Ramadhan kareem ya habibi ya maulana :D
Harapnya masih belum terlambat lagi
lah ya. Peluang berjumpa dengan ramadhan kali ni, sebenarnya telah membuatkan
aku mencoba sedaya upaya untuk meng‘upgrade’ amalan2 ku berbanding ramadhan
sebelumnya.
1.
Aku target nak khatam al-quran (jauh lg nampak gayanya.tapi tak pa
lah,yg penting keep on moving!)
2.
Aku cuba kalau boleh tak nak miss solat sunat sebelum subuh (hadis nabi: solat sunat subuh ni lebih baik dari dunia dan
segala isinya.subhanallah! apa lagi yang kau mau?)
3.
Aku juga nak biasakan solat jemaah dengan adik2 (mungkin ni jela
sumbangan aku utk merapatkan hubungan dgn adik2 sebelum ke sabah nanti.huhu)
Mungkin ada lagi target aku yang lain
tapi tiga yang teratas ni lebih aku fokuskan. Masih terngiang-ngiang lagi
ceramah papa yang diulang berkali-kali dalam usrah,
“Matlamat utama berpuasa adalah untuk menjadikan kamu insan yang bertaqwa. la ‘allakum tattaqun..kalau kamu dah bertaqwa, maka supaya kamu jadi lebih bertaqwa.Jadi, lepas habis bulan ramadhan ni, nilailah sendiri diri kamu kat tahap mana. Adakah semakin baik, atau sama ja macam tahun lepas..atau..mugkin lebih teruk lagi?”
Tak mau la dok dekat nombor dua atau
tiga tu kan. Kalau boleh usaha la sikit untuk bawa perubahan pada diri sendiri
demi mencapai tahap yang lebih tinggi di sisiNya, insyaAllah.
“No venture no gain
:D”
Oh ya lagi satu, sepanjang bulan ni jugak, jagalah percakapan kita, berhenti cakap benda yang tak elok, mengumpat, mengutuk
dan yang sewaktu dengannya.
Sebab Allah kata siapa yang tak
berhenti dari bercakap benda-benda yang sia-sia,bercakap dusta dan bahkan
meneruskannya, Allah pun tak berhajat untuk dia berhenti dari makan dan
minum.[HR Bukhari] Bahasa mudahnya, kalau kita tak
berhenti cakap benda-benda yang tak elok, Allah tak ingin pun kita berpuasa
sebenarnya! Haaa..so hati-hati ye bila nak cakap tu..
Selamat meneruskan ibadah puasa yang
berbaki cuma beberapa hari saja lagi. mohon maaf zahir dan batin :D
Nota kaki 1: aku belum update entri
pasal tawaran u yang nak masuk bulan 9 ni. Aduh! Rasa cam dah basi je berita
ni.hehe so kawan2, saya dapat universiti malaysia sabah dalam
perubatan.baguihla la tu, dr syaufik pun cakap muka aku dah macam orang sabah
bha :D
Nota kaki 2: sebenarnya aku baru
keluar hutan dari program orang asli di pos bersih kat perak, selama 4
hari.sekarang sedang menunggu gambar2 dari am dan mas azam (tu pun kalau dapat)
insyaAllah akan dapat di update sejurus selepas itu :D
3 comments:
Syaufiq bukannya Syaufik, haha
selamat belajar bhaa,,. :P
dr nani..
syaufiq: amboi nampak aje ;) knape syaef?
razif: dan kamu juga doc :D
Post a Comment