Saturday, December 10, 2011

dekatkan aku padaMU



Assalamualaikum semua..moga baik2 saja.

Kebelakangan ni tak tau la kenapa sy asyik tangguh utk update blog.nak kata jadual makin padat,memanglah.tp tu bukan alasan dong...mungkin sy sendiri yg masih tak pandai mengurus masa.

dan sebenarnya baru baru ni sy pergi kem anjuran mahasiswa islam um."Make your move camp" berlangsung di sungai congkak, selama 3 hari 2 malam.bilangan peserta tak ramai mana, cuma 27 perempuan dan 9 orang lelaki (a common ratio) kem ini terbuka pada seluruh rakyat pasum dan kebetulan plak tarikh tu waktu cuti,so ramailah yg balik.tinggallah kami yg terpilih ni saja.alhamdulillah digerakkan hati untuk join kem ni.

kenapa sy pergi kem tu?boleh je nak balik,rumah dekat sg buloh je pun.dalam setengah jam pun dh bleh sampai.hmm..kenapa ya..

kerana,sebabnya cuma satu,iaitu sy mahu cari ilmu pengetahuan lebih2 lagi dalam agama.kerna,kehidupan di u bukan lagi seperti di sekolah menengah dulu.kat asrama lebih2 lagi,usrah tu wajib,tazkirah petang pun wajib.solat berjemaah maghrib dan isyak di masjid, ceramah lagi.Waktu tu,terasa diri terjaga, terdorong untuk buat kebaikan.insyaAllah..kerana kita berada dlm biah solehah.andai terpesong pun, kawan2 ada di sekeliling untuk sama2 bawa ke pangkal jalan.mereka yg rapat dengan kita ni selalu ada untuk mengingatkan kita dan bagi sokongon.


tapi, bila semua dh berjauhan,jalan pun dah tak seiringan, semuanya kini terletak pada diri sendiri untuk menentukan hala tuju masing2.tak ada dah ustaz dan ustazah utk selalu bg ceramah setiap hari,dh tak lagi terikat dengan peraturan2 wajib ke masjid wajib baca ma'thurat,wajib sembahyang jemaah dsb.kerana semua itu sudah tiadalah yang membuatkan sy rasa diri ini semakin tandus dengan ilmu agama,semakin jauh denganNya..aktiviti harian cuma nmpak belajar belajar belajar,tutorial,amali,test.bila final,tension yang amat.pulak tu dalam masa yang sama,sy berhadapan dengan pelbagai ragam manusia.kadang2 rasa mudah sgt terpengaruh dengan benda2 yang tak baik.iyalah,kan sudah bebas,sudah besar,bisa buat keputusan sendiri.bila sampai saat diri diuji,barulah tersentak bahawa langkah sudah tersasar jauh dariNya.

Alhamdulillah Allah masih sayangkan aku makanya diberi ujian untuk menyedarkan.PerancanganNya tiada yang sia sia.

Aku...mula ingin mencari sesuatu yang dapat mendekatkan diri ini padaNya agar sentiasa terpelihara dan terjaga..

betul yang dikatakan, sesiapa yang berjalan menuju Allah, Allah akan berlari menuju dia.Carilah peluang dan cara untuk mendekatkan diri pada Allah nescaya Allah akan buka ruang dan jalan satu persatu.

Alhamdulillah itulah yang saya rasakan bila pergi ke kem tempoh hari.bukan saja dapat topup ilmu pengetahun, tapi terasa dekat sekali denganNya.Ada satu sesi pada waktu subuh selepas semua selesai solat sunat (waktu ini subuh belum masuk,kami digalakkan utk bgun tahajjud,tiada paksaan) kami semua dikumpulkan di dataran tanah dengan bertelekung (bagi perempuan) dan lelaki dengan pakaian solat mereka.Ada seorang ustaz tetapi tidak jelas mukanya sebab waktu itu sgt gelap.Kami semua tak tahu apa aktiviti sebenarnya smpailah hati saya mula tersentuh dengan satu persatu kata yang ustaz tuturkan.Mata mula berair.Ini adalah sesi muhasabah!tepat sekali waktu dan tempatnya.Yang kedengaran cuma bunyi unggas dan cengkerik,bunyi air sungai yang mengalir.suasana gelap samar2 dengan cahaya bulan.tenang.......kami mula diingatkan dengan nikmat2 Allah yang maha luas, tujuan sebenar kita semua dihidupkan.dengan mata terpejam dan segenggam tangan kanan di dada,kami bertakbir "Allahu Akbar!" laju air mata mengalir kerana menyedari diri ini sangat kerdil dan betapa banyaknya dosa yang telah dilakukan.Terima kasih yaAllah kerana masih sayangkan aku!


Usai kami bermuhasabah,subuh telah pun masuk.Ustaz mengarahkan kami supaya terus solat di dataran tanah kami berdiri.mulanya saya rasa janggal kerana mana pernah sebelum ni saya solat di atas tanah,tnpa beralaskan apa apa! cuma tanah dan rumput yg basah basah dek embun pagi.Solat subuh berjemaah diteruskan jua,tanpa beralaskan sebarang kain atau sejadah.Saat dahi mencecah tanah,sujud pada rakaat pertama,yaAllah, saya menangis...hinanya aku manusia yang diciptakan daripada tanah..ini aku datang sebagai seorang hamba.cuma di taraf hamba..saya mencium bau tanah itu, benar2 terasa diri ini seakan-akan berada di dalam kubur.Allah....aku merasainya..trima kasih kerana menyedarkan aku yaAllah...

Saya kira itulah pengalaman berharga yang pastinya tak kan dilupakan hingga ke akhir hayat.mungkin pada orang lain itu perkara biasa tp bg saya, saya punya perasaan yg tersendiri.susah untuk digambarkan.alhamdulillah alhamdulillah..

Sebenarnya banyak lagi ilmu berharga yang saya dpt,antaranya tentang soal aqidah.
Ok....soalannya,mengapa kita buat segala kebaikan,amal ibadat sedangkan orang lain tidak?kenapa aku susah2 menjaga aurat,pakai tudung (untuk perempuan) padahal orang lain tak?orang lain tak solat tapi kenapa aku solat?kenapa aku baca quran?

Ha,itu semuanya sebenarnya berkaitan dengan aqidah kita kepada Allah.
kenapa?apa jawapan kalau kita tanya diri kita dengan soalan2 diatas?saya beri masa,coba coba fikirkan....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
masa tamaat....he he

jawapannya mudah..kerana kita beriman kepada Allah.nah,sekarang soalannya,kenapa pulak kita susah payah untuk beriman?payah2 jaga solat.tak couple,orang lain couple.kenapa?

sebab..kita ini adalah hamba Allah.sedarkah kita selama ini taraf kita cuma sebagai seorang hamba?sedarkah?yang mana tanggungjawabnya adalah menuruti segala perintah tuannya yakni tuhan sekalian alam, Allah 'Azza wa Jalla.


Itulah dia sedikit sebanyak.ada lagi bab tentang ibadah dan sebagainya.insyaAllah andai berkesempatan akan ditulis dalan entry yang lain.cuma nak cakap di sini,carilah cara untuk mendekatkan diri kepada Allah.tak rugi sesen pun.tak rugi apa pun..malah itu adalah sesuatu yang sangat perlu.Ingat balik tujuan utama hidup di dunia,bukan untuk mencari duit semata mata,bukan untuk capai cita-cita dan kerja/pangkat yg tinggi dsb cuma.Tujuan hidup seorang hamba itu ada 2,sebagai khalifah dan beribadah kepada Allah.Tunaikan amanah beribadah kepada Allah.beribadah bukan hanya tertumpu pada solat,baca quran etc sahaja tetapi analoginya,kita bangun pagi,sebelum pergi kerja/kelas, kita tutup aurat dengan lengkap dan sempurna kerana Allah hinggalah kita pulang.itu juga dikira ibadah.pahala akan terus berjalan dan berjalan selama mana kita menjaga aurat tersebut.

Alhamdulillah daripada kem itu juga saya bertemu dengan usrah saya.mudah2an usrah yang saya ikuti ini bisa membantu saya agar sntiasa terjaga,kekal di atas jalanNya,insyaAllah..

Servant Of Allah
You are the servant, He is the master
Prayers come from you, answers come from Him
Abstinence comes from you, protection comes from Him
Repentance comes from you, acceptance comes from Him
Go towards Him walking, He will come to you running.

p/s: ayuh saksikan video lagu ini,Ghazwul Fikr.hayati makna dan liriknya.sangat terkesan dan menyentuh hati,insyaAllah.

2 comments:

Asyran Othman said...

:) great~

syed said...

doa2kan kita semua mampu patuhi jalan sebagai seorang hamba...