Thursday, August 1, 2013

Perniagaan yang tidak pernah rugi


Allah berfirman, "Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami (Allah) anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi." [Fathir:29]

Anak yatim di Ranau, Sabah

Saudara kita di Rohingnya

Orang asli di nun pedalaman

Pembinaan kompleks untuk anak-anak Tahfiz Darul Ulum


dan banyak lagi di luar sana, NGO-NGO islam giat melakukan usaha dakwah dan bantuan untuk golongan yang memerlukan. Aku cuma letak beberapa yang di atas ini, kerana mereka ini yang aku sendiri ikut perkembangannya. Saudara, tak mahukah kita terlibat dalam perniagaan yang tidak akan rugi ini?

"Orang2 yang menginfakkan hartanya di malam hari dan di siang hari secara tersembunyi dan terang2an maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada rasa takut pada mereka dan tidak pula mereka bersedih hati."                 [al-Baqarah: 274]

Tak takut duit habis, tak pula bersedih harta berkurang. Allah jualah yg mencukupkan rezeki kita. Assalamualaikum :)

2 comments:

Anonymous said...

Dunia hanyalah kehidupan yg sementara..apabila kamu menolong agama Allah, Allah pasti akan menolong kamu...apabila mati kelak, segala2nya akan meninggalkan kamu KECUALI amalan kamu serta doa anak2 yg soleh/solehah...

Maryam Hanani Abdul Razak said...

sohih. betul sekali :)