Friday, May 27, 2011

Imbasan Kenangan Demi Kenangan

Assalamualaikum wbt..
(entry kali ni penulis mggunakan 'aku' sbg ganti nama diri)

Sedar tak sedar,lagi sehari aku dah nak masuk u.Bia fikir balik,cepat betul masa berlalu. Ape je yang aku buat selama ni? Selama 6 bulan aku cuti? Herm….Cepat Ingat2
Pergi kelas buat muffin
Ni sudah ku ceritakan dalam entry yang lalu(time ni tengah semangat lagi update blog)
Pergi kem remaja kat Morib
Pun, aku dah ceritakan dalam entry sebelum ni.
Keluar jejalan dengan kawan kawan
Ini memang tak dapat dinafikan.Tak ingat berapa kali aku keluar rumah jumpa kawan.Pergi Karnival jom masuk u the mines(merangkap reunion dengan kwan sek ren),pergi jusco(dengan kawan yg jmpa kat library),pergi mid tak usah katala berapa kali.kan fatin.hehe.Mane lagi eh..hmm..
waktu pergi sunway

pergi jusco dengan cik betol.bukan sonang nk jumpe ni ^_^

Mid.Keluar dengan JiJi yang udah mau pulang sarawak.Yang muka paling hepi,JiJi la tu ;D
Tolong papa taip report
Kerja ni boleh dikatakan dah sebati dengan diri. Bukannye apa,tak ada orang lain kat rumah yang nak tolong papa berkenaan computer ni. Umi kerja, tinggal aku saja kat rumah.Papa pula terlalu busy dengan kerjanya ke sana ke sini. Sampaikan pernah dulu, papa offer kat aku untuk jadi setiausaha (lebih kurang camtu la :P) papa untuk selesaikan hal2 surat,print,taip report etc waktu papa tak ada kat rumah. Ade masa aku rasa liat sangat nak buat. Tapi bila fikir,kalau papa senang kerjanya selesai, maka aku pun jadi senang kok. Nah, apa lagi?
Kerja kat hospital!
Ha, kerja ni la yang aku rase paling banyak kesannnya pada aku sepanjang tempoh berapa bulan aku cuti. Pada mulanya tak terfikir langsung untuk aku cari kerja,tapi bila seorang kawan sekolah rendah aku ajak,tak semena mena aku rase semangat pulak. So, kami plan nak kerja kat kafe hospital (hosp sg buloh,dekat sgt dengan rumah aku). Waktu kami berdua pergi interview keje (ce..mcm kerja besar pulak),nak dijadikan cerita tempat tu nak seorang je.huhu and manager tu suruh aku yang masuk kerja dulu.kawan aku yang sorang lagi tu,akan dipanggil kemudian andai masih ada kerja kosong.
Masuklah aku ke tempat kerja yang bernama Let's go.Greatest corn and waffle in town.hehe. Bermula hari pertama aku kerja,semuanya berubah. Aku kena bangun awal sebab kadang2 jadual aku masuk pukul 7am.kadang2 pukul 9am. Balik pun kadang2 tak menentu.Tapi bos selalu bagi aku balik petang, pukul 5 ^^ Btw, aku pun dah tak luang banyak masa dengan adik adik.kalau tak aku tolong tengok2 kan jugak hw diorang ke ape ke.aku sapu minyak rambut sebelum ke sekolah,iron baju sekolah petang..buat susu kat kat Timah yang mengandung tiap malam,kemas bilik,lipat baju.bila dah masuk kerja....semua entah ke mana....
 
adik adik ku sayang

Bos aku,namanya Kak Is.baikk bangat dan sporting orangnya.Kalau kak is buat lawak boleh pecah perut kami semua gelak. Tapi kalau time serius,seriuslah orangnya. Kecut perut habis.heehee. Ok lamacam tu kan,tu la namenye kerja.time keje,keje.time melawak,jangan tak gelak. ^^
Kat tempat kerja aku,staf staf dia semuanya perempuan.eh, ade jugak laki. 2 orang, sorang Abg Rizal (kerjanya banyak di bahagian belakang,masak2 etc) dan sorang lagi Syahir, jejaka Melayu terakhir dari Kelantan.hehe. Yang lain semua perempuan,ade 4 orang semuanya (tak termasuk Kak Is) Kak Diana,Kak Shima,Balqis and Aku.Diorang semua baik !selalu tolong aku yang baru masuk ni.huhu aku jadi rindu si…..

Kak Iswani. Bukan calang calang orang ;D

Kerja aku paling banyak kat bahagian jagung.Akulah si pembuat jagung yang setia.hehehe. Hakikatnya aku lagi suka buat waffle and kaya ball. Tapi Kak Diana dan Kak Shima lagi expert buat bende2 tu.Laju oo diorang buat.Buat kaya ball pun cantik je,bulat,tak hangit. Aku pernah sekali buat kaya ball hangit,takut gile nanti kena marah dengan bos. Tapi ternyata, Kak Is tak marah pun malah gelakkan kaya ball aku yang hangit (bak kate Kak Diana,nani buat kaya ball perise coklat ke).hehe.So,aku tak putus asa..aku buat sampai akhirnya jadi jugak kaya ball yang aku impikan.yeaah^^
Hari buruh,bos kepada bos aku bagi bg cadangan kat kitorang semua para staff yang rajin (hoho) untuk makan angin kat Melaka.Semua perbelanjaan makan minum,bos yang bayar.Baik kann ^^ untung aku kerja kat situ.hehe.Kami pergi sehari je,sebab besok tu kena kerja.Kirenye cuti buruh tu digantikan dengan trip kitorang ke Melaka.Penat memang penat,aku sampai rumah malam tu pukul 2pg kalau tak silap.Tapi....memang bes sangat! Itulah kenangan terindah sepanjang aku bekerja kat Let's Go.

trip bersama staff2 dari enzo kopitiam.Bos yang sama :) 

tempatku berbakti



Balqis setia dengan cashier
Tanpa menghitung hari,pejam celik pejam celik,dah nak dekat sebulan aku kerja kat situ.huuuuuhu.terasa cepat sangat masa berlalu. Walaupun hanya sebulan tapi aku rase macam dah lama kerja kat situ.Semua staff2 dah aku anggap macam keluarga aku sendiri.Kitorang penat bersama,gelak bersama,stress bersama. Banyak jugak benda baru yang aku belajar sepanjang tempoh aku kerja.Macam….aku mula layan lagu zaman 70an 80an gitu.Sebab time keje,kak Diana bukak lagu2 kat hp dia.kuat mcm apa.customer mesti ingat kitorang bukak radio.Hari hari dengar lagu yang sama..sampai aku pun dah hafal lagu2 yang kami pasang.Aku jumpa dengan pelbagai jenis ragam manusia.Customer especially.Haih…baru aku tau betapa tensionnya orang yang kerja dengan customer ni tiap2 hari. Justeru sabar itu amaat penting.dan dan,senyum..ya,.senyum pun sangaat penting. Jangan lupa last sekali mesti cakap,"Terima kasih,datang lagi" atau "Jual ya...datang lagi pak/ibu" heheheh ;D
Tanggal 10hb Mei,aku dengan rasminya berhenti kerja dengan seorang lagi staff,Cik Balqis(yg juga kawan sek ren aku dulu) sebabnya..balqis dapat plkn dan aku pula dapat tawaran sambung belajar.Sedih sangat hari terakhir tu…kami semua nangis…… T_T aku lagi terharu bila dorang bagi hadiah bear sebagai kenang kenangan aku kerja kat Lets Go…aku nangis dan nangis dan nangis..sampai mata aku sakit..dan besoknya terus naik ketumbit (……)

Chef Nani dengan jagungnya :P

Hi, my name is Bobo ^^
Main Ice Skating
 Sehari sebelum aku pergi seremban untuk ke rumah kakk,Izzat Zaid tiba2 msg ajak keluar.Disebabkan kami dah lamaa tak jumpa,plus pasni masing2 dah nak masuk u, so aku pun setuju nak keluar jumpa dia and kawan kawan yang lain.Kitorang pergi sunway,main ice skating! Tak pernah aku main ice skating sebelum ni.Main roller blade pun sampai terlipat kaki.Tapi sebab Jat ade (die terer kot) aku pun mainlaaa jugak.Haha.jatuh berapa kali tak yah cakapla. At last,nak dekat2 balik tu baru la aku bleh imbang badan.bolehlaa takat nak luncur sket2 tanpa jatuh.heee..Oh ya,kami pergi 6 orang semuanya,Jat,Ju,Wawa,Dak Wani,Phaik Hui dan aku ^^.Balik tu Hui drive kete hantarkan kitorg sume balik.Wani sampai ke pintu rumah Hui hantarkan,yang lain sampai ktm.May God bless u Hui ^^


___________________________________________________________________________

Herm… tu saja sebagai recall kepada aku,ape yang aku dah buat sepanjang cuti yang agak lamaa ni.Moga aku tak lupa segala kenangan manis cuti panjang ni.Dan post kali ni jugak sebagai marathon sebab aku dah lama kot tak update blog.huhu.banyak lagi benda aku nak tulis tapi nanti lah.aku tulis dalam post yang lain pulak.Moga saja aku ingat.
YaAllah, terima kasih atas segala yang telah Kau aturkan untukku.semuanya indah..Andai aku leka,maka ingatkanlah aku wahai tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri dengan sendirinya."

Alhmdulillah selesei sudah.

2 comments:

MiSs iiMa said...

Tea already~!!

NAni said...

tea is ready!! ;D