Saturday, December 8, 2012

Allahu rabbi..
Apa sebenarnya yang berlaku pada aku sekarang ini. Aku tak pernah berasa benci yang sedalam ini sakitnya yaallah..penatlah begini...sedih.. 
kini sampai kemuncaknya


betul betul aku rasa seperti mahu pergi ke satu tempat yang jauh 
yang tiada manusia disitu. tiada apa apa
allah..kuatkan aku. 

Sunday, November 18, 2012

penyakit tidur


Hairanla macam mana orang lain boleh tido sekejap sekejap.
Kalau aku yang tidur, tak de maknanya sekejap
mesti akan terbabas
adakah ini dari diriku sendiri
atau penyakit keturunan? :D

pandailah kau..salahkan orang lain je keje.
hmmmph..

Jeles... :(

Dan besok, bermula lah kelas pagi hingga petangku seperti biasa
Selamat tinggal cuti seminggu yang indah.

kesian blog ni kena tinggal lagi..

Semoga lebih rajin baca buku pasni
Semoga tak terbabas tido lagi
Semoga dapat siapkan esaimen n report2 adeh!
Semoga Allah mudahkan segala urusan

Allahumma yassir wa la tuassir, rabbi tammim bilkhoir..




Setinggi tahniah!

Alhamdulillah. Tahniah kepada Abim Sabah yang telah menerima Anugerah Khas Sempena Sambutan Maal Hijrah 1434H Peringkat Negeri Sabah serta kepada Prof. Madya Dr. Arsiah Bahron, aktivis WADAH & ABIM Sabah yang juga telah menerima Tokoh Maal Hijrah Saidatina Khadijah 1434H sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah. Semoga dakwah di Sabah terus subur dengan program & aktiviti yang dijalankan ABIM Sabah
In syaa Allah.

barisan pimpinan Abim Sabah.:)

p/s: With or wtihout award, semoga terus cemerlang berbakti untuk ummat. 


Friday, November 16, 2012

Duit oh Duit

Assalamualaikum

Sebenarnya saya mau terus sambung ja tulis dalam entry sebelum ni tapi ada hal tiba-tiba. Jadi terus tertekan butang publish. So anggaplah entry kali ni sebenarnya adalah kesinambungan dari entry yang sebelum ni. Saya masih lagi mau cakap tentang hal-hal bekenaan sedekah dan seangkatan dengannya.

Alkisahnya, semenjak saya duduk di UMS (universiti malaysia sabah) ni, lebih-lebih lagi first year, first sem,  Banyak le pakai duit beli memacam bende. Duit rase kluar macam ayor. Nak mintak kat papa pun dah rasa segan. Baru mintak bulan lepas bulan ni mintak lagi. Jadi konklusinya, saya guna lah duit simpanan saya sendiri yang tak berape lah sangat tu untuk belanja harian dengan harapan JPA masuk nanti boleh la cover balik.huhu

Suatu hari sedang saya mau bayar di kaunter, bukak purse tengok tengok duit cash tak cukup! Sib baik boleh pakai kad debit. Saya keluarkan kad debit A dengan harapan elaun masa di asasi dulu masih berbaki, adeh, kad tak boleh baca pulak! Lama dah kot tak pakai. Time tu dalam kepala saya pikir: "habihla aku kena taruk balik barang-barang ni, malu nya!" sebenarnya ada satu lagi kad debit B, tapi seingat saya last guna memang dah tak da harapan dah.sebabnya jumlah duit dalam bank B konfem tak cukup untuk bayar total semua benda tu. Entahla macam mana, saya cakap try jelah daripada aku tersengih sengih mengharap simpati orang ramai kat sini. Elok je pastu, akak cashier tu bagi resit suruh tandatangan. Pelik..Ehh?? ade duit?? alhamduillah...!! tersipu sipu, saya pun sign dengan happy dan bingung nya. Mai mana duit tu??

Adat kebiasaannya papa tak kan masukkan duit selagi saya tak mintak. Dan probability untuk tiba-tiba ada duit dalam bank tu memang konfemlah dari kakak abang saya sendiri. Tapi dorang pun biasanya akan mesej kalu masukkan duit ka apa ka. Huhu Ya Allah time tu rasa bersyukur sangat. Tak tau lah ape nak jadi kalu betul2 tak de duit nak bayar. Keje kat mall tu la gamaknye.

Perniagaan yang tidak pernah rugi 

Peristiwa ni menyebabkan saya untuk reflek balik apa hikmah di sebaliknya. First memang konfemlah len kali berbelanja tu sedar sikit! tak de duit buat care tak de duit :P Second, betapa Allah telah menunjukkan pada saya bahawa Dia akan mencukupkan rezeki kita selagi mana kita bersyukur padanya, biarpun sikit, bersyukurlah. Sangat tak rugi kalau membelanjakan wang pada jalan Allah meskipun waktu tu kita juga sangat sempit. Allah dah bagitau lama dalam al-Quran, akan satu perniagaan yang tak pernah rugi, firmannya dalam surah Fathir ayat 29:
"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah (al-Quran), dan melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepadanya dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perdagangan yang tidak akan rugi." [Fathir:29]

Sangat cantikkan ayat Allah. Terkesan saya bila membacanya.

Passing on kindness

Setakat ini sepanjang keberadaan saya di bumi bawah bayu ni, baaanyak sangat benda yang saya belajar. Lebih-lebih lagi apabila saya banyak luangkan masa dengan aktiviti jamaah, usrah dan sebagainya, saya banyak belajar perkara yang temeh tapi sebenarnya besar maknanya. Termasuklah bab-bab duit ni. Bila bersama-sama dalam jalan dakwah ni, jaanganlah lokek untuk menyumbang dan berkongsi dengan orang lain. Besar nilai dan pahalanya. Itu yang saya tengok dan belajar daripada keluarga usrah di sini. Saya seronok bila dibelanja, n i think perhaps other people also will be very happy if i do the same thing. Itu contoh..Lagipun harta itu kan sepenuhnya milik Allah, dipinjamkan sedikit untuk kita. kalu Allah nak tarik bila-bila pun boleh. InsyaAllah, saya sangat yakin kalu kita menggembirakan dan memudahkan urusan orang lain, Allah pasti akan memudahkan dan menggembirakan kita juga di saat kita perlukannnya.

Alhamdulillah kini saya rasa lebih lapang dan bertambah syukur, rasa seronok bila dapat memberi, rasa cukup walaupun sedikit.
Jom sama-sama kita banyakkan sedekah, bantu orang miskin, anak yatim, dakwah, etc. Biarlah sedikit pun, apa kau kira tiada malaikat yang mencatit? Yang penting tu ikhlas, niat kene betul. Mudah2an ada keberkatan dalam harta kita. Ingat ya... dalam harta kita ada hak orang lain di dalamnya.

Last but not least, bebanyak terima kasih untuk papa, kakak-kakk dan abang-abang yang sangat prihatin akan adikmu ini. Doa nani tak pernah putus semoga jasa kalian dibalas dengan sebaik-baik ganjaran dariNya. dan..semoga kita sekeluarga dimurahkan rezeki selalu supaya dapat sama-sama bantu dakwah ke jalan Allah. Ameen :)

opps sebelum terlupa, Salam Maal Hijrah 1434 buat seluruh umat Islam sedunia :)

Tuesday, September 18, 2012

Orang yang sedekah tersalah alamat



Dalam setiap generasi dan masa di mana terdapat Islam, terdapat orang baik yang rindu berbuat kebaikan.Mereka melakukan ketaatan dengan ikhlas dan sukarela. Mereka tidak menuntut balasan dan rasa syukur dari manusia.Rasulullah menceritakan seorang lelaki yang ingin bersedekah secara diam-diam. Yang mengatahui hanyalah Dzat yang Maha Mengetahui perkara ghaib. Sedekah secara rahsia memadamkan kemarahan Tuhan. Dan sedekah rahsia lebih baik daripada sedekah secara terbuka.

Lelaki ini telah bertekad untuk bersedekah lalu di tengah malam dia keluar mencari orang untuk menerima sedekahnya. Dia bertemu dengan seorang lelaki yang dia kira orang miskin, lalu harta yang ingin dia sedekahkan diberikan kepadanya, tanpa mengetahui lelaki itu sebenarnya adalah pencuri. Maka di pagi hari di pasar dan perkumpulan, orang-orang membicarakan pelaku sedekah yang memberikan hartanya ke tangan pencuri.

Berita seperti ini tersebar dalam masyarakat skala kecil, maka ia beredar dengan sangat cepat. Berita itu sampai kepada pelaku lalu dia bersedih dan gelisah. Kesedihan dan kegelisahannya dia ungkapkan dengan ucapannya, "Ya Allah bagi-Mu segala puji, sedekahku jatuh ke tangan pencuri." Dia bertekad mengulangi sedekah di malam berikutnya karena dia mengira bahawa sedekahnya telah hilang seperti debu ditiup angin. 

Setelah malam menutupinya dengan kegelapan, dia keluar dengan sedekahnya. Dia memberikannya kepada seorang wanita yang dia kira miskin tetapi ternyata dia sebenarnya adalah wanita pezina.Wanita ini bercerita seperti pencuri bercerita. Berita pun tersebar luas dan pelaku tersebut mendengar akan hal itu. Kesedihan dan kegelisahannya berganda, lalu dia mengulangi ucapannya yang kelmarin,"Ya Allah bagi-Mu segala puji, sedekahku jatuh ke tangan wanita pezina." Demi mencari pahala dia bertekad untuk bersedekah lagi untuk kali ketiga.

Pada malam ketiga sedekahnya jatuh di tangan orang kaya. Kamu boleh membayangkan kesedihan lelaki ini yang tidak pernah tepat dalam urusan yang diingini sebanyak tiga kali. Saat ini dia mengadu kepada Tuhannya dengan penuh kepedihan,"Ya Allah bagi-Mu segala puji. Sedekahku jatuh kepada pencuri, penzina dan orang kaya!".Lelaki ini tidak mengetahui bahwa Allah menulis pahalanya. Orang yang menginfakkan hartanya demi mencari pahala Allah, Allah akan memberikan pahala walaupun si penerima tidak berhak untuk menerima. Di dalam mimpinya, dia didatangi dengan kabar gembira bahawa Allah menerima sedekahnya dan membalasnya dengan pahala. Dia diberitahu hikmah besar di sebalik sedekah kepada tiga orang tersebut.

Adapun semoga pencuri itu sedar akan kesalahannya lalu dia tidak mencuri. Semoga wanita penzina itu menjaga dirinya daripada zina dengan harta itu dan semoga si kaya ini terdorong untuk berinfak dengan meneladani lelaki ini yang bersedekah di kegelapan malam agar tidak diketahui oleh orang lain demi mencari pahala dari Tuhan. Dalam hadis-hadis disebutkan bahawa sedekah diterima walaupun ia jatuh ke tangan orang yang tidak diingini oleh pelaku sedekah. Wallau'alam.

Subhanallah. sangat luas kan rahmat Tuhan :) Kisah ini saya ambil dan ceritakan semula daripada buku, "Kisah-kisah sahih dalam al-Quran dan sunnah" oleh Syeikh 'Umar Sulaiman al-Asyqor. Semoga ada iktibar dan pengajaran yang boleh diambil daripadanya dan yang pasti juga, semoga kita terdorong untuk melakukan sedekah hatta dalam keadaan apa sekalipun! kerana sesungguhnya itulah harta atau aset kita yang sebenar-benarnya, yang boleh kita tebus di akhirat nanti, InsyaAllah.
  

kisah raya tahun ini :)


Assalamualaikum wbt
(Entry kali ni macam biasalah, saya akan gunakan ganti diri aku untuk rasa lebih ‘feel’.. ;)

Seriously dah 30 minit aku mengadap laptop ni tapi satu perenggan pun tak dapat nak karang lagi. Asyik tulis padam tulis padam, apa dah jadi dengan otak sasteraku ni? Hmph banyak tidur ne..

Walaupun orang dah nak beraya haji, aku harap masih belum terlambat untuk aku cerita kisah raye puasa aku tahun ni. Better late than never lah katekan. Hehehe.

So raya tahun ni, tema makanan nye adalah seafood yang dibawa khas oleh abang aku dari sabah. Siap dengan ikan yu dia bawak balik. Waktu ikan tu dok dalam peti,semua bagai nak rak bincang pasal resepi, mai tang siang, semua pakat lari. Haha apa la. Aku pun lari jugak ..Mana taknya rupe ikan yu tu sebijik macam kat underwater world yang aku penah pegi masa lawatan dulu2. tak sanggup den nak siang. At last, masuk la balik ikan ikan itu ke dalam peti untuk disemadikan..

Eh apasal aku cakap pasal tema makanan pulak ni. Orang lain sibuk tema baju raya aku cakap pasal makanan pulak ek. Tema baju raya? Warna warni macam biasalah..


Satu lagi yang best raya tahun ni, bilangan orang yang layak memberi duit raya semakin bertambah. Dua orang abang aku start keje as a houseman so ini adalah berita baik untuk kami2 yang masih single dan belajar ni hehe :D Adatnya memang macam tu lah. Jadi tahun ni dapatlah jugak aku mengumpul duit raya mengalahkan budak kecik yang beraya sekampung :D

Raya kali ni jugak, dengan rasminya kami sekeluarga mula naik ke rumah baru setelah rumah yang terbakar dulu direnovate nak dekat setahun gitu. Alhamdulillah impian aku dengan kakak untuk dapat bilik baru tercapai jugak.. :) Time kasih pada kakak2 dan abang2 yang banyak tolong papa dan umi dalam membeli perabot baru untuk bilik kami. Jazakallah! :D

Kalau nak cite pasal raya alamatnya tak tido lah aku malam ni. Jadinya untuk shortcut aku letak gambar ajelah. Salam Aidilfitri buat kak cah yang berada di uk. insyaAllah tahun depan nani beraya kat sane plak k.hehe.kak cah nak sposor half kan? ;P

 boboi and dadam :)

 hai la anis, apa la kisahmu upsr tahun ni

peace no war ^^ 

sape nak duet raye,salam dengan tok wan cepat.!

waaw pak chan nak bg duit raye.yaay 

yang tua pun tak nak kalah :D

Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin :)

bujang senang :)

 smileee :D

mak tam: nak duit raye acma, asma: tok leh!!

alamak rendang dah habiis!!haha best pic of the year :D

beautiful posing :)

dan yang pasti, tempat ini takkan kami lupakan.

Seperti biasa untuk kata mutiara kali ni, mungkin tiada kena mengena tapi nani nak kongsi juga. Kata2 dari al-quran:

"Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaga bergiliran, dari depan dan belakangnya. mereka menjaganya atas perintah Allah" [13:11]

Semoga kita semua sentiasa beringat dan berhati-hati dalam setiap perkara yang kita lakukan. Awas, anda sedang diperhatikan!


14 sept 2012
1200am

Monday, August 13, 2012

Orang yang asli di Ulu Slim,Perak

Orang yang asli, itulah orang asli :)

Assalamualaikum wbt,
pemandangan Pos Bersih 3. kampung sweet kampung :)

Pada jumaat itu, saya ada empat event yang bertembung. Iftar bersama staf-staf majalah fardu ain, projek baca quran di lrt dan berbuka di kampung baru, iftar di sekolah lama smap kajang dan program sukarelawan yang akan bertolak ke perak hari itu juga.

Pening membuat keputusan gara-gara nak jaga hati semua pihak, saya cakap kat papa, "papa nak nani pegi yang mana satu?"

papa dengan hati yang berbunga mestila suruh saya pegi program sukarelawan tu..memang dah tau dah jawapan papa tapi saje gatal nak tanya. Saya pun siap-siaplah untuk ke program orang asli di perak.Bak kata ijah, "keputusan dari papa is the best, baik hang ikut."


Kalau sebelum ni masuk hutan dengan papa memang saya tak bawak banyak barang. Cuma pakai kasut bertutup, baju dua tiga helai, toiletries dan tuala. Samalah jugak untuk program ni pun. Dah papa pun tak cakap ape-ape, cuma cakap program orang asli. Ingatkan macam biasa dok masuk tula..Rupe-rupenye..haa..dah macam orang asli saya kat sana. Orang lain tido atas sleeping bed, saya pulak jenuh mencari kain untuk buat alas dan selimut. Mujur ramai yg bawa selipar, boleh pinjam meminjam :)

Rupanya program ni adalah program khusus MRA (malaysian relief agency) yang diadakan untuk melatih lebih ramai sukarelawan. First time saya ikut program MRA walaupun bapak dok ikut sokmo. Ni jugak first time saya masuk kampung orang asli dengan jumlah student yang sangat ramai dari seluruh u kat dunia.(cewah betui ke?) yela batui la.Kebanyakannya dari mesir. macam university al-azhar, mansoura, zaqaziq, iskandariah, emm uia, insaaniah ada jugak dari russia.dan macam2 lagi..

A'lla kulli hal, alhamdulillah.pengalaman 4 hari di pos bersih adalah satu pengalaman yang tak mungkin saya lupakan. Ni la satu satunya kampung orang asli yang sangat mesra alam lebih-lebih geng-geng muda mudi. budak-budak tak payah cakap, diorang memang hyperactive. Kat kampung mana-mana pun sama..Tapi golongan mak-mak dan bapak-bapak ni susah sikit nak mesra. Alhamdulillah di kampung ini nyata berbeza. :)

yay!

Di pos bersih, kawasan takluknya sangat besar. Jadi untuk program ni, kami semua dibahagikan kepada empat kumpulan untuk pergi ke 4 tempat yang berlainan yakni pos bersih 1, pos bersih 2, pos bersih 3.0 dan keding :D satu kumpulan 15 orang.

Bila sampai kat kampung, pandai-pandailah cakap dengan tok batin, mintak izin dulu sebab nak buat aktiviti kat anak-anak buah dia. Mestila tanya bos dulu kan...tapi tu semua urusan tok ketua kami. Setelah berbelit-belit sembang dengan tok batin, alhamdulillah akhirnya dapat juga kami menumpang kat satu rumah kosong hasil ihsan seorang mak cik tua.

sesi medical check up bersama tok batin yang sangat cool.:)

Di rumah itulah segalanya bermula. Satu-satu anak kecil datang mengintai-intai di celah tingkap. Apela kakak abang ni nak buat ye. Kalau tak silap saya nak dekat berbelas juga aktiviti yang kami buat sepanjang 3 hari di pos bersih 3. Antaranya termasuklah mengajar cara menggosok gigi-demo dia encik Murali :D syampu rambut dengan ubat kutu yang dibekalkan, sukaneka, main bola, agihan barang makanan, medical check-up,bertukar-tukar resepi, cak raya (makan beramai-ramai) baca yassin skali walaupun dorang ni kebanyakannya ateis dan hanya 3 keluarga yang islam. dan banyak lagi. Alhamdulillah ya Allah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada aktiviti yang kitorang tak plan pun pada mulanya.

"ikut macam saya yaa"

tandas berangin.:D

Lagi satu yang syok nya, kat kampung ni tak dak toilet. Memang best haha.. Yang ada cuma ruang kecik yang ditutup dengan kayu jenis ape ntah, dan yang pasti, 24-hour water supply from the river behind it. hehe. So pandaila-pandailah cari tempat yang strategik untuk membuang apa yang patut :D Kumpulan kami beruntung sebenarnya sebab dapat tempat yang dekat dengan sungai yang bersih lagi cantik. Budak-budak sangat suka kalau di ajak mandi kat sungai. Ibarat bermain di taman permainan :)

nak terjun tu tak pikir ape dah. terjun sajaa..

Itulah sedikit sebanyak kisahku di kampung pedalaman orang asli Pos Bersih, Ulu Slim. Keputusan papa memang yang terbaik. Saya mungkin tertinggal satu kenangan dan pengalaman yang sangat indah seandainya tidak ikut sama program ni. Harapnya kumpulan Mike Charlie Alpha akan terus kekal berhubung walaupun pasni semua dah nak masuk ke u masing-masing. Ada program lagi nanti join ya! :)


thanks to arham for all those pictures :)

"In life you will realize that there is purpose for everyone you meet. Some will test you, some will use you and some will teach you. But most important are the ones who bring out the best in you, respect you and accept you for who you are. Those are the ones worth keeping around."

Alhamdulillah :)

Wednesday, August 8, 2012

alhamdulillah bertemu lagi dengannya


Ramadhan kareem ya habibi ya maulana :D

Harapnya masih belum terlambat lagi lah ya. Peluang berjumpa dengan ramadhan kali ni, sebenarnya telah membuatkan aku mencoba sedaya upaya untuk meng‘upgrade’ amalan2 ku berbanding ramadhan sebelumnya.

1.      Aku target nak khatam al-quran (jauh lg nampak gayanya.tapi tak pa lah,yg penting keep on moving!)  
2.     Aku cuba kalau boleh tak nak miss solat sunat sebelum subuh (hadis nabi: solat sunat subuh ni lebih baik dari dunia dan segala isinya.subhanallah! apa lagi yang kau mau?)
3.      Aku juga nak biasakan solat jemaah dengan adik2 (mungkin ni jela sumbangan aku utk merapatkan hubungan dgn adik2 sebelum ke sabah nanti.huhu)

Mungkin ada lagi target aku yang lain tapi tiga yang teratas ni lebih aku fokuskan. Masih terngiang-ngiang lagi ceramah papa yang diulang berkali-kali dalam usrah,

“Matlamat utama berpuasa adalah untuk menjadikan kamu insan yang bertaqwa. la ‘allakum tattaqun..kalau kamu dah bertaqwa, maka supaya kamu jadi lebih bertaqwa.Jadi, lepas habis bulan ramadhan ni, nilailah sendiri diri kamu kat tahap mana. Adakah semakin baik, atau sama ja macam tahun lepas..atau..mugkin lebih teruk lagi?”

Tak mau la dok dekat nombor dua atau tiga tu kan. Kalau boleh usaha la sikit untuk bawa perubahan pada diri sendiri demi mencapai tahap yang lebih tinggi di sisiNya, insyaAllah.

“No venture no gain :D”

Oh ya lagi satu, sepanjang bulan ni jugak, jagalah percakapan kita, berhenti cakap benda yang tak elok, mengumpat, mengutuk dan yang sewaktu dengannya.

Sebab Allah kata siapa yang tak berhenti dari bercakap benda-benda yang sia-sia,bercakap dusta dan bahkan meneruskannya, Allah pun tak berhajat untuk dia berhenti dari makan dan minum.[HR Bukhari] Bahasa mudahnya, kalau kita tak berhenti cakap benda-benda yang tak elok, Allah tak ingin pun kita berpuasa sebenarnya!  Haaa..so hati-hati ye bila nak cakap tu..

Selamat meneruskan ibadah puasa yang berbaki cuma beberapa hari saja lagi. mohon maaf zahir dan batin :D

Nota kaki 1: aku belum update entri pasal tawaran u yang nak masuk bulan 9 ni. Aduh! Rasa cam dah basi je berita ni.hehe so kawan2, saya  dapat universiti malaysia sabah dalam perubatan.baguihla la tu, dr syaufik pun cakap muka aku dah macam orang sabah bha :D

Nota kaki 2: sebenarnya aku baru keluar hutan dari program orang asli di pos bersih kat perak, selama 4 hari.sekarang sedang menunggu gambar2 dari am dan mas azam (tu pun kalau dapat) insyaAllah akan dapat di update sejurus selepas itu :D




Thursday, July 5, 2012

Kolokium Kepimpinan Mahasiswi Nasional (KKPN) di ILIM, Besut.

Assalamulaikum wbt :)

Alang alang masih panas lepas tulis satu entri, baik aku teruskan saja dengan entri yang seterusnya.hehe. kemungkinan hujung minggu ni aku ada hal sedikit.kang nanti tertangguh-tangguh lagi. Ada pula nanti yang menghantar mesej menanyakan kapan mahu update blog :p sungguh aku tak lupa, internet kat rumah ni lambat macam siput. siput jalan pun laju lagi.

Minggu lepas buat sekian kalinya, aku menjejakkan kaki ke Terengganu Darul Iman setelah kira-kira 13 tahun kami pindah keluar dari Terengganu. Tak ingat dah duduk kat area mana tapi yang pasti tadika aku kat depan rumah aje ehehe :) Tujuan ke tranung kali ni bukan untuk melancong atau mengimbas nostalgia lalu, tapi sebenarnya untuk hadiri Kolokium Kepimpinan Mahasiswi Nasional (KKPN) yang diadakan di besut.  Waktu nok kelik tu adola jalang-jalang sikit, beli ole-ole. ß jangan tiru bahasa ni.bahasa hentam ajelah namenya.

Kami bertolak pada malam khamis, berkumpul semua di kl sentral. Dan sampai di ILIM, besut kira-kira jam tujuh setengah pagi gitu.Subhanallah, tempat nya sungguh nyaman dan indah sekali! Dahla dekat dengan pantai. Allah maha mengetahui bahawa hambaNya seorang ini sangat cinta pada pantai!

Ada satu perkara lagi yang aku tak kan lupa selamanya. Pada hari yang kedua, selepas BBQ, biasalah, malam tu adalah malam kemuncak. Malam yang dipanggil sebagai culture night.Seakan tahu kemampuan kami, kumpulan aku (kump 5) diberi tugasan bertajuk: Sajak berirama- Wanita dan Bunga. Sajak??! aku mana pernah bersajak, inikan pula nak mengarangnya. Suruh menyanyi boleh tahan lagi :p Aduh sakit perut dibuatnya.Tempoh persediaan sudah lah singkat. Terus dalam pikiran aku terlintas seorang sahabat baik semasa di smap kajang dulu. Yaa… naimah! Seorang yang sangat hebat dalam bidang sastera begini!

Terus aku hantar mesej meminta pertolongan, dan siapa sangka, selang beberapa jam, satu mesej panjang masuk ke dalam inbox.Terkebil-kebil mataku membaca..

Tatkala alis mataku merenung
Pada sebuah citra nan indah
Jiwaku bagai dinaungi awan cinta
Terpaku..pada keindahan sang debunga

Duhan sebaik hiasan dunia
Dirimu persis kuntuman mawar
Mekar di taman larangan
Indah dipandang, namun sukar disentuh

Kerana..
Dilingkari duri-duri keimanan
Dilitupi kelopak ketaqwaan
Diseri haruman ketaatan
Dan disemai baja keredhaan

Bukan mudah untuk dihampiri
Apatah lagi untuk dimiliki
Kerana..tidak mudah meraih cintamu
Sesukar mencantas dahan ketaatan
Pada pohon keimanan

Hanya, hanya pemuda yang cintakan Tuhannya
Bisa memiliki sekuntum mawar berduri
Di taman Firdausi..

Subhanallah.subhanallah, ana sangat kagum dengan anti naimah! Dengan sajak yang anti nukilkan ini, dengan bangga ana bentangkan hasilnya pada kumpulan. Ada sedikit rangkap lagi yang ana tambah kerana bukan ana sorang saja yang baca, tapi setiap seorang dalam kumpulan ana turut mengambil bahagian. Alhamdulillah, terima kasih sahabatku cinta! ;)

Haa..terasa panjang pulak celoteh kali ni. Melepaskan gian agaknye.

Untuk setiap perkara yang Kau telah aturkan padaku, terima kasih yaAllah, aku sangat sangat menghargainya dan juga sangat sangat bersyukur terhadapnya. I luv u soo much :)

p/s: Fatin, ana bukan nak buat anti rase jeles, tapi serius ana rase program kali ni memang lagi bes daripada yang dulu kita pergi. Nama pun untuk mahasiswi makanya memang cocoklah aktivitinya dengan kita.hehe. Tapi jangan risau, memang betul ada hikmahnya. Hari ahad tu kami sampai malam dalam pukul 10 macam tu. Ana pun terpaksa tumpang bilik kakak uia dulu sebelum balik rumah keesokannya. Bayangkan kalu anti ikut, terkejar-kerjarla nak gi daftar 2 julai tu :D Ada apa-apa maklumat lagi, pasti ana akan informkan k! :)

HIDUP BIAR BERJASA.

surau yang tersergam indah.dikelilingi bukit dan pantai..tempat yang pasti akan dirindui!

di mana bisa ku cari ketenangan seperti yang ku rasakan saat ini.

 kak dyll yang menghandle aktiviti yang dinamakan semut gila

kumpulan 5-semasa persediaan untuk latihan sajak :p

penceramah dan bakal penceramah.ameen...

berdoa sebelum memulakan perjalanan-menemu bual masyarakat luar



semasa proses interview-berrmacam ragam, berrrmacam pendapat




berpeluang untuk solat dan membaca mathurat di tepi pantai.subhanallah, pengalaman yang cukup berharga, cukup menginsafkan.

Kak rosita dari usim. kak ita punya ilmu agama yang sangat mantap! Sepanjang kolokium,dialah penghuluwati.Ditakdirkan pula aku sebagai roomatenya. yaAllah,,aku sangat-sangat bersyukur!.kak ita orang sabah, dan aku byk belajar benda baru darinya.trima qasih bah!


KKPN anjuran JAKIM & PKPIM berakhir dengan penuh nostalgia yang indah :) :)

Aku sentiasa berdoa supaya Allah menjadikan aku baik. Aku sentiasa berdoa agar Allah menempatkan aku bersama orang yang baik-baik. Dan yang pasti dan selamanya, aku sentiasa berdoa agar Allah mengampunkan dosa lamaku yang hina. Ameen. Ameen ya rabb..



"Setiap urusan ada masanya. Aku ikhlaskan tangan Tuhan membimbingku meraih seluruh impian ini."


alhamdulillah, 
last update 
11:17 pm
5/7/2012




Tuesday, July 3, 2012

sok sebai? (apa khabar :)


Assalamualaikum semua ^_^

Alhamdulillah Alhamdulillah.setelah sekian lama ku mencuri-curi waktu, akhirnya pada petang yang penuh nyamuk ni jugakla, satu satunya waktu yang dapat aku selesaikan satu entri yang ditungu oleh semua pembaca yang setia :p hehe rilek ye, entri kali ni kita santai-santai saje.

Sesuai dengan tajuk, pada 2 minggu yang lalu, aku dengan senang hati mengikut Pn Rusnah yang ku panggil umi, ke sg nibong untuk program hari keluarga bersama orang kemboja. Aduh rasanya seperti bulan jatuh ke riba, dahla aku memang ternanti-nanti program macam ni.

Masihku ingat, sedari kecik papa selalu bawa aku dan adik beradik yang lain masuk ke perkampungan orang asli untuk ikutnya berdakwah. Walaupun waktu kecik-kecik dulu aku langsung tak tau ape, pergi buat menyemak aje. Lama kelamaan barulah aku paham. Mula mula pergi, aku bermain bersama anak anak orang asli, bila dah besar sikit, aku yang handle permainan untuk anak orang asli, lama sikit lagi, aku join ibu-ibu dan ustaz  memasak untuk cak raya (makan ramai2), dan yang paling aku tak lupa dan paling besar dalam dunia orang asli ni, aku duduk bersama dalam kelompok mereka (orang asli) yang datang dengan rela hati untuk memeluk agama Islam.Subhanallah.

Rupanya begitu cara papa mendidik kami.

Eh, ape kaitannya pulak dengan santai ukhuwah kali ni? Sebenarnya..bila aku lihat keadaan aku yang dibesarkan dalam suasana seperti ini, ia membuatkan aku tidak  lagi berasa minat tapi mungkin yang lebih tepat ia membuatkan aku berasa ketagih. Aku pantang kalau dengar papa nak masuk hutan. Kalu boleh ikut memang aku akan ikut. Aku jadi sangat suka bergaul dengan sesiapa saja. Aku biasa hidup susah. Mana taknya, hidup di hutan janganlah pulak bermimpi untuk tidur nyenyak di atas tilam yang empuk, mandi dengan air lumpur itu mungkin sudah terbiasa. Jalan tak pakai selipar, sama naik dengan orang asli. Makan apa yang ada, pokoknya hidup dengan apa yang ada.

Aku bahkan berjumpa dengan umi waktu kami sama-sama pergi ke kampung orang asli di kg merbau Pahang. Di situlah titik tolak aku berjinak jinak pula dengan masyarakat kemboja. Sebab, rupa-rupanya umi ada mengasaskan sebuah madrasah tahfiz seri al-ain di kubu gajah. Melatih anak-anak kemboja menjadi hafiz. Subhanallah hebat!

Aku pun baru tau ada  juga orang kemboja di sekitar situ yang baru masuk Islam. Jadinya mereka menjadikan madrasah tu sebagai tempat belajar agama. Pertama kali dalam hidup,  bila aku sampai kat madrasah tu, anak-anak kecik datang kerumun untuk salam, dan lepas tu memanggil aku dengan gelaran ustazah. ustazah?! ya ampun! Serba salah aku dibuatnya. Aku bukan ustazah anak kecil..

Baru aku tau rupanya umi memang biasa menggelarkan anak-anaknya yang datang ke madrasah dengan panggilan ustaz/ustazah. supaya budak-budak tu hormat dan senang untuk tanya apa saja soal agama. Yaa biasanya yang basic-basic saja. Dan mungkin juga sebagai doa, who knows?

Alhamdulillah program santai ukhuwah yang pertama kali diadakan di madrasah tu berjalan dengan lancar semuanya meskipun ada halangan-halangan yang tak dapat di elakkan. Ustaz razlan ada cakap, “Jangan risau, kalau kita nak buat baik apatah lagi nak merapatkan sillaturrahim, insyaAllah Allah akan tolong dan beri jalan, yakin tu!”

Sungguh santai ukhuwah memberikan kenangan termanis buatku bersama anak-anak kemboja. Dan aku yakin, mereka pun merasakan hal yang sama. Terima kasih umi, semoga usahamu diberkati Allah! :)

p/s: aku berharap untuk mengambil adik angkat di situ.kerana ada di antara mereka yang datang seorang diri tanpa orang tua.datang dengan ibu saudara. ah, pantaskah?! Adik sendiri di rumah pun tak terangkat..hm..


ini adalah semasa sambutan israk mikraj di madrasah.Ustazah ummu solehah (anak sulung umi) 
memberi nasihat.

lawatan kami yang pertama di kilang kerepek yang sangat terkenal dan maju.kami semua bahkan dapat dua beg kerepek sorang satu! budak2 tu seronok kemain.

Ini adik Ariffin. aku banyak meluangkan masa dengannya. kesian, kaki dia terseliuh dek lari dikejar kera.tp masih semangat nak gi lawatan ni ;) 

   
air pasang pun bedal ajelah.



keindahan pantai yang tidak pernah menjemukan setiap mata yang memandang.subhanallah :)


barangkali adik-adik kemboja ni dah lama tak turun sawah :)

 kenyom odd deng tei! hehe

bersama keluarga kak Ariffah. Anaknya sakinah (yg kecil) tak paham langsung bahasa melayu.jenuh aku bercakap kemboja dengan dia.

inilah umi, penulis buku dan kolumnis dalam majalah fardu ain.

dari kiri, ustaz razlan-pendakwah bebas,pak cik tourist guide, dan dato' hj muhammad zakaria-suami umi yang ku panggil abuya.merupakan ceo majalah fardu ain dan kolumnis untuk segmen kembara dalam majalah solusi.subhanallah hebat.

permata hati umi, dari kiri ustazah sakinah dan ustazah jannah :) kak sakinah juga merupakan kolumnis dalam majalah fardu ain.


walaupun aku tinggal di kampung selama 4 tahun dulu, dan bendang cuma di belakang rumah, tak penah pulak merasa naik jentera padi ni. bes jugak rupenye ;)


alhamdulillah selesei juga.
7.20 pm