Tuesday, September 18, 2012

kisah raya tahun ini :)


Assalamualaikum wbt
(Entry kali ni macam biasalah, saya akan gunakan ganti diri aku untuk rasa lebih ‘feel’.. ;)

Seriously dah 30 minit aku mengadap laptop ni tapi satu perenggan pun tak dapat nak karang lagi. Asyik tulis padam tulis padam, apa dah jadi dengan otak sasteraku ni? Hmph banyak tidur ne..

Walaupun orang dah nak beraya haji, aku harap masih belum terlambat untuk aku cerita kisah raye puasa aku tahun ni. Better late than never lah katekan. Hehehe.

So raya tahun ni, tema makanan nye adalah seafood yang dibawa khas oleh abang aku dari sabah. Siap dengan ikan yu dia bawak balik. Waktu ikan tu dok dalam peti,semua bagai nak rak bincang pasal resepi, mai tang siang, semua pakat lari. Haha apa la. Aku pun lari jugak ..Mana taknya rupe ikan yu tu sebijik macam kat underwater world yang aku penah pegi masa lawatan dulu2. tak sanggup den nak siang. At last, masuk la balik ikan ikan itu ke dalam peti untuk disemadikan..

Eh apasal aku cakap pasal tema makanan pulak ni. Orang lain sibuk tema baju raya aku cakap pasal makanan pulak ek. Tema baju raya? Warna warni macam biasalah..


Satu lagi yang best raya tahun ni, bilangan orang yang layak memberi duit raya semakin bertambah. Dua orang abang aku start keje as a houseman so ini adalah berita baik untuk kami2 yang masih single dan belajar ni hehe :D Adatnya memang macam tu lah. Jadi tahun ni dapatlah jugak aku mengumpul duit raya mengalahkan budak kecik yang beraya sekampung :D

Raya kali ni jugak, dengan rasminya kami sekeluarga mula naik ke rumah baru setelah rumah yang terbakar dulu direnovate nak dekat setahun gitu. Alhamdulillah impian aku dengan kakak untuk dapat bilik baru tercapai jugak.. :) Time kasih pada kakak2 dan abang2 yang banyak tolong papa dan umi dalam membeli perabot baru untuk bilik kami. Jazakallah! :D

Kalau nak cite pasal raya alamatnya tak tido lah aku malam ni. Jadinya untuk shortcut aku letak gambar ajelah. Salam Aidilfitri buat kak cah yang berada di uk. insyaAllah tahun depan nani beraya kat sane plak k.hehe.kak cah nak sposor half kan? ;P

 boboi and dadam :)

 hai la anis, apa la kisahmu upsr tahun ni

peace no war ^^ 

sape nak duet raye,salam dengan tok wan cepat.!

waaw pak chan nak bg duit raye.yaay 

yang tua pun tak nak kalah :D

Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin :)

bujang senang :)

 smileee :D

mak tam: nak duit raye acma, asma: tok leh!!

alamak rendang dah habiis!!haha best pic of the year :D

beautiful posing :)

dan yang pasti, tempat ini takkan kami lupakan.

Seperti biasa untuk kata mutiara kali ni, mungkin tiada kena mengena tapi nani nak kongsi juga. Kata2 dari al-quran:

"Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaga bergiliran, dari depan dan belakangnya. mereka menjaganya atas perintah Allah" [13:11]

Semoga kita semua sentiasa beringat dan berhati-hati dalam setiap perkara yang kita lakukan. Awas, anda sedang diperhatikan!


14 sept 2012
1200am

11 comments:

MiSs iiMa said...

nampak sungguh ayat2 nani seperti dipaksa2 keluar hehe.keep on writing baru la terbiasa.kaktim dulu time kt U la paling banyak tulis blog.sebb time tu life paling happening..hehe hope you enjoy staying there also.all the best!

Maryam Hanani Abdul Razak said...

haha tau xpe.macam payah je nak keep on writing.huhu.sbbnye kat bilik nani ni line dia very2 slow. kat atas bukit la katekan.kne tgu lepas beli broadband nanti.bile tahun la plak nk beli tu..alhamdulillah blajar so far ok jak.tapi adela skit2 dh start rase mcm nak tensiyon.hehe.mindset truk betul.ha oklah, macam nak bg mesej plak.doakan nani kat sini deh.rindu kat yipppaann! :)

AdHam Cik said...

best pic of the year paling x tahan lol~

Maryam Hanani Abdul Razak said...
This comment has been removed by the author.
Maryam Hanani Abdul Razak said...

haha gamba mahal tu :D

Muhammad Iqbal said...

style sungguh gambaq :)

Asiah Razak said...

wah2..picture of the year...raya tahun depan..makan ikan apa la..kan..hahaha

Maryam Hanani Abdul Razak said...

mana gambaq ghaya org mesir ni ;)

Maryam Hanani Abdul Razak said...

adek:haha ikan jos plak.hang nak siang kan haha.

Muhammad Iqbal said...

Hehe, segan nak boh gambaq. Lagi dewasa, lagi segan la pulak..

Fairuz Mahamod said...

naniiii,,,rindu tulisan tulisan kau ... kahkahkahh,,, comel je gmbr2 pic raya.. all the best kat sannaaa! :D