Thursday, September 22, 2011

monolog seekor lalat



Tiba-tiba seekor lalat terbang dan masuk ke dalam buih Nescafe
tarik aku.

Menggelupur buat seketika sebelum terus senyap. Tak bergerak.
Mungkin sudah berakhirnya kehidupan seekor lalat.

‘Kakkk…masuk lalat lah, tolong buat yang lain ya…’ kata aku
‘Maaflah dik, kakak buat yang lain ya.’ Kata kakak itu.
dan aku meneruskan kehidupan seperti biasa.

Nama aku Mat. Nama betul aku tak payahlah korang tahu, cukuplah
kalian mengenali aku sebagai Mat sahaja sepertimana kebanyakan
rakyat Malaysia ini. Biasalah kan, korang pun selalu dengar ‘mamat
tu kurang ajar betul..tiba-tibanya masuk ke depan kereta aku, dah
lah tak bagi signal…’ atau ‘hari tu tayar kereta aku pancit tepi
highway, nasib baik ada Mamat sorang tu berhenti tolong, kalau
tidak tak tahulah aku…’ atau ‘ Ngko ingat aku tak kenal mamat tu
hah? Kalau aku nampak ngko dengan dia lagi, aku bagi kat situ
jugak..’. Nama Mamat dah menjadi sinonim dengan kehidupan kalian
sehari-hari.

Aku ? Aku adalah seekor lalat dari spesis Musca Domestica atau
Lalat Rumah dari keluarga Diptera iaitu serangga yang mempunyai
dua sayap. Aku adalah antara 1.5 juta spesis lalat yang
berterbangan di seluruh dunia. Aku berusia 8 hari dan pada usia
sebegini aku sudah menjadi dewasa. Aku sudah menghabiskan sekolah
rendah dalam masa 2 hari, sekolah menengah dalam masa 2 hari dan
melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dalam masa 3 hari. Kelmarin
aku baru dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Makanan dan
Sampah Sarap.

Tak ada konvokesyen macam Mat Jan, cuma ambil ijazah di tepi tong
sampah sahaja.
Malam tadi, semasa aku berterbangan mencari sesedut makanan, aku
singgah sebentar di lorong belakang sebuah bangunan. Aku nampak
seorang perempuan yang cantik. Bergaya dan seksi sekali. Aku
singgah sebentar di atas bahunya sebab aku nak survey kalau ada
sisa-sisa makanan yang ada sekitar kawasan itu. Malangnya aku
dihalau dengan libasan tangannya sambil mulutnya memaki hamun aku.
‘Celaka punya Lalat..!’ kata dia. Aku dihina sebegitu rupa
seolah-olah aku adalah seekor binatang. Aku bukan binatang, aku
adalah serangga. Walau aku dituduh sebagai pembawa penyakit dan
virus yang merbahaya bersama-sama Sang Nyamuk, sekurang-kurangnya
aku lebih baik dari dia.

Seberapa ketika kemudian aku melihat dia
dipimpin oleh seorang lelaki masuk ke dalam bilik belakang
bangunan. Sekotor-kotor aku, engkau lebih kotor, lebih hina !

Aku meninggalkan kawasan kotor itu dengan maki hamun di dalam
hati. Aku terbang lagi dan aku mengembara di atas bumi Tuhan ini.
Aku sekadar ingin mencari rezeki dari rezeki yang kamu buang dan
kamu humban di dalam tong sampah. Hinakah aku?. Rezeki yang Tuhan
bagi kepada kamu, kamu bazirkan dan kamu berikan pada aku.Siapa
yang lebih hina? Aku tak pernah sia-siakan sisa-sisa rezeki kamu.
Kalau banyak, aku panggil kawan-kawan aku. Kami berkenduri di
situ. Sekurang-kurangnya aku menyapu-nyapu tanganku sebelum
menjamah makananmu tidak seperti kebanyakan kalian yang langsung
tidak membasuh tangan.

Apabila hari dah pagi, aku terbang melata lagi. Itulah kerja aku
dan itulah kehidupan aku. Aku singgah sebentar di satu tong sampah
belakang sebuah rumah.Deria rasaku pada kaki-kakiku memberitahu
sesuatu. Ada banyak makanan. Ada yang masih elok untuk di makan
oleh kalian. Sudah rezeki aku.

Sambil makan, aku melihat pada sehelai surat khabar. Aku
membacanya sebaris dua dengan mata yang kabur sebab aku mempunyai
mata kumpuan yang mampu menyedarkan aku pada setiap kilas
pergerakan.(aku pandai membaca ketika usia aku satu hari di
sekolah rendah jenis kebangsaan lalat). Isi beritanya memualkan
aku. Berita dari prosiding Mahkamah, berita rogol, bunuh, culik,
rasuah dan sebagainya.

Selera makan aku terpadam. Dalam masyarakat
aku tak ada berita-berita itu semua. Apa yang biasa aku dengar
dalam masyarakat aku hanya berita kematian lalat yang ditampar
dengan sadisnya oleh manusia, kematian lalat yang disembur dengan
Ridsect atau Sheltox,kematian lalat akibat sakit tua atau kematian
lalat akibat terkena renjatan elektrik pada perangkap ultra
violet. Berita-berita yang memualkan itu menyebabkan aku segera
meninggalkan tempat itu. Aku sudah tiada selera untuk makan.
Kalian memang memualkan aku.

Sehina-hina masyarakat aku, masyarakat kalian lebih hina
sebenarnya. Sambil terbang, aku terfikir. Kenapa aku dituduh
dengan bermacam-macam tomahan? Aku tidak pernah berak atas badan
kalian tapi kenapa titik-titik hitam ciptaan Tuhan itu dikatakan
sebagai tahi aku?. Ironinya, bila tahi aku berada di penjuru bibir
kalian, itu dikatakan manis? Kenapa bila kalian pening-pening
dikatakan sebagai pening-pening aku? Kenapa aku dijadikan
perumpamaan seperti lalat langau mengerumuni bangkai? Sedangkan
tahi aku dan kitaran hidup aku pada bangkai itu menjadi maklumat
penting kepada Pathologist untuk menganggarkan usia kematian
lada’ ?. Eh, itu burung, ngko jangan nak tipu aku. Aku Bahasa
Malaysia dapat ‘A’ tau. Begitulah buruk dan hodohnya aku pada mata
kalian.

Kadang-kadang aku pun ingin menjadi seperti burung. Terbang tinggi
menyapu awan tapi aku tetap bersyukur dengan anugerah Tuhan.
Dengan sayap-sayap ini aku belajar erti kehidupan kalian. Walau
aku cuma mampu hidup selama 40 hari dan sekiranya aku melangkaui
40 hari kemungkinan aku mampu hidup sehingga ke 100 hari. Itu
hakikat kehidupan aku yang mungkin kalian tidak tahu. Aku hanya
mampu berdoa agar aku mampu hidup sehingga 100 hari dan aku cuba
menghindari kawasan-kawasan berisiko tinggi. Tidak seperti kalian
yang mencari mati di atas jalan-jalan raya dengan
motosikal-motosikal dan kereta-kereta turbo bagaikan pelesit.

Matahari semakin tinggi dan cuaca menjadi semakin panas. Aku perlu
tempat yang terlalu sejuk dan membeku kerana di tempat sebegitu,
aku mampu pengsan selama berpuluh-puluh hari dan aku hanya akan
sedar sekiranya aku dipanaskan balik dengan sedikit haba. Aku
cantik. Aku masuk dengan menumpang seseorang yang membuka pintu.
Aku terbang dengan ceria sebab tubuhku menjadi sedikit dingin
terkena hembusan pendingin hawa. Aku terpandang sebuah komputer
yang terbuka dan seseorang sedang mangadapnya dengan penuh
konsentrasi.

Aku singgah sebentar di atas kerusinya. Dia tidak
menyedarinya. Terlalu asyik dia. Aku cuba membaca apa yang
terpapar pada skrin komputer. ‘Ah !,terdapat sebuah catatan
tentang seekor lalat, apake jadahnya dia membaca cerita pasal lalat?
Tak ada kerja ke dia ?
Boss dia tahu atau tidak yang dia! sedang berpura-pura berkerja?
Apa dia tak sedar yang majikannya membayar gaji dia untuk membuat
kerja dan bukannya membaca sebuah cerita tentang entah apa-apa..’
bisik hati kecil aku. Manusia, manusia…

Lalu aku terbang meninggalkan dia yang masih lagi membaca catatan
tentang seekor lalat. Mungkin dia ingin tahu tentang ending cerita
lalat. Menarik sangat kah cerita seekor lalat?. Entahlah….
dan aku..aku masih dianggap kotor, jijik dan hodoh.
Epilog.
Lalat itu meninggal di dalam buih-buih air Nescafe tarik aku pada
usia 10 hari. Dia tidak sempat menatap terbitnya fajar ke 100
100 hari mungkin dia sudah menjadi presiden lalat-lalat dan dengan
daya fikirnya yang tinggi, dia mungkin mampu mengumpulkan
lalat-lalat seluruh dunia dan menyerang manusia. He he he. Jangan
marah lalat.

korang jgn pndang rendah kat aku
sekadar ingin berkongsi cerita best buat renungan :)
sumber:Black crv Sha

Tuesday, September 13, 2011

Serabut


Hujung minggu ni insyaAllah pegi penang,jalan-jalan

besnyee tak sabar nak balik khamis ni, lagi dua hari, sabar-sabar

rindu nak jumpa papa jugak sebenarnya.. :(

hm sesuatu berlaku hari ni dan malam ni rasa tak da mood

byk lagi kerja tak siap sepenuhnya dan besok pula ada test.

huu...........

yaAllah......sedihnya..kenapa aku ni, aku tak suka apa yg aku rasa skrang ni..

huhu yaAllah,ampunkan dosaku, ampunkan aku yaAllah..

berikan hidayah dan petunjuk padaku,bimbing aku yaAllah, sedarkan aku yaAllah..

ampunkan dosa masa laluku dan bantulah aku untuk memperbaikinya..

aku menyesal..dan mengakui kebesaranMu ya tuhan..

Engkau lebih mengetahui segalanya didalam hatiku yang paling dalam.

Bantulah aku..

Alhamdulillah a'la kulli hal, wa astaghfirullah min kulli zanbin.

Ameen..



Doakan saya test bio besok :'(


damai bila dapat menikmati suasana matahari terbenam, memandang laut..

Saturday, September 10, 2011

Koran by heart

Assalamualaikum,

Baru-baru ni sy baru sj habis menonton secara keseluruhan sbuah dokumentari, Koran by heart.Seriously, anda semua sgt sgt sgt lah digalakkan tengok film ni.

dont miss to watch it
Sy mula2 tahu pasal film ni dr abg can sebelum dia terbang ke sabah.Malangnya sy cuma dapat 4 episode daripada 6 episode keseluruhannya.2 episode lagi sy terpaksa tengok melalui youtube.Apa pun,film ni memang terbaik.amazing!

Sedikit tentang dokumentari ni, Koran by Heart mengisahkan perjalanan 3 peserta muda dari negara yang berlainan dalam satu pertandingan hafazan alquran yang dijalankan setiap tahun pada bulan ramadhan di Cairo, Mesir.Peserta pertandingan ni adalah dalam linkungan 7-21 tahun.Tapi, dalam kisah Koran by Heart ni,dia lebih fokus kepada 3 peserta muda yang berumur 10 tahun iaitu, Rifdha Rasheed dari Maldives, Djamil Djieng dari Senegal dan Nabiollah Saidoff dari Tajikistan.Masing-masing ada kisah mereka yang tersendiri dan juga cara bacaan yang tersendiri.


Saya kagum sangat dengan kelebihan pd peserta muda ni yang mampu hafaz keseluruhan al quran dengan baik.Khususnya bila dengar cara Nabiollah baca quran,meremang bulu roma.seram sejuk rasa..huhu..hebat..tak dapat tahan air mata bila dengar bacaan dia.Nabiollah tu sendiri buta huruf dan tak tahu langsung bhs arab.yet,he manages to recite and memorize the whole al-Quran perfectly.subhanallah.

“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

May Allah swt bless you guys always.

You can also watch Koran by Heart here

what is in my mind?

Assalamualaikum wbt..

Last post punya berhenti pada 20 jun?ya Allah..lama jugak dah tinggal blog ni rupanya.hari ni dah masuk bulan 9 dah pun.Time flew so fast.i even did not realise that actually ive been through so many things since i stopped writing my journal until up now. Hm nak mula dari mana ni ya..

Family reunion dan mid sem test
Sebelum masuk bulan ramadhan,memang waktu tu agak sibuk sikit sbb first ramadhan kami mula start mid sem test. Bukannya busy sebab baca buku sgt pun,hehe,tp sebab ada agenda yang lagi besar-Family reunion. Pulak tu nak ditakdirkan tarikh family gathering tu jatuh pada 2 hari sebelum bermulanya mid sem test yakni 30 dan 31 july.Memang study la sangat kan...Kak cah dari uk,Abg mer dari jordan dan Ijah dari mesir semua pakat balik Mesia.yang kat mesia ni apatah lagi. Sakan la kami bersembang pagi malam betukar cerita.Tengok masing2 dah besar panjang. Anak2 sedara pun baru nak tengok muka mak2 sedara depa yg cantik2 ni secara real.hehe.It was a such great moment together.being with my family is the best thing i would always love to do :)


Alhamdulillah,walaupun banyak masa sy luangkan dengan family.Cuma sedikit sj masa sy belajar, tp Allah tetap bg yang keputusan yang baik.tak lah excel mana tp bila nilai balik,sesuailah dengan kadar usaha sy yang lakukan.Mungkin jugak atas berkat doa keluarga.InsyaAllah..untuk exam final nnt kena pulun betul2.Ni cuma test, nak tengok kat mana tahap kepahaman kita blajar selama ni.bgus jugak ada test,it motivated me to study harder during last minute time ;p Habis saja test seminggu,habis jugakla puasa selama seminggu di bulan Ramadhan.

Ahlan wasahlan ya ramadhan...


Minggu kedua puasa barula terasa diri berada dalam bulan berkah ni.sebabnya minggu first sibuk fikir pasal test. Sy baru ada kesempatan nak solat terawih di dewan kolej, dengar ceramah tazkirah etc..Semua aktiviti yg diatur saaangat bagus.Masa di bulan puasa ni la adlh waktu terbaik kita nak didik diri kita utk buat banyak kebaikan,utk jadi manusia yang lebih baik dr sebelum ni. sebabnya semua syaitan dah digari,diikat,dirantai, yang tinggal cuma diri kita dan nafsu.Jadi, cuba nilai diri kita dlm puasa,kalau kita masih buat perkara yang tak baik,maksudnya tu dtg dr siapa?mestila dr kita sendiri...nafsu kita..

Alhamdulillah ramadhan kali ni tidak ku rasa seperti ia berlalu begitu saja.Ada pengisisan ada perubahan yang baik dirasa.Alhamdulillah...semoga sj kebaikan dan amalan yang dilakukan beterusan walaupun dengan berakhirnya madrasah ramadhan selama sebulan.Ya Rabb,jangan jadikan ramadhan tahun ini adalah ramadhan yang terakhir buatku.Ramadhan,semoga kita bertemu lagi pada tahun hadapan insyaAllah..


Eid Mubarak


Hari raya datang lagi!! Tahun ni banyak sangat berlaku perubahan.Yang dah berumah tangga semua pakat beraya kat rumah mertua masing2.even papa pun beraya kat rumah mertua dia aka nenek sy jugak lah.hehe.tp papa beraya di kampung kat kedah.kami yang masih bujang ni nak beraya di kampung kat kelantan,sebelah mama.So terpaksalah kami split ikut haluan masing2.huhu..

abg can beraya di laut perantauan
Dahla pulak tahun ni abg can telah diterbangkan ke sabah untuk mula bertugas sebagai seorang doktor di sandakan.beraya lah dia bersama suku kaum kaum disana sebab cuti raya cuma 2 hari.rasa tak berbaloi pulak nak balik...kesian abg can...kesian jugak kat kami bertiga.kalau tak mesti abg can join kitorang,geng2 bujang.
Tapi tak apalah,raya di mana pun tetap ada kemeriahannya.

Kalau ikut adat keluarga sy,raya pertama kat rumah.Pagi tu,makan sama-sama,bersalaman sambil mengutip duit raya (ini sesi yg sgt penting), dan akhir sekali tangkap gambar ;) tp berbeza utk tahun ni,kami semua berjauhan di negeri mertua masing2.saya ikut abg pulang ke kampung di kubang kerian kelantan utk beraya bersama nenek tercinta,sebelum abg sendiri pulang ke kampung mertua dia kat perak..

nenek, sy, ijah, adik.yg kat depan tu kakak ipar,kak dayah dan anaknya yg  tak bg kerjasama utk duduk dgn baik ;)
Yang sedihnya pulak,nenek demam time hari raya..huhuhu...kesiannnyaa..nak tgkp gmbar pun nenek tak larat.tak pelah,ada muka nenek pun kira ok lah. Bila datang kelantan sudah semestinya akan melawat pusara ibunda di pengkalan chepa.rasa rindu sekali walaupun hanya dapat mengusap batu di pusaranya shja.Mama,lihatlah anak2 mama dah besar2 belaka.Kami juga membawa salam dr adik beradik yang lain.
"Ya Allah, ampunilah dosa ibuku dan angkatlah darjatnya ke dalam kelompok orang-orang yang mendapat petunjuk.Ampunilah kami dan dia,wahai tuhan sekalian alam.Berikanlah ibuku kelapangan dan terangilah dia di dalam kuburnya.ameen.."
Masuk raya kedua, kami semua singgah dulu di Perak sebelum bertolak ke kedah.Hari raya yg ketiga adalah hari berkumpulnya kami smua adik beradik di kampung sebelah papa.Kali ni lagi meriah ;)


Dalam masa yg sama,kakk sulung buat aqiqah utk anaknya,si Amirah yang baru lahir.Kebetulah abg ada kebun dan bela kambing,hehe,ambik kambing kat kandang dia sj.Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lncar dan dipermudahkan. Apa lagi, malam tu makan gulai batang pisang dengan daging kambingla.emmmm sedaap ;D


aqiqah di hari raya
para kambing melihat dengan sayu pemergian ahli keluarga mereka
Kalau nak cerita pasal raya alamatnya smpai kesudah pun tak kan habis.tak siap2 la tutorial cek yg menimbun atas meja ni..Keseluruhannya,raya kali ni walaupun ada sikit kelainan,tp suasananya tetap meriah dan penuh kegembiraan.

Alhamdulillah..

Selamat Hari Raya Aidilfitri.






   
 `
_________________________________________________________________________