Tuesday, February 26, 2013

nasihat kekanda


Aku sedih suatu hari memikirkan banyak benda yang bermain dalam fikiran. Masalah dengan perangai kawan yang bermacam ragam. Ditambah lagi, kena marah dengan Dr masa praktikal.

Im stressed. I cried that night, praying that Allah would show me some way.

Tak lama lepas tu, kakak di mesir telefon buat julung2 kalinya. Aku pun dah tak ingat bila last time aku dengar suara dia. yaAllaaahhh.. rasa cam nak nangis sebab rasa terharu Allah hadirkan seseorang just right after I told Him everything about my problem and sadness.huhu.

***
 “Org yang bersyukur takkan penah sedih tahu”

“Keeps on berselawat n berzikir stiap hari 100 kali n believe in Allah, iA if Allah nak bagi hang besfren, 10 org pun dia blh bagi sekelip mata tau. cume Dia tgh nak uji hang la tu.”

“Bila sedih time tu hang ingat la betapa banyak nikmat lain yg Allah bg kat hg n tak bg kat dorang malah lebih lagi dr dorang like result hg, family bahagia n etc n automatik hang akan rase bersyukur n happy n rase sgt bertuah n of kos, kalau kita bersyukur, Allah tambah nikmat lagi”

“Ingat segala nikmat2 besar Allah bagi kat hang”

“SENYUM...N CAKAP ALHAMDULILLAH”

“iA hati yang tenang hanyalah hati yang bersyukur”

“Allah pun tau hang tgh sedih tu, don worry..”

***
Mungkin Allah memberi ilham kat Ijah untuk menegur aku supaya lebih banyak bersyukur dan jangan hitung nikmat yang Dia bagi pada orang lain. Bersyukur, dan bersabar. Setiap orang berbeza, dan punya kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Hakikatnya, tiada manusia yang sempurna.

Aku akan ingat tu, aku akan cuba amalkan.

SENYUM, SABAR…DAN CAKAP ALHAMDULILLAH!


Saturday, February 23, 2013

foster family :)

Alhamdulillah alhamdulillah..
no words can describe my feelings. im blessed with their love!


Mak, dan ayah. Walau cuma hidup sederhana, tapi mereka kaya hati, kaya jiwa, kaya kasih dan sayang!
Allah, bantu aku untuk jaga hubungan ini. 
Bless them with rahmah always, ameen :)  

nota kaki 1: sebelum balik, mak bagi baju kurung dan sejadah kat aku. huhu sungguh terharu :'(  

Friday, February 22, 2013

sabah negeri di bawah bayu

Assalamualaikum wbt,

It has been a long time aku nak post pasal benda ni. Pasal tempat baru yang aku tercampak ni. Ape la, sepatutnya aku buat entri ni masa first2 time masuk ums dulu. Lama ku tangguh niat tu. Tapi apa kan daya, maryam hanani memang 'rajin' update blog dia. :P

Tak pernah terbayang dalam fikiran dan minda ku yang sempit ni yang satu hari nanti aku akan menjalani kehidupan di sabah. Mula2 tu memberontak la jugak, niat di hati nak blajar kat UM, last2 tertambah S pulak kat belakang dia. Hm, dengan restu ibuayah, aku teruskan la jugak langkah ni, sambil mencari-cari apa hikmah disebalik rencana yang diaturkan Tuhan ni.

Alhamdulillah mula-mula sampai tu tersenyum dah, U aku sebelah pantai bestnyaaa! eh, sebelah dia pulak shopping mall! haha tersengih la aku. Sungguh Allah Maha mengetahui naluri keperempuananku ini. Dan pulak, UMS ni antara u yang paling besar dan paling cantik di asia (seriusly memang cantik!) ada sikit bangga disitu. ;P Tak kisahla, yang penting dan paling penting bi'ah atau environment dia tu macam mana. Environment ni la yang akan banyak membentuk siapa aku dan cara aku berpikir. Cewwah yeke? Yes, bagi aku sangat betul.

Aku selalu dipesan, kat mana pun pegi, mesti cari Islam kat sana. Klu xda, wujudkan suasananya. Ni la yang papa aku buat masa belajar di Dublin dulu. Before that time, very little or nothing is known about Islam and muslim in that country. Papa found it's hard to find daging halal so he decided to work at the meat shop and did the sembelihan acc to Islam so that the seller could sell the halal one! At that time also there was no mosque or even surau so papa n his frens had to rent hall to pray Jumuah and the Eid prayers. alhamdulillah bit by bit, people later realised what was he doing and joined him to spread the Islam. subhanallah, aku mungkin tak sampai macam tu sekali. Tapi itulah yang aku maksudkan, kat mana pun kita pergi, kita berada, jangan terhanyut dengan surrounding kalau surrounding tu x baik. Instead, kita lah yang kena betulkan keadaan tu. Tapi klu dah ok, jadilah kita yang meraikan suasana tu :)

Eh aku ni macam dah terpesong je dari tajuk. bila dapat bercakap tak bleh nak stop plak. hehe. bukan senang eh nak update ni. So untuk meringkaskan cerita, aku suka letak gamba saja supaya tak payah aku nak bercerita panjang lagi. Jom round2 ums ;)


dewan canselor dia besaa dan cantik sangat. very astonishing!

ni la kolej kediamanku nun di atas bukit. tu pasal la ijah, line slalu problem. wifi apatah lagi.
 so jangan salahkan nani kol slalu putus ;P 

sejak bila ada tanduk?

sekitar kampus

sekitar sekolah perubatan yang sunyi sepi
 (instead of fakulti, kat sni dia panggil sekolah heh)

kalau berjalan kaki mcam ni hari2 pegi kelas boleh kurus eden

with some of my colleagues :)

di library.poyyo je tu ;P

subhanallah sangat cantik kan. ni la pantai di belakang ums.
tempat ku bermain slepas habis exam.

yay!

alhamdulillah...

" ...boleh jadi kamu benci akan sesuatu padahal ia baik untuk kamu dan boleh jadi kamu suka akan sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" [al-baqarah:216] 

Sekian saja, assalamualaikum :)

nota kaki 1: Tak sabar nak jumpa keluarga angkat di Kudat besok. Tapi cuak pulak baru first time nak jumpa. Harap dorang boleh terima aku seadanya. Inikah perasaannya bila nak gi jumpa mak mertua nanti? eheh ^^"

Monday, January 21, 2013

Kisah si Adik

Yes!
Masa untuk update blog!
Masa untuk mengikis karat2 di otak!

Assalamualaikum wbt, Selamat pagi semua, Selamat Hari Isnin. Nyaman sungguh hari ni. tambah-tambah lagi mengupdate blog di bilik kesayanganku ini. Ahh indahnya hidup ;) alhamdulillah.

Saya telah selamat sampai di rumah malam sabtu yang lalu. Tahniah maryam hanani, ini kali pertama anda naik flight sorg2 walaupun macam biasalah, anda orang yang terakhir tutup pintu kapal terbang tu. Free2 dapat nasihat dari pramugara, Nasib baik hensem he he :) 

Hm itu bukan main pointnya.

Adik saya, si Anis tu semalam baru bertolak ke kedah dengan papa. InsyaAllah akan jadi pelajar 2nd intake kat skolah agama sik, kedah. Sekolah keturunan Haji Kechik. Dari abang saya 2 org, saya sendiri, adik, sepupu sepapat semua masuk skolah tu. Satu Sik tu agaknya dah kenal anak cucu hj kechik ni.

Yang sedihnya, saya tak sangka dia nak bertolak sehari lepas saya balik semenanjung. Huhu. Masa kat sabah dah berangan nak buat macam2 aktiviti dengan dia. Penat saya mengumpul cite katun untuk ditonton bersama. Huhu, tak da rezeki nampaknya :( 

Akhirnya, seblum dia bertolak malam tu, saya bawak jugak dia pegi Midvalley, tempat kesayangan dia tu untuk kali terakhir seblum masuk ke asrama. 
Anis, belajar baik2 di kedah nun sana. Pandai2 lah jaga diri, Cari kawan yang baik2. Belajar ilmu agama biar selari dengan ilmu dunia. Kak nani dan keluarga di sini sentiasa doakan anis yang terbaik :)

Allah, jaga adikku disana. Semoga dia jadi anak yang soleh, anak murid yang berakhlak, sahabat yang baik dan abidMu yang Kau sayang. ameen.

nota kaki 1 : Baru je 10 minit bertolak semalam, saya perasan seluar sekolah dan buku sainsnya tertinggal.Betuah sungguh..
nota kaki 2: Sape lagi aku nak suruh buang sampah lepas ni.hmm.. 


Saturday, December 8, 2012

Allahu rabbi..
Apa sebenarnya yang berlaku pada aku sekarang ini. Aku tak pernah berasa benci yang sedalam ini sakitnya yaallah..penatlah begini...sedih.. 
kini sampai kemuncaknya


betul betul aku rasa seperti mahu pergi ke satu tempat yang jauh 
yang tiada manusia disitu. tiada apa apa
allah..kuatkan aku. 

Sunday, November 18, 2012

penyakit tidur


Hairanla macam mana orang lain boleh tido sekejap sekejap.
Kalau aku yang tidur, tak de maknanya sekejap
mesti akan terbabas
adakah ini dari diriku sendiri
atau penyakit keturunan? :D

pandailah kau..salahkan orang lain je keje.
hmmmph..

Jeles... :(

Dan besok, bermula lah kelas pagi hingga petangku seperti biasa
Selamat tinggal cuti seminggu yang indah.

kesian blog ni kena tinggal lagi..

Semoga lebih rajin baca buku pasni
Semoga tak terbabas tido lagi
Semoga dapat siapkan esaimen n report2 adeh!
Semoga Allah mudahkan segala urusan

Allahumma yassir wa la tuassir, rabbi tammim bilkhoir..




Setinggi tahniah!

Alhamdulillah. Tahniah kepada Abim Sabah yang telah menerima Anugerah Khas Sempena Sambutan Maal Hijrah 1434H Peringkat Negeri Sabah serta kepada Prof. Madya Dr. Arsiah Bahron, aktivis WADAH & ABIM Sabah yang juga telah menerima Tokoh Maal Hijrah Saidatina Khadijah 1434H sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah. Semoga dakwah di Sabah terus subur dengan program & aktiviti yang dijalankan ABIM Sabah, 
In syaa Allah.

barisan pimpinan Abim Sabah.:)

p/s: With or wtihout award, semoga terus cemerlang berbakti untuk ummat.