Thursday, November 7, 2013

Tenanglah mu wahai saudaraku disana..

"...Doubtlessly Ammar was shaheed... They went to see Ahmad Ammar in the graveyard's janaza place. Ammar is like sleeping, He is in peace, it is like, if you call "Ammar get up brother it is time for salah" he will wake up. He is so alive. As Allah says in the ayah "Dont call 'dead' those who passed away in the path of Allah swt, as they are not dead, they are MORE alive then those are living among us..... After that we went to Hayrat foundation building, there has been a small and very private gathering with Ustaz Said Nuri. Ahmad Ammar is doubtlessly shaheed since he was listening to islamic music in his headphones at the second he was hit. He was listening to 'Nai' instrumental. And before going out from home that day, he didnt sleep after fajr, recited Qur'an for a very long time and took a ghusul after that. And then he left home..."-Feride Karahan

MashaAllah yaAllah...telah kembalilah ke sisiMu yaAllah seorang hamba yang sungguh baik pengakhiran hidupnya. Ini lah takdir Allah buat hambaNya yang terpilih..Arwah Ammar.. meskipun aku tak pernah mengenali insan itu namun Allah telah mendetikkan di hati rasa sedih yang amat atas pemergiannya. Sedih itu seolah-olah aku sudah lama mengenalinya.. MashaAllah..Aku mencemburui pengakhiran hidupmu wahai Ammar..

Hari ni walaupun sudah hari kelima arwah pergi buat selamanya, rasa sedih itu masih ada.. Doa dan bacaan Quran ku titipkan padamu wahai saudara, pada Allahlah segala puji yang telah menggerakkan hatiku akan rasa dan perasaan ini.

Aku ingin menjadi sepertimu, Ammar. Aku tidak sempat mengenalimu di dunia. Semoga aku dapat berjumpa dengamu di sana.

"La taqulu wadaa’n bal qulu ilal liqa’ il lam yakun fauqath thara fabijannati Rabbis sama’…." :'(

Jangan ucapkan sebuah perpisahan, namun ucapkan hingga bertemu lagi. Andai tidak di bumi Tuhan, mudah-mudahan di syurgaNya nanti..

Al-fatihah..



Tuesday, October 29, 2013

Usrati fi KK :)

Assalamualaikum wbt ;)

Malam ni aku terasa rajen untuk mengapdet sebab besok jadual ringan and tak de lecture. Cuma practical and small group discussion. Ye heyy :)) So sepatutnya bukak laptop untuk buat kerja. Tapi dah terpesong masuk satu folder ni. Maka terimbau la kembali aku ke zaman first year dahulu, teringat segala aktiviti2 usrah aku yang di luar. Seriusss, masuk tahun 2 ni bukan nak kata aku dah semakin busy, tapi ntah, aku dah tak aktif dalam program luar yang usrah aku selalu buat. Huhu sedih. Mungkin salah aku yang masih tak gheti mengurus masa. Aku tau, aku akan cuba untuk improve that part inshaAllah. ^^

Masa first year dulu, aku ada kak dyll yang mai bekerja di abim sabah. Mere dylll hey :) Masa kak dyll ada, bestt sgt aku rasa. Sebab kami mmg slalu jumpa masa program abim di semanjung. Bila aku datang sabah, tetibe kak dyll pun dapat kerja di sabah jugak. so alhamdulillah, adala yang mneman eden kat sini. Masa tu Kak dyll organized banyak gle program2 turun kampung yang sangat sebati dengan jiwa aku ni.eheh ;) Alhamdulillah... Allah plan memang sangat cantik. Boleh dikatakan tiap hujung minggu masa awal2 aku masuk dlu, aku akan keluar dr uni sama ada untuk ke usrah atau untuk ke program masuk kampung. Time tu mmg xde mase langsung la untuk hangout ngan kawan2 hujung minggu. Aku pun tak pernah terpikir nak keluar jejalan dg dorg sume he he..

Ada senior dari gerakan Islam yang lain, nasihat aku sebab dia tengok aku ni kerap sangat berprogram. (eceh :p) Bimbang dia, takut aku tak dapat urus masa belajar, dan berusrah. Kerana dia bilang, dia pun mcm tu dulu, sampaikan final exam gagal satu module (kalo xsilap). terkejut jugak aku. baru la terpikir yang aku ni ada final exam hohoho. Alhamdulillah ada yang mengingatkan. :)) Aku cakap pada kakak tu, inshaAllah boleh. Teringat pada pesan papa yang selalu mengingatkan kami dengan ayat ini,

"In tansurullaha yansurkum" yang bermaksud "Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu" 

Menolong kamu dengan macam mana? Mybe kalau orang lain baca buku setengah jam baru habis, kau baca 10 minit pun dah paham. atau boleh jadi juga Dia melembutkan hati permeriksa yang tanda kertas pekse. atau boleh jadi juga kerja2 yang sepatutnya kau buat, Allah hadirkan orang lain untuk bantu menyiapkan semua utk kau. Kan? bermcam2 lagi cara Allah boleh tolong kita. sekelip mata saja kalau Dia mahu.. Eh panjang plak aku explain. Nak cakap tu ja, yakin yang Allah tak kan sia2kan usaha dan masa yang kita luangkan untuk Dia. yang penting niat kita betul. Aku kata begini sebab aku sedih, kadang2 ada segelintir kawan2 aku yang tak paham kenapa mesti ada usrah, kenapa mesti ikut program etc etc. Kita ni orang Islam, mestila kena ambik tahu pasal Islam. Usrah bukanlah sesuatu yang wajib, tiada paksaan. tapi bila dah ada peluang, Allah bukakan jalan untuk perbaiki diri kita, untuk tambah ilmu pasal Islam, untuk kenal Dia dengan lebih dalam, kenapa sia2kan peluang tu? padahal ramai lagi orang kat luar sana terkontang kanting, xda tujuan hidup. tak da medium untuk dia belajar Islam (contohnya yang tingal di kg2 pedalaman) dan sebagainya. huhu. ok serius memang panjang aku bebel. 

Jadi itu sajalah untuk entri kali ni. (haha tetibe trus nak stop) tak sangka plak aku nk tulis panjang. Jarang aku boleh tulis entri panjang2 macam ni. Alhamdulillah aku sekarang, dah mula sedar yang sebenarnya aku saayang sangat usrah aku di sabah ni. (baru nak perasann??hhehe :P) cuma sekrang ni since aku baru nk adjust and cuba adapt diri aku untuk tahun 2, aku banyak pula missed usrah and program2. apatah lagi dengan jadual yg dah mula tak menentu, tak da transport, and exam exam exam. huhu. Sungguh aku sangat berdoa semoga Allah sentiasa menarik aku semula ke sisiNya tatkala aku jauh terlalai dan terlupa. Aku juga berharap ahli keluarga yakni usrati abg dan kakak di sabah, supaya tak jemu mengingatkan dan membantu aku bila aku memerlukannya. inshaAllah.. boleh ba kan? ^^  

Throwback time. Aku rindu semua saat2 ni :) 

ini masa pegi ke pulau banggi, kudat :)

pegi survey kampung-kampung. tetibe ketua kampung tu buat kenduri kawen anak die plak. he he rezeki kami la isi perut skit di tgh2 hutan

Abg2 dari kos geologi yg sudah nk msuk tahun akhir, dorg kene buat kajian ape ntah. dorg pilih utk buat kajian kat batu2 di pulau ni. So alang2 kami jalan sekali semua :) 

ambik maklumat. .

air bawah tanahh. sbb kami pergi dg geologist, terpksala brhnti sekali stp kali ada psal batu2 ni. tp best jugak sbnrnya. tmbah ilmu :)

saja nk try rsa air yang ditakung. huhu sangat rasa air 'batu' dia.


tolak...tolakk..

serius pulau ni sgt cantik subhanallah. 

mashaAllah :))

pengalaman sulung aku tinggal dalam rumah atas air!

camni keadaannya di siang hari. malam hari air psang. kalau ada ribut, hanya Allah yang tahu perasaan dok dlm rumah tu :O


ni pengalaman. kami terpaksa naik bot untuk pergi ke bhgian atas pulau. naik bot yg kecil ni selama 2 jam, tnpa pkai jaket pelampung. ada bran? haha. sib baik la xda buaya..


ni pula masa prog khatan di kg pandiwan, nabawan :)

hepi noh hampa semua ;P

sempat lg. adik2 ni memang cool lah 

dah tak larat...

masa prog ni, abg aku (abg can yg baju hitam tu) dia la satu2nya doktor yg ada utk buat khatan ni. haha last minute sorg doktor lg xdpt ikut. tp rilek je dia, dh hbis semua, siap pi main ping pong lagi. ;D 

program khatan, selesai :)

subhanallah walhamdulillah :))

Sungguh, aku sangat rindu dengan semua kenangan yang lalu..pengalaman banyak mengajar. Pesan aku untuk semua, carilah Islam di mana saja kamu berada. carilah usaha supaya kita dekat dengan Allah..ok?? ;)

Semoga kita semua dipelihara dari ketergelinciran sepanjang jalan dakwah ini. ameen ya rabbal a'lamin..
dah aku nk gi tido haha, bye, Assalamualaikum ^^



Sunday, October 27, 2013

Hanya ayat ini yang menjadi punca aku kuat. Menjalani kehidupan dengan seorang yang lain, kadang2 teruji juga.

"Tolaklah kejahatan itu dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara dia dan kamu merasakan seolah-olah seperti teman yang setia (sahabat karib)." [41:43]

Aku tahu aku bukanlah teman yang kau harapkan untuk tinggal seruang. Aku tahu kau dah cuba untuk menjadi kawan yang baik. Aku tahu kau dah banyak bersabar dengan karenah dan kelemahanku.

Tapi kau juga harus tahu...aku juga melakukan perkara yang sama.

Allah sudah menetapkan begini. He knows what is the best for us.
Indeed, He IS the best planner.

mungkin aku perlu terus bersabar kerana itu saja yang aku mampu lakukan. dan ayat ni ayahanda, terima kasih..saya akan selalu ingat dan pegang..inshaAllah.

"Tolaklah kejahatan dengan kebaikan."

Sunday, September 29, 2013

Dosa dalaman

Assalamualaikum


"Tahukah kita apa itu dosa dalaman? kata seorg ustaz, dosa dalaman ini pun sudah cukup untuk kita ke neraka...dosa dalaman- dosa hasad dengki, iri hati, kata2 keji dlm hati, sangka buruk dsb...dosa ini antara kita dgn Allah kerana hati ini miliknya...smga kita semua djauhi dari dosa dalaman."

Ini pesan daripada abg ipar. Kata-kata yang sangat terkesan di hati. kenape? sebab selalu buat bah..

Aku pernah terbaca satu hadis mengatakan syaitan ini berjalan dalam tubuh manusia seperti perjalanan darah. Maksudnya, betapa mudah untuk syaitan menggoda manusia buat dosa apatah lagi dosa2 dalaman yang tak terzahir oleh perbuatan ni. Kita tak tahu kan hati manusia tu mcam mana. Muka jahat, tak semestinya hati jahat. Muka baik, harap2nya hati pun baik selayaknya. Sebab tu aku lebih suka utk memilih bersangka baik. think positive. Ada masalah apa2, bersangka baik. kwn2 buat hati kita sakit, bersangka baik. ada org lebih hepi daripada kita, bersangka baik. hatta tengah marah pun, cuba la untuk bersangka baik. think postitive.

Setakat ni aku rasa method tu adalh yang terbaik sepanjang aku mengendalikan perasaan xenak dalam diri. Kakak aku pun ada ajar, biasakan zikir ikut jari. tak ikut jari pun xpe, zikir je banyak2 dalam hati. Tengah tgu bas ke, masa jalan pegi kelas ke, biasakan zikir. Orang tengok xtahu pun sebenarnya kita sdg berzkir dalam hati. Bagi aku, itulah hati yang hidup, hati yang sentiasa rsa berdosa dan ingin dekat dengan penciptanya.

Aku berdoa semoga kita semua dijauhkan dari dosa dalaman..huhu
La ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu minaz zhalimin... 

Friday, September 20, 2013

Hari Raya Aidilfitri 2013

Assalamualaikum wbt

Malam ni tiba2 datang mood ape ntah tergerak hati aku untuk melawat blog sendiri yang kusam dan masam ini. huhu apela nasib ikau blog..kesian betul. Tapi tak pe. sebagai hadiah aku telah memberi baju baru untuk blog ni. he he. Nampakla ceria dan sihat sikit. ;)

Untuk update secara ringkas tentang keadaan aku sekarang. Pagi tadi baru saja habis end module test bagi modul pertama aku di UMS sebagai pelajar tahun kedua bidang perubatan. eceh tahun kedua sudahh wohoo. Alhamdulillah ;)) Ala kulli hal, semuanya berjalan dengan lancar sepanjang tempoh aku berlajar di tahun satu. Besalah, ada masam manis pahit payau lemau *lemau pun bulleh* yang aku tempuhi sepanjang semester lalu. dan aku rasa bukan aku saja, kawan2 yang lain pun pasti merasakan hal yang sama, turun naik jatuh bangun masa di tahun satu. Apapun alhamdulillah, aku belajar banyak benda. Bukan saja dari segi ilmu medic tu sendiri, tapi jugak value2 lain dalam kehidupan. especially perangai dan ragam sabahat2 seperjuangan yang bakal bersama untuk tempoh 4 tahun lagi ni, inshaAllah.

Tajuk pun pasal hari raya. so cukup2 la tu, cakap pasal raya pulak. Tahun ni sambutan raya lain sedikit sebab semua adik beradik yang dah kawen pegi beraya kat rumah mertua masing2. Jadi yang tinggal dirumah hanyalah geng2 bujang dan slim (except abg can) menyambut raya bersama. Memula aku sedih la jugak sebab fikir nanti suasana mesti tak meriah dan riuh berbanding kalau semua 15 beradik dengn cucu cicit (kecuali family kak cah di uk) ada kat rumah. Tapi, selepas mendapat duit raya yang awesome daripada abg can, happy nih. Trus bersemangat. hihhii. So tak de la sedih sangat. Ditambah pulak dengan perangai sengal abg can yang ntah pape tu, dah cukup untuk menaikkan suasana riuh di pagi raya. :) Tak pela tahun ni berbeza skit, kami meriah dengan cara yang lain ;)

Oh ya, selain drpd turn balik beraya di rumah mertua, kami pn xkesah la sgt xdpt kumpul 1st day raya sebab abg can dah nak kawen raya ketiga tu. Soo, kami decided untuk berkumpul saja time kenduri nanti di rumah. And noww dah pun masuk bulan 9, abg can dah pun selamat bergelar suami selama hampir 1 bulan untuk isterinya, kak amy tercinta.ecece.:) Cerita pasal kenduri, itu lain entri lah ya inshaAllah. Apapun untuk abg can, huhu dah kawen dah abgku yang terakhir ni. Alhamdulillah, nani hepi untuk abg can. Semoga mawaddah yang dibina terus kekal selamanya hingga ke syurga. ameen :)

Kenangan aidilfitri 1434H.

nani rasa ni first time gamba raya ambik kat luar rumah dengan sempoi dan selambernya. gamba pun tak cukup korum sebab sorang terpaksa jadi tukang ambik gambar. dengan yang lain pn entah gi kemana..hehe.missing in action.

ini family kakak sulung yg beraya di uk. Kak cah dan keluarganya. tahun ni sambut dengan orang baru, si kecil comel aini safiyyah :)  

family kakak kedua, kak yah n abg ajoi yang beraye di perak. kenape tutup mate tu iman...;)

kakak ketiga, kak ning dan suami tercenta abg shime yang beraye di melake. *ehh silap di perak, rumah mertua. sweeet couple :)

family abg keempat, abg nas n kak dayah beraye di subang. kemana dah anak2 nye?

family kakak kelima, kak tim n abg saiful beraye kat shah alam. ni gmba kat mane ntah. haha. kak tim pun tade. jadi tukang ambik gmba la kot 

[update] haha nah ktim..special punya. nani xphm mcm mana ktim bleh slim dalam gambar ni:P
btw cantik baju raye!! bleh la perturun kat nani lepas ni..hihi.. 

ni abg keenam nih menikmati raya terakhir sebagai abang bujang. haila muka sebijik ikut papa. kalau ada abg mer dan kak yah, dah bleh buat caption "doctors in the house" :)

[update] xjumpa gambar raya utk abg ketujuh ni. abg mer n isterinya yg disebelah kiri bukan sblh kanan tu :P anaknya pun, faris dah besaar sgt.;) antara tiga2 abg, aku pling rapat dengan abg mer ni la seblum dia pergi jordan utk sambung blajar. serius sedih..sgt time tu. balik2 dr jordan, dengan 3 sijil skali abg mer bawak balik, sijil perubatan, sijil kawen dan sijil lahir anak! ;D

[update] yg muka bahagia dapat duit raya tu kakak ak yang kelapan.hahha.dah nk msuk final year farmasi dekat zagazig, mesir. masih single n available. bagus oo ijah ni...seorang yg a'bidah, bukan bida'ah haha.kat rumah masa terluang akn diisi dengan solat sunat saja mashaAllah. bgus ijah bagus. no wonder la dpt best student sokmo.:P 

[update] yg macam bienda tu adik ak yang kesepuluh. ha cukup dah pun kami sepuluh beradik. asiah ni masih belajar di tahun satu di usim. adek ni nampak je rilek taapi juara syarahan oo ni. haha. suka membaca, menulis, bersyarah sorg2..memang beza dg km yg lain ni. skrang dia dh start menulis artikel kt surat khbar. ntah2 satu hari nt jadi motivator plak kt tv. wah siapa tau..ameen!

umi and kelima-lima adik2 ku.suka sangat gamba ni.;)) 

[update] jadi model sambilan di pagi raya ;P generasi terakhir, anak2 mama :)

abg can yang kuat makan..

dan akhir sekali, buah hati jantung tercinta. the best father ever.. Papa ;)

Selamat menyambut raya haji plak tak lama lagi..kekke..
Alhamdulillah ala kulli hal..alhamdulillah ala kulli ni'mah. Selamat malam semua..bye! 
Assalamualaikum^^

Thursday, August 1, 2013

Perniagaan yang tidak pernah rugi


Allah berfirman, "Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami (Allah) anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi." [Fathir:29]

Anak yatim di Ranau, Sabah

Saudara kita di Rohingnya

Orang asli di nun pedalaman

Pembinaan kompleks untuk anak-anak Tahfiz Darul Ulum


dan banyak lagi di luar sana, NGO-NGO islam giat melakukan usaha dakwah dan bantuan untuk golongan yang memerlukan. Aku cuma letak beberapa yang di atas ini, kerana mereka ini yang aku sendiri ikut perkembangannya. Saudara, tak mahukah kita terlibat dalam perniagaan yang tidak akan rugi ini?

"Orang2 yang menginfakkan hartanya di malam hari dan di siang hari secara tersembunyi dan terang2an maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada rasa takut pada mereka dan tidak pula mereka bersedih hati."                 [al-Baqarah: 274]

Tak takut duit habis, tak pula bersedih harta berkurang. Allah jualah yg mencukupkan rezeki kita. Assalamualaikum :)

Friday, July 26, 2013

Orang asli Pos Kuala Mu

Assalamualaikum semua. :) apa habaq iman anda? macam mana progress ibadah anda di bulan ramadahan ini? semakin baik, steady atau dah pikiaq raya jaa. Baju raya warna apa. Dah cukup 5 helai ke belum. haaih. wake up wake up. Ramadhan dah nak habis!

InshaAllah harap2nya semua sedar akan hakikat itu, dan cuba sedaya upaya untuk rebut peluang beribadah n berdoa banyak2 dalam bulan mulia ni. (Even aku dah kene sound dengan ijah sebab update blog instead of tadarus.huhu)

Kali ni expresso punya update. Sebab banyak benda lagi nak buat, dan jugak sebenarnya dah langgar peraturan waktu tidur.

Alhamdulillah, jumaat yang lalu 19-21hb july, kami bertiga (aku. adek dan ijah) ikut papa ke program yayasan al-khalifah di perkampungan orang asli Pos Kuala Mu, kelate dan singgah sebentar di Tuel, gua musang untuk hantar stok makanan. Apa yang dapat bisa ku cakap, alhamdulilaahhh. 3 hari yang sangat best walaupun perjalanan ke kampung org asli tu hampir2 membuatkan aku btul2 nak batal kan posa dah huhuhu. Sangatlah pedalaman, disebalik gunung2 yang aku dah bapa kali berfikir mcm mana orang asli bleh masuk sampai ke dalam ni. huhu. hebat depa ni. :)

Ku biarkan gambar2 ini pula bercerita. InshaAllah, jika tiada aral melintang, besok aku ke kelantan lagi, inshaAllah :))

bersungguh betul adik2 ni :') walaupun kami cuma nak bagi belon..

cakap ape? "terima kasih, alhamdulillah" :)) -walaupun kampung ni cuma 30 percent sahaja yang Islam, tp budak2 ni semua kami didik dengan cara Islam. mudah2an bila mereka besar nanti, mereka lebih kenal dan bawa Islam ke dalam diri, keluarga dan masyarakat. ameen.

lepas sesi belajar ambik wudu'. sempat posing dulu ;P

ini ratu batu seremban masa sekolah pun boleh kalah dengan budak2 asli ni. haih buat malu ja haha. sape la yang ajar budak2 ni main batu seremban...konfius..

persiapan untuk berbuka puasa. masak mesti buat untuk sekampung!

ops dik, sabaq sabaq tak masuk waktu lagi :P - bg masy org asli, kurma pun dorang boleh berebut :') betapa bersyukurya dapat makanan..alhamdulillah.

Atas pondok sewang. tempat ni berangin je walaupun matahari panas terik! patutla org asli suka tinggal di rumah sebegini walaupun kerajaan dah buat rumah batu untuk dorg. hm..

cuba teka kat mana ni? hihi kami waktu ni kat atas land rover (land rover ke name die) jalan2 kat kampung. tu muka orang jakun. :P

Terpegun melihat suasana rumah yang bersih dan tersusun rapi. Ni rumah tok batin. semua alat masak dia ada, supaya senang nak buat jamuan raya. Kalah sesetengah rumah orang di bandar, ops.:)

Kenangan :))

TV3 pun bleh sampai sini. cayalah..syabas yayasan al-khalifah :)

TV Hijrah pun tak nak ketingalan. Ijah di belakang curik2 nak masuk kamera tp malangnya xberjaya :P

Pengagihan beg2 hasil sumbangan kepada anak2 orang asli. alhamdulilahhh :) hepi sangat bebudak tu. sampai yang tak skolah pun beratur jugak nak beg. alahai kesian..

Alhamdulillah, insan ini berjaya mengucap 2 kalimah syahadah walaupun ibu bapanya sudah lama memeluk agama Islam. :') alhamdulillah.. " yaAllah, janganlah Engkai pesongkan hati kami setelah Engkau memberi hidayah kepada kami" ameen..

Dari kecik kami ikut papa ke orang asli, aku rasa ini satu2nya gambar yang ada muka kami bersama.:) 

Selesai. Pengalaman berharga, alhamdulillah Allah mudahkan. Semoga terus tsabat di jalan ini. Ameen.
Assalamualaikum dan selamat malam :))