Saturday, December 12, 2015

Jadilah wanita yang bahagia

Teringat pada pesan seorang teman,

"Latihlah diri untuk menjadi wanita yang berinisiatif berbanding yang emosi; yang tidak mudah menyalahkan keadaan sekeliling; yang tidak membiarkan kegagalan tanpa usaha memperbaiki."

Benar sekali. Aku harus menjadi seperti itu. Terima kasih teman..

Aku dengan apa yang aku miliki lebih bahagia daripada jutaan wanita lainnya. Saat aku memejamkan mata, aku cuba untuk mengingati mereka yang berada di wad hospital melawan dengan sakit dan saat2 akhir, mereka yang tinggal di dalam khemah dan di bawah jambatan kerana tiada rumah, mereka yang mengikat perut kerana tiada makanan, mereka yang di rumah sakit jiwa, hilang nikmat aqalnya, mereka yang hilang keluarga sekelip mata kerana bencana, mereka yang ditarik nikmat melihat mendengar atau nikmat2 yang lain dan sebagainya. Allah... Sedang aku disini selamat dan dalam keadaan yang baik, aku masih punya keluarga dan sahabat karib. Aku punya tempat belajar dan aqal untuk berfikir. 

Nikmat mana lagi yang aku harus dustakan? Astaghfirullah... Aku bersyukur dengan segala nikmat yang Engkau kurnikan padaku yaAllah..

Malu rasanya untuk mengeluh sedih atas perkara yang temeh. Malu rasanya untuk masih tidak menjadi wanita yang banyak bersyukur dan bahagia. 

Terima kasih 'ala kulli hal ya Allah.  

Alhamdulillah..
:')



Sunday, November 22, 2015

random

Assalamualaikum

Biasanya aku jarang bukak blog kalau berada di tengah2 atau di akhir posting. Tapi entahlah, rajin pulak nk menjengah di blog ni walaupun sedang dalam posting yang orang katakan sangat busy ni-Posting Ophthalmology. erkk.. emm bg aku, terasa jugakla ke-stressan dalam posting ni sebab lecture nya yang saaangattlah panjang ditambah dengan esaimen2 yang setinggi bukit kokol depan UMS ni. Tapi alhamdulillah di tengah2 serabut pasal pelajaran dan tragedi besar yang berlaku baru2 ni, terselit satu tempat jauh di sudut hati sedikit rasa tenang dan masa luang. Rasa inilah membuatkan aku dengan lenangnya membuka dan menulis di blog ni. hehe:) padahal 3 case write up tak siap lagi ooi..

takpelah, mana lagi aku nak luah perasaan kalau bukan di blog terchenta ni. Alhamdullillah tentang hal yang lalu, keadaan semakin baik dan terkawal. Sahabatku dah boleh move on, dan aku tak da lah risau sangat. Ramai sahabat2 lain yg Allah hantar sebagai tangan2Nya memujuk dan memberi kekuatan pada dia. Pastinya setiap ujian ada hikmahnya dan aku harap dia ketemuinya satu hari nanti. Dengan iman ku lihat dia bangkit, moga Allah memberi ganjaran yg besar atas kesabarannya dan mengampuni dosa2 nya yg lalu.ameen.. Gembira aku lihat dia akhirnya tersenyum. Cukuplah itu untuk menenangkah hati.. :)

Sekarang ni, saat ini, aku pula dalam keserabutan yang nyata. Banyak benda nak cover, exam esaimen, case write up, viva, huhuuuh.. Kerja bertimbun pun sempat lagi buat kerja lain. Lagi la huhu. huhhuhu. Semalam sempat pegi konvo sahabat dari sekolah menengah, Cik Malin. seronok tgk dia dah grad. alhamdulillah.:) Moga aku pun berjaya grad macam dia satu hri nt iAllahh. And aku harap nanti bila aku pulak dah grad, or bila dah keje ke, aku terbaca balik post ni, and time tu aku akn ckp, akhirnya penat lelah dan keserabutan aku dah berlalu and aku pun dah grad heheheh. *yaAllah sempat lagi berangan! ape aku merepek ni.

dan hal kedua pula, sampai saat ni aku tak dapat kol papa. mungkin sebab tu kot yang menambahkan lagi kesedihan dan rasa tak semangat nak siapkan kerja. huhu. Aku tahu papa busy. sekalipun tak dapat dengar suara papa, aku harap papa tak lupa untuk doa dan sebut nama aku dalam doanya mudah2an aku dipermudahkan segala urusan kat sni. huhu ameen 

oklah dah 20 minit masa diluangkan di sini. Aku harus kembali menulis tentang diabetic retinopathy dan conjunctivitis.

Oh Allah make it easy for me.
Rabbuna yusahhil, rabbuna yunajjih..

Tahniah Malin.:) gonna miss u. sampai hati awak tinggalkan saya kat sabah ni huhuh :p Selamat menempuh cabaran di luar dan jgn lupa doakan saya pulak deh :*


Friday, November 20, 2015

Hari ini dalam sejarah

Hari ini dalam sejarah

Aku tak kan lupa selama-lamanya
Dari saat aku menyaksikan tangisanmu sahabat
Aku pimpin tanganmu dan kau rebah di bahuku
Kau buka mata dan melalui detik yang berat
Ketakutan dan kesakitan yang kau rasakan sahabat
Aku saksikan semuanya
Dan ketahuilah aku juga turut merasainya
Meski tak sehebat apa yang kau rasakan

Pengalaman satu malam ini aku takkan lupa selamanya
Aku berdoa agar manusia-manusia yang bertopengkan haiwan itu mendapat balasan setimpal dengan perbuatan mereka yang hina dan jijik itu!

Hari ini dalam sejarah

Aku akan ingat segala-galanya.

Kepada Tuhan-lah kita serahkan segala urusan
Dan yakinlah bahawa Tuhan tidak akan pernah tinggal diam.


Monday, November 16, 2015

Kekuatan

Kadang kadang tak semua yang kita impikan berlaku seiring dengan apa yang kita harapkan
Kadang kadang kita terhenti dan terfikir semula
Dan kadang kadang kita sendiri keliru apa yang kita inginkan sebenarnya
Satu peperangan besar antara pasukan putih dan pasukan hitam
Berlaku dengan hebat dalam diri kita
Saban hari..
Dan hanya kita saja yang dapat merasainya
Orang lain? Mereka tidak pernah mengerti
Kerana mereka tidak merasa, dan tidak berada dalam posisi kita
Lalu pasukan putih menang,
Kita yakin inilah yang terbaik
Lalu kita naikkan pasukan putih untuk memerintah
Kita mengikutnya dengan taat tanpa berbelah
Kita merasa tenang dan damai di bawah pemerintahannya
Aman..
Orang lain? Mereka tidak tahu apa apa
Sebelum bertanya lagi mereka sudah berkata kata
Maka mulalah..Dia itu dan ini..
Ini..perkara biasa..
Kadang kita tak mampu memuaskan hati semuanya
Dan kadang kita tak mampu untuk memberitahu kepada mereka peperangan sebenar yang berlaku dalam diri kita
Kita bukan anak kecil yang membuat suatu keputusan tanpa timbangan akal
Setiap keputusan yang diangkat telah dihadam dengan jelas segala baik buruknya
Dan yang pasti, hanya kita saja yang tahu apa yang terbaik untuk diri kita
Kita bisa saja memilih untuk melawan salah faham mereka
Tapi sekalipun kita membentang, belum pasti mereka memahaminya
Lalu duhai hati, usahlah gusar lagi saat mereka menghakimi kita

Kerana tiadalah hakim yang lebih adil dan saksama melainkan Dia...


Wednesday, September 16, 2015

curi curi mesej



curi curi mesej dengan pakwe dalam grand ward round
tersenyum walaupun tengah stress
mencari hala tuju dalam psychiatry
sekali pakwe tulis satu ayat je
terus bersemangat balik!
haha


"The face of a psychiatrist"


when other people believe in you,
why don't u believe in yourself? kan nanii?

*ok sambung balik ward round dengan semangatnya*


#Thank you papa.
#Miss u soo much.
#Spirit booster






Monday, August 17, 2015

Memoir di San Remigio

Masa tengah cari2 benda dalam hard disk, tetiba mata terpandang folder "cebu filipin". Terus tangan automatik tekan folder. Klik dua kali. Kurang beberapa saat, lalu terpampanglah lah segala memori indah bersama anak anak syurga di Punta, San Remigio, Filipin...

Ikutkan hati, nak ku ceritakan segala kenangan dan pengalaman aku kat sana. Tapi terlalu banyak, dan aku tak reti pendekkan. *Kalau ajak cerita ni boleh kot sampai tgh malam* hehe :P Out of all, aku rasa nak cerita tentang salah seorang budak kat sana yang bernama Ban Ban.

Ban Ban. Nama yang akan aku ingat seumur hidup. Berusia tiga tahun, anak ketiga dari empat orang semuanya. Muslim inshaAllah, but both of his parents are not. Kat sana aku pergi as sukarelawan, untuk bantu kerja dakwah ayah. Sebelum ni papa pernah ke situ dalam misi kemanusiaan msa typhoon haiyan melanda filipin. As introduction, Punta, San Remigio ni adalah satu tempat yg mna muslim community nya sangat minor.. Rakyatnya pun kebanyakan hidup dalam kemiskinan. Kat situ, ada satu masjid besar (yg belum siap sepenuhnya) tapi jadi satu tarikan yang sangat besar bg masyarakat kat sana sbg tempat untuk sebarkan Islam. 

Depan masjid tu, ada satu tempat yg kami panggil sebagai "centre" di mana tempat ni lah yg selalu masak dan bg makan free kat anak-anak Punta. Sebab kan miskin, kebanyakan keluarga kristian kat sana, tak kesah pun anak2 dorang ke masjid and ke centre. Dorang pun rasa tu lagi bagus sebab at least anak2 dapat makan free. The good thing is, bila anak2 ni selalu ke centre untuk makan, secara automatik akan selalu gak ke masjid (sbb selalunya ajak pi masjid dlu, lepas semayang baru boleh makan) kat situlah, didikan agama diberikan. and dorang sedikit sebanyak belajar ttg Islam. 

So kerja utama aku dan yg lain kat sana mainly ajar mengaji, baca iqra', ajar rukun islam rukun iman, doa2 harian, ajar solat dan sebagainya. smua yg tentang asas2 Islam. Terharunya, walaupun budak2 ni ada antranya baruu saja masuk Islam, (macam semua ja?) dorang ni sangatlah excited dan gigih nak belajar agama. :'D Kadang mak ayah memang tak ambik tahu pun dorg buat apa seharian. So dorang banyaklah luang masa kat masjid dan centre tu dg kawan2, Bermain sambil belajar agama bersama2. Hebatkan?

Kita kecik dlu pun, kalau mak/ayah tak tengking suruh pi semayang. mungkin tak semayang dah jawabnya. Anak2 ni, sudahlah baru kenal Islam, dan masuk Islam atas keinginan mereka sendiri di usia yg sngat kecil (ada yg masih budak2, ada yg masuk Islam masa muda remaja), pstu kena berdikari pulak cari ilmu agama tanpa bantuan ibu bapa. Tanpa perlu mak ayah suruh. Allah, hebatnya nilai Islam yg ku jumpa di sni..

Eh, panjang pulak cerita. tadi nak cakap pasal Ban Ban. heheh..Ban Ban ni salah satu anak2 kat sana yg selalu datang ke masjid dan centre sebab ikut abang dan kakak dia. Alhamdulillah adik bradik semuanya Islam:) Tak reti cakap english so kalau aku tanya senyuumm ja hehe.comeii. Tak pndai ckp, tp paham apa yg aku ckp kat dia, Kadang2 kalau dia panggil aku "sister nani, sister nani" haha. ckuplah untuk jadikan aku wanita terbahagia dunia. kakaka

Masa sesi mengaji, aku ajar dia dan abgnya Hanz, huruf alif ba ta. Lapan hari kat sana rasa bleh ajar tiga huruf tu ja haha, Boleh kenal huruf, sebut, dan tulis. sbb dorang ni kebanyakan hafal alif ba ta tapi bila tunjuk huruf, tak tau pun mana satu. Masa last day tu Ban Ban dah pndai datang kat aku n nyanyi lagu alif ba ta sa jim ha ho smpai habis. YaAllahhh hepi sangat rasanya time tu. walaupun aku tau selain alif ba ta mungkin dia tak tau pun bentuk huruf yg lain tu haha.tau nyanyi ja.. tapi tak pa, sister nani feels so proud of u! ;D

*sesi mengaji* guna tiles untuk tulis huruf sbb xda whiteboard kecik nak tulis ;) kiri sekali tu lah Ban Ban bersama dg kawan2 seangkatan dengannya.


Antara perkara lain yang paling besar aku belajar kat sana ialah nikmat rezeki makanan yg Allah beri. MasyaAllah adik2 ni tak pernah merungut sedikit pun makanan yg dorg dapat kat centre. Makan nasi berlaukkan mee itu biasa. Malah mungkin dah ckup nikmat untuk dorang. Nak nanges kadang2 bila tgk.. bezanya kita dengan mereka. Kat sana dorang jarang dapat makan ayam sbb mahal. kalau nk beli pun kena sembelih sndiri (tp skrng dengar kata dh senang untuk cari ayam yg halal) so makan sajalah apa yg ada. asal bisa isi perut yg kosong T.T gmbar di atas, muka hepi Ban Ban dan Hanz dapat makan bubur nasi ;') Aku igt lagi, aku ambil gmbar ni sbb masa dorg beratur ambik makanan, Hanz nampak hepi sangat. Dia lari2 anak cepat2 nak duduk atas kerusi, tarik kerusi utk adik dia skali. Pastu tadah tangan baca doa makan dg kusyuknya (tak tau lah dia pndai ke tak baca doa makan) Aku tengok dari jauh, nak menitis air mata rasa..huhu..

***


Tidurmu anak, mungkin tak seselesa mereka yang lain. Tapi pedulilah itu semua..kerna kebahagiaan itu bukan apa yg terzahir. bahagia itu adalah apa yang kau rasa dalam hati dan dirimu. 


Hari terakhir aku kat sana, berat hati nak tinggalkan Punta. Adik2, anak2 kecil kat sana especially Ban Ban. Time ni, Ban Ban tak nak salam dengan aku sebab dia tak nak aku balik.. Lagila aku hujann. Time nak naik kereta pun dia ikut...Tapi time tu aku pun memang tak banyak cakap dah sebab nanti lagi hujan lebat. Bukan takat sedih nak tinggalkan Ban Ban ja, tapi jugak smua yang ada kat situ. Segala kenangan 8 hari hidup belajar makan main tidur sama2. Tertidur kat masjid dan sebagainya.huhu ..Muslim community kat stu mmg aku dah anggap spt satu family. Walau dari keluarga yg berbeza, latar belakang yg berbeza, tapi Islam menyatukan kita smua. One big happy family..Alhamdulillah.. ;')



Ini gmbar yg pling mahal, dan yg paling aku sayang. Sebenarnya aku dah hmpir2 terpikir untuk ambil Ban Ban jd anak angkat dah ;'D timbul rsa sayang, lagi2 waktu hari2 terakhir aku kat sana, aku jadi rapat sangat dengan dia. Masa awal2 Ban Ban tak berani dtg dekat. Last last tu selalu ja datang menyendeng n ikut pi mana2 ;) Manis wajahnya buat aku rasa rindu.. Rindu untuk dengar suaranya panggil "sister nani, sister nani"..Rindu untuk main dengan dia, rindu untuk sembang dengan dia walaupun dia balas dua tiga patah ja ;') Kalau aku dah dewasa, atau dah bekerja masa ditakdirkan jumpa dg Ban Ban ni, mungkin saja aku dh jumpa dg ibunya untuk ambil dia sbg anak angkat.*hehe semangat jugakk* But Allah knows best. Doaku smoga ibu ayahnya diberi hidayah oleh Allah untuk mengenal dan menerima Islam, mungkin saja melalui anak2 syurga seperti mereka ini. Nazeera (kakk sulungnya), Hanz dan Ban Ban, semoga terus tabah melalui kehidupan yg fana ini. Membesarlah kalian dalam tarbiyah Islam dan semoga sntiasa dilindungi Tuhan semesta alam.

*adik Ban Ban masa kami datang, masih di hospital kerana lahir pra-matang. Alhamdulillah kini dengar berita sudah pulang dan dijaga di rumah :) 

Alhamdullillah utk segala nikmat.. Semoga dipanjgkan umur dan dimurahkan rezki utk kesana lagi. Harap2 masa pergi nanti Ban Ban dah boleh baca dan kenal lebih dari huruf alif ba ta dan tak lupa pada sister nani nya ini..hehe.. inshaAllah..ameen.. ;) 








Thursday, August 13, 2015

Ini dia siasah nafasku yang panjang
Tarik, lepas..
Tarik dan lepas..
Semakin ringan di setiap hela

Alhamdulillah...

Bagai rasa dipeluk Tuhan
Nikmatnya rasa kemanisan ujian

Terima kasih yaAllah.. terima kasih, terima kasih, terima kasih :')



UMS
13 Ogos 2015

Wednesday, August 5, 2015

Bingung

Manusia ni, hati dia berbolak balik. Kdang imannya di atas, kadang menjunam jatuh ke bawah. Kdang bersangka baik, kadang mengumpat mengata.

Haish. aku minta dijauhkan dari segala penyakit hati. Astaghfirullah hal 'azim..

Ckuplah manusia berbuat begitu pada kau, jangan kau berbalas balik. Nanti apa beza kau dengan dia?

Kdang aku rasa, yang lebih menenangkan dan mententeramkan jiwa adalah bila kita fikir hubungan kita dg Allah. Biarlah apa yg terjadi dg manusia, janji aku jaga hubungan aku dengan Allah.

Tapi bila tergingat.. YaAllah mana la boleh camtu.  aku tak boleh mcm tu. Hubungan sesama manusia pun kena jaga.. huhuu..Tapi...,

Susahnya nak jaga hati manusia...T.T tak faham dengan perangai mereka. Kita kah yang salah? atau mereka punya masalah?

Ah, bikin pening kepala. Mendingan bersangka baik aja huhu. Bersangka baik, bersangka baik!

Friday, July 24, 2015

Diari pasca raya ;)

Bismillah, assalamualaikum:)

Di malam yg hening, yg kedengaran cuma bunyi kipas, pandang ke kiri roomate dah tido, pandang ke belakang, sunyi sepi, pandang jam, lagi 5 minit pkul 12 malam ;') alhamdulillah akhirnya Allah bg kesempatan untuk aku bukak blog pada malam Jumaat ni. hihi. rindunya nak menulis!

Harapnya masih belum terlambat untuk aku ucapkan, Selamat Hari Raya, mohon maaf zahir dan batin kepada seluruh umat Islam dan bg insan2 yg mengenali diri ini. Sungguh, raya tahun ni yg paling sadis sekali. ;'D tapi tak pa, dapat beraya kat rumah sekali dengan papa n umi pun dah ckup buat aku bersyukur, Ramai lg kawan2 yg di luar negara xdpt balik beraya dg keluarga.. haaa bersyukur skit maryam hananii. Tahun ni giliran beraya di rumah mertua. so kami beraya seadanya di pagi 1 syawal. Tak ramai yg ada kt rumah, tp alhmdulillah meriah :) tahun depan mana tahu aku pulak beraya rumah mertua *hahaha gelak sndiri* berangan ja kau nani. Tahun depan turn rumah papa la pulak, dah tahun ni rumah mertua.yaaay ,harap di panjangkan umur utk bertemu ramadhan dan raya tahun depan, inshaAllah..ameen..:) 


Raya ke-4 baru2 ni aku dah start kelas di Sabah. Alhamdulillah I'm now officially a year 4 medical student, inshaAllah. Tak pernah tersangka akan begitu cepat masa berlalu. Dlu masa 1st year rasa cam abang kakak senior yg 4th year besaq2 belaka. Professional gitu. kalau lalu tepi berdebar je rasa *amboi over jugak haha* tak delah. rasa hormat sgt kat senior and wonder macam mana dorg dah boleh sampai and lepas dugaan n ujian dalam medic ni. bukan senang..aku pun igt nak berenti dah dlu. tapi alhmdulillah, sedar tak sedar, aku sendiri dah naik ke year 4. Tahniah untuk diri sendiri.. ;') 

Tahun 4 di mulakan dengan posting forensik, Bila masuk posting ni, maka dg automatiknya terigtlah daku pada abg kesayangan yang sedang bekerja di bahagian forensik hospital temerloh, pahang. Abg merrr :) Sedih, cuti baru2 ni tak sempat pun jumpa abg mer walaupun cuti nak dekat sebulan lebih kt rumah. raya pun xsempa jumpa... T.T entah adala tu hikmahnya mungkin. 


Abg Amir. Antra abg yang aku sgt rapat sebelum dia ke jordan utk sambung pengajian. Abg tempat di mana aku byk merujuk soal2 dunia dan akhirat. Semua benda aku kongsikan dg abg mer, dan boleh dikatakan, walaupun abg mer tak pernah ada fb dan media sosial nya yg lain, kecuali whatsapp Abg mer sentiasa update ja dg perkembangan aku hehe. Itu lah abg mer :) Skrng abg mer berkhidmat di jabatan forensik sbg MO merangkap ketua jabatan di sna. Abg mer jugak dh start mengajar, jd lecturer forensik utk student2 medic USIM, haa senangla aku minta tips pasni hehehe. 

Belakang ni, semenjak start kelas forensik. aku perasan sesuatu yg kdg2 aku lupa akan hal tu. Al-maklum lecture2 aku smua dah tentang mayat. Hari2 belajar tentang perkara yg berkaitan mayat. Macam mana boleh mati, penyebab kematian yg sebenar, keadaan semasa mati, tanda2 bukti pada bdan mayat, dan mcm2 lagi. Kadang2 masa kat kelas, dada pun terasa sempit bila terigtkan kematian. Teringat dan terpikir penghujung kita nanti mcm mna pula..Betullah, posting ni sangat mengingatkan aku pada kematian. dan.. aku tersedar, untuk lebih menghargai org di sekeliling yg pernah hadir dalam hidup. Sbb kita tak tahu, bila kita akan dijemput kembali, bila mereka yg kita sayang akan pergi. Bila2 masa shaja, sepertimana bila2 masa saja panggilan post mortem yg akan kami terima.  

Nak cerita panjang lagi, tapi ckuplah untuk malam ni. Lewat pulak lepas tgk jam. Besok ada kelas.. heew ;') ..Dah jadi mcm diari pulak blog kesayangan ku ini hehe, Tadi sempat call abg mer, dan byk abg mer bg nasihat ttg posting forensik ni. Antranya, selalu la amalkan ayat kursi. dan baca dg cara yg betul, kalau tahu makna, itu lg terbaik. Betulkan niat dan smoga apa yg kita beljar ni lagi mendekatkan diri kepada Pencipta, inshaAllah.. Terima kasih abg mer, Allahu yubarik feek. :)

Gambar 6 tahun yang lalu ;') boleh buat iklan gigi dah muka abg mer tu hihi.

Terima kasih yaAllah untuk segala nikmat yg Engkau berikan kepadaku. Terima kasih yaAllah atas insan2 yang Engkau hadirkan dalam hidup ku ini. Ampunilah dosa mereka, permudahkanlah urusan mereka dan berilah yg terbaik dalam setiap apa yg mereka lakukan.


"YaAllah, ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa ahli keluargaku, dosa guru2 ku dan dosa sahabat2 ku. Matikanlah kami dalam keadaan beriman dan kumpulkanlah kami bersama para solihin...ameen.."


Assalamualaikum, dan selamat malam.. :)
 

  

Sunday, March 22, 2015

#random

Kalau cintakan seseorang, kita perlu memiliki dia?

Saya tak rasa begitu.

Berapa ramai orang yang aku cinta, semua aku lepaskan dengan doa. Mudah-mudahan Allah memberi kepada mereka insan yang lebih baik dariku. Dan mudah2an mereka bahagia dunia dan akhirat..

Mereka bertanya, kenapa kau lepaskan mereka? Engkau ni terlalu memilih.

Salahkah aku memilih apa yang terbaik untuk kehidupanku. Sedang mereka bisa memilih, kenapa tidak aku?

Jadi kau tak cinta lah sebenarnya. Sebab tu kau lepaskan?

Justeru aku cinta, aku lepaskan.

Kau bahagia lepaskan mereka?

Perasaan itu, hanya Allah yang tahu. Perlukan aku nyanyi lagu 'Sakitnya tuh di sini'?

Haih sempat lagi kau ni

:)


"Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia-lah yang mempunya Arasy yang besar." [ at-Taubah:129]

Sunday, February 15, 2015

"Berpisah denganmu, mujahadah bagiku"

14 Februari 2015
Likas, Sabah

Thursday, January 1, 2015

it's been a great year!

Bismillah :)

dan aku kembali ke sini lagi. setelah sekian kalinya. dan aku manaip, sambil tersenyum. kerna aku telah kembali. 

hee. alhamdulillah.

lagi satu jam, maka tepatlah jam 12 malam menandakan tahun 2014 akan melabuhkan tirainya. aku malas dah nak cakap betapa cepatnya masa berlalu. bcause ive been saying that like so many times already. tanda kecil akhir zaman. aku mohon semoga sentiasa dalam jagaan Tuhan. 

so aku nak recap la skit apa yang aku dah buat sepanjang 2014 ni. aku bersyukur kerna sepanjang tahun ni aku ditemukan dengan insan yang hebat2, yang mana setiap dari mereka yang hadir dalam hidup aku mengajar seribu satu makna kehidupan. aku bersyukur untuk itu yaAllah. alhamdulillah..:) aku percaya setiap apa yang berlaku dalam hidupku, adalah rencana Tuhan yang disebaliknya terkandung hikmah yang besar untukku telusuri setiap satu darinya.

Aku pernah berada di tingkat yang paling bawah dalam kehidupan, aku juga pernah merasa berada di tingkat atas. dan ada kala aku sedih, ada kala aku gembira. ada kala aku keliru dan marah dengan apa yang berlaku. dan ada kala aku bisa saja tenang dan meredakan diri aku sendiri. Semua ni.. adalah cara Allah mengajarku erti kehidupan.alhamdulillah:) 

Jadi untuk tahun yang mendatang, semoga Allah memanjangkan umur ku dalam kebaikan, mempertemukan aku dengan insan2 yang hebat, supaya aku dapat belajar sesuatu dari mereka, memberiku kekuatan untuk beramal soleh. dan sntiasa mengampuni dosaku yang lalu dan akan datang. inshaAllah.. ameen.. ya rabbal a'lamin..

Oleh itu,, selamatlah datang tahun 2015, selamat tinggal 2014!

hehe okeh nani jomm kita lihat apa saja kamu sudah buat tahun 2014 ni :)



aku dan sampai kat pulau mabul, semporna haha. tempat paling jauh dalam peta sabah yang aku dah penah sampai dengan drive sendiri. lahad datu dan tawau tak penah sampai lagi. tahun 2015 nanti mungkin? inshaAllah;)



kembara ramadhan di kampung2 di ranau, antranya kg sumbilingon, kg tanid, kg linapasan, dan kg sedul. mereka sgt bersemangat dan dahagakan ilmu agama. bagaimana mungkin diri ini berhenti tatkala begini reaksi yang mereka tunjukkan? ;'))





awal tahun 2014 bermula episode aku membela kura2. kalau total up, smua ada 5 ekor kura2 yang aku jaga. tapi slepas beberapa drama melarikan diri dan hilang maka tinggal 3 ini saja yang setia. huhu jaga dari kecik kot sebesar ibu jari, masa nak lepas tu sebesar tapak tangan dah. tiga ekor ni nama Gina, George dan Kassim. semua nama makcik2 dorg (aka kawan2 batch aku) yg bagi hehe. Allah byk ajar aku sepanjang jaga dorg ni. dan dorg pun byk ajar aku erti kesabaran dan kasih sayang. rindu depa 3 ekor ni.entah hidup ke tak lg skrng ni ;')










bulan ogos, aku ikut satu program MRA, program amal ke kemboja untuk bg pemeriksaan percuma kt org2 kg di pedalaman sana, satu peluang dan nikmar besar yg Allah bg. walapun aku rasa xlayak pun nk ikut mission camni. belum masuk practical year pun lg pulak tu tp Allah sgt bermurah hati kasi chance camni kt aku ;') alhamdulillah. smkin jauh ku berjalan, smkin byk bnda yg aku belajar dan bersyukur. melalui prog ni jugak, aku dapat ramai kawan kemboja haha sbb kami lima org je kot dr malaysia, yg lain smua cambodian. dan aku jd rapat dg dr alifah (dlm gmbar) pakar sakit puan di hosp sarawak. pakar okkk. yaAllah rezeki betul dapat jumpa dg dr. alhamdulillah. bermula dr program ni lah, titik tolak aku utk bercita2 nak jadi doktor sakit puan jugak satu hri nt. inshaAllah. aku sgt amaze dg dr alifah. i want to be like her! ;) 


ni saja gatai2 time dinner dengan tv alhijrah. masa kat hotel dok sebilik ng diana amir siap bergossip2 lagi haha. kelakar time nih. dia tumpang utk solat ja. alhamdulillah la Allah gerakkan hati dia utk solat kt bilik kitorg rehat. dan disebelah tu bersama kakak dr bumi palestin. kakak ni, xigt dah nama dia, berkahwin dg malaysian, dan skrng di malaysia byk memberi ceramah2 esp kt radio ttg palestin dn keadaan di sana. seronok sembang dg dia sbb dia terer cakap arab. cek suka bhsa arab ;')



meluangkan waktu bersama dua adik teruna yg terakhir, ammar dan muaz di pulau gajah, kelantan :)

haha ok ini lucu. adik comell yg aku dukung ni act tersilap yang aku ni maknya haha. masa aku nk masuk rumah xpsal2 dia lari dan trus mintak dukung. xnak langsung kat org lain plak tu ;'D rupanya nenek dia ckp, ibunya balik kl, (ni kat kelantan) n dia igt mak dia balik umah la kot. muka pun nak sama dah :'D sonoknya bila budak offer sndiri nk kena dukung. budak2 lain bukan men susahh.kena ayat2 dlu, buat baik2 skit bru nak kat kita. adehh. bgus adik bagus. memang inilah ibumu keke ;'D











ni masa program MRA tautan kasih level 2 punya. yaAllah best glee prgram ni. aku sgt menggalakn smua org utk join progam ni yg bisanya akn diadakan setiap tahun di perkampungan org asli. program latihan kesukarelawan. ada dua level and time aku pegi ni dah level 2. *sbb aku dah pegi level 1 punya hee. so level 2 dia ni advance skit. ada bljar bawak 4x4, belajar mapping, bljar guna GPS walkie talkie n mcm2 lg. dpt group yg best plak tuu. huhu rindu gle dorg smua ni:( antra pengalaman berprogram di kg org asli yg pling best yg xkan aku lupa sampai bila2. mike romeo alpha echo the best!



time ni masa pegi orang asli di pahang. haaa bukan senang nk sampai kt kawasan org asli pahang ni. lg2 nk trun sekali papa dan abg mer yg tecinta sorg ni :) abg aku ni skrng doktor di bhgian forensik hosp termerloh. punya susah nak jumpa dan alhamdulillah Allah takdirkan masa cuti sem tu kami jumpa dalam prgram org asli. papa suruh abg mer trun sbb nak suruh abg mer take over kg tu hihi. last aku masuk kg ng abg mer msa tahun bila ntah. dh berkurun lamanya aku pun xigt bila. so gmba ni sbnrnya sgt epic. ;) dn alhamdulillah juga,  pling kurang aku belajar skit2 bhsa org asli semai dari adik2 ni ;) hiek hancik manok? kikih






and yang ni pulak masa pegi berprogram di org asli pos balar kelantan. al kisahnya aku ni nk sesangat masuk pos balar dari masa skolah menengah lg berangan. sbb dorg ckp pos ni la paling jauh n pling mencabar skali nk msuk. tp nya aku selalu missed program tiap kali dorg masuk sni. so last2 aku buat team sndiri, panggil kawan2 dari ums, dari smapk and dr smkas haha kawan2 skolah aku sesiapa yg nak join utk buat program kt kg ni. n alhamdulillahh tahun lepas jadila kami smua msuk. walaupun aku agak emo di awal2 program sbb aku xnak jadi ketuaaa aku xreti haha. kurang asem btul dorg paksa aku. tp tu kot cara Allah ajar aku. kena paksa dlu kalau tak smpai bila pun aku xblajar. after all alhamdulillah smua brjalan dg lncar. dan aku sgt bersyukur dpt menjejakkan kaki ke kawasan yg sgt pedalaman, terceruk di negeri kelantan. bila smpai sini xpernah imagine pun mcm mna bleh ada kehidupan di tgh2 hutan belantara ni. sgt indah sgt nyaman sangat tenang aman dan damai ..:) smoga Islam pun terus mekar juga dg damai di sni..:)




ini reunion raya dg sahabat2 smapk yang dah lama aku xjumpa. smua dah besaq2 dan cun melecun haha. syoknya bila jumpa dapat bertanya kabar and bertukar cerita. Allah cepat nya masa berlalu. skrng kawan2 aku ni smua dah bertebaran ke slruh dunia, mengejar impian masing2 yg hebat2. kat mana pun dorg, aku doakan smoga Allah sntiasa mempermudahkan langkah kaki mereka dan beri kejayaan dalam stiap apa yg mereka lakukan ;) next reunion tahun bila la pulak. mungkin masing2 dah pegang anak pulak kot keke.;D






family gatheringgg. yang ni masa family gathering yang sepatutnya aku xcuti pun tp beli tiket last minute and balik jugak sbb bukan lah senang 15 anak beranak dr razak ni utk berkumpul. ;') dari gmbar first, tu adalah tiga org geng gusti kakak n abg2 aku masa dorg kecik2 sekrang dh besar and turn anak2 pulak utk bergusti ;'D tahun ni aku dapat 4 org anak sedara baru, menjadikan anak saudara aku sebanyak 16 org smua. meriah2 ;'D alhamdulillah. and time ni jugak kitorg celebrate bday ijah (kakak atas aku) n jugak merayakan kejayaannya stlh berjaya bergradusi dg cemerlang, yakni as best studdentt farmasi di university zaqaziq. alhamdulillah dh hbis bljar pun kakak aku ni. rasa cam baru ja hntar dia gi mesir smbil nangis2 kat epot dlu. huhu. aku slalu lawan ng ijah utk exam2 kitorg, siapa yg dpt markah lg tinggi. skrng dia dah lepas dg mumtazah lagi. nani ikau nanti mcm mana pula? ;D






ini adalah sahabat belantara aku.:) dan ini adalah aktiviti aku stiap kali ada cuti. kalau org lain slalu tanya bila cuti sbb nk balik rumah.tp aku ni stiap kali cuti xpenah pikir nak balik rumah dulu heheh. mesti nak stay 2 atau 3 hari dlu kt sabah so that aku bleh masuk kg atau tido kat rumah anak yatim putera harapan ranau, lepak2 dg adik2 sana. RPH ni dah mcm rumah kedua aku kat sabah. aku senang di sni. dan mereka juga dh spt keluarga ku sndiri. tahun 2014 kami punya plan yang agak besar yakni utk melihat terbangunnya surau di salah sbuah kampung pedalaman yang kami masuk, iaitu kg tundangon. sebuah kg yg sgt berpotensi utk perkembangan Islam. dan sahabat2 belantara aku inilah yg banyak membantu utk mencari sumbangan dan dana.:) alhamdulillah..gmbar di atas menunjukkan baru tapak yg dibina.skrng, sudah naik atap dan dinding dan inshaAllah tahun 2015 kami berharap surau itu sudah boleh diguna :) perkembangan surau akan aku cuba utk update di lain entri. Sungguh jalan dakwah ini tidak mudah. terkadang Allah uji dr segi harta, masa dan tenaga utk melihat sejauh mana kita bertahan di jalanNya. dan beruntunglah mereka yang sabar, kerna disisi Allah itu punya ganjaran dan nikmat yang lebih besar.. :)




sambutan hari raya aidiladha bersama geng jemah. heheh. rugi dalam gmbar ni kawan aku, core group jemah (cik awanis) xdapat ikut skali trip ni. ni la geng2 aku di ums. jemahians namanya haha. susah kami nak dapat cuti yang ramai xbalik. so kali ni alhamdulillah kami curi2 masa and plan utk beraya dan berjalan sekali satu kereta ke kundasang dan ranau. aku ni dari 1st year berpuluh2 kali pegi ranau,  tp xpenah smpai pun kt tempat2 pelancongan dia haha. pegi sbb nk masuk kg je. kaki gunung ni di kundasang, adalah salah satu tempat yang wajib datang utk setiap pelancong yg dtg ke sabah. tmpt ni best gle ala2 switzerland gitu hehe. yang belum dtg tu bolehla datang ke sini, serius best ;) 



ini juga gmbar kenangan yang tak mungkin aku lupa. sebaris denganku adalah sahabat2 dari WAMY, PSS, IKRAM dan aku sndiri wakil dari ABIM, berkumpul utk program Muktamar Kepimpinan Belia Islam Malaysia (MUKIM) anjuran WAMY di Sabah. Alhamdulillah.:) aku suka dengan sikap keterbukaan ini. kita duduk semeja dan saling bertukar pendapat dan buah fikiran ttg gerakan2 islam. im looking forward utk program2 sebegini diadakan lagi. semoga Allah jaga persahabatan yg terjalin walaupun dalam masa yg singkat ini :)




and last but not least, aku dah start praktikal tahun niii. yaaay haha. tahun yang ditunggu2 setelah 2 tahun melayari bahtera mempelajari teori skrng masanya utk btul2 'touch the patient' orang sabah bilang hehe. alhamdulillah banyak bnda aku beljar. banyaakk sgt. tak mungkin aku cerita satu persatu. Di hospital, masa jumpa patient, aku sering bg semangat pd mereka utk lawan rasa sakit, biar cepat sembuh. tp hakikatnya akulah sbenarnya yang banyak terisnpirasi dg semangat mereka. Betullah hospital adalah tmpt yang plng baik utk muhasabah diri. terlalu banyak nikmat Allah untukku syukuri. alhamdulillah...:) aku dah lepas posting OnG, posting di wad bersalin menyambut baby2 comel yg lahir. skrng sdg berperang di posting medical pula inshaAllah. smoga smuanya berjalan lancar hendaknya. ameen!




jumpa lagi di lain entri inshaAllah. akhir tahun 2015 nanti kot? hahah..

assalamualaikum.. ;)