Monday, January 21, 2013

Kisah si Adik

Yes!
Masa untuk update blog!
Masa untuk mengikis karat2 di otak!

Assalamualaikum wbt, Selamat pagi semua, Selamat Hari Isnin. Nyaman sungguh hari ni. tambah-tambah lagi mengupdate blog di bilik kesayanganku ini. Ahh indahnya hidup ;) alhamdulillah.

Saya telah selamat sampai di rumah malam sabtu yang lalu. Tahniah maryam hanani, ini kali pertama anda naik flight sorg2 walaupun macam biasalah, anda orang yang terakhir tutup pintu kapal terbang tu. Free2 dapat nasihat dari pramugara, Nasib baik hensem he he :) 

Hm itu bukan main pointnya.

Adik saya, si Anis tu semalam baru bertolak ke kedah dengan papa. InsyaAllah akan jadi pelajar 2nd intake kat skolah agama sik, kedah. Sekolah keturunan Haji Kechik. Dari abang saya 2 org, saya sendiri, adik, sepupu sepapat semua masuk skolah tu. Satu Sik tu agaknya dah kenal anak cucu hj kechik ni.

Yang sedihnya, saya tak sangka dia nak bertolak sehari lepas saya balik semenanjung. Huhu. Masa kat sabah dah berangan nak buat macam2 aktiviti dengan dia. Penat saya mengumpul cite katun untuk ditonton bersama. Huhu, tak da rezeki nampaknya :( 

Akhirnya, seblum dia bertolak malam tu, saya bawak jugak dia pegi Midvalley, tempat kesayangan dia tu untuk kali terakhir seblum masuk ke asrama. 
Anis, belajar baik2 di kedah nun sana. Pandai2 lah jaga diri, Cari kawan yang baik2. Belajar ilmu agama biar selari dengan ilmu dunia. Kak nani dan keluarga di sini sentiasa doakan anis yang terbaik :)

Allah, jaga adikku disana. Semoga dia jadi anak yang soleh, anak murid yang berakhlak, sahabat yang baik dan abidMu yang Kau sayang. ameen.

nota kaki 1 : Baru je 10 minit bertolak semalam, saya perasan seluar sekolah dan buku sainsnya tertinggal.Betuah sungguh..
nota kaki 2: Sape lagi aku nak suruh buang sampah lepas ni.hmm.. 


15 comments:

MiSs iiMa said...

banyaknye jerawat anis!

Maryam Hanani Abdul Razak said...

seriusly tau xpe! bg hadiah pencuci muka la kat anis.

Anonymous said...

wah.. lps nie nani blh belanja kak any la plk..

Maryam Hanani Abdul Razak said...

blanje keropok lekor 2ringgit no problem.. :D

muhamad abdul bari said...

Mcm knal

Maryam Hanani Abdul Razak said...

abdul bari? mcm kenal.kawan asiah eh?

muhamad abdul bari said...
This comment has been removed by the author.
muhamad abdul bari said...

Asiah?..xla

muhamad abdul bari said...

Asiah?..xla

Maryam Hanani Abdul Razak said...

kawan abg ihsan?

muhamad abdul bari said...

X jugak..sy slh org kot..awk dlu skola rndah pnah blaja kt sk sungai buloh x?

Maryam Hanani Abdul Razak said...

ohh ya ya...abdul bari. mestila pernah sksb.siap dua kali lagi msuk skolah tu.ni kawan sekali dg hanafi, amin, ajrun suma ni la?

muhamad abdul bari said...

a'ah.. Skali ngn dyorg la..engtkn slh org dh..ape citer skunk?

Maryam Hanani Abdul Razak said...

mcm mna bleh kita jumpa disni ya.skrang blaja di sabah. kamu dimna?

muhamad abdul bari said...

tgh usya blog2..tngk gmbr kt blog ni.. Mcm knal je...so tgur la...owh kt sabah ye bha?..hehe..kt bangi..tp bkn ukm..kolej unuversiti islam antarabangsa selangor..