Thursday, July 11, 2013

Target ramadhan kali ini

Assalamualaikum wbt. Malam yang indah, tenang dan nyaman. Alhamdulillah..:)

Bagus la tu, skarang dah pukul 12.30am, dan aku masih tekad untuk update blog yang kekurangan kasih sayang ni. Tapi tak pa, ada banyak 'jam loceng' untuk gerak sahur besok. 'Jam2 loceng' ni selagi orang tak bangun, selagi tu la 'berdering' sampai haihh, tak tau la nak cakap. Pendek kata lebih baik bangun, kang ada yang kena simbah air tak pasal2. hehe dasyat2.

Ni la kenangan yang tak kan dapat dicari dalam bulan2 yang lain. Ramadhan kareem. Alhamdulillahh...aku berjumpa lagi dengan ramadhan tahun ini!

Masuk hari ni, dah kira hari kedua aku berpuasa di rumah bersama keluarga tercinta. Adik beradik yang blajaq jauh2 pakat balik rumah. Adik yg blajar di kedah, kakk yg di mesir, dan aku sndiri yg dr sabah ni antara yg terawal sampai rumah untuk sambut 1 ramadhan bersama. 11 orang semuanya di bawah satu bumbung. Dah macam asrama dah bilik aku ni. hehe. Ni tak termasuk lagi 6 adik beradik aku yg belum balik. Tak sabaqq nak tunggu saat itu :))

Sudah menjadi kebiaasaan, tiap kali anak2 balik berkumpul di rumah. atau bila ada event2 yg tertentu, Papa akan buat tazkirah/usrah kecil tiap kali lepas solat. Biasanya lepas solat subuh atau lepas solat maghrib. Tazkirah ramadhan kali ni, aku nak kongsi sikit apa yg aku dapat dalam tazkirah papa 2 hari yang lepas. InshaAllah, mudah-mudahan bermanfaat untuk semua.

dah sampai bulan ramadhan, jangan lepaskan peluang yang ada :)


Dalam bulan ramadhan ni, kita semua tau, ada dua event besar yang berlaku di dalamnya. Ape dia??
Ia itu adalah... bulan di mana turunnya al-quran (sekaligus mengangkat Nabi Muhammad saw menjadi rasul) dan malam lailatul qadr iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Sebab ada 2 perkara besar yang berlaku ni lah, kita kena rancang baik-baik, mestii ada target untuk dicapai dalam bulan ni. Sebab ni bukan benda kecik yang Allah saja2 buat. Nanti bila dah habis sebulan, cuba tanya pada diri, "berjayakah aku mencapai matlamat puasa yang Allah kata dalam quran, iaitu la'allakum tattaqun (mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa)??" haa..nanti tanya jangan tak tanya..;)

So...antara target-target yang kami bincang, yang mesti! dilakukan, inshaAllah mudah mudahan diberi kekuatan, termasuklah :

1. Sembahyang berjemaah - kalau perempuan xpe la, bleh lagi berjemaah di rumah. tapi kalau laki, kalau boleh nak 100% berjemaah di masjid/surau.

2. Sembahyang2 sunat- sunat rawatib, sunat dhuha, taubat hajat mahupun tarawih. Sebab aku pernah baca, kalau nak jaga amalan wajib, perbanyakkanlah amalan sunat kerana biasanya orang yg banyak amalan sunatnya, akan menjaga amalan wajibnya.

3. Baca quran - pertama, sebab bulan ni bulan turunnya al-quran, jadi tak kena sungguh la kalau kita tak baca al-quran. Kedua, Nabi Muhammad saw sendiri pun bertadarrus dengan Jibril setiap malam.

4. Fastabiqul khairat - berlumba lumba untuk buat kebaikan. Kalau sebelum ni kena suruh dulu baru nak buat, kali ni jangan pikir lama dah, jangan pikir siapa punya kerja dah. Buat selagi yg termampu. dan buat kerja tu, niat kerana Allah.:) bersedekah pun boleh masuk di bawah point ni.

5. Perbanyakkan zikrullah - Especially kalimah 'la ilaha illallah'- besar ertinya dan banyak fadhilatnya di sisi Islam.

6. Perbanyakkan istighfar -  Ini kalau boleh, tak lekang dari mulut kita seharian. Kadang2 malu nak minta sesuatu daripada Tuhan bila fikir kita ni bawa banyak sangat dosa di belakang. Istighfarlah selalu, kerana kita hamba berdosa, tak lepas dari berbuat dosa. Allah Maha Pengasih, Maha Menerima Taubat, Maha Pengampun, Maha Penyayang :)

InshaAllah, itu saja yang aku mahu kongsikan, antara target2 yang aku cuba untuk capai dalam bulan barakah ini. Sebenarnya mata ni pun dah tak tertahan apalagi melihat adik beradik yang lain dengan bahagianya berguling2 atas katil. Ada juga yang dah mengigau sampai buat aku tergelak sorang2 malam camni haha. Lucu la diorang ni.. (tapi aku pun dua kali lima ja hihi)

Akhir kalam, selamat menyambut ramadhan buat semua, mohon maaf salah dan silap. Semoga bertambah amalan dan meningkat keimanan dan taqwa kita pada ramadhan kali ini, inshaAllah ameen ameen ya rabbal a'lamin. :)

Assalamualaikum wbt..;)

Saturday, April 27, 2013

Hikmah aku kembara

Cuti pertengahan semester yang lalu, di saat 99 peratus kawan2 satu batch aku balik semenanjung, aku yang tetibe sorang tak balik ni mulalah mati akal tak tau nak buat ape sepanjang cuti nanti. Musnah semua plan-plan yang telah dirancang dengan kawan2 dek semua pakat beli tiket flight last minute. Redha sajalah, aku merancang Allah juga merancang.

Dan memang, rancangan Allah itu adalah yang terbaik :)

Tamrin Marahel 

Ditakdirkan usrah aku buat tamrin masa cuti seminggu tu. Sapa yang balik semenanjung memang melepaslah. Alhamdulillah...ni adalah first tamrin yang aku ikut sejak tinggal di Sabah dan jugak ni la tamrin yang aku rasa enjoy dan happy sangat. Hati yang kering dengan nasihat2 dan tazkirah terasa gumbira kerna penuh diisi dengan peringatan dan ilmu berguna, insyaAllah (dengan izinNya). Paling suka slot yang diberikan oleh Umi Faridah, kata katanya dan sifat keibuan pada dia membuatkan apa saja yang disampaikan terasa mudah menyusup ke dalam hati aku.

Antara pesan umi yang aku masih ingat,

Menyembah itu bukan solat saja, dari kita tidur, kita bangun, gosok gigi makan buat kerja tolong orang siapkan kerja pergi library apa sahaja yang kita buat adalah manifestasi penyembahan kita kepada Allah. 


Adapun hati yang kosong itu menjadikan pemiliknya tidak mahu lagi berjuang untuk Islam.


Lesu itu penyakit hati. Malas dan seumpamanya adalah semua main mainan syaitan.


Dakwah itu berdiri di atas keazaman, bukan di atas kemudahan.

dan akhir sekali umi selitkan lagu dr Opick- Tak cukupkah semua. Meminta kami membuka mata membuka mata hati dengan apa yang terjadi disekeliling kita. Sungguh liriknya penuh makna esp di rangkap hujung. Go google! yang malas bleh klik sni untuk dengar :)


Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau.

Selesai 3 hari bertamrin, aku balik ke bilik. sadisnya bila tengok satu blok sunyi sepi. Tetibe rasa kenapa la aku tak balik...

Nasib baik jiran bilik sebelah belum balik. Kawan aku aimi! hehe (at least ada orang teman tido malam, takut dok sorang) Besoknya hari keempat aku ajak aimi pegi ke rumah anak yatim di ranau walaupun lusa dia dah nak balik semenanjung. Mujur kami sekepala, suka bejalan :)

Dah lama aku berniat nak datang sini. Selalu datang sekejap sekejap atau untuk singgah saja. Kali ni adalah yang paling lama. Kalau dulu aku kenal adik2 ni ingat muka saja, kali ni nama, perangai karenah pe'e macam macam lagi semua dah tau.:)

Niat pada asalnya aku datang ke rph supaya dapat habiskan masa dengan adik2 di sini. Yelah, saja saja. Daripada duduk menempek di bilik sorang2. Tapi takdir Tuhan merubah semuanya bila saat aku datang, rupanya seorang pekerjanya dah berhenti. Dari saja2 kan dah ada kerja.:) ya Allah bes sangat pengalaman 4 hari aku di rph. Ntah mcam mana nak describe. Terasa masa pun berlalu cepat sangat..

Kalau boleh aku nak memberi dan memberi lagi pada adik2 di sni. Walaupun bukan dari segi harta, dapat ajar doa tidur pun dah memadai. Paling kurang dapat saham di akhirat nanti.iA..

hari terakhir aimi di rph, kami pegi Luanti main ikan, kami pergi kompleks sukan yang sangaaatlah nyaman. kami singgah makan buah tepi jalan. mm nyum2.lama tak makan cempedak.rindu kampung eden :)

namanya daud.anak pakistan.dia bukan penghuni rph, dia anak jiran sebelah. yang bagusnya, habis sekolah dia mesti akan datang rph dan ikut aktiviti sama dengan kami, makan sekali,prep sekali. daud daud...:)

sebelum ke sekolah.ikutkan hati nak ja ikut sekali tapi nda muat.:P

kak, nak tengok naruto boleh? adehh

sekurang2 nya aku punya kakk abang yang selalu beri kata semangat bila ada exam besar. aku juga nak mereka merasai perkara yang sama. last minute punya kerja. chaiyok adik2 upsr! 5A yakin boleh!

nama adik juruh sorang ni ialah asparul. terkadang aku slalu panggil dia aspalela. baik orangnya, comel. aku banyak luangkan masa dengan dia. Hari terakhir waktu aku nk balik, dialah yang tlg angkat beg sesungguhnya kesana kemari, teman aku sehingga naik atas bas. Mana tak aku rindu budak ni...

p/s: sebelum naik kereta ke stesen bas aku dapat surat. "...kak nani kalau ada masa datang lagi.."  :'(

Genap 4 hari aku perlu ke sandakan pula untuk berjumpa abang. Rindu serindu rindunya mereka smua..Moga ada rezeki dan dipanjangkan umur lagi untuk datang sini. insyaAllah...


Sandakan bertemu abang

Sekarang cuti aku cuma tinggal lagi 3 hari. See..sekejap jak seminggu berlalu. Tup tap tup tap dah nak habis. Aku pun dah tak larat nak ulang cakap betapa cepatnya masa tu berlalu. 

Alkisahnya waktu aku sampai sandakan tu, sudah malam, first mestila excited jumpa abg can. hehe. tapi yang lawaknya kami dua2 pening kepala. aku pening kepala sebab naik bas 4 jam tanpa tido dengan jalannya cam haih tuhan jelah yang tahu..abg can pula pening kepala sebab ape ntah nak demam kot. penat kerja di hospital agaknya. Naik kereta tu kitorang sama2 tertido sebab tak larat. haha apa la..

Esoknya abg can oncall jadi aku melepak di rumah kawan housemannya (perempuaan). besnyaa rupanya  tinggal dengan dorang semua ni. Mungkin sebab dah houseman, aku yang baru first year ni cam dah tak sabar2 nak masuk ho. hehe. Ada hikmahnya juga aku datang sandakan. tinggal di sekeliling para houseman. bes! 

Hari terakhir yakni hari ahad (besoknya kelass huhu) abg can pula cuti. apa lagi dia bawa aku round satu sandakan. Dari pagi aku teman dia ke pasar untuk beli bhn mentah, blehla isi peti sejuk yang kosong tu n sebagai bekalan untuk seminggu dua minggu. Sampailah ke malam abg can hantr ke airport untuk balik ke kk.

Terima kasih abang can, walaupun nani tau abg can sibuk n sepatutnya (n biasanya) hari cuti abg can akan tido dan berehat, tapi abg can layan jugak nani yang mengada ni. Bawa pegi pantai yang jauh gle, belanja makan scone yang sangat sedap (dan mahal!) n etc2 dan paling bes, belanja tiket flight ke kk. keh3. ni yang nak kena mai sandakan lagi ni. Time kasih abg can.syukran jazilan.:)

sesenja di pekan sandakan. cantik..subhanallah.:)

jakun bertemu si pari besar. kalau buat masak asam pedas pun sodap ni

breakfast depan laut.nyaman,cantik dan bes :)

pantai yang panjang kisahnya. hanya kami bertiga yang tau haha. 

minum petang di tepi laut. banyak polis jaga gara2 kes lahad datu tu.tp ok je semua iA.

Tamatlah kisah cuti seminggu aku yang tak tersangka akan terisi dengan padat walaupun tak pulang ke semenanjung. Alhamdulillah.. Allah is so sweet. Tak dapat jumpa ayah dan bonda, tapi rasanya digantikan dengan berjumpa dengan mereka2 yang saya sayang dan pengalaman yang sangat berharga. 

Konklusinya kawan kawan, kembaralah dan bermusafirlah! :)



Thursday, March 28, 2013

First time!


It is 330am and im still awake.wah tahniah!

Pertama kali dalam hidupku kat ums aku tak tido malam. So cam jakun sikit.hehe. Sebenarnya baru saja siapkan paper untuk problem based learning besok, yang semua orang kene present dalam group nt. Im going to talk about nuchal rigidity which is one of the symptoms of meningitis. hih :D

Sebenarnya tak bagus apa yang aku buat ni. Besok nanti mulalah ngantuk , pening pening dalam kuliah, gi pbl room tido, mencari ruang dan tempat utk mengqada’ tido ,etc etc.huu..my sleep cycle is not normal! Pernah ke normal sblum ni?

So… hm ntahlah.  Tiba tiba tak da idea plak nak tulis malam ni. Tiba2 juga rasa rindu membuak2 kat papa dan semua yang di semenanjung. Mulalah nak rasa emosional malam2 syahdu begini.  Huu. Aku dipesan, kalau rindu, doa. Gerangan apakah kerinduan jika tak disandar pada Dia. So, leraikan rindu hanya dengan doa. Moga2 doanya sampai…

Btw, hari jumaat ni cuti. (yaay!) tapi hari sabtu jadual full dr pagi sampai malam. Cam xda beza je nani?

Better I stop now. Lailah sai’dah everyone. Assalamualaikum :)

Your smile is the reason for others to smile. n your smile too, never fails to make me happy.miss u papa :)

Sunday, March 17, 2013

5 tips muslim cemerlang

Assalamualaikum wbt.

Hari ini sambil belek-belek buku usrah masa kat pasum dulu, terjumpa satu page. Such a good reminder untuk aku yang pelupa ni. Perhaps i should share with others too. Sharing kan is caring. In shaa Allah, mudah-mudahan ada manfaatnya. :)

1. Kalau sedang berkhayal, ingat atau fikir perkara yang tidak baik, ucapkan   ASTAGHFIRULLAH.

2. Kalau lupa, ucapkan SELAWAT.

3. Untuk murah rezeki, wajah bersih etc, JAGA SOLAT DHUHA.

4. Untuk diberi kekuatan jiwa, buat SOLAT TAHAJJUD.

5. Untuk menghindari diri daripada syaitan, sentiasa dalam keadaan    WUDHUK.
***

Itu saja..simple jak bah kan...Tapi untuk mengamalkan tu, untuk istiqomah, hanya Allah saja yang boleh bagi kekuatan. Bah, berdoalah.. ;)


"Tegakkanlah daulah Islam di dalam hatimu, supaya dia tegak di atas bumi kamu" 


sekadar gambar hiasan. comel plak budak ni ^^

p/s: short update lepas habis end module test (LEGA). tak sabar nak tunggu cuti bulan empat, nak pegi ranau jumpa anak-anak rumah putera harapan, iA ;) harap2 semuanya selamat dan ok.ameen..


Tuesday, February 26, 2013

nasihat kekanda


Aku sedih suatu hari memikirkan banyak benda yang bermain dalam fikiran. Masalah dengan perangai kawan yang bermacam ragam. Ditambah lagi, kena marah dengan Dr masa praktikal.

Im stressed. I cried that night, praying that Allah would show me some way.

Tak lama lepas tu, kakak di mesir telefon buat julung2 kalinya. Aku pun dah tak ingat bila last time aku dengar suara dia. yaAllaaahhh.. rasa cam nak nangis sebab rasa terharu Allah hadirkan seseorang just right after I told Him everything about my problem and sadness.huhu.

***
 “Org yang bersyukur takkan penah sedih tahu”

“Keeps on berselawat n berzikir stiap hari 100 kali n believe in Allah, iA if Allah nak bagi hang besfren, 10 org pun dia blh bagi sekelip mata tau. cume Dia tgh nak uji hang la tu.”

“Bila sedih time tu hang ingat la betapa banyak nikmat lain yg Allah bg kat hg n tak bg kat dorang malah lebih lagi dr dorang like result hg, family bahagia n etc n automatik hang akan rase bersyukur n happy n rase sgt bertuah n of kos, kalau kita bersyukur, Allah tambah nikmat lagi”

“Ingat segala nikmat2 besar Allah bagi kat hang”

“SENYUM...N CAKAP ALHAMDULILLAH”

“iA hati yang tenang hanyalah hati yang bersyukur”

“Allah pun tau hang tgh sedih tu, don worry..”

***
Mungkin Allah memberi ilham kat Ijah untuk menegur aku supaya lebih banyak bersyukur dan jangan hitung nikmat yang Dia bagi pada orang lain. Bersyukur, dan bersabar. Setiap orang berbeza, dan punya kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Hakikatnya, tiada manusia yang sempurna.

Aku akan ingat tu, aku akan cuba amalkan.

SENYUM, SABAR…DAN CAKAP ALHAMDULILLAH!


Saturday, February 23, 2013

foster family :)

Alhamdulillah alhamdulillah..
no words can describe my feelings. im blessed with their love!


Mak, dan ayah. Walau cuma hidup sederhana, tapi mereka kaya hati, kaya jiwa, kaya kasih dan sayang!
Allah, bantu aku untuk jaga hubungan ini. 
Bless them with rahmah always, ameen :)  

nota kaki 1: sebelum balik, mak bagi baju kurung dan sejadah kat aku. huhu sungguh terharu :'(  

Friday, February 22, 2013

sabah negeri di bawah bayu

Assalamualaikum wbt,

It has been a long time aku nak post pasal benda ni. Pasal tempat baru yang aku tercampak ni. Ape la, sepatutnya aku buat entri ni masa first2 time masuk ums dulu. Lama ku tangguh niat tu. Tapi apa kan daya, maryam hanani memang 'rajin' update blog dia. :P

Tak pernah terbayang dalam fikiran dan minda ku yang sempit ni yang satu hari nanti aku akan menjalani kehidupan di sabah. Mula2 tu memberontak la jugak, niat di hati nak blajar kat UM, last2 tertambah S pulak kat belakang dia. Hm, dengan restu ibuayah, aku teruskan la jugak langkah ni, sambil mencari-cari apa hikmah disebalik rencana yang diaturkan Tuhan ni.

Alhamdulillah mula-mula sampai tu tersenyum dah, U aku sebelah pantai bestnyaaa! eh, sebelah dia pulak shopping mall! haha tersengih la aku. Sungguh Allah Maha mengetahui naluri keperempuananku ini. Dan pulak, UMS ni antara u yang paling besar dan paling cantik di asia (seriusly memang cantik!) ada sikit bangga disitu. ;P Tak kisahla, yang penting dan paling penting bi'ah atau environment dia tu macam mana. Environment ni la yang akan banyak membentuk siapa aku dan cara aku berpikir. Cewwah yeke? Yes, bagi aku sangat betul.

Aku selalu dipesan, kat mana pun pegi, mesti cari Islam kat sana. Klu xda, wujudkan suasananya. Ni la yang papa aku buat masa belajar di Dublin dulu. Before that time, very little or nothing is known about Islam and muslim in that country. Papa found it's hard to find daging halal so he decided to work at the meat shop and did the sembelihan acc to Islam so that the seller could sell the halal one! At that time also there was no mosque or even surau so papa n his frens had to rent hall to pray Jumuah and the Eid prayers. alhamdulillah bit by bit, people later realised what was he doing and joined him to spread the Islam. subhanallah, aku mungkin tak sampai macam tu sekali. Tapi itulah yang aku maksudkan, kat mana pun kita pergi, kita berada, jangan terhanyut dengan surrounding kalau surrounding tu x baik. Instead, kita lah yang kena betulkan keadaan tu. Tapi klu dah ok, jadilah kita yang meraikan suasana tu :)

Eh aku ni macam dah terpesong je dari tajuk. bila dapat bercakap tak bleh nak stop plak. hehe. bukan senang eh nak update ni. So untuk meringkaskan cerita, aku suka letak gamba saja supaya tak payah aku nak bercerita panjang lagi. Jom round2 ums ;)


dewan canselor dia besaa dan cantik sangat. very astonishing!

ni la kolej kediamanku nun di atas bukit. tu pasal la ijah, line slalu problem. wifi apatah lagi.
 so jangan salahkan nani kol slalu putus ;P 

sejak bila ada tanduk?

sekitar kampus

sekitar sekolah perubatan yang sunyi sepi
 (instead of fakulti, kat sni dia panggil sekolah heh)

kalau berjalan kaki mcam ni hari2 pegi kelas boleh kurus eden

with some of my colleagues :)

di library.poyyo je tu ;P

subhanallah sangat cantik kan. ni la pantai di belakang ums.
tempat ku bermain slepas habis exam.

yay!

alhamdulillah...

" ...boleh jadi kamu benci akan sesuatu padahal ia baik untuk kamu dan boleh jadi kamu suka akan sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" [al-baqarah:216] 

Sekian saja, assalamualaikum :)

nota kaki 1: Tak sabar nak jumpa keluarga angkat di Kudat besok. Tapi cuak pulak baru first time nak jumpa. Harap dorang boleh terima aku seadanya. Inikah perasaannya bila nak gi jumpa mak mertua nanti? eheh ^^"