Malam ni aku terasa rajen untuk mengapdet sebab besok jadual ringan and tak de lecture. Cuma practical and small group discussion. Ye heyy :)) So sepatutnya bukak laptop untuk buat kerja. Tapi dah terpesong masuk satu folder ni. Maka terimbau la kembali aku ke zaman first year dahulu, teringat segala aktiviti2 usrah aku yang di luar. Seriusss, masuk tahun 2 ni bukan nak kata aku dah semakin busy, tapi ntah, aku dah tak aktif dalam program luar yang usrah aku selalu buat. Huhu sedih. Mungkin salah aku yang masih tak gheti mengurus masa. Aku tau, aku akan cuba untuk improve that part inshaAllah. ^^
Masa first year dulu, aku ada kak dyll yang mai bekerja di abim sabah. Mere dylll hey :) Masa kak dyll ada, bestt sgt aku rasa. Sebab kami mmg slalu jumpa masa program abim di semanjung. Bila aku datang sabah, tetibe kak dyll pun dapat kerja di sabah jugak. so alhamdulillah, adala yang mneman eden kat sini. Masa tu Kak dyll organized banyak gle program2 turun kampung yang sangat sebati dengan jiwa aku ni.eheh ;) Alhamdulillah... Allah plan memang sangat cantik. Boleh dikatakan tiap hujung minggu masa awal2 aku masuk dlu, aku akan keluar dr uni sama ada untuk ke usrah atau untuk ke program masuk kampung. Time tu mmg xde mase langsung la untuk hangout ngan kawan2 hujung minggu. Aku pun tak pernah terpikir nak keluar jejalan dg dorg sume he he..
Ada senior dari gerakan Islam yang lain, nasihat aku sebab dia tengok aku ni kerap sangat berprogram. (eceh :p) Bimbang dia, takut aku tak dapat urus masa belajar, dan berusrah. Kerana dia bilang, dia pun mcm tu dulu, sampaikan final exam gagal satu module (kalo xsilap). terkejut jugak aku. baru la terpikir yang aku ni ada final exam hohoho. Alhamdulillah ada yang mengingatkan. :)) Aku cakap pada kakak tu, inshaAllah boleh. Teringat pada pesan papa yang selalu mengingatkan kami dengan ayat ini,
"In tansurullaha yansurkum" yang bermaksud "Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu"
Menolong kamu dengan macam mana? Mybe kalau orang lain baca buku setengah jam baru habis, kau baca 10 minit pun dah paham. atau boleh jadi juga Dia melembutkan hati permeriksa yang tanda kertas pekse. atau boleh jadi juga kerja2 yang sepatutnya kau buat, Allah hadirkan orang lain untuk bantu menyiapkan semua utk kau. Kan? bermcam2 lagi cara Allah boleh tolong kita. sekelip mata saja kalau Dia mahu.. Eh panjang plak aku explain. Nak cakap tu ja, yakin yang Allah tak kan sia2kan usaha dan masa yang kita luangkan untuk Dia. yang penting niat kita betul. Aku kata begini sebab aku sedih, kadang2 ada segelintir kawan2 aku yang tak paham kenapa mesti ada usrah, kenapa mesti ikut program etc etc. Kita ni orang Islam, mestila kena ambik tahu pasal Islam. Usrah bukanlah sesuatu yang wajib, tiada paksaan. tapi bila dah ada peluang, Allah bukakan jalan untuk perbaiki diri kita, untuk tambah ilmu pasal Islam, untuk kenal Dia dengan lebih dalam, kenapa sia2kan peluang tu? padahal ramai lagi orang kat luar sana terkontang kanting, xda tujuan hidup. tak da medium untuk dia belajar Islam (contohnya yang tingal di kg2 pedalaman) dan sebagainya. huhu. ok serius memang panjang aku bebel.
Jadi itu sajalah untuk entri kali ni. (haha tetibe trus nak stop) tak sangka plak aku nk tulis panjang. Jarang aku boleh tulis entri panjang2 macam ni. Alhamdulillah aku sekarang, dah mula sedar yang sebenarnya aku saayang sangat usrah aku di sabah ni. (baru nak perasann??hhehe :P) cuma sekrang ni since aku baru nk adjust and cuba adapt diri aku untuk tahun 2, aku banyak pula missed usrah and program2. apatah lagi dengan jadual yg dah mula tak menentu, tak da transport, and exam exam exam. huhu. Sungguh aku sangat berdoa semoga Allah sentiasa menarik aku semula ke sisiNya tatkala aku jauh terlalai dan terlupa. Aku juga berharap ahli keluarga yakni usrati abg dan kakak di sabah, supaya tak jemu mengingatkan dan membantu aku bila aku memerlukannya. inshaAllah.. boleh ba kan? ^^
Throwback time. Aku rindu semua saat2 ni :)
ini masa pegi ke pulau banggi, kudat :)
pegi survey kampung-kampung. tetibe ketua kampung tu buat kenduri kawen anak die plak. he he rezeki kami la isi perut skit di tgh2 hutan
Abg2 dari kos geologi yg sudah nk msuk tahun akhir, dorg kene buat kajian ape ntah. dorg pilih utk buat kajian kat batu2 di pulau ni. So alang2 kami jalan sekali semua :)
ambik maklumat. .
air bawah tanahh. sbb kami pergi dg geologist, terpksala brhnti sekali stp kali ada psal batu2 ni. tp best jugak sbnrnya. tmbah ilmu :)
saja nk try rsa air yang ditakung. huhu sangat rasa air 'batu' dia.
tolak...tolakk..
serius pulau ni sgt cantik subhanallah.
mashaAllah :))
pengalaman sulung aku tinggal dalam rumah atas air!
camni keadaannya di siang hari. malam hari air psang. kalau ada ribut, hanya Allah yang tahu perasaan dok dlm rumah tu :O
ni pengalaman. kami terpaksa naik bot untuk pergi ke bhgian atas pulau. naik bot yg kecil ni selama 2 jam, tnpa pkai jaket pelampung. ada bran? haha. sib baik la xda buaya..
ni pula masa prog khatan di kg pandiwan, nabawan :)
hepi noh hampa semua ;P
sempat lg. adik2 ni memang cool lah
dah tak larat...
masa prog ni, abg aku (abg can yg baju hitam tu) dia la satu2nya doktor yg ada utk buat khatan ni. haha last minute sorg doktor lg xdpt ikut. tp rilek je dia, dh hbis semua, siap pi main ping pong lagi. ;D
program khatan, selesai :)
subhanallah walhamdulillah :))
Sungguh, aku sangat rindu dengan semua kenangan yang lalu..pengalaman banyak mengajar. Pesan aku untuk semua, carilah Islam di mana saja kamu berada. carilah usaha supaya kita dekat dengan Allah..ok?? ;)
Semoga kita semua dipelihara dari ketergelinciran sepanjang jalan dakwah ini. ameen ya rabbal a'lamin..
dah aku nk gi tido haha, bye, Assalamualaikum ^^
4 comments:
Assalamualaikum w.b.t
Kalaulah Nani tahu betapa rindunya akak pada perjalanan 3 bulan tu...sob3~
Namun waktu menuntun diri untuk berubah 'padang' yang lebih mendewasakan.. ecweah~
Moga Nani terus kuat - kuat untuk pg usrah, program dan terutamanya kuat untuk success dalam study.
Keep fighting dear!
Apa erti hidup tanpa perjuangan? ;)
Fiamanillah..
waalaikumussalam..akak..wuu..semua kenangan akak slmaa 3 bulan kt sni masi fresh lg di fikran nani. tp itulah.,huhu.mgkin ada hikmahnya.time kasih, akak pun sama. doakan nani kt sni eh! :)
wah. besh nye...your life is full of wonder. i like reading everything from your blog n it's so inspiring. :D
Nanti belanja la adik pi sana.. amal jariah..hehe ^_^
Post a Comment