Friday, May 27, 2011

Imbasan Kenangan Demi Kenangan

Assalamualaikum wbt..
(entry kali ni penulis mggunakan 'aku' sbg ganti nama diri)

Sedar tak sedar,lagi sehari aku dah nak masuk u.Bia fikir balik,cepat betul masa berlalu. Ape je yang aku buat selama ni? Selama 6 bulan aku cuti? Herm….Cepat Ingat2
Pergi kelas buat muffin
Ni sudah ku ceritakan dalam entry yang lalu(time ni tengah semangat lagi update blog)
Pergi kem remaja kat Morib
Pun, aku dah ceritakan dalam entry sebelum ni.
Keluar jejalan dengan kawan kawan
Ini memang tak dapat dinafikan.Tak ingat berapa kali aku keluar rumah jumpa kawan.Pergi Karnival jom masuk u the mines(merangkap reunion dengan kwan sek ren),pergi jusco(dengan kawan yg jmpa kat library),pergi mid tak usah katala berapa kali.kan fatin.hehe.Mane lagi eh..hmm..
waktu pergi sunway

pergi jusco dengan cik betol.bukan sonang nk jumpe ni ^_^

Mid.Keluar dengan JiJi yang udah mau pulang sarawak.Yang muka paling hepi,JiJi la tu ;D
Tolong papa taip report
Kerja ni boleh dikatakan dah sebati dengan diri. Bukannye apa,tak ada orang lain kat rumah yang nak tolong papa berkenaan computer ni. Umi kerja, tinggal aku saja kat rumah.Papa pula terlalu busy dengan kerjanya ke sana ke sini. Sampaikan pernah dulu, papa offer kat aku untuk jadi setiausaha (lebih kurang camtu la :P) papa untuk selesaikan hal2 surat,print,taip report etc waktu papa tak ada kat rumah. Ade masa aku rasa liat sangat nak buat. Tapi bila fikir,kalau papa senang kerjanya selesai, maka aku pun jadi senang kok. Nah, apa lagi?
Kerja kat hospital!
Ha, kerja ni la yang aku rase paling banyak kesannnya pada aku sepanjang tempoh berapa bulan aku cuti. Pada mulanya tak terfikir langsung untuk aku cari kerja,tapi bila seorang kawan sekolah rendah aku ajak,tak semena mena aku rase semangat pulak. So, kami plan nak kerja kat kafe hospital (hosp sg buloh,dekat sgt dengan rumah aku). Waktu kami berdua pergi interview keje (ce..mcm kerja besar pulak),nak dijadikan cerita tempat tu nak seorang je.huhu and manager tu suruh aku yang masuk kerja dulu.kawan aku yang sorang lagi tu,akan dipanggil kemudian andai masih ada kerja kosong.
Masuklah aku ke tempat kerja yang bernama Let's go.Greatest corn and waffle in town.hehe. Bermula hari pertama aku kerja,semuanya berubah. Aku kena bangun awal sebab kadang2 jadual aku masuk pukul 7am.kadang2 pukul 9am. Balik pun kadang2 tak menentu.Tapi bos selalu bagi aku balik petang, pukul 5 ^^ Btw, aku pun dah tak luang banyak masa dengan adik adik.kalau tak aku tolong tengok2 kan jugak hw diorang ke ape ke.aku sapu minyak rambut sebelum ke sekolah,iron baju sekolah petang..buat susu kat kat Timah yang mengandung tiap malam,kemas bilik,lipat baju.bila dah masuk kerja....semua entah ke mana....
 
adik adik ku sayang

Bos aku,namanya Kak Is.baikk bangat dan sporting orangnya.Kalau kak is buat lawak boleh pecah perut kami semua gelak. Tapi kalau time serius,seriuslah orangnya. Kecut perut habis.heehee. Ok lamacam tu kan,tu la namenye kerja.time keje,keje.time melawak,jangan tak gelak. ^^
Kat tempat kerja aku,staf staf dia semuanya perempuan.eh, ade jugak laki. 2 orang, sorang Abg Rizal (kerjanya banyak di bahagian belakang,masak2 etc) dan sorang lagi Syahir, jejaka Melayu terakhir dari Kelantan.hehe. Yang lain semua perempuan,ade 4 orang semuanya (tak termasuk Kak Is) Kak Diana,Kak Shima,Balqis and Aku.Diorang semua baik !selalu tolong aku yang baru masuk ni.huhu aku jadi rindu si…..

Kak Iswani. Bukan calang calang orang ;D

Kerja aku paling banyak kat bahagian jagung.Akulah si pembuat jagung yang setia.hehehe. Hakikatnya aku lagi suka buat waffle and kaya ball. Tapi Kak Diana dan Kak Shima lagi expert buat bende2 tu.Laju oo diorang buat.Buat kaya ball pun cantik je,bulat,tak hangit. Aku pernah sekali buat kaya ball hangit,takut gile nanti kena marah dengan bos. Tapi ternyata, Kak Is tak marah pun malah gelakkan kaya ball aku yang hangit (bak kate Kak Diana,nani buat kaya ball perise coklat ke).hehe.So,aku tak putus asa..aku buat sampai akhirnya jadi jugak kaya ball yang aku impikan.yeaah^^
Hari buruh,bos kepada bos aku bagi bg cadangan kat kitorang semua para staff yang rajin (hoho) untuk makan angin kat Melaka.Semua perbelanjaan makan minum,bos yang bayar.Baik kann ^^ untung aku kerja kat situ.hehe.Kami pergi sehari je,sebab besok tu kena kerja.Kirenye cuti buruh tu digantikan dengan trip kitorang ke Melaka.Penat memang penat,aku sampai rumah malam tu pukul 2pg kalau tak silap.Tapi....memang bes sangat! Itulah kenangan terindah sepanjang aku bekerja kat Let's Go.

trip bersama staff2 dari enzo kopitiam.Bos yang sama :) 

tempatku berbakti



Balqis setia dengan cashier
Tanpa menghitung hari,pejam celik pejam celik,dah nak dekat sebulan aku kerja kat situ.huuuuuhu.terasa cepat sangat masa berlalu. Walaupun hanya sebulan tapi aku rase macam dah lama kerja kat situ.Semua staff2 dah aku anggap macam keluarga aku sendiri.Kitorang penat bersama,gelak bersama,stress bersama. Banyak jugak benda baru yang aku belajar sepanjang tempoh aku kerja.Macam….aku mula layan lagu zaman 70an 80an gitu.Sebab time keje,kak Diana bukak lagu2 kat hp dia.kuat mcm apa.customer mesti ingat kitorang bukak radio.Hari hari dengar lagu yang sama..sampai aku pun dah hafal lagu2 yang kami pasang.Aku jumpa dengan pelbagai jenis ragam manusia.Customer especially.Haih…baru aku tau betapa tensionnya orang yang kerja dengan customer ni tiap2 hari. Justeru sabar itu amaat penting.dan dan,senyum..ya,.senyum pun sangaat penting. Jangan lupa last sekali mesti cakap,"Terima kasih,datang lagi" atau "Jual ya...datang lagi pak/ibu" heheheh ;D
Tanggal 10hb Mei,aku dengan rasminya berhenti kerja dengan seorang lagi staff,Cik Balqis(yg juga kawan sek ren aku dulu) sebabnya..balqis dapat plkn dan aku pula dapat tawaran sambung belajar.Sedih sangat hari terakhir tu…kami semua nangis…… T_T aku lagi terharu bila dorang bagi hadiah bear sebagai kenang kenangan aku kerja kat Lets Go…aku nangis dan nangis dan nangis..sampai mata aku sakit..dan besoknya terus naik ketumbit (……)

Chef Nani dengan jagungnya :P

Hi, my name is Bobo ^^
Main Ice Skating
 Sehari sebelum aku pergi seremban untuk ke rumah kakk,Izzat Zaid tiba2 msg ajak keluar.Disebabkan kami dah lamaa tak jumpa,plus pasni masing2 dah nak masuk u, so aku pun setuju nak keluar jumpa dia and kawan kawan yang lain.Kitorang pergi sunway,main ice skating! Tak pernah aku main ice skating sebelum ni.Main roller blade pun sampai terlipat kaki.Tapi sebab Jat ade (die terer kot) aku pun mainlaaa jugak.Haha.jatuh berapa kali tak yah cakapla. At last,nak dekat2 balik tu baru la aku bleh imbang badan.bolehlaa takat nak luncur sket2 tanpa jatuh.heee..Oh ya,kami pergi 6 orang semuanya,Jat,Ju,Wawa,Dak Wani,Phaik Hui dan aku ^^.Balik tu Hui drive kete hantarkan kitorg sume balik.Wani sampai ke pintu rumah Hui hantarkan,yang lain sampai ktm.May God bless u Hui ^^


___________________________________________________________________________

Herm… tu saja sebagai recall kepada aku,ape yang aku dah buat sepanjang cuti yang agak lamaa ni.Moga aku tak lupa segala kenangan manis cuti panjang ni.Dan post kali ni jugak sebagai marathon sebab aku dah lama kot tak update blog.huhu.banyak lagi benda aku nak tulis tapi nanti lah.aku tulis dalam post yang lain pulak.Moga saja aku ingat.
YaAllah, terima kasih atas segala yang telah Kau aturkan untukku.semuanya indah..Andai aku leka,maka ingatkanlah aku wahai tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri dengan sendirinya."

Alhmdulillah selesei sudah.

Thursday, May 26, 2011

Ustaz AaGym (Kiai Haji Abdullah)

Assalamulaikum

Lama tak bersua.
Kenalkan, ini Ustaz AaGym atau nama sebenarnya K.H. Abdullah Gymnastiar.
Bagus sekali ustaz ini memberikan ceramahnya.Pertama kali saya dengar ceramahnya di tv, langsung saya cari di internet untuk megetahui lebih lanjut siapa sebenar ustaz ini.Kalau mau tahu ustaz ini dari Jakarta,Indonesia.

ini orangnya
Bagi sesiapa yang pernah mendengar ceramah beliau pasti tahu dan tertarik dengan cara penyampaiannnya yang mudah dan menyentuh hati.Saya sendiri kagum dan rasa mau dengar,dengar dan dengar lagi.
Salah satu ceramah beliau,bagus sekali isi penyampaiannya.Dengarkan yuk.

(sedikit ceramah beliau yang saya petik)

Ditanya, Pak, bagaimana mungkin bapak menyekolahkan anak2 dengan penghasilan terbatas?"
Loh, kan yang menciptakan anak itu Allah. Ya, Allah tanggungjwab dong terhadap apa yang Dia ciptakan. Yang penting saya jadi orang tua, jadi orang tua bertaqwa.Allah janji bakal urus urusannya, mencukupi rejekinya.."

Semoga beliau terus menyampaikan dakwahnya dengan ikhlas dan memperoleh sebaik baik ganjaran di sisiNya.

*lagi banyak dengar ceramah beliau,lagi banyak saya belajar bahasa indon.asyik! ^^*

Tuesday, March 29, 2011

Kini kembali jua akhirnya

Assalamualaikum wbt...

Waahh rasa kekok plak nak tulis..dah lama beno tinggalkan blog ni.Masalahnya time nak tulis je idea tersekat-sekat,nak tulis ape pun tak tau.time tak nak tulis mencurah-curah plak idea..haiya.Tak dapat dinafikan, memang banyak peristiwa berlaku sepanjang tempoh saya tinggalkan blog ni.Setiap hari pasang niat nak update blog nak update,siap dah susun ayat nak tulis ape.tapi nak buat macam mana,tak ada rezeki time nak tulis ada saja halangan.dan halangan terbesarnya ialah......MALAS.

Ok,antara perkara terpenting yang dh berlalu sekian lamanya ialah,em..rsanya 6hb februari (rsanya),kakak tercinta Khadijah yang kini blaja kat mesir dapat balik malaysia.seronok bukan main terlupa habis kat blog ni.So,sepanjang tempoh ijah kat malaysia dalam sebulan ke dua bulan ntah,saya banyak habiskan masa dengan dia.kat mana ada muka dia kat situla ada muka saya sekali.Kepulang free dia kali ni saya anggap sebagai satu hadiah dari Allah. Hari-hari saya tak lagi suram dan sepi tapi penuh dengan aktiviti dan suka duka bersama.Lebih mengembirakan ijah sempat wish besday saya pada 20hb feb.tepat pkul 12 malam lagi dia wish,sambil mengangis sebab terharu boleh wish face to face.huhuu.tak de pun orang wish sampai mcm tu skali kat nani.Pada tarikh keramat,14hb mac kami hantar ijah ke masjid shah alam untuk berlepas ke mesir di bawah tajaan kerajaan selangor.Memang sodih sebab saya dah tak da teman nak berbual bercerita dan mcm2 lagi :(

Habis kisah tu,ni saya sentuhla sikit pasal besday saya yang dah berkurun lamanya berlalu.Besday kali ni boleh dianggap yang paling bersejarah sekali sbb first time family buat seprise.Haha memang kelakar jugak bila igt balik.Sambutan dia lambat sikit dari tarikh hari jadi.Malam tu adik beradik lain balik rumah.Kiranya meriah jgakla sbb ramai org.Papa beli ayam banyak sebab nak buat bbq,makan ramai-ramai malam tu kat kat dewan rumah.Habis je makan,perut pun dah konyang,saya masuk rumah tengok tv.Then Ijah tetibe panggil suruh pergi dewan, ada mesej kat hp (henpon ada kat dewan waktu tu).Saya pergi ke dewan ambik hp tengok mesej.Kebetulan mmg betul ada mesej dari kakk kat seremban(yang padahalnya ijah saja je kata ade mesej sebab nak suruh saya pegi dewan) Saya pun msuk rumah balik.Ijah dok panggil2, datangla sini datangla sini balik tengok mesej.Saya kata, dah tengok ( ijah jd blur, dia pun tak tahu ada msg)Bila dh kene asak banyak kali,saya pegila dewan,tiba tiba lampu terpadam (igtkan adik, si Ammar tu yang main tekan2 suis) sekali saya nmpk lilin kek keluar dari bilik.Haha memang tergelak besar saya waktu tu sebab memang tak sangka langsung.Besday dah lepas lama kot.Tapi apa2 pun seronok sesangat malam tu,adik beradik lain and even PAPA sekali nyanyi lagu besday.huuuu memang sangat terharu.bukan senang ! ;P terima kasih kat kak tim yang pemurah sponsorkan kek cheese.That night I slept with a broad smile carved on my lips.alhamdulillah!

perjumpaan keluarga terbesar
 Dalam tempoh ni jugak, kak tim yang dulunya tinggal di shah alam terpaksa tinggal sekali dengan kami kat rumah sg buloh sebab tok laki tersayang pergi outstation. Jadi,sayalah yang menjadi companion tersetia dan diamanahkan oleh suaminya,Abg Saiful untuk jage kak tim dengan baik.Kesian kat kak tim..dhla mengandung..suami pulak dok berjauhan.huhuh.Abg Saiful yang kat us skrang ni akan balik akhir bulan 4 insyaAllah.Tiap malam mesti kena buat susu anmum kat kak tim.Sekali sekala bila milo habis,saya pun tumpang sekaki menghabiskan susu anmum tersebut.haha sedap jugak:)

Hm apa lagi..oh ya...hampir terlupa.23hb mac yang lalu keputsan SPM telah diumumkan.Sehari sebelum tu, tido tak lena,makan mcm biasa, nak buat kerja semua tak de mood.Asyik fikir apalah bentuk huruf kat atas slip nanti.Kalau ikutkan hati,saya memang tak yakin nak dpat result molek.sebabnya ntahla.. bila igt soalan2 yang dh dijawab rsa macam ntah pape semuanya.Saya teringat,Ijah selalu bagi nasihat yang dia pun mcm saya jugak dulu.tak konfiden langsung nak dapat result baik.disebabkan itu, ijah baca yasin sokmo,tiap tiap hari solat hajat mintak doa supaya Allah bagi result yang cemerlang.tawakkal segala galanya.Saya ikut nasihat ijah dan yakinkan diri bahawa Allah akan bagi yang terbaik untuk saya,setimpal dengan usaha saya selama ni.alhamdulillah,saya dapat 10a 1b.b syariah...memang tak sangka langsung.igtkan b kat subjek sains tp lain pulak jadinya.apa pun alhamdulillah yaAllah..kejayaan ini sudah melebihi apa yang aku sangkakan!

Itulah sedikit sebanyak apa yang berlaku pada diri ini sepanjang tempoh blog ini tidak diupdate.InsyaAllah lepas ni saya akan tulis entry-entry yang lebih bermanfaat untuk dikongsikan bersama.Sehingga saat ini,banyak yang saya lalui,sedih gembira tension semua ada.Biasalah hidup,kita tak boleh gembira sepanjang masa,tak boleh juga sedih sepanjang masa.Paling penting kena selalu berdoa agar Dia sentiasa memberi hidayah dan petunjuk kepada kita. sebab kita ni selalu lupa leka dan alpa.Hanya dengan teguranNya yang dapat menyedarkan kita hamba yang lemah dan banyak berbuat dosa.

Berjaya jugak update blog ni.yay! alhamdulillah:)

Wednesday, February 9, 2011

Kisah penting dua hari yang lalu :D

Assalamualaikum wbt

Agaknya apa kisah penting dua hari yang lalu ya?siapa yang makan cili dialah yang rasa pedasnya : D Disebabkan saya tak berpeluang nak update so terpaksala postponed sampai ke hari ni.Bak kate orang putih, 'Better late than never' (ayat yg sgt common utk menyelamatkan diri :P).Jadi....dikesempatan ini, izinkan saya mengucapkan Selamat Hari Lahir ! buat kakak dan kakk ipar tersayang,Cik Tim dan Kak Dayah :)  harapnya masih belum terlambat la ye.nani bukan lupa...cume terlambat saja.. he he..

Sempena tarikh bermakna 7 Feb ni..nani doakan semoga Kak Tim dimurahkan rezeki selalu,dipanjangkan umur dalam kebaikan dan peroleh kejayaan dalam setiap perkara yang kak tim lakukan.Terima kasih kerana menjadi kakk yang baik! selalu ambil berat tentang kebajikan adik-adik.heheh.oh ya,terima kasih jugak sebab banyak ajar nani masak segala macam resepi.You must have thought that I forgot all those recipes but in fact I got it all perfectly : ) thank you.dan...walaupun kak tim selalu buli nani buat air milo,tapi nani terpaksalah mengalah sebab kak tim banyak belanja nani,macam-macam.hehe :) *dh puji ni nanti bolehla belanja nani lagi.kekke.

Em..hadiah??ya nani tahu itu yang kak tim pikirkan.Tak pe,hadiah akan menyusul bila nani berwang nanti.Semestinya hadiah dari Allah lebih bermakna buat kak tim,cahaya mata yang ditunggu-tunggu selama ini.tahniah2!nani pun tumpang gembira dengan berita terbaru ni..Pastinya hari-hari yang mendatang akan memberikan kak tim pengalaman yang sangat bermakna sebagai bakal ibu : ) hai,nampaknya makin bertambahlah anak menakan cek.semakin meriah jugalah keluarga kita..(tertanya-tanya agaknya ape hadiah special dari incik suami tersyg??hihi)

Dan...untuk kakak iparku yg dirindui,jauh nun di utagha sana,nani juga doakan semoga Kak Dayah sentiasa dalam jagaanNya,dilimpahi kebahagiaan dalam rumahtangga serta kejayaan dalam setiap perkara yang dilakukan.Mudah-mudahan murah rezeki dapat timang anak kedua pulak nanti..ameen.. : D

Keluarga bahagia..Abg Nas,Kak Dayah dan si kecik comel Asma :  )

sekarang sudah tua

Merpati dua sejoli,Kak Tim dan Abg Saiful.Semoga kekal ke anak cucu ameen..
Last but not least.....
Happy Birthday sis!

Sunday, February 6, 2011

Hottest songs from Sami Yusuf !!

I've just got these songs from my brother who is Sami Yusuf's fanatic fan.And of course the way he loves music has influenced me too : ) Recently he got the latest album of Sami Yusuf with the title "Wherever you are" (Perhaps he is the first man in Malaysia who gets the original album straight away from Jordan!)



The songs are very inspiring!I only choose certain songs which I think the best.Here it is, Salaam,Make Me Strong and No Word Is Worthy.Such a beautiful voice and beautiful words!Enjoy ^^

Salaam

Make Me Strong

No Word Is Worthy-contains Malay's version at the end of the song!

Friday, February 4, 2011

Takdir manusia telah ditulis sejak di dalam rahim ibunya

Diriwayatkan daripada Anas r.a, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud,"Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu malaikat berhubung peringkat kejadian anak dalam kandungan rahim ibunya dan keadaan akan dilalui, apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, malaikat bertanya:" Ya Tuhanku! Air benih ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Ya Tuhanku! Darah seketul ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Ya Tuhanku! Daging segumpal ini akan disempurnakan kejadianya atau tidak? Maka apabila Allah hendak menyempurnakan jadinya seorang anak, malaikat bertanya lagi: Ya Tuhanku! Adakah ia seorang (yang bernasib) celaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya? (Selepas malaikat mendapat jawapannya) maka ia menulis seperti yang diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya." 

Lihatlah di sini bahawa kejadian kita dahulunya telah disempurnakan dan dituliskan oleh malaikat dengan izin yang Maha Esa.Tidak terfikirkah betapa uniknya kita??Alhamdulillah sy di antara manusia yang diciptakanNya untuk hadir ke dunia ini,sebagai manusia yang sempurna dan sebaik-sebaik kejadian.

Berikut adalah peringkat-peringkat kejadian manusia menurut al-Quran yang digambarkan secara ringkas:

Nutfah(selepas persenyawaan) --->A'laqah(segumpal darah)--->Mudghah (seketul

daging) --->Tulang yang dibaluti daging ---> Embrio ---> Peringkat peniupan roh

(iaitu di mana berlakunya perjanjian antara manusia dengan Khaliq seperti yang

dinyatakan di dalam surah al-A'raf ayat 172)

"Dan igatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulb (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman), "Bukankah Aku ini Tuhanmu?"Mereka menjawab,"Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, Sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini"

Kesimpulannya,ingatlah bahawasanya ada empat perkara yang telah ditetapkan oleh Allah sebelum seseorang itu lahir ke dunia iaitu:
  • Nasib (celaka atau bahagia)
  • Jantina
  • Rezeki
  • Ajal




*teringat pula lagu Opick feat Melly Goeslaw,tajuknya Takdir.Bolehla dengar kat youtube lagunya sangat best n liriknya pun bermakna. Klik sajalah di sini.

Allah lebih menyayangimu..saudaraku.

Assalamualaikum wbt..

Pagi Jumaat yang mulia hari ini,saya dikhabarkan oleh seorang sahabat mengenai sahabat saya Nur Diyana bt Shamsuddin telah kembali ke rahmatullah pada pukul 6.30 pagi ini.Antara sedar atau tidak,diri ini seakan tidak percaya dengan berita yang disampaikan..

Sebenarnya saya baru shj mengenali arwah ketika diberitahu oleh seorang sahabat yang sering menjaganya di hospital.Perkenalan pertama hanya pada nama,kami tidak pernah bertemu apatah lagi mengenali hati budi masing2.Arwah merupakan anak yatim,dan hanya tinggal bersama neneknya.Disebabkan kami ni sebaya,saya kagum dgn kecekalan dirinya dlm menghadapi ujian Tuhan...kerana arwah..mengidap leukemia.

Bayangkan di saat remaja-remaja yang lain bersuka ria menikmati nikmat sihat dan masa lapang yang dipinjamkan Tuhan-hatta saya sekalipun,tetapi arwah berjuang mati-matian untuk nyawanya.Menghabiskan sisa waktu yg ada sebagai persediaan di hari kemudian.Tanpa melihat wajahnya dan mngenali dirinya pun sudah cukup membuktikan arwah, seorang yang cekal dan tabah dalam mengharungi apa yg telah direncanakan Tuhan..

Saya memujuk diri dengan meyakini bahawa semua perkara yang berlaku telah ditetapkan dan mungkin ini adalah yang terbaik.Allah lebih menyayangimu,sahabatku..Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..Al-Fatihah..