Monday, November 14, 2016

Love Supermoon

Alhamdulillah. Thumma alhmdulillah :)

Bru2 ni aku diuji dg sesuatu perkara yg sangatt menguji kesabaran dn tawakkal aku pd Allah. Beratnya tu smpai aku bernazar kalau Allah bantu aku selesaikan masalah ni aku nak puasa tanda syukur tak terhingga. Dalam masa yg sma aku keep on berdoa yaAllahh redhakan hati aku dg apa yg terjadi ni dn gnati kesabaran aku ni dg sesuatu yang lebih baik.

Makanya utk dijadikan cerita, alhmdulillah masalah aku selesai! πŸ˜‚ Dan semua akhirnya kembali seperti sedia kala. Aku pun berpuasa lah pd hari isnin yakni hari ni utk tunaikan nazar aku. Dann allahuu dpt bonus lg bila pagi isnin aku tepon papa, papa tetibe ada kat sabah! Haha. Aku xtau pun papa nk dtg sini. *rupanya pa dtg utk audit hospital. Bagai bulan jatuh ke riba apalagi buka posa ng papa la. Andd punya aku pikir nk bawak papa makan mana. Last2 papa yg bawak aku makan kt hotel haha

Alhmdulillah.. aku kira ini semua rezeki dr Tuhan. Dia mendatangkan rezeki dari arah yg tak disangka2..dan smua tu bisa berlaku dg mudah dg izinNya.

Aku mmg nk tido dah kt hotel yg papa dpt tu hehe tp sbb bsok aku kena pegi hospital awal. Aku balik la hostel. Dalam perjalanan pulang, subhanallahh.. supermoon menampakkan dirinya. Malam yg indah mengindahkan lagi hatiku yg girang. Penutup hari isnin yg sempurna bg aku. Apa lagi yg bisa gembirakan hati bila dpt jumpa org yg tersayang di depan mata dan alam pun bgai turut gembira.

Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah.. benarlah; sesungguhnya dlm setiap kesusahan itu ada kemudahan. Yakin pada Allah dan tawakkal sebulat hati. Trust me, insyaAllah u will not be disappointed!

Love ❤️ supermoon! ;)

Sunday, October 23, 2016

Buku segala nota

Assalamualaikum blog kesayangan

Malam ni aku kemas2 nota untuk start first day besok as final year, insyaAllah. ;) Maka aku pun belek la balik nota2 lama aku plus buku nota yang bercampur semua benda dalam tu hahah. Buku nota ni act mng aku bawak gi memana n kebetulan page dia tak habis lagi, so aku pakai la utk tulis nota OnG pulak. First posting aku masa 3rd year. Nak tergelak sangat baca apa yang aku tulis dlu. Sampai sekarang tak leh nak berenti gelakk haha. Kenangan sungguh. ;'D

Jom tengok apa yang basically ada dalam buku nota kecik yang aku bawak keliling satu dunia ni πŸ˜‚


 Yang ni time cuti kat rumah, cuti end of 2nd year sblom masuk 3rd year/clinical year. Study pasal ubat dengan sepupu(pharmacist) yang tengah tgu keje lagi masa ni haha. Skrng dah keja dah anak satu dah pun. Igt lagi time ni aku tanya diuretic tu apee, then Irham ckp, diuretic tu ubat bg keluar air dalam badan. Newbie lagi time tu keke. 

Ni plak nota yang ditulis oleh Dr Azwan, tulis masa kat kemboja kot ni haha. Masa ni alhmdulillah aku diberi peluang ikut humanitarian work kat sana walopun baru 2nd year. Pegalaman sgt bernilai.! Igt lagi Dr tulis nota ni masa kat lobby hotel, few hours seblum kami nak bas n masuk kampung ;'D time ni aku tak tau apa, skrng dah belajr n wajib hafal kot hmm. Patutla Dr igt hehe

I

Ni benda yang wajib ada dalam setiap buku nota aku even smpai sekrang haha. Ataupun kat mana2 kertas la yg aku boleh grab. Things to do things to things buy things to do. Mende tu jelah berulang2. Buat camni brulah semangat nak buat kerja hehe, especially bila tgk list tu pnjang, hai byk pulak kerja kena buat.Semangat2 jgn malas!

Yang ni antra yang sakit perut aku gelak bila baca balik. Haha amendele aku ngan ijah merepek ni!

Yang ni, alhmdulillah sejuk hati baca. Nota usrah gabungan dengan Pak Syuhada dari Indonesia. Masa ni aku dah kat Sabah dah :) 

Dan yang terakhir, ni aku rasa paling bermakna sekali :)) igt lg nota ni aku tulis masa kol ayahanda tercinta lepas exam bila ntah (yg tu tak igt keke) tp yg pasti aku nanges kot pas exam tu sbb takut failed.Igt lg aku keep on saying kat papa mcm mna kalau failed, mcm mna kalau faileddd.. and jawapan papa tu sgt menenagkan hati ku hehe :) papa mmg sangat positive, and papa tak kesah pun, Aku je yg kengkadang pikir lebih2. Alhmdullillah thnk u papa for all the soothing advices ;)

soo itu jelah coretan aku malam ni haha. saje je smgt nk update blog lepas terbukak buku penuh nostalgia ni. Mana tau buku ni hilang pasni, at least aku ada simpan memori dalam blog ;P 

Besok aku start OnG senior posting, insyaAllah. Doakan yang baik2 :) Selamat malam dunia!

Monday, July 18, 2016

Selamat Hari Raya!

Raya sebulan kan? Masih sempat lagi πŸ˜‚

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga. 

Alhamdulillah tahun ni full house. Bukan senang nak boleh tangkap gambar semua budak2 kecik static macam ni  ;'D



Kenangan di posting yang comel

Bismillah

Gambar2 ni semua sebagai kenangan2 aku saja sepanjang dalam posting pediatrik yang baru saja tamat baru2 ni. Ni baru junior posting, insyaAllah nanti ada lagi, masa senior posting :D

Hakikatnya, bila kita ada masalah, lihatlah orang di sekeliling kita, yang Allah uji sampai kadang buat kita rasa malu dengan ujian kita yang sedikit ni. Kita semua ada masalah. Aku pun ada masalah. cuma besar tak besar, nampak tak nampak saja. dan salah satu cara aku mencari kekuatan, dan lupakan masalah aku ni adalah dengan melihat dan menafsir keadaan sekeliling.
 Sungguh pada sekeliling kita ni sebenarnya ada banyak hikmah yang tersembunyi, andai saja kita bisa melihatnya dengan mata hati dan nurani..

Antara adik2 ni ada sakitnya yang akan kekal sepanjang hayat. Yang akan affect seluruh kehidupan dari masa kecik hingga dewasa. Sampai aku selalu terfikir sendiri macam mana la keadaan dorang bila besar nanti..huhu. Tapi..lihatlah, senyuman mereka, lihatlah ayah ibu yang setia menjaga dengan tabah. Aku? Masih belum diuji sampai ke tahap itu!

Maka tertunduklah malu dengan diri sendiri...nikmat manakah lagi yang engkau dustakan...
Aku berdoa, moga Allah sentiasa memberi hidayah kepada kita semua, memberi kekuatan untuk kita kembali pada Dia, dan membantu kita memperbaiki diri dan akhlak kita dari semasa ke semasa. Kita  ini hamba., maka kita layak diuji.. 
Senyumlah.. bersangka baiklah wahai hati! :)

Dan untuk adik2, moga kalian terus kuat. Moga Allah sentiasa menjaga kalian hingga dewasa.. Ameen.
 :)

Nota kaki: semua gmbar2 ni diambil dengan keizinan dan pengawasan oleh penjaga. 
Omeii ngat cam nak makan pipi sorang2 :D

List of diseases antaranya, AEBA, bronchiolitis, cerebral palsy, down syndrome, epilepsy, febrile fits, congenital adrenal hyperplasia with ambiguos genitalia. huuh











Haii, saya datang untuk exam. Spot diagnosis? ;)



Tuesday, June 7, 2016

Keep going nani

Hari ini punya kisah.

Aku present long case cerebral palsy dg seorang Dr yang aku sgt takut kalau kena present dg dia. Tp sudah lumrah, kita memang akan diuji dg sesuatu yang kita nak hindari. Huhu. Hari ini takdirnya berlaku. Aku tak happy sangat pun after presentation td sebab byk gila kena komen. Mcm setiap point aku cakap Dr akan komen. Huhu yelah Dr tak marah sangat pun. Cumanya aku sndiri kadang rasa down sebab aku tak dapat perform dengan baik. Padahal aku dah prepare mcm apa kot utk case ni..

I just want to say to myself, janganla cepat sangat rasa down nani. Selalu camtu.huhu :(( Jangan cepat rasa lemah dan sedih. Ini kan jalan yang dah kau pilih. U must be bold, be strong and have faith. 

This is definitely not going to be the last time u're being scolded.  Pasti dan pasti lepas ni kau akan kena lagi. Because that's how medical students grow. Huhu keep thinking positive.. Keep refreshing ur niat..

Belajar kerana Allah. Belajar untuk akhirat, bukan untuk dunia semata. 

Dalam berduka ni, alhamdulillah Allah takdirkan aku dapat patient yang sgt cooperative dan sanngat baik. Keluarganya pun baik. Bila dengan mereka, aku rasa hepi sgt. Dah mcm tetiba dapat family angkat pula kat sabah ni. Aku jadi rapat dengan dorang sebab aku ke rumah patient ni sendiri utk clerk and kat rumah, kena layan baik sangat. Makan sedap2 and lepak kat rumah dia smpai malam mcm kat rumah sendiri pula.. :) alhmdulillah.. Moga Allah sntiasa murahkan rezeki family adik ni. Beruntung adik syazleena, dapat family yang sgt supportive dan penuh dengan kasih sayang. 

Itulah.. dalam kesusahan, ada kesenangan. Alhmdulillah..

This is just a note to myself. Sebab aku selalu lupa dan lemah semangat.

Kena selalu cakap pada diri kau nani,  senyum, sabar and say alhamdulillah! Huhu :)

Kenangan bergambar dengan kak long, abg dan adik syazleena. U guys are the reason for me to keep smiling. InshaAllah I will improve myself to serve u better in the future iAllah.
07/06/2016


Wednesday, June 1, 2016

Last posting for year 4 :)

Bismillah

Actually aku baru discover yang aku boleh update blog melalui phone ja πŸ˜‚ Selama ni update blog melalui laptop. Tu yang lambat mengapdet sebab malaih melayan latptop ku yang super siput tu. Alhamdulillah rupanya bleh jugak update pakai phone ni.hee.tapi leceh sikitla sebab semua benda kecik2 and jenuh aku nak kena zoom semua benda baru boleh tekan. Tapi tak pa, yang penting aku dah boleh sesuka hati menulis, mencurahkan segala cerita hati kat sini hehe. kalau kat laptop nak dekat berejam jugak kalau mengarang post. Kat phone ni kejap ja, dah macam nak update status pulak rasa πŸ˜… Bagus la, aku pun xleh lama2 spend time kat blog ni.banyak lagi koje nak buat nii

Alhamdulillah aku baru habis posting orhto. Andd hari ni first day posting paeds. Yakni posting bersama kanak2 merangkap posting terakhir untuk year 4 insyaAllah. Cepat nyaa masa berlalu. Tak sangka dah lepas 6 posting yang dulunya cam nak menangis tak sure bleh go through ke tak smua posting ni. And alhmdulillah jugak aku pass semua πŸ˜‚ Tinggal paeds ni je lagi. Harap2nya lulus la jugak ameeenn

InsyaAllah lepas habis posting ni aku akan sambung elektif kat hospital kelantan pula selama lebih kurang sebulan and lepas tu tadaaa year 5 dah πŸ˜‚ Tup tap tup tap dah nak masuk final year dah, tahun akhir aku sebelum kluar menjadi doktor.. Setahun lagi maryam. IAllah. Setahun lagi. U can do itt! Oh Allah, make it easy for me ameenn :)

Emm smpai sini je kot insyaAllah. Saja terfikir nak update sebab aku bru bukak jadual orhto yang aku tampal depan meja ni. Nak ganti dengan jadual paeds pulak. Bila tengok jadual ortho terharu plak rasa. Dulu punya terketaq2 nak habiskan posting ortho. Suka duka aku. Stress2 masa posting dulu alhmdulillah semua dah  berlalu. Tersenyum sendiri. Alhamdulillah.. Sekarang buka cerita baru pula..
Bismillah..
Wahai kanak2, please be nice to me ;) 


Monday, May 30, 2016

Ada kalanya

Ada kalanya saat kita menjalani kehidupan kita seharian, kita berasa lelah
Lalu kita bertanya, untuk apa kita lakukan semua ini
Ada kalanya..hari hari kita kosong. Jiwa kita sepi
Lalu kita bertanya, kemana kah pergi semua orang orang yang selalu dekat dengan diri
Ada kalanya kita bisa berfikir mudah tentang sesuatu keadaan
Sampai senang saja semua hal untuk di aturkan
Ada kala.. Kita terlalu fikir sampai hancur semua harapan
Ada kalanya kita ingin sendiri.. Tak mahu lagi memikirkan hal lain
Cuma mahu sendiri
Ada kalanya kita juga ingin dihargai, berasa bahagia hidup berteman insan lain
Ada kalanya kita gembira tersenyum manis
Ada kalanya kita sedih tersedu-sedu menangis..

Sayang tak semua orang bisa memahami kita
Apatah lagi memahami hati dan jiwa ini

Rumitnya kita manusia. Di cipta penuh dengan perasaan
Dan sebenarnya yang lebih tepat kita itu adalah aku
Hamba yang masih tercari cari rahmat, keampunan dan kasih sayang Tuhan


Sandakan, 26 Mei 2016