Saturday, September 10, 2011

what is in my mind?

Assalamualaikum wbt..

Last post punya berhenti pada 20 jun?ya Allah..lama jugak dah tinggal blog ni rupanya.hari ni dah masuk bulan 9 dah pun.Time flew so fast.i even did not realise that actually ive been through so many things since i stopped writing my journal until up now. Hm nak mula dari mana ni ya..

Family reunion dan mid sem test
Sebelum masuk bulan ramadhan,memang waktu tu agak sibuk sikit sbb first ramadhan kami mula start mid sem test. Bukannya busy sebab baca buku sgt pun,hehe,tp sebab ada agenda yang lagi besar-Family reunion. Pulak tu nak ditakdirkan tarikh family gathering tu jatuh pada 2 hari sebelum bermulanya mid sem test yakni 30 dan 31 july.Memang study la sangat kan...Kak cah dari uk,Abg mer dari jordan dan Ijah dari mesir semua pakat balik Mesia.yang kat mesia ni apatah lagi. Sakan la kami bersembang pagi malam betukar cerita.Tengok masing2 dah besar panjang. Anak2 sedara pun baru nak tengok muka mak2 sedara depa yg cantik2 ni secara real.hehe.It was a such great moment together.being with my family is the best thing i would always love to do :)


Alhamdulillah,walaupun banyak masa sy luangkan dengan family.Cuma sedikit sj masa sy belajar, tp Allah tetap bg yang keputusan yang baik.tak lah excel mana tp bila nilai balik,sesuailah dengan kadar usaha sy yang lakukan.Mungkin jugak atas berkat doa keluarga.InsyaAllah..untuk exam final nnt kena pulun betul2.Ni cuma test, nak tengok kat mana tahap kepahaman kita blajar selama ni.bgus jugak ada test,it motivated me to study harder during last minute time ;p Habis saja test seminggu,habis jugakla puasa selama seminggu di bulan Ramadhan.

Ahlan wasahlan ya ramadhan...


Minggu kedua puasa barula terasa diri berada dalam bulan berkah ni.sebabnya minggu first sibuk fikir pasal test. Sy baru ada kesempatan nak solat terawih di dewan kolej, dengar ceramah tazkirah etc..Semua aktiviti yg diatur saaangat bagus.Masa di bulan puasa ni la adlh waktu terbaik kita nak didik diri kita utk buat banyak kebaikan,utk jadi manusia yang lebih baik dr sebelum ni. sebabnya semua syaitan dah digari,diikat,dirantai, yang tinggal cuma diri kita dan nafsu.Jadi, cuba nilai diri kita dlm puasa,kalau kita masih buat perkara yang tak baik,maksudnya tu dtg dr siapa?mestila dr kita sendiri...nafsu kita..

Alhamdulillah ramadhan kali ni tidak ku rasa seperti ia berlalu begitu saja.Ada pengisisan ada perubahan yang baik dirasa.Alhamdulillah...semoga sj kebaikan dan amalan yang dilakukan beterusan walaupun dengan berakhirnya madrasah ramadhan selama sebulan.Ya Rabb,jangan jadikan ramadhan tahun ini adalah ramadhan yang terakhir buatku.Ramadhan,semoga kita bertemu lagi pada tahun hadapan insyaAllah..


Eid Mubarak


Hari raya datang lagi!! Tahun ni banyak sangat berlaku perubahan.Yang dah berumah tangga semua pakat beraya kat rumah mertua masing2.even papa pun beraya kat rumah mertua dia aka nenek sy jugak lah.hehe.tp papa beraya di kampung kat kedah.kami yang masih bujang ni nak beraya di kampung kat kelantan,sebelah mama.So terpaksalah kami split ikut haluan masing2.huhu..

abg can beraya di laut perantauan
Dahla pulak tahun ni abg can telah diterbangkan ke sabah untuk mula bertugas sebagai seorang doktor di sandakan.beraya lah dia bersama suku kaum kaum disana sebab cuti raya cuma 2 hari.rasa tak berbaloi pulak nak balik...kesian abg can...kesian jugak kat kami bertiga.kalau tak mesti abg can join kitorang,geng2 bujang.
Tapi tak apalah,raya di mana pun tetap ada kemeriahannya.

Kalau ikut adat keluarga sy,raya pertama kat rumah.Pagi tu,makan sama-sama,bersalaman sambil mengutip duit raya (ini sesi yg sgt penting), dan akhir sekali tangkap gambar ;) tp berbeza utk tahun ni,kami semua berjauhan di negeri mertua masing2.saya ikut abg pulang ke kampung di kubang kerian kelantan utk beraya bersama nenek tercinta,sebelum abg sendiri pulang ke kampung mertua dia kat perak..

nenek, sy, ijah, adik.yg kat depan tu kakak ipar,kak dayah dan anaknya yg  tak bg kerjasama utk duduk dgn baik ;)
Yang sedihnya pulak,nenek demam time hari raya..huhuhu...kesiannnyaa..nak tgkp gmbar pun nenek tak larat.tak pelah,ada muka nenek pun kira ok lah. Bila datang kelantan sudah semestinya akan melawat pusara ibunda di pengkalan chepa.rasa rindu sekali walaupun hanya dapat mengusap batu di pusaranya shja.Mama,lihatlah anak2 mama dah besar2 belaka.Kami juga membawa salam dr adik beradik yang lain.
"Ya Allah, ampunilah dosa ibuku dan angkatlah darjatnya ke dalam kelompok orang-orang yang mendapat petunjuk.Ampunilah kami dan dia,wahai tuhan sekalian alam.Berikanlah ibuku kelapangan dan terangilah dia di dalam kuburnya.ameen.."
Masuk raya kedua, kami semua singgah dulu di Perak sebelum bertolak ke kedah.Hari raya yg ketiga adalah hari berkumpulnya kami smua adik beradik di kampung sebelah papa.Kali ni lagi meriah ;)


Dalam masa yg sama,kakk sulung buat aqiqah utk anaknya,si Amirah yang baru lahir.Kebetulah abg ada kebun dan bela kambing,hehe,ambik kambing kat kandang dia sj.Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lncar dan dipermudahkan. Apa lagi, malam tu makan gulai batang pisang dengan daging kambingla.emmmm sedaap ;D


aqiqah di hari raya
para kambing melihat dengan sayu pemergian ahli keluarga mereka
Kalau nak cerita pasal raya alamatnya smpai kesudah pun tak kan habis.tak siap2 la tutorial cek yg menimbun atas meja ni..Keseluruhannya,raya kali ni walaupun ada sikit kelainan,tp suasananya tetap meriah dan penuh kegembiraan.

Alhamdulillah..

Selamat Hari Raya Aidilfitri.






   
 `
_________________________________________________________________________


3 comments:

MiSs iiMa said...

tak de pun cerita pasal baby Irfan Hariss :(

Anonymous said...

tak der citer pasal ikan patin tenpoyak.. huhu

Maryam Hanani Abdul Razak said...

kak tim:alamak.cik nani lupeela.hehe.tunggu irfan gemok sket la, nnt cik nani upload gambo banyak2.

kak ning:haha,nanti nani buat entry pasal cara2 nak buat ikan patin tempoyak terus.