Monday, November 7, 2011

aku percaya tiada yang sia-sia.semua pasti ada hikmahnya

Assalamualaikum wbt

Banyak sangat perkara berligar dalam kepala.pening.nak mula dari mana ni ya..

Tragedi 17 oktober 2011

Tepat pukul satu tengahari,
Tuan Haji Ismail selesai memberi kuliah calculus yang terakhir.
Ahhh lega. Banyak jugak tips2 dan soalan spot yang beliau kasi.memudahkan kami untuk membuat revision dan menjawab kertasnya nanti.aku mula mengira baki hari yang tinggal.huh,final exam lagi seminggu!

Orang ramai berpusu keluar dari auditorium.Sebelum bangun, aku capai hp di dalam beg yang telah di silent modekan dari jam lapan pagi lagi.

Eh,banyaknya miskol dan msg?
aku teliti satu per satu nama.dalam banyak2 itu,

terus aku buka satu sms dari kakak,

Rumah sg buloh terbakar!!!

yaAllah!main2 ka kak ning ni.biar betul??
Cepat2 aku buat panggilan untuk pastikan msg yang diterima.
yaAllah…harapla kak ning main2..

Helo assalamualaikum kak ning,betul ke rumah sg buloh terbakar?

Wksalam.ya Allah nani betulla tak kan nak main2.

Kak ninggg,betul2la……!

Betulla nani,nani tak percaya kejap nnt kak ning hntar mms rumah kita!

Panggilan dimatikan.aku berdebar tunggu mms dr kak ning.waktu tu auditorium dh mula kosong.Cuma tinggal beberapa lagi student yg bercakap2 dengan lecturer di depan.kawan2 group pun msih setia menunggu aku utk pulang bersama.

Masuk satu msg,aku terus bukak dengan tangan terketar.sejuk.

yaAllah!!!


Gambar yang kak ning hantar,adalah rupa bilik aku yang sudah tidak nmpak lagi rupa bilik yang dahulunya.yang aku perasan cumalah rangka tingkap, rangka katil dan yang lain hanyalah arang!

Allah..allah..isk2.menangis aku sepanjang perjalanan pulang ke kolej.kosong…aku tak dapat fikir apa2.petang tu juga aku pulang ke rumah walaupun pd asalnya aku tak mahu takut2 aku bertambah sedih melihat keadaan rumah.lagipun besok ada kelas,exam pula dh nk dekat!

Tak kesahla,aku mesti pulang ke rumah!paling kurang untuk berjumpa dengan papa,umi dan keluarga yang lain.

1 jam 30 minit perjalanan,menunggu bas,ktm yg selalu delay,bersesak lagi dengan orang yang pulang dr kerja.semua tu sikit pun aku tak fikirkan.dalam kepala cuma terbayang rumah yang entah apa rupanya.huuu..ya Allah..beri aku kekuatan.

Sampai saja dirumah,betapa luluhnya hati melihat keadaan rumah yang hampir separuh sudah dijilat api.bumbung tiada,dan tingkap cuma tinggal rangka.

Aku turun dari kereta dan terus mendapatkan papa yang berdiri di hadapan rumah, seakan akan menyambut kepulangan aku.

Pa……

Air mata sudah bergenang tp bila lihat tenangnya wajah papa,masih sempat mengukir senyuman,aku jadi rasa serba salah..

Aku mesti kuat sepertimana kuatnya papa!

___________________________________________________________________

Di rumah, ahli keluarga yang tinggal berhampiran sudah lama tiba.aku saja yang terakhir sampai.tanpa lengah,aku terus naik ke tingkat atas untuk melihat kesan peninggalan.

Huu..


Kebakaran berlaku sekitar jam 930 pagi,berpunca dr litar pintas.api mula merebak dan memakan seluruh rangka bumbung.api mula dari bilik komputer (yang juga merupakan bilik kerja papa) terus ke bilik sebelah-bilik kak cah yang penuh dengan barang2 nya di Malaysia (kak cah yang di uk pulang ke Malaysia 6 hari berikutnya) meneruskan perjalanan ke bilik utama- bilik papa dan umi dan seterusnya ke bilik aku (yang juga bilik anak2 perempuan dan adik2) ruang tamu juga tidak ketinggalan.kesimpulannya,hampir 99 peratus tingkat atas licin dijilat api.

Alhamdulillah, bomba sempat memadamkan api sebelum merebak ke bahagian bawah dan rumah kayu di tepi rumah.

Dan yang paling penting,alhamdulillah tiada korban nyawa…Alhamdulillah..alhamdulillah..

Alkisahnya,sewaktu kebakaran berlaku,papa berada di Hospital Jerantut,Pahang,umi dan adik2 pergi ke sekolah.yang tinggal cuma maid dan adik bongsu,muaz. maid pula orang kemboja yang tidak berapa paham bahasa Malaysia.jiranlah yang mula2 perasan asap keluar dari tingkap atas.dia terus memecahkan pintu rumah,tarik keluar maid dan adik yang memang tak tahu apa langsung apa yang berlaku-di tingkat atas.


Malam itu,ramai orang kampung datang ke rumah,tolong cuci di bahagian atas dan buat atap sementara untuk mengalirkan air hujan keluar supaya tidak masuk ke dalam rumah.ramai juga kawan2 papa dan umi datang membawa makanan dan pakaian.aku paling kesian pada adik2 sebab dorang sebenarnya dalam minggu peperiksaan akhir.sewaktu orang sibuk menguruskan apa yang patut,adik2 (aya,anis dan muaz) boleh pula main lego di satu sudut rumah.dengan baju sekolah tak salin dr petang,aku marah aya dan anis dan suruh dorang baca buku untuk exam besok.anis pun cakap,nak baca buku apa kak nani..semua habis terbakar…baju pun ni jelah yang anis pakai ni..huu kesian adik2 ku..kak nani terlupa..


Banyak sangat hikmah yang Allah ingin tunjukkan kepada kami sekelurga.alhamdulillah…aku bersyukur yaAllah.aku mulai nmpak satu persatu.Hebat kuasaMu yaAllah,bertambah yakin dalam diriku betapa Engkau maha kuasa atas setiap apa yang Kau ciptakan.

“Sesungguhnya urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu, Dia hanya brkata kepadanya, “Jadilah!” maka jadilah sesuatu itu”

Aku juga yakin bahawa Allah pasti tidak akan menguji hambanya jika mereka tidak mampu untuk menanggung ujian tersebut.

Tak lupa,jutaan terima kasih buat kawan2 di um mahupun di smapk atau di smkas yang memberi smgt dan sumbangan. kalian ibarat tangan-tangan Allah yang membantu meringankan berat tanggungan yang dirasa.Allah jualah yang layak membalas jasa kalian semua dengan sebaik-baik ganjaran.

Istimewa buat sahabat yang juga merangkap teman sebilik di um,Marha Nadhirah,terima kasih kerana anti banyak menolong ana di saat-saat ana diuji.terima kasih atas sokongan moral mahupun harta bnda dr anti sekeluarga.ana betul2 bersyukur dikurniakan shbat seperti anti.sgl kebaikan tak mungkin ana lupa hingga ke akhirnya.moga kita sama-sama berjaya dan dapat buat yang terbaik untuk sem kedua nanti,insyaAllah!

Alhamdulillah a’la kulli hal,wa astaghfirullah min kulli zanbin.

Terima kasih ya Allah kerana di saat hatiku resah ,Engkau lorongkan aku di jalan ketenangan ketika mengingatiMu..


9 comments:

the babbler said...
This comment has been removed by the author.
the babbler said...

Salam,maryam,ana terkejut sangat2 time tau pasal anti.Anti sangat tabah,satu benda yang ana tau dari dulu lagi.ana tau tntg rumah anti dari batch group kat fb.maaf ana tak bagi sumbangan pun sebab time tu elaun tak masuk lagi =,=' tapi doa ana sentiasa mengiringi anti :) moga anti sentiasa tabah persis Maryam,ibu Nabi Isa a.s.InsyaALLAH :)

MiSs iiMa said...

hikmahnya nani dapat bilik serba baru la..tp surat2 cinta nani tu mmg tk dpt diselamatkan lah

Muhd Iqbal Samsudin said...

Inna lillah wainna ilaihiraaji'uun..

Hmm, tak tau pulak sebelum ni. Tapi agak terkesan baca berita ni. Bersabarlah..

tunggulah hikmah besar yang bakal menanti, mungkin sekarang belum nampak..

syed said...

walaupun kami x ada utk meringankan beban enti,tpi Dia ada utk itu...insyaAllah lebih drpda memadai~

innalillah wainna ilaihiraaji'uun..

afiqfakhri said...

salam.pastinya, anti sangat tabah utk ujian ni.cekalkan hati :)

Anonymous said...

sabar itu indah...Allah sedang berbicara dengan yam..terimalh musibah ini dengan keikhlasan..ALLAH menguji anti kerana Dia menyayangi anti yam...insyaAllah moga2 lebih dekat dengan Allah..barakallahu fik..

Maryam Hanani Abdul Razak said...
This comment has been removed by the author.
Maryam Hanani Abdul Razak said...

syafa:anti,tak apalah.doa itu sudah memadai.trima kasih.. :)

kak tim:tu la kan..tak dpt nk tunjuk ke anak cucu.

kawan2 sekalian:jazakallahu khairan kathira..