Tuesday, May 22, 2012

my little boboiboy

assalamulaikum wbt

last weekend saya gi melaka dan seremban untuk betemu kakak tercinta sambil sambil tolong asiah beli barang. hm tak tolong pun sebenarnya.diorang pegi shopping senyap2.sampai hati huhu.nasib baik kak ning ade,terasa jugak den makan cream puff sepuas puasnya ha ha ha. ok tak baik. musim hujan macam ni teringat pulak kuih kak ning tu. ;) asiah pulak dah nak daftar kat matrik banting 28 mei nt.sunyilah lepas ni..tak de orang untuk ku berleter..

sebenarnya nak cakap pasal si budak domok ali hamzah yang sekarang ni dah semakin gemuk dan tembam!pergi seremban itulah yang bestnya :) bayangkanla waktu lahir dulu cuma 1.75kg,prematured. syukur lahir ke dunia dengan selamat. kini mamanya aka kak yah mampu tersenyum lebar melihat babynya bukan sahaja bertambah sihat,malah berat badannya juga sudah bisa mengalahkan irfan! yeke kak tim?nani agak je hehe :) baru sehari berpisah dengan ali,cik nani dah rase rindu.rindu nak peluk.ei geram betul!

revolusi ali hamzah

waktu lahir..sungguh kecil.sungguh berbeza.
abg iman dah ade geng!
cantiknya mak cik ni
orang nak tido pun nak tangkap gambar
 gambar selingan :),ain dan baby2nya
yay ali dah besar!
 tengok ni,dah boleh angkat kereta!
 makan pun sodap nyum2
 "ni baby ain yang terbaru!"
Abang Li 
 Ali de Air Liur!
geramnya tengok tangan tu!
 tersengih sengih :)
name caye Ali Hamzah :)
cik su dah nak masuk u.bai bai
 kak yah pun dah naik tembam.nani jugak yang maintained.he he!
oh my little boboiboy! 

Ali sekarang dah lima bulan rasanya.seronok main dengan ali.jurus orangnye ..cepat membesar ye ali. Membesar menjadi anak yang soleh! :)

"Harta dan anak anak adalah perhiasan kehidupan di dunia tetapi amal kebajikan yang terus menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan "  [18:46]


Tuesday, May 15, 2012

indahnya bidadari dunia

Assalamualaikum wbt,

Tadi masa jalan jalan kat dalam pendrive, terjumpa satu video ni.Video ni saya dapat daripada abang yang mana dulunya salah sorang ahli daripada kumpulan Kashfy. tapi sekarang memandangkan ramai ahlinya yang dah bekerja macam abang saya yang tengah h.o dekat hospital sabah skang ni,so tak dapat lah nak buat recording sekerap dulu. tapi Kashfy tak berenti di situ saja. sekarang salah seorang daripada ahlinya yang saya kenal, abg Suhairil bergiat aktif dalam syarikat baru One Heart Creative Solution.Nanti saya tanya lagi Abg Can sebab sebenarnya saya pun tak berapa paham sangat dengan perkembangan kumpulan kashfy sekarang hehe.Tak pe lah, ape ape pun tu semua tak penting, yang penting saya tetap akan menyokong segala usaha mereka dalam menyampaikan dakwah dan menaikkan produktiviti ummat Islam dalam bentuk apa cara sekalipun.Go kashfy ! Go One Heart !

so kali ni saya nak share satu video yang ditaja oleh one heart untuk promo konvesyen bidadari dunia yang berlangsung baru baru ni (eh rasanya dah lama kot.2 bulan yang lalu) saya tau ni dari mak usrah tapi sayang tak boleh pegi atas beberapa urusan.

video
indahnya bidadari dunia

Saya suka sangat tengok video ni.Mesej yang nak disampaikan sangat jelas. Sejuk hati tengok perempuan macam tu :) terbit rasa syukur di hati kerana dipilih menjadi hambaNya yang muslim.alhamdulillah...

Dalam hadis nabi ada kata, seorang wanita yang:
  1. solat lima waktu
  2. puasa di bulan ramadhan
  3. taat suami
  4. dan menjaga kehormatannya
masuklah dia ke dalam syurga melalui mana mana pintu yang dia suka.


WAH..! siapa yang tak nak kalau macam tu.


betapa pemurahnya Allah,sayangnya Dia pada kita kaum hawa..
ayuh kaum hawa di luar sana, kita rebut peluang ni jom.berusahalah untuk jadi wanita solehah.bukan saja manusia suka, Allah lagi lagilah suka :)

Tuesday, May 8, 2012

dia yang ku panggil mama

Backdated entry.
with mama

26 April 2012
merupakan ulangtahun hari lahirnya
dia insan luar biasa
walau pun cukup aku kenal hanya pada nama
tiap kali mereka bercerita tentangnya padaku
tiada yang ku dengar melainkan
yang indah, yang baik, yang hebat hebat belaka

hari ni cukup 17 tahun dia meninggalkan aku
terasa jauh pada fizikal dan pandangan
tapi dalam hati dan ingatan dekat sekali
ucapan doa dan alunan al-Quran
cuma itu yang bisa aku panjatkan
buat dia yang sangat aku rindukan

semua benda ku rasa rindu
rindu untuk menatap wajah
rindu untuk berbicara dengannya
rindu untuk merasa pelukan
dan rindu untuk mencium tangannya
dialah insan satu satunya di dunia
insan yang ku gelar sebagai mama..

Ma...selamat hari lahir..nani sayangkan mama..nani rindu sangat kat mama.anak mama ni dah besar sekarang...
Semoga Allah menjaga mama kat sana dan tempatkan mama bersama orang orang yang soleh,orang orang yang Dia sayang..ameen.



dari kami semua anak anakmu.Aisyah, Munirah, Noraini, Anas, Fatimah, Ihsan, Amir, Khadijah, Maryam Hanani, Asiah.



 

                                                                                                  
                                

untuk kawan kawan yang masih dapat merasa makan makanan kegemaran yang mak masak setiap kali balik rumah, kadang2 waktu kat asrama dulu mak selalu datang jenguk,dengan bawak bekal lagi tak pun pegi makan kat luar, gi shopping mall untuk beli barang keperluan, bagi hadiah bila dapat keputusan baik, bagi surat dan kad ucapan hari jadi, dan macam macam lagi yang seorang ibu akan lakukan untuk anaknya, kalian bersyukurlah.hargailah.kadang kadang aku rasa cemburu, sebab aku antara orang yang tak dapat merasai semua tu.