasa hidup susah. Mana taknya, hidup di hutan janganlah pulak bermimpi untuk tidur nyenyak di atas tilam yang empuk, mandi dengan air lumpur itu mungkin sudah terbiasa. Jalan tak pakai selipar, sama naik dengan orang asli. Makan apa yang ada, pokoknya hidup dengan apa yang ada.

Aku bahkan berjumpa dengan umi waktu kami sama-sama pergi ke kampung orang asli di kg merbau Pahang. Di situlah titik tolak aku berjinak jinak pula dengan masyarakat kemboja. Sebab, rupa-rupanya umi ada mengasaskan sebuah madrasah tahfiz seri al-ain di kubu gajah. Melatih anak-anak kemboja menjadi hafiz. Subhanallah hebat!

Aku pun baru tau ada  juga orang kemboja di sekitar situ yang baru masuk Islam. Jadinya mereka menjadikan madrasah tu sebagai tempat belajar agama. Pertama kali dalam hidup,  bila aku sampai kat madrasah tu, anak-anak kecik datang kerumun untuk salam, dan lepas tu memanggil aku dengan gelaran ustazah. ustazah?! ya ampun! Serba salah aku dibuatnya. Aku bukan ustazah anak kecil..

Baru aku tau rupanya umi memang biasa menggelarkan anak-anaknya yang datang ke madrasah dengan panggilan ustaz/ustazah. supaya budak-budak tu hormat dan senang untuk tanya apa saja soal agama. Yaa biasanya yang basic-basic saja. Dan mungkin juga sebagai doa, who knows?

Alhamdulillah program santai ukhuwah yang pertama kali diadakan di madrasah tu berjalan dengan lancar semuanya meskipun ada halangan-halangan yang tak dapat di elakkan. Ustaz razlan ada cakap, “Jangan risau, kalau kita nak buat baik apatah lagi nak merapatkan sillaturrahim, insyaAllah Allah akan tolong dan beri jalan, yakin tu!”

Sungguh santai ukhuwah memberikan kenangan termanis buatku bersama anak-anak kemboja. Dan aku yakin, mereka pun merasakan hal yang sama. Terima kasih umi, semoga usahamu diberkati Allah! :)

p/s: aku berharap untuk mengambil adik angkat di situ.kerana ada di antara mereka yang datang seorang diri tanpa orang tua.datang dengan ibu saudara. ah, pantaskah?! Adik sendiri di rumah pun tak terangkat..hm..


ini adalah semasa sambutan israk mikraj di madrasah.Ustazah ummu solehah (anak sulung umi) 
memberi nasihat.

lawatan kami yang pertama di kilang kerepek yang sangat terkenal dan maju.kami semua bahkan dapat dua beg kerepek sorang satu! budak2 tu seronok kemain.

Ini adik Ariffin. aku banyak meluangkan masa dengannya. kesian, kaki dia terseliuh dek lari dikejar kera.tp masih semangat nak gi lawatan ni ;) 

   
air pasang pun bedal ajelah.



keindahan pantai yang tidak pernah menjemukan setiap mata yang memandang.subhanallah :)


barangkali adik-adik kemboja ni dah lama tak turun sawah :)

 kenyom odd deng tei! hehe

bersama keluarga kak Ariffah. Anaknya sakinah (yg kecil) tak paham langsung bahasa melayu.jenuh aku bercakap kemboja dengan dia.

inilah umi, penulis buku dan kolumnis dalam majalah fardu ain.

dari kiri, ustaz razlan-pendakwah bebas,pak cik tourist guide, dan dato' hj muhammad zakaria-suami umi yang ku panggil abuya.merupakan ceo majalah fardu ain dan kolumnis untuk segmen kembara dalam majalah solusi.subhanallah hebat.

permata hati umi, dari kiri ustazah sakinah dan ustazah jannah :) kak sakinah juga merupakan kolumnis dalam majalah fardu ain.


walaupun aku tinggal di kampung selama 4 tahun dulu, dan bendang cuma di belakang rumah, tak penah pulak merasa naik jentera padi ni. bes jugak rupenye ;)


alhamdulillah selesei juga.
7.20 pm

Tuesday, May 22, 2012

my little boboiboy

assalamulaikum wbt

last weekend saya gi melaka dan seremban untuk betemu kakak tercinta sambil sambil tolong asiah beli barang. hm tak tolong pun sebenarnya.diorang pegi shopping senyap2.sampai hati huhu.nasib baik kak ning ade,terasa jugak den makan cream puff sepuas puasnya ha ha ha. ok tak baik. musim hujan macam ni teringat pulak kuih kak ning tu. ;) asiah pulak dah nak daftar kat matrik banting 28 mei nt.sunyilah lepas ni..tak de orang untuk ku berleter..

sebenarnya nak cakap pasal si budak domok ali hamzah yang sekarang ni dah semakin gemuk dan tembam!pergi seremban itulah yang bestnya :) bayangkanla waktu lahir dulu cuma 1.75kg,prematured. syukur lahir ke dunia dengan selamat. kini mamanya aka kak yah mampu tersenyum lebar melihat babynya bukan sahaja bertambah sihat,malah berat badannya juga sudah bisa mengalahkan irfan! yeke kak tim?nani agak je hehe :) baru sehari berpisah dengan ali,cik nani dah rase rindu.rindu nak peluk.ei geram betul!

revolusi ali hamzah

waktu lahir..sungguh kecil.sungguh berbeza.
abg iman dah ade geng!
cantiknya mak cik ni
orang nak tido pun nak tangkap gambar
 gambar selingan :),ain dan baby2nya
yay ali dah besar!
 tengok ni,dah boleh angkat kereta!
 makan pun sodap nyum2
 "ni baby ain yang terbaru!"
Abang Li 
 Ali de Air Liur!
geramnya tengok tangan tu!
 tersengih sengih :)
name caye Ali Hamzah :)
cik su dah nak masuk u.bai bai
 kak yah pun dah naik tembam.nani jugak yang maintained.he he!
oh my little boboiboy! 

Ali sekarang dah lima bulan rasanya.seronok main dengan ali.jurus orangnye ..cepat membesar ye ali. Membesar menjadi anak yang soleh! :)

"Harta dan anak anak adalah perhiasan kehidupan di dunia tetapi amal kebajikan yang terus menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan "  [18:46]


Tuesday, May 15, 2012

indahnya bidadari dunia

Assalamualaikum wbt,

Tadi masa jalan jalan kat dalam pendrive, terjumpa satu video ni.Video ni saya dapat daripada abang yang mana dulunya salah sorang ahli daripada kumpulan Kashfy. tapi sekarang memandangkan ramai ahlinya yang dah bekerja macam abang saya yang tengah h.o dekat hospital sabah skang ni,so tak dapat lah nak buat recording sekerap dulu. tapi Kashfy tak berenti di situ saja. sekarang salah seorang daripada ahlinya yang saya kenal, abg Suhairil bergiat aktif dalam syarikat baru One Heart Creative Solution.Nanti saya tanya lagi Abg Can sebab sebenarnya saya pun tak berapa paham sangat dengan perkembangan kumpulan kashfy sekarang hehe.Tak pe lah, ape ape pun tu semua tak penting, yang penting saya tetap akan menyokong segala usaha mereka dalam menyampaikan dakwah dan menaikkan produktiviti ummat Islam dalam bentuk apa cara sekalipun.Go kashfy ! Go One Heart !

so kali ni saya nak share satu video yang ditaja oleh one heart untuk promo konvesyen bidadari dunia yang berlangsung baru baru ni (eh rasanya dah lama kot.2 bulan yang lalu) saya tau ni dari mak usrah tapi sayang tak boleh pegi atas beberapa urusan.

indahnya bidadari dunia

Saya suka sangat tengok video ni.Mesej yang nak disampaikan sangat jelas. Sejuk hati tengok perempuan macam tu :) terbit rasa syukur di hati kerana dipilih menjadi hambaNya yang muslim.alhamdulillah...

Dalam hadis nabi ada kata, seorang wanita yang:
  1. solat lima waktu
  2. puasa di bulan ramadhan
  3. taat suami
  4. dan menjaga kehormatannya
masuklah dia ke dalam syurga melalui mana mana pintu yang dia suka.


WAH..! siapa yang tak nak kalau macam tu.


betapa pemurahnya Allah,sayangnya Dia pada kita kaum hawa..
ayuh kaum hawa di luar sana, kita rebut peluang ni jom.berusahalah untuk jadi wanita solehah.bukan saja manusia suka, Allah lagi lagilah suka :)

Tuesday, May 8, 2012

dia yang ku panggil mama

Backdated entry.
with mama

26 April 2012
merupakan ulangtahun hari lahirnya
dia insan luar biasa
walau pun cukup aku kenal hanya pada nama
tiap kali mereka bercerita tentangnya padaku
tiada yang ku dengar melainkan
yang indah, yang baik, yang hebat hebat belaka

hari ni cukup 17 tahun dia meninggalkan aku
terasa jauh pada fizikal dan pandangan
tapi dalam hati dan ingatan dekat sekali
ucapan doa dan alunan al-Quran
cuma itu yang bisa aku panjatkan
buat dia yang sangat aku rindukan

semua benda ku rasa rindu
rindu untuk menatap wajah
rindu untuk berbicara dengannya
rindu untuk merasa pelukan
dan rindu untuk mencium tangannya
dialah insan satu satunya di dunia
insan yang ku gelar sebagai mama..

Ma...selamat hari lahir..nani sayangkan mama..nani rindu sangat kat mama.anak mama ni dah besar sekarang...
Semoga Allah menjaga mama kat sana dan tempatkan mama bersama orang orang yang soleh,orang orang yang Dia sayang..ameen.



dari kami semua anak anakmu.Aisyah, Munirah, Noraini, Anas, Fatimah, Ihsan, Amir, Khadijah, Maryam Hanani, Asiah.



 

                                                                                                  
                                

untuk kawan kawan yang masih dapat merasa makan makanan kegemaran yang mak masak setiap kali balik rumah, kadang2 waktu kat asrama dulu mak selalu datang jenguk,dengan bawak bekal lagi tak pun pegi makan kat luar, gi shopping mall untuk beli barang keperluan, bagi hadiah bila dapat keputusan baik, bagi surat dan kad ucapan hari jadi, dan macam macam lagi yang seorang ibu akan lakukan untuk anaknya, kalian bersyukurlah.hargailah.kadang kadang aku rasa cemburu, sebab aku antara orang yang tak dapat merasai semua tu.





Saturday, April 21, 2012

bedtime story


Assalamualaikum,

Sebenarnya saya taip enri kali ni dalam microsoft word dan bila dah dapat broadband nanti baru saya kopi dan pasta saja masuk ke dalam blog.Sedih..sebabnya,dalam rumah ni cuma ada satu broadband dan ianya dipegang oleh papa.kalau papa outstation alamatnya tak da la sumber internet.susahla kalau nak tunggu papa ada kat rumah baru nak update.Masa tu mungkin dah tak ingat ape benda nk tulis.so better buat cara macam ni.

lagipun tengah tak de mood ni... :(  rase macam nak luahkan isi hati yang terpendam agar tak termakan organ dalaman yang lain.nanti semakin kecik hatiku.merepek ape ni?

Tau tak sebab ape tak de mood?sebab,,,saya baru sampai rumah dari seremban,rumah kakak dan sebelum tu dari melaka,rumah kakak jugak. tiga hari perjalanan.Sebelum tinggalkan rumah,semua tempat dah saya bersihkan,cuma baju jelah tak sempat nak angkat.pendek kata sekurang kurangnya saya tinggalkan rumah dalam keadaan yang baik dan hati pun senang.Tapi dukacitanya ku rasa bila sampai aje rumah tadi,,rumahku sudah berubah rupa! Tapi kudiam dan pendamkan saja dalam hati kecil ni.Terus masuk bilik dan tak keluar sampai saat ku menaip entri ini.

Mesti orang cakap,“le,rumah berselerak je pun,kemehle balik.ape susah”.tak pun, “normal le tu,budak budak…” huuuuu.memangle…..rumahku dan rumahmu tidak sama.saya dah bape kali mengulang ngulang ayat tu dalam kepala otak ni supaya dapat mempositifkan balik pikiran.Tapi….at the end rase tak best tu tak hilang jugak.whyy whyy.

Barula ku sedar,mungkin ni la perasaan arwah mama dulu bila penat penat balik dari kerja tengok rumah tak nampak rupa. masa tu lagila banyak anak kecik.Kadang kadang rasa macam segala effort kita ni tak dihargai orang lain.Ikhlas, ye betul, hanya dengan ikhlas je kita tak kan rasa perasaan yang tak best macam tu lagi. Tapi saya juga insan biasa..ikhlas ku pada mulanya bisa pudar andai result yang mendukacitakan sebeginilah yang selalu ku dapat..

Mungkin lepas ni saya kena biasakan diri supaya tak obsess sangat dengan kebersihan dan kekemasan (boleh pulak??) Sebab saya perlu terima hakikat yang mana kat rumah ni ada banyak budak kecik plus kucings yang datang dari mane mane ntah dan berkampung plak kat rumah ni.aiyaa….kome nih……..

Tak pun mungkin lepas ni kene rancang strategi untuk mengemas rumah dengan lebih efektif.
Kemas waktu semua orang dah tido,waktu pagi tu buat buat macam tak nampak je..eh tapi waktu orang tido saya pun nak tido jugak.uhuhh

Hhmm kadang kadang rase macam dah jadi maid plak kat rumah ni (secara kasarnya, ye sememangnya andalah orangnya!) tapi..tak patutla saya pikir macam tu, niat dihati memang nak tolong parents kan.sementara mencari maid yang baru…apa salahnya saya yang cuti lama bukan main ni duduk kat rumah dan tolong parents ape yang patut.bukankah itu tekadmu sebelum cuti ritu?ish ish ish pelupa sungguh.

Oklah saya rase saya dah menjawab persoalan saya sendiri.Semoga Allah beri kekuatan dan kesabaran.dan..semoga juga saya belajar untuk menjadi lebih ikhlas dalam bekerja selepas ni.insyaAllah..





emm…

tiba tiba saya rase macam ntah ape ape je malam ni…
saya merepek ke??



ape ape jelah..

gud nite world.
assalamualaikum..

Friday, April 13, 2012

penghabisan dan permulaan

Assalamualaikum semua,

Saat aku menulis entri untuk kali ni, ketahuilah bahawasanya aku baru saja selesai menjawab paper terakhir untuk final exam semester dua merangkap exam terakhirr aku di pasum.Akhirnyaaaaaa..yaay..besnya yaAllaaaahh.. :D Klu ikutkan hati naluri nak je qada tidur 2 minggu yang lalu, nak lagi petang petang ni dengan suasana sunyi dan nyamannya, memang bes la nak tido.tapi laptop ni seakan akan memanggil pulak.hehe yelaa tuan dia dah tinggalkan dia lama,blog pun same..huhu sorila eh..lagipun,aku mungkin akan balik ke rumah secara rasminya hari sabtu atau ahad ni,kat rumah tak de internet..mase yang ada ni la untuk aku guna sehabis baik untuk mengupdate dan bermain internet ;)

Pejam celik pejam celik,nak habis dan pasum ni.Waktu nak kemas barang td, rasanya time datang dulu bawak satu beg je.tapi bila nak kemas..haih ni mane cukup satu beg.barang-barangku sume sudah membiak dan berkembang! Nampaknya nanti terpaksala mintak tolong askar askar dirumah untuk tolong angkat barang kakak dorang yang banyak ni.hehe.untungla adik beradik ramai kan ;)

Bila dah sampai pengakhiran ni, ada satu benda yang kita semua tak boleh lari daripadanya.Perkara tu biasa dan akan sentiasa berulang dan berulang sehinggalah kita sampai pada pengakhiran yang sebetul betulnya yakni kematian.Tak lain tak bukan perkara itu adalah perpisahan.Bagi aku, walaupun cuma setahun aku di pasum, tapi hakikatnya pengalaman dan kenangan yang Allah bagi, membuatkan aku rase macam lame plak dok kat um ni.pastu tiba-tiba,eh dah nak habis dah?cepatnya,,rasa macam baru masuk.

Walaupun um bukan pilihan pertama aku time nak isi upu dulu, tapi sekarang aku mampu kata um lah pilihan terbaik yang Allah dah tetapkan kat aku dan aku sangat sangat sangat bersyukur untuk itu.Sememangnya Dia maha mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya sedangkan kita tidak.Kat sini, aku bukan saja dapat groupmate yang bes bangat, tapi jugak lecturer lecture yang hebat, yang semuanya aku akan rindu dan bangga bila dah kluar nanti.Bukan tu saja, Allah jugak bagi aku roomate yang sangat baik.huhu.Yang mana aku kira kami ni sangat cocok dan satu kepala.Ada je kawan kawan aku yang Allah uji dapat roomate yang tak leh masuk.atau kata lainnya tak sekufu.ade jugak yang dok sorang,yang perangai macam langit dan bumi.mcam2 lah..Tapi apepun kena yakinlah,Allah lebih tahu yang yang Dia nak bagi kat kita.mesti ada hikmahnya kan..Sebab tu,aku bertambah syukur bila ditakdirkan dapat roomate yang memahami diri ni.Time aku susah dia banyak tolong,dan time dia susah pun aku tolong apa yang mampu.Aku tak nafikan dia juga ada kekurangan.yela mana ada manusia yang perfect..Tapi kalau aku tak trima kekurangan dia,macam la dia bleh terima kekurangan aku plak.kan?Ni la perlunya toleransi dan kasih antara satu sama lain.chewaah mcm suami isteri plak haha.sudah sudah.

Tak cukup itu lagi,Allah jugak tempatkan aku dalam kelompok mereka yang baik-baik,yang sentiasa mengingatkan diri ni supaya tak terpesong ke jalan lain.Ditakdirkan semasa pergi kem di pasum waktu semester satu dulu,aku join satu usrah daripada kakak-kakak degree di um.Walaupun pada mulanya aku sangat tak terpikir dan tak berminat pun untuk ikut usrah bila dah kat u..Sebabnya ingtkan usrah ni takat sekolah dulu je.Tapi rupanya jauh dalam hati ni,aku memang inginkan kebaikan dan nak cari agama.Pernah terfikir,tapi tak terlayan perasaan tu.Aku yakin,malalui perasaan yang sedikit itulah Allah meluruskan jalan aku terlibat dengan usrah,dan seterusnya melalui usrah ni,baru la aku dapat tau ade ceramah, tazkirah etc.Teringat pula lagu Raihan..mengemis kasih,
"Bila selangkah ku rapat padaMu,seribu langkah Kau rapat padaku.."



Sebenarnya kehilangan besar bagi aku bila dh kluar pasum ni adalah aku terpaksa berpisah dengan groupmate yakni mereka mereka yang aku jumpa tiap hari waktu pegi kelas dan kuliah.kitorang ni sangatlah rapat,dah macam family rase.tapi sebabkan banyak sangat benda nak cerita,insyaAllah aku tulis dalam entri yang lain pulak ye.Ha,btw aku jugak sangat bersyukur ditakdirkan dapat bilik kat floor satu daripada 9 tingkat semuanya.hehe.tak payah aku nak kene berebut rebut naik lif,ekspress je.tambahan,floor satu ahli ahli dia sumenya bes bess dan ramah.mungkin aku ni jenis yang tak leh klu tak tau nama orang,habis semua orang kat floor ni aku tego dan ziarah dari bilik ke bilik.hehe..bukan ape, kan bgus kalau kenal semua,bleh merapatkan hubungan silaturrahim..Allah kan suka orang yang rapatkan tali persaudaraan ;) plus,ramai jugak geng kelantan kat floor ni.sedak ambo kecek klate :D

Sebenarnya tak kan pernah cukup ucapan terima kasih kepada Dia yang maha pemurah lagi maha penyayang kepada kita semua.Disebalik dosa yang aku lakukan saban hari,Allah tetap bermurah hati dan kasih dengan memberi pelbagai nikmat dan kebaikan.Tarik nafas panjang panjang.......ucap sama sama, alhamdulillah... :)

Berakhirnya kehidupan aku di pasum maka bermulalah episode baru aku di rumah.Nok dekat sebule doh ambo tok kelik ghumoh ni.Ape rupe pun tak taula.Yang pastinya mesti sangat selerak supo tongkang pecah.Mana taknya,baru baru ni maid baru saja balik kemboja.huhu.askar askar kat rumah tu plak bukannya buleh dok diam.Tapi expectedla,memandangkan rumah pun belum siap,banyak barang terpaksa kumpul satu tempat sebab tak cukup ruang.Tak apelah,aku bertekad nak balik dan kemas rumah,kemas bilik bilik dan store supaya bleh letak barang barang aku yang banyak ni dengan selamat.hehe.Aku jugak nak practice balik bawak kete supaya tak susahkan papa dan umi.Lima bulan perjalanan hidupku di rumah nanti,semoga dapat menjaga diri,menjaga masa,dan menjaga iman.Mudah mudahan juga waktu terisi dengan perkara yang bermanfaat,tak menyusahkan parent dan membawa kebahagiaan kepada adik adik :P dan yang paling pentingg,at least aku nak pandai masak cuti ni heheh.InsyaAllah!




Ok, ku pikir sampai disini sajalah untuk kali ini.Nak pegi sambung kemas barang.andai ada waktu dan ruang akan ku update lagi insyaAllah.Bye :)