Tuesday, July 3, 2012

sok sebai? (apa khabar :)


Assalamualaikum semua ^_^

Alhamdulillah Alhamdulillah.setelah sekian lama ku mencuri-curi waktu, akhirnya pada petang yang penuh nyamuk ni jugakla, satu satunya waktu yang dapat aku selesaikan satu entri yang ditungu oleh semua pembaca yang setia :p hehe rilek ye, entri kali ni kita santai-santai saje.

Sesuai dengan tajuk, pada 2 minggu yang lalu, aku dengan senang hati mengikut Pn Rusnah yang ku panggil umi, ke sg nibong untuk program hari keluarga bersama orang kemboja. Aduh rasanya seperti bulan jatuh ke riba, dahla aku memang ternanti-nanti program macam ni.

Masihku ingat, sedari kecik papa selalu bawa aku dan adik beradik yang lain masuk ke perkampungan orang asli untuk ikutnya berdakwah. Walaupun waktu kecik-kecik dulu aku langsung tak tau ape, pergi buat menyemak aje. Lama kelamaan barulah aku paham. Mula mula pergi, aku bermain bersama anak anak orang asli, bila dah besar sikit, aku yang handle permainan untuk anak orang asli, lama sikit lagi, aku join ibu-ibu dan ustaz  memasak untuk cak raya (makan ramai2), dan yang paling aku tak lupa dan paling besar dalam dunia orang asli ni, aku duduk bersama dalam kelompok mereka (orang asli) yang datang dengan rela hati untuk memeluk agama Islam.Subhanallah.

Rupanya begitu cara papa mendidik kami.

Eh, ape kaitannya pulak dengan santai ukhuwah kali ni? Sebenarnya..bila aku lihat keadaan aku yang dibesarkan dalam suasana seperti ini, ia membuatkan aku tidak  lagi berasa minat tapi mungkin yang lebih tepat ia membuatkan aku berasa ketagih. Aku pantang kalau dengar papa nak masuk hutan. Kalu boleh ikut memang aku akan ikut. Aku jadi sangat suka bergaul dengan sesiapa saja. Aku biasa hidup susah. Mana taknya, hidup di hutan janganlah pulak bermimpi untuk tidur nyenyak di atas tilam yang empuk, mandi dengan air lumpur itu mungkin sudah terbiasa. Jalan tak pakai selipar, sama naik dengan orang asli. Makan apa yang ada, pokoknya hidup dengan apa yang ada.

Aku bahkan berjumpa dengan umi waktu kami sama-sama pergi ke kampung orang asli di kg merbau Pahang. Di situlah titik tolak aku berjinak jinak pula dengan masyarakat kemboja. Sebab, rupa-rupanya umi ada mengasaskan sebuah madrasah tahfiz seri al-ain di kubu gajah. Melatih anak-anak kemboja menjadi hafiz. Subhanallah hebat!

Aku pun baru tau ada  juga orang kemboja di sekitar situ yang baru masuk Islam. Jadinya mereka menjadikan madrasah tu sebagai tempat belajar agama. Pertama kali dalam hidup,  bila aku sampai kat madrasah tu, anak-anak kecik datang kerumun untuk salam, dan lepas tu memanggil aku dengan gelaran ustazah. ustazah?! ya ampun! Serba salah aku dibuatnya. Aku bukan ustazah anak kecil..

Baru aku tau rupanya umi memang biasa menggelarkan anak-anaknya yang datang ke madrasah dengan panggilan ustaz/ustazah. supaya budak-budak tu hormat dan senang untuk tanya apa saja soal agama. Yaa biasanya yang basic-basic saja. Dan mungkin juga sebagai doa, who knows?

Alhamdulillah program santai ukhuwah yang pertama kali diadakan di madrasah tu berjalan dengan lancar semuanya meskipun ada halangan-halangan yang tak dapat di elakkan. Ustaz razlan ada cakap, “Jangan risau, kalau kita nak buat baik apatah lagi nak merapatkan sillaturrahim, insyaAllah Allah akan tolong dan beri jalan, yakin tu!”

Sungguh santai ukhuwah memberikan kenangan termanis buatku bersama anak-anak kemboja. Dan aku yakin, mereka pun merasakan hal yang sama. Terima kasih umi, semoga usahamu diberkati Allah! :)

p/s: aku berharap untuk mengambil adik angkat di situ.kerana ada di antara mereka yang datang seorang diri tanpa orang tua.datang dengan ibu saudara. ah, pantaskah?! Adik sendiri di rumah pun tak terangkat..hm..


ini adalah semasa sambutan israk mikraj di madrasah.Ustazah ummu solehah (anak sulung umi) 
memberi nasihat.

lawatan kami yang pertama di kilang kerepek yang sangat terkenal dan maju.kami semua bahkan dapat dua beg kerepek sorang satu! budak2 tu seronok kemain.

Ini adik Ariffin. aku banyak meluangkan masa dengannya. kesian, kaki dia terseliuh dek lari dikejar kera.tp masih semangat nak gi lawatan ni ;) 

   
air pasang pun bedal ajelah.



keindahan pantai yang tidak pernah menjemukan setiap mata yang memandang.subhanallah :)


barangkali adik-adik kemboja ni dah lama tak turun sawah :)

 kenyom odd deng tei! hehe

bersama keluarga kak Ariffah. Anaknya sakinah (yg kecil) tak paham langsung bahasa melayu.jenuh aku bercakap kemboja dengan dia.

inilah umi, penulis buku dan kolumnis dalam majalah fardu ain.

dari kiri, ustaz razlan-pendakwah bebas,pak cik tourist guide, dan dato' hj muhammad zakaria-suami umi yang ku panggil abuya.merupakan ceo majalah fardu ain dan kolumnis untuk segmen kembara dalam majalah solusi.subhanallah hebat.

permata hati umi, dari kiri ustazah sakinah dan ustazah jannah :) kak sakinah juga merupakan kolumnis dalam majalah fardu ain.


walaupun aku tinggal di kampung selama 4 tahun dulu, dan bendang cuma di belakang rumah, tak penah pulak merasa naik jentera padi ni. bes jugak rupenye ;)


alhamdulillah selesei juga.
7.20 pm

8 comments:

muhdrazif said...

waalaikumusalam.
woah bestnya nani!startled.. :D

MiSs iiMa said...

Alhamdulillah, ada juga anak pompuan papa ikut jejak langkah papa..semoga nani bertemu suami yg sama2 sokong perjuangan dakwah ni supaya ianya berterusan walaupun nani da beranak pinak k.klu blh jgnle org kemboja or orang asli plak..nanti kami asyik sebut 'tak paham tak paham' haha

you rock!

Fatin said...

excitednya nak baca. :)

Fatin said...

ingatkan pasal gi ganu. hihi
best best. :)

Maryam Hanani Abdul Razak said...

razif: nak rase bestnya mcm mana, jom la join skali ;)

kak tim:ameen..adik bradik kita smua ada peluang, guna tak guna saja yang membedakan.aii kalu dah tak de calon sangat..kemboja pun ape salahnyaa.. aha! :D doa kat nani yg terbaik deh :)

fatin: hihi sori2.akan menyusul insyaAllah.trima kasih :)

Muhd Iqbal Samsudin said...

Kadang-kadang terfikir, mungkin lebih mudah mengajak orang yang tak tahu daripada mengajak orang dah tahu.

Rupanya, ramai jugak masyarakat kemboja kat Malaysia ni noh. Baru tau.

Hebat keluarga nani, mendapat didikan untuk berdakwah, dapat peluang untuk ke tempat yang orang lain jarang untuk pergi berdakwah.

Tak pernah ada pengalaman macam tu.

^^

muhdrazif said...

hah?join.wahh.best!insyaAllah one day nnti okay. :DD nani cerita2 laa lagi pasal kerja dakwah ni okay. ;)

Maryam Hanani Abdul Razak said...

iqbal: betul2, itulah hakikatnya.jgn tanya banyak tak banyak.maid nani pun orang kemboja. insyaAllah bila dh balik mesia nanti, ada peluang utk join program2 mcm ni.:)

razif: insyaAllah we'll see :D