Thursday, January 1, 2015

it's been a great year!

Bismillah :)

dan aku kembali ke sini lagi. setelah sekian kalinya. dan aku manaip, sambil tersenyum. kerna aku telah kembali. 

hee. alhamdulillah.

lagi satu jam, maka tepatlah jam 12 malam menandakan tahun 2014 akan melabuhkan tirainya. aku malas dah nak cakap betapa cepatnya masa berlalu. bcause ive been saying that like so many times already. tanda kecil akhir zaman. aku mohon semoga sentiasa dalam jagaan Tuhan. 

so aku nak recap la skit apa yang aku dah buat sepanjang 2014 ni. aku bersyukur kerna sepanjang tahun ni aku ditemukan dengan insan yang hebat2, yang mana setiap dari mereka yang hadir dalam hidup aku mengajar seribu satu makna kehidupan. aku bersyukur untuk itu yaAllah. alhamdulillah..:) aku percaya setiap apa yang berlaku dalam hidupku, adalah rencana Tuhan yang disebaliknya terkandung hikmah yang besar untukku telusuri setiap satu darinya.

Aku pernah berada di tingkat yang paling bawah dalam kehidupan, aku juga pernah merasa berada di tingkat atas. dan ada kala aku sedih, ada kala aku gembira. ada kala aku keliru dan marah dengan apa yang berlaku. dan ada kala aku bisa saja tenang dan meredakan diri aku sendiri. Semua ni.. adalah cara Allah mengajarku erti kehidupan.alhamdulillah:) 

Jadi untuk tahun yang mendatang, semoga Allah memanjangkan umur ku dalam kebaikan, mempertemukan aku dengan insan2 yang hebat, supaya aku dapat belajar sesuatu dari mereka, memberiku kekuatan untuk beramal soleh. dan sntiasa mengampuni dosaku yang lalu dan akan datang. inshaAllah.. ameen.. ya rabbal a'lamin..

Oleh itu,, selamatlah datang tahun 2015, selamat tinggal 2014!

hehe okeh nani jomm kita lihat apa saja kamu sudah buat tahun 2014 ni :)



aku dan sampai kat pulau mabul, semporna haha. tempat paling jauh dalam peta sabah yang aku dah penah sampai dengan drive sendiri. lahad datu dan tawau tak penah sampai lagi. tahun 2015 nanti mungkin? inshaAllah;)



kembara ramadhan di kampung2 di ranau, antranya kg sumbilingon, kg tanid, kg linapasan, dan kg sedul. mereka sgt bersemangat dan dahagakan ilmu agama. bagaimana mungkin diri ini berhenti tatkala begini reaksi yang mereka tunjukkan? ;'))





awal tahun 2014 bermula episode aku membela kura2. kalau total up, smua ada 5 ekor kura2 yang aku jaga. tapi slepas beberapa drama melarikan diri dan hilang maka tinggal 3 ini saja yang setia. huhu jaga dari kecik kot sebesar ibu jari, masa nak lepas tu sebesar tapak tangan dah. tiga ekor ni nama Gina, George dan Kassim. semua nama makcik2 dorg (aka kawan2 batch aku) yg bagi hehe. Allah byk ajar aku sepanjang jaga dorg ni. dan dorg pun byk ajar aku erti kesabaran dan kasih sayang. rindu depa 3 ekor ni.entah hidup ke tak lg skrng ni ;')










bulan ogos, aku ikut satu program MRA, program amal ke kemboja untuk bg pemeriksaan percuma kt org2 kg di pedalaman sana, satu peluang dan nikmar besar yg Allah bg. walapun aku rasa xlayak pun nk ikut mission camni. belum masuk practical year pun lg pulak tu tp Allah sgt bermurah hati kasi chance camni kt aku ;') alhamdulillah. smkin jauh ku berjalan, smkin byk bnda yg aku belajar dan bersyukur. melalui prog ni jugak, aku dapat ramai kawan kemboja haha sbb kami lima org je kot dr malaysia, yg lain smua cambodian. dan aku jd rapat dg dr alifah (dlm gmbar) pakar sakit puan di hosp sarawak. pakar okkk. yaAllah rezeki betul dapat jumpa dg dr. alhamdulillah. bermula dr program ni lah, titik tolak aku utk bercita2 nak jadi doktor sakit puan jugak satu hri nt. inshaAllah. aku sgt amaze dg dr alifah. i want to be like her! ;) 


ni saja gatai2 time dinner dengan tv alhijrah. masa kat hotel dok sebilik ng diana amir siap bergossip2 lagi haha. kelakar time nih. dia tumpang utk solat ja. alhamdulillah la Allah gerakkan hati dia utk solat kt bilik kitorg rehat. dan disebelah tu bersama kakak dr bumi palestin. kakak ni, xigt dah nama dia, berkahwin dg malaysian, dan skrng di malaysia byk memberi ceramah2 esp kt radio ttg palestin dn keadaan di sana. seronok sembang dg dia sbb dia terer cakap arab. cek suka bhsa arab ;')



meluangkan waktu bersama dua adik teruna yg terakhir, ammar dan muaz di pulau gajah, kelantan :)

haha ok ini lucu. adik comell yg aku dukung ni act tersilap yang aku ni maknya haha. masa aku nk masuk rumah xpsal2 dia lari dan trus mintak dukung. xnak langsung kat org lain plak tu ;'D rupanya nenek dia ckp, ibunya balik kl, (ni kat kelantan) n dia igt mak dia balik umah la kot. muka pun nak sama dah :'D sonoknya bila budak offer sndiri nk kena dukung. budak2 lain bukan men susahh.kena ayat2 dlu, buat baik2 skit bru nak kat kita. adehh. bgus adik bagus. memang inilah ibumu keke ;'D











ni masa program MRA tautan kasih level 2 punya. yaAllah best glee prgram ni. aku sgt menggalakn smua org utk join progam ni yg bisanya akn diadakan setiap tahun di perkampungan org asli. program latihan kesukarelawan. ada dua level and time aku pegi ni dah level 2. *sbb aku dah pegi level 1 punya hee. so level 2 dia ni advance skit. ada bljar bawak 4x4, belajar mapping, bljar guna GPS walkie talkie n mcm2 lg. dpt group yg best plak tuu. huhu rindu gle dorg smua ni:( antra pengalaman berprogram di kg org asli yg pling best yg xkan aku lupa sampai bila2. mike romeo alpha echo the best!



time ni masa pegi orang asli di pahang. haaa bukan senang nk sampai kt kawasan org asli pahang ni. lg2 nk trun sekali papa dan abg mer yg tecinta sorg ni :) abg aku ni skrng doktor di bhgian forensik hosp termerloh. punya susah nak jumpa dan alhamdulillah Allah takdirkan masa cuti sem tu kami jumpa dalam prgram org asli. papa suruh abg mer trun sbb nak suruh abg mer take over kg tu hihi. last aku masuk kg ng abg mer msa tahun bila ntah. dh berkurun lamanya aku pun xigt bila. so gmba ni sbnrnya sgt epic. ;) dn alhamdulillah juga,  pling kurang aku belajar skit2 bhsa org asli semai dari adik2 ni ;) hiek hancik manok? kikih






and yang ni pulak masa pegi berprogram di org asli pos balar kelantan. al kisahnya aku ni nk sesangat masuk pos balar dari masa skolah menengah lg berangan. sbb dorg ckp pos ni la paling jauh n pling mencabar skali nk msuk. tp nya aku selalu missed program tiap kali dorg masuk sni. so last2 aku buat team sndiri, panggil kawan2 dari ums, dari smapk and dr smkas haha kawan2 skolah aku sesiapa yg nak join utk buat program kt kg ni. n alhamdulillahh tahun lepas jadila kami smua msuk. walaupun aku agak emo di awal2 program sbb aku xnak jadi ketuaaa aku xreti haha. kurang asem btul dorg paksa aku. tp tu kot cara Allah ajar aku. kena paksa dlu kalau tak smpai bila pun aku xblajar. after all alhamdulillah smua brjalan dg lncar. dan aku sgt bersyukur dpt menjejakkan kaki ke kawasan yg sgt pedalaman, terceruk di negeri kelantan. bila smpai sini xpernah imagine pun mcm mna bleh ada kehidupan di tgh2 hutan belantara ni. sgt indah sgt nyaman sangat tenang aman dan damai ..:) smoga Islam pun terus mekar juga dg damai di sni..:)




ini reunion raya dg sahabat2 smapk yang dah lama aku xjumpa. smua dah besaq2 dan cun melecun haha. syoknya bila jumpa dapat bertanya kabar and bertukar cerita. Allah cepat nya masa berlalu. skrng kawan2 aku ni smua dah bertebaran ke slruh dunia, mengejar impian masing2 yg hebat2. kat mana pun dorg, aku doakan smoga Allah sntiasa mempermudahkan langkah kaki mereka dan beri kejayaan dalam stiap apa yg mereka lakukan ;) next reunion tahun bila la pulak. mungkin masing2 dah pegang anak pulak kot keke.;D






family gatheringgg. yang ni masa family gathering yang sepatutnya aku xcuti pun tp beli tiket last minute and balik jugak sbb bukan lah senang 15 anak beranak dr razak ni utk berkumpul. ;') dari gmbar first, tu adalah tiga org geng gusti kakak n abg2 aku masa dorg kecik2 sekrang dh besar and turn anak2 pulak utk bergusti ;'D tahun ni aku dapat 4 org anak sedara baru, menjadikan anak saudara aku sebanyak 16 org smua. meriah2 ;'D alhamdulillah. and time ni jugak kitorg celebrate bday ijah (kakak atas aku) n jugak merayakan kejayaannya stlh berjaya bergradusi dg cemerlang, yakni as best studdentt farmasi di university zaqaziq. alhamdulillah dh hbis bljar pun kakak aku ni. rasa cam baru ja hntar dia gi mesir smbil nangis2 kat epot dlu. huhu. aku slalu lawan ng ijah utk exam2 kitorg, siapa yg dpt markah lg tinggi. skrng dia dah lepas dg mumtazah lagi. nani ikau nanti mcm mana pula? ;D






ini adalah sahabat belantara aku.:) dan ini adalah aktiviti aku stiap kali ada cuti. kalau org lain slalu tanya bila cuti sbb nk balik rumah.tp aku ni stiap kali cuti xpenah pikir nak balik rumah dulu heheh. mesti nak stay 2 atau 3 hari dlu kt sabah so that aku bleh masuk kg atau tido kat rumah anak yatim putera harapan ranau, lepak2 dg adik2 sana. RPH ni dah mcm rumah kedua aku kat sabah. aku senang di sni. dan mereka juga dh spt keluarga ku sndiri. tahun 2014 kami punya plan yang agak besar yakni utk melihat terbangunnya surau di salah sbuah kampung pedalaman yang kami masuk, iaitu kg tundangon. sebuah kg yg sgt berpotensi utk perkembangan Islam. dan sahabat2 belantara aku inilah yg banyak membantu utk mencari sumbangan dan dana.:) alhamdulillah..gmbar di atas menunjukkan baru tapak yg dibina.skrng, sudah naik atap dan dinding dan inshaAllah tahun 2015 kami berharap surau itu sudah boleh diguna :) perkembangan surau akan aku cuba utk update di lain entri. Sungguh jalan dakwah ini tidak mudah. terkadang Allah uji dr segi harta, masa dan tenaga utk melihat sejauh mana kita bertahan di jalanNya. dan beruntunglah mereka yang sabar, kerna disisi Allah itu punya ganjaran dan nikmat yang lebih besar.. :)




sambutan hari raya aidiladha bersama geng jemah. heheh. rugi dalam gmbar ni kawan aku, core group jemah (cik awanis) xdapat ikut skali trip ni. ni la geng2 aku di ums. jemahians namanya haha. susah kami nak dapat cuti yang ramai xbalik. so kali ni alhamdulillah kami curi2 masa and plan utk beraya dan berjalan sekali satu kereta ke kundasang dan ranau. aku ni dari 1st year berpuluh2 kali pegi ranau,  tp xpenah smpai pun kt tempat2 pelancongan dia haha. pegi sbb nk masuk kg je. kaki gunung ni di kundasang, adalah salah satu tempat yang wajib datang utk setiap pelancong yg dtg ke sabah. tmpt ni best gle ala2 switzerland gitu hehe. yang belum dtg tu bolehla datang ke sini, serius best ;) 



ini juga gmbar kenangan yang tak mungkin aku lupa. sebaris denganku adalah sahabat2 dari WAMY, PSS, IKRAM dan aku sndiri wakil dari ABIM, berkumpul utk program Muktamar Kepimpinan Belia Islam Malaysia (MUKIM) anjuran WAMY di Sabah. Alhamdulillah.:) aku suka dengan sikap keterbukaan ini. kita duduk semeja dan saling bertukar pendapat dan buah fikiran ttg gerakan2 islam. im looking forward utk program2 sebegini diadakan lagi. semoga Allah jaga persahabatan yg terjalin walaupun dalam masa yg singkat ini :)




and last but not least, aku dah start praktikal tahun niii. yaaay haha. tahun yang ditunggu2 setelah 2 tahun melayari bahtera mempelajari teori skrng masanya utk btul2 'touch the patient' orang sabah bilang hehe. alhamdulillah banyak bnda aku beljar. banyaakk sgt. tak mungkin aku cerita satu persatu. Di hospital, masa jumpa patient, aku sering bg semangat pd mereka utk lawan rasa sakit, biar cepat sembuh. tp hakikatnya akulah sbenarnya yang banyak terisnpirasi dg semangat mereka. Betullah hospital adalah tmpt yang plng baik utk muhasabah diri. terlalu banyak nikmat Allah untukku syukuri. alhamdulillah...:) aku dah lepas posting OnG, posting di wad bersalin menyambut baby2 comel yg lahir. skrng sdg berperang di posting medical pula inshaAllah. smoga smuanya berjalan lancar hendaknya. ameen!




jumpa lagi di lain entri inshaAllah. akhir tahun 2015 nanti kot? hahah..

assalamualaikum.. ;)








Sunday, March 2, 2014

Memoir Musafir

Cuti end semester yang lalu bukan cuti sebarang cuti. Walaupun cuma sebulan, tapi...jeng..jeng..jeng.. ;)


Hidup aku tak seperti kebanyakan hidup kawan2 aku yang lain. Aku akui. Dari kecik lepas mama meninggal, papalah yang banyak jaga dan besarkan aku dan adek beradik yang lain. Kalau nak cerita kisah papa alamatnya sampai pagi pun aku tak habis mengarang. Cuma nk kata dalam hidup aku ni dari kecik papa tak pernah larang aku nk buat apa2. Pegi camping, pegi rumah kawan, pegi explore satu taman, pegi masuk hutan pegilah mana2 pun nak pegi. Pegilah. Hatta aku pegi skolah dlu pun jalan kaki nak dekat 2 km masa darjah satu dlu. Siap lalu kubur cina, kubur islam, lintas jalan raya besar sorang2. Hahah sempoi. 4 kali pulak tu ulang alik sebab aku skolah pagi dan skolah agama untuk petang. Padahal waktu tu papa keje kat HKL, bleh ja suruh aku naik van atau bas. Bukan tak mampu.. Adalah sekejap naik van tp lepas tu jalan kaki balik macam biasa. Leceh sebab pakcik van selalu lupa ambik aku kat rumah. Huhu.

Masa aku tingkatan satu plak, papa hantar aku masuk asrama kat Sik, Kedah.  Time cuti ja, instead of balik rumah kat kl, aku akan balik rumah sedara mara atau kawan2. Kadang2 tumpang rumah cikgu pun pernah hehehe. Kalau nak balik kl, pndai2lah beli tiket bas atau kereta api. Nanti sampai kl baru tlefon papa untuk ambik. Selalu jugak aku balik kl seorang diri dari tingkatan satu smpai tingkatan empat. Smpaikan pemandu bas mara liner tu pun dah kenal muka aku ni hehehe. So macam tulah cara aku membesar. Papa tak pernah didik kami untuk hidup senang, tapi papa ajar kami macam mana untuk hidup.

Apa kaitan plak kisah masa kecik aku dengan cuti semester ni? Haha

Tak delah…nak katanya aku ni jenis kuat berjalan la jugak since tak terikat dengan parents sangat. Papa n umi yakin yang aku dah boleh bawak diri sendiri so pegilah mana2 pun asalkan inform diorg dan balik rumah sudah. Aku pun tak susahkan papa umi untuk hantar kemana2. Kalau ada kereta, aku drive. Kalau tak da, bas dan ktm pun boleh. Cuti semester lepas, ckup seminggu pertama aku spend masa dengan adek2 kat rumah, minggu kedua and so on aku mula pasang niat and plan untuk kembara. Niat tu yang penting walaupun fulus nya nggak berapa ada. haha tapi yakin jelah mudah2an Allah mudahkan. And memang btul pun. Alhmdulillah sepanjang sebulan tu aku berjalan, ada saja rezeki Allah kat mana2.

Inilah kisah cuti sebulanku. :)

Kenduri Kawan

Biasalah dah namanya cuti makan nasik minyak ni memang tak boleh dipisahkan. Apa yang spesel dg kenduri kali ni? Haha specialnya ini kawan zaman hingusan punya wedding. First time aku pegi kenduri kawan yang dari skolah rendah yang masih rapat and ingat smpai sekarang. It has been almost 8 years kot. :) sebenarnya ada ja kawan aku dari skolah rendah yang dah kawen siap dah ada anak lagi haha. Tp aku dah lost contact. Yang ini mujur dia igt rumah aku. Tak sia2 rajin melepak rumah kawan masa kecik2 dulu hehehe. Aku jugak sempt jumpa bff dari kecik smpai sekarang. En Kamal Azri. Dia byk tlg aku masa skolah dlu termasuklah jd org tengah untuk pas2 surat cinta monyet hahha. Dlu bukan main hingusan tp skrang bukan main tampan. Haha (kembang la kau kamal) Terharu tgk semua dah besar, dah berjaya alhamdulillah ^_^

yay gelap

Kuliah Tafsir Maudhu'iy

Aku sangat berdoa at least sepanjang cuti ni aku kena ikut satu program usrah atau kuliah. Nak jadi cerita alhmdulillah tetiba ada satu kuliah tafsir ustaz Siddiq yang mmg dah lama aku nak pegi :’) Pulak tu Allah rancang aku jumpa Kak Dyll and Atiqah dan ramai lagi kakak2 usrah yang lain kat sini. Sebelum ni aku banyak kali tak boleh join. Nak jmpa kak dyll pun susah. Dah la kenduri kawen pun tak pegi haha. yaAllah asif kak dyll. Rupanya jodoh kita bertemu di "taman2 syurga". Tiqah pulak aku janji nk pergi UITM Sg Buloh untuk melawat dia. Banyak kali tak jadi last2 kami satu trip pergi kuliah ni. hehe..Allah dah susun cantik ;)



mere dyll. Dil to pagel hey.hehehe

Meet Ayie

Siapa bah ayie ni? Haa… dia ni junior aku masa kat smap kajang dlu. Kami memang friends kat fb. Satu hari aku ternmpak gambar2 yang dia post. Gmbar lukisanya sendri. Mula2 tak percaya langsung sbb igt dia pakai ape2 software kat computer haha..Maka aku pun tegur dia untuk tanya perkara yg sebenar.*jemah* Rupanya mmg betullah semua tu hasil lukisan tangannya sendiri. Dia pun bru tau boleh melukis dan belajar semuanya sendiri! mashaAllah. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih org kata. Sbgai bukti lukisannya sendiri, mmg ayie tunjuk step2 dia lukis muka aku smpai siap.haha.. First time orang lukis muka aku jadi muka betul.. bukan muka kartun yang adek2 aku selalu lukis :') cayalah ayie. Semoga Ayie jadi pelukis professional yg berjaya satu hari nt. inshaAllah ameen!


Meet Kak Elly, Kak Fura n Kak Irma? ;P

Fuh dah pkul 1 pagi ni. Panjang jugak aku taip haha…membebel ja banyak. Oklah kita pendekkan semua crita! Kak Elly and Kak Fura ni aku kenal lepas kenal Kak Amy, kakak ipar aku skrang. Isteri bang can *nak sebut jugakk* Dorg ni kakk2 yang hebat. Kak Elly penah mengacara untuk TV alhijrah, kak Fura pulak bakal masterchef (ameen:D) Dua2 aku rapat n dua2 sangattt baik. Cuti tak lengkap klu xjumpa dorg ni. Kak Fura abgnya ahli kumpulan devotees. Cuba teka yang mana satu? Haaa.. dan cuti ni jugak aku berpeluang teman kak amy on air di tv hijrah untuk assalamualaikum. Baru aku tau dunia mengacara mcam mana…best jugak ;)




Melawat Kawan2 SMKAS di IPG Bangi

Kawan2 smkas boleh tahan lama jugak aku tak jumpa. Last aku di smkas masa form4 seblum transfer ke smap kajang. Ini antra bakal2 guru hebat yang akan didik anak2 generasi akan datang. (anak aku skali mungkin?hehehe) inshaAllah. Seronok dapat jumpa kawan lama.:) Lepas pegi IPG, aku singgah di KUIS. Malangnya dah lewat petang smpai jd tak sempt jumpa ramai kawan2 smkas kat sna. Asif.. inshaAllah next time k. Smoga Allah mudahkan.:)

it's always good to meet old frens :)

Reunion SMAP Kajang 2014

Batch kitorg masa kat smap kena sgt bersyukur sbb ada Fatin yg slalu rajin untuk arrange reunion utk kitrg. Hehe bgus banget Fatin ni! Tp lepas je reunion tu Fatin trus fly ke New Zealand. Nmpknya next reunion kami kat New Zealand la agaknya haha. Alhamdulillah event kali ni ramai jugak yg turun. Rinduuu semua kawan2. Masing2 dah bertebaran ke seluruh dunia. Semua dah berjaya. Alhamdulillah :) skrng tgu nak makan nasi minyak sorang2 je.heheh. Siapakah yg akn jadi puteri pertama batch kami yg akn berkahwin? Kita tgu dan lihat..;P


member sampai syurga :)

Melawat Tina di UM

Ni la kawan baik aku masa belajar kat PASUM dlu. Rezeki Tina dapat masuk UM balik. Aku pun UM jugak Cuma tmbah ‘S’ kat belakang haha. Tina bawak aku jalan2 satu fakulti perubatan UM. Smpaikan lab, dewan kuliah, bilik pratical, hospital semua aku masuk. Rasa macam exchange student plak heheh. Thanks Tina. Thanks for being a good friend. Aku doakan ko berjaya slalu Tina. N hopefully kita dpt jumpa lg kat hospital yg sama bila dah kerja nanti ;)





Trip to Kelantan

Asalnya ramai kawan2 yang nak join trip ni. Tp last minute dua orang je yang jadi pegi haha. 2 org tulah yang pling tak plan sekali. Aku dan Shud. Sampai kat Kelantan, sep2 klate pakat turun belako. :) Myrah, Zairin and Tiqah, time kasih banyok deh. Walaupun Cuma 3 hari, dorg bawak pegi byk tempat kot. Semua tempat yg belum pernah pegi (klu dh pegi pun dah tak igt) padahal kelate tu kampung ambo jgok! Hehe  Alhmdulillah apepun :)



jauh merantau semata mata nak makan megi ketam.siap spanar lg dia bagi hihi terbaik!

Trip to Gua Musang

Ini kes kempunan nak masuk org asli. Pujuk punya pujuk papa akhirnya dia bleh jugak bawak aku dan 2 lagi kawan masuk ke perkampungan org asli. Hehe. Terima kasih papa.. seronok bila dpt tunaikan hasrat kawan. Actually Mia and Aimi tak pernah pegi Kelantan. First time pegi Kelantan papa aku dah bawak dorg masuk hutan. Minta maaf kawan2 atas sgla kekurangan. Ini la realiti masuk ke perkampungan org asli. Lagi2 dengan papa..jgn diharap dibentang kapet merah, tilam empuk, lauk pauk yang enak. Kalau nak tau kami pegi kali ni tido kt surau beralas lengan, masuk jalan kampung (smpai ke atas bukit curam!) makan ikan masin dan ulam pahit. Heheh! Pengalaman yg sukar dicari :)











-Ok done. Alhamdulillah Thank you Allah for everything :)

~Kisah2 yang aku coretkan ini, moga aku bisa baca dan kenang kembali dikemudian hari ;)
Selamat malam dunia. Zzzz




Monday, February 3, 2014

Papa

Assalamualaikum semua..

Pada 28/1 yang lalu.. maka genaplah 66 tahun umur papa.. disebabkan semua adik-beradik cuti pada 1/2 ni.. so kitorg plan nk wat suprise la kat papa untuk sambut besday papa walaupun agak terlewat..hehe..

Malam tu kitorang kumpul ramai2 n buat BBQ.. sedap wooooooo... hasil tangan kakak2 yang pakar bab memasak..marvelous!


Lepas semua kenyang.. kitorang rehat jap.. papa tidur kat ruang tamu..masa tu lah lampu ditutup n all of us sang a Birthday Song. Terkejut dia. baru bangun tido tetiba ada orang wish besday..kikiki. :)

SUPRISE!!!! he he


Nyanyi lagu Happy Birthday sama-sama :)
naseblah cucu ramai. xsempat papa nk tiup lilin depa dah pakat tolong tiup dah.haha


Kitorang sambut besday papa n Kak Tim sekaligus walaupun besday Kak Tim bulan 2..
Buat papa n Kak Tim, semoga panjang umur dan murah rezeki selalu..amin..iA ^_^


Walaupun sudah mempuyai 12 orang cucu n 2 orang cucu lagi coming soon.. tapi papa masih lagi kelihatan ceria dan bersemangat dengan kerja-kerja dakwah..alhamdulillah..

Doa kami agar:

             -Papa sihat selalu
            - Papa sentiasa kuat dan teguh dalam meneruskan langkah dalam dunia dakwah..
             -Papa happy sokmo..hehe. kebahagiaan papa adalah kebahagiaan kami semua pa :')

sekian saja,

by ADEK AWESOME.. ^_^

*Thanks buat adik Asiah yg tolong update blog kali ni.. HA HA. al maklum kakakmu ni memang 'rajen mengapdet'. :D

-WASSALAM-

Thursday, November 7, 2013

Tenanglah mu wahai saudaraku disana..

"...Doubtlessly Ammar was shaheed... They went to see Ahmad Ammar in the graveyard's janaza place. Ammar is like sleeping, He is in peace, it is like, if you call "Ammar get up brother it is time for salah" he will wake up. He is so alive. As Allah says in the ayah "Dont call 'dead' those who passed away in the path of Allah swt, as they are not dead, they are MORE alive then those are living among us..... After that we went to Hayrat foundation building, there has been a small and very private gathering with Ustaz Said Nuri. Ahmad Ammar is doubtlessly shaheed since he was listening to islamic music in his headphones at the second he was hit. He was listening to 'Nai' instrumental. And before going out from home that day, he didnt sleep after fajr, recited Qur'an for a very long time and took a ghusul after that. And then he left home..."-Feride Karahan

MashaAllah yaAllah...telah kembalilah ke sisiMu yaAllah seorang hamba yang sungguh baik pengakhiran hidupnya. Ini lah takdir Allah buat hambaNya yang terpilih..Arwah Ammar.. meskipun aku tak pernah mengenali insan itu namun Allah telah mendetikkan di hati rasa sedih yang amat atas pemergiannya. Sedih itu seolah-olah aku sudah lama mengenalinya.. MashaAllah..Aku mencemburui pengakhiran hidupmu wahai Ammar..

Hari ni walaupun sudah hari kelima arwah pergi buat selamanya, rasa sedih itu masih ada.. Doa dan bacaan Quran ku titipkan padamu wahai saudara, pada Allahlah segala puji yang telah menggerakkan hatiku akan rasa dan perasaan ini.

Aku ingin menjadi sepertimu, Ammar. Aku tidak sempat mengenalimu di dunia. Semoga aku dapat berjumpa dengamu di sana.

"La taqulu wadaa’n bal qulu ilal liqa’ il lam yakun fauqath thara fabijannati Rabbis sama’…." :'(

Jangan ucapkan sebuah perpisahan, namun ucapkan hingga bertemu lagi. Andai tidak di bumi Tuhan, mudah-mudahan di syurgaNya nanti..

Al-fatihah..



Tuesday, October 29, 2013

Usrati fi KK :)

Assalamualaikum wbt ;)

Malam ni aku terasa rajen untuk mengapdet sebab besok jadual ringan and tak de lecture. Cuma practical and small group discussion. Ye heyy :)) So sepatutnya bukak laptop untuk buat kerja. Tapi dah terpesong masuk satu folder ni. Maka terimbau la kembali aku ke zaman first year dahulu, teringat segala aktiviti2 usrah aku yang di luar. Seriusss, masuk tahun 2 ni bukan nak kata aku dah semakin busy, tapi ntah, aku dah tak aktif dalam program luar yang usrah aku selalu buat. Huhu sedih. Mungkin salah aku yang masih tak gheti mengurus masa. Aku tau, aku akan cuba untuk improve that part inshaAllah. ^^

Masa first year dulu, aku ada kak dyll yang mai bekerja di abim sabah. Mere dylll hey :) Masa kak dyll ada, bestt sgt aku rasa. Sebab kami mmg slalu jumpa masa program abim di semanjung. Bila aku datang sabah, tetibe kak dyll pun dapat kerja di sabah jugak. so alhamdulillah, adala yang mneman eden kat sini. Masa tu Kak dyll organized banyak gle program2 turun kampung yang sangat sebati dengan jiwa aku ni.eheh ;) Alhamdulillah... Allah plan memang sangat cantik. Boleh dikatakan tiap hujung minggu masa awal2 aku masuk dlu, aku akan keluar dr uni sama ada untuk ke usrah atau untuk ke program masuk kampung. Time tu mmg xde mase langsung la untuk hangout ngan kawan2 hujung minggu. Aku pun tak pernah terpikir nak keluar jejalan dg dorg sume he he..

Ada senior dari gerakan Islam yang lain, nasihat aku sebab dia tengok aku ni kerap sangat berprogram. (eceh :p) Bimbang dia, takut aku tak dapat urus masa belajar, dan berusrah. Kerana dia bilang, dia pun mcm tu dulu, sampaikan final exam gagal satu module (kalo xsilap). terkejut jugak aku. baru la terpikir yang aku ni ada final exam hohoho. Alhamdulillah ada yang mengingatkan. :)) Aku cakap pada kakak tu, inshaAllah boleh. Teringat pada pesan papa yang selalu mengingatkan kami dengan ayat ini,

"In tansurullaha yansurkum" yang bermaksud "Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu" 

Menolong kamu dengan macam mana? Mybe kalau orang lain baca buku setengah jam baru habis, kau baca 10 minit pun dah paham. atau boleh jadi juga Dia melembutkan hati permeriksa yang tanda kertas pekse. atau boleh jadi juga kerja2 yang sepatutnya kau buat, Allah hadirkan orang lain untuk bantu menyiapkan semua utk kau. Kan? bermcam2 lagi cara Allah boleh tolong kita. sekelip mata saja kalau Dia mahu.. Eh panjang plak aku explain. Nak cakap tu ja, yakin yang Allah tak kan sia2kan usaha dan masa yang kita luangkan untuk Dia. yang penting niat kita betul. Aku kata begini sebab aku sedih, kadang2 ada segelintir kawan2 aku yang tak paham kenapa mesti ada usrah, kenapa mesti ikut program etc etc. Kita ni orang Islam, mestila kena ambik tahu pasal Islam. Usrah bukanlah sesuatu yang wajib, tiada paksaan. tapi bila dah ada peluang, Allah bukakan jalan untuk perbaiki diri kita, untuk tambah ilmu pasal Islam, untuk kenal Dia dengan lebih dalam, kenapa sia2kan peluang tu? padahal ramai lagi orang kat luar sana terkontang kanting, xda tujuan hidup. tak da medium untuk dia belajar Islam (contohnya yang tingal di kg2 pedalaman) dan sebagainya. huhu. ok serius memang panjang aku bebel. 

Jadi itu sajalah untuk entri kali ni. (haha tetibe trus nak stop) tak sangka plak aku nk tulis panjang. Jarang aku boleh tulis entri panjang2 macam ni. Alhamdulillah aku sekarang, dah mula sedar yang sebenarnya aku saayang sangat usrah aku di sabah ni. (baru nak perasann??hhehe :P) cuma sekrang ni since aku baru nk adjust and cuba adapt diri aku untuk tahun 2, aku banyak pula missed usrah and program2. apatah lagi dengan jadual yg dah mula tak menentu, tak da transport, and exam exam exam. huhu. Sungguh aku sangat berdoa semoga Allah sentiasa menarik aku semula ke sisiNya tatkala aku jauh terlalai dan terlupa. Aku juga berharap ahli keluarga yakni usrati abg dan kakak di sabah, supaya tak jemu mengingatkan dan membantu aku bila aku memerlukannya. inshaAllah.. boleh ba kan? ^^  

Throwback time. Aku rindu semua saat2 ni :) 

ini masa pegi ke pulau banggi, kudat :)

pegi survey kampung-kampung. tetibe ketua kampung tu buat kenduri kawen anak die plak. he he rezeki kami la isi perut skit di tgh2 hutan

Abg2 dari kos geologi yg sudah nk msuk tahun akhir, dorg kene buat kajian ape ntah. dorg pilih utk buat kajian kat batu2 di pulau ni. So alang2 kami jalan sekali semua :) 

ambik maklumat. .

air bawah tanahh. sbb kami pergi dg geologist, terpksala brhnti sekali stp kali ada psal batu2 ni. tp best jugak sbnrnya. tmbah ilmu :)

saja nk try rsa air yang ditakung. huhu sangat rasa air 'batu' dia.


tolak...tolakk..

serius pulau ni sgt cantik subhanallah. 

mashaAllah :))

pengalaman sulung aku tinggal dalam rumah atas air!

camni keadaannya di siang hari. malam hari air psang. kalau ada ribut, hanya Allah yang tahu perasaan dok dlm rumah tu :O


ni pengalaman. kami terpaksa naik bot untuk pergi ke bhgian atas pulau. naik bot yg kecil ni selama 2 jam, tnpa pkai jaket pelampung. ada bran? haha. sib baik la xda buaya..


ni pula masa prog khatan di kg pandiwan, nabawan :)

hepi noh hampa semua ;P

sempat lg. adik2 ni memang cool lah 

dah tak larat...

masa prog ni, abg aku (abg can yg baju hitam tu) dia la satu2nya doktor yg ada utk buat khatan ni. haha last minute sorg doktor lg xdpt ikut. tp rilek je dia, dh hbis semua, siap pi main ping pong lagi. ;D 

program khatan, selesai :)

subhanallah walhamdulillah :))

Sungguh, aku sangat rindu dengan semua kenangan yang lalu..pengalaman banyak mengajar. Pesan aku untuk semua, carilah Islam di mana saja kamu berada. carilah usaha supaya kita dekat dengan Allah..ok?? ;)

Semoga kita semua dipelihara dari ketergelinciran sepanjang jalan dakwah ini. ameen ya rabbal a'lamin..
dah aku nk gi tido haha, bye, Assalamualaikum ^^



Sunday, October 27, 2013

Hanya ayat ini yang menjadi punca aku kuat. Menjalani kehidupan dengan seorang yang lain, kadang2 teruji juga.

"Tolaklah kejahatan itu dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara dia dan kamu merasakan seolah-olah seperti teman yang setia (sahabat karib)." [41:43]

Aku tahu aku bukanlah teman yang kau harapkan untuk tinggal seruang. Aku tahu kau dah cuba untuk menjadi kawan yang baik. Aku tahu kau dah banyak bersabar dengan karenah dan kelemahanku.

Tapi kau juga harus tahu...aku juga melakukan perkara yang sama.

Allah sudah menetapkan begini. He knows what is the best for us.
Indeed, He IS the best planner.

mungkin aku perlu terus bersabar kerana itu saja yang aku mampu lakukan. dan ayat ni ayahanda, terima kasih..saya akan selalu ingat dan pegang..inshaAllah.

"Tolaklah kejahatan dengan kebaikan."