Assalamualaikum wbt
Malam jumaat yang mulia ni, cadangnya nak pegi dengar talk dekat fakulti sains.Tajuknya, ‘Do we need God?’ kedengaran sangat menarik! Memang dh plan memandangkan besok pun jadual cam rilek sikit.tp malangnya,transport pulak xde :( terfikir jugak nak jalan kaki,tapi takut jalan malam2.tak ramai pulak tu yang tau pasal friendly discussion ni kalau tak bisa aja konvoi beramai2, selamat sikit rase..
(Mengeluh..)Tak pelah…..at least ade mase nak update blog.Im looking forward for the next ceramah next week.Hopefully I'll get a chance to join them,amiin..
Mengenai perkara yang berlaku baru baru ni,sebenarnya result final last sem yang di tunggu tunggu,mencuakkan lagi mendebarkan jiwa seluruh budak pasum telah pun keluar dengan jayanya 4 hari yang lalu.Sungguh,waktu dalam perjalanan nak ambik result tu,tuhan jelah yang tau betapa takutnya nak terima result.Tangan ni bukan main sejuk tak payah katala.
Sebab ape risau sangat?Nampak sangat tak confident nak terima result.Tak confident nak trima result reflects that probably you are not doing so well in the exam that you think,oh result aku mesti teruk gila!Jujurnya,memang itulah yang saya rasakan dan fikirkan.Tak boleh buat ke exam?Emm..ntahla..bila fikirkan balik,ade banyak je soalan yang tak tau buat.ade yang buat ikut kepala sendiri pun banyak.Buat sajalah apa yang termampu dan yang terbaik.Setiap kali habis paper,bace doa dan tawakkal sesungguh sungguhnya.Aku dah berusaha,aku dah buat yang terbaik,the rest,I just leave it to Him in His infinite wisdom to give what is the best for me.
Disebabkan kebimbangan yang melampau itulah yang membuatkan saya berdoa sungguh2 dan tawakkal berharap agar Allah tolong saya dalam exam kali ni.Di sinilah saat saya diuji tahap kebergantungan dan keyakinan pada rahmat Allah yang maha luas.Ujian dalam ujian.Teringat pada kakak yang banyak bagi inspirasi, kak ijah yang banyak ajar saya soal keyakinan pada kuasa Allah.
Jika difikirkan,muhasabah kembali, Allah jualah yang menghidupkan manusia,mengatur dan mencipta segala yang ada diseluruh langit dan bumi,yang mengetahui diri kamu melebihi diri kamu sendiri,maka pastinya untuk memberi keputusan yang baik kepada kamu itu cuma perkara yang tersangat mudah bagi Dia.Dengan syarat….ya…ada syaratnya.
· Pertama,sesuatu perkara yang kita buat itu bukanlah perkara yang dilarang oleh Allah.
Dalam konteks ni kita belajar, menuntut ilmu itu satu kewajipan.
· Niat kita buat sesuatu perkara itu kerana Allah
Belajar kerana Allah,bukan terpaksa atau nak dapat keputusan cemerlang,supaya senang dapat kerja semata2
· Buat dengan sebaik-baiknya dan bersungguh-sungguh
Berusaha sebelum exam,termasuklah menyiapkan kerja2 yang pensyarah bagi,pergi kelas dll,biar nampak ada kesungguhan dalam belajar.
· Tidak melanggar mana-mana peraturan Allah sewaktu melakukan kerja atau perkara itu
Contohnya jaga aurat, jaga pergaulan lebih2 lagi lelaki dan perempuan, tak mengumpat mana2 lecturer dll
· Akhir sekali,tidak lalai daripada melakukan amanah wajib
Belajar,belajar jugak tapi solat pun kena jaga.Sangat penting.Hubungan dengan mak ayah kena jaga, ada hutang langsaikan dsb.
Itu dia 5 perkara yang kita kena tengok balik dan kena jaga lebih lebih lagi sebelum kita minta sesuatu daripada Dia.Jadi,tak hairanlah kalau ada orang yang dah usaha keras,stay up melebihi orang lain,tapi last2 dapat result yang kurang memberangsangkan.Tengok balik 5 benda tu,mesti ada kurang kat mana mana.Andai juga tiada,anggaplah itu tak lain tak bukan sebagai satu ujian Allah,untuk meningkatkan darjat kita di sisiNya.
Solat hajat terus saya laksanakan, segala usaha tawakkal dan doa saya teruskan dan saya yakin ianya masih sempat selagi keputusan belum sampai di tangan.Memang berdebar waktu nak ambik result sebab antara lainnya saya jugak nak tengok apakah hasil doa dan tawakkal saya selama ni.Apakah diterima oleh Allah atau saya termasuk dalam golongan mereka yang diuji.Perlu ingat,konsep tawakkal yang terakhir adalah redha.Bila terima keputusan biar baik mahupun tidak,kena redha.Kalau baik, redha,alhamdulillah syukur, kalau tak,juga kena redha, dan usaha lebih lagi.Allah ada berfirman:
“Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan” surah al-Anbiya’:35
Selesai memberi nama dan kad matrik,slip keputusan sampai di tangan.Perlahan mata melirik turun ke bawah untuk melihat pointer keseluruhan.
dup dup dup
dup dup dup
yaAllah,
Alhamdulillah!!
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.” Surah Ibrahim:7
Mudah-mudahan dengan pemberianMu ini yaAllah,akan menjadikan aku hamba yang banyak bersyukur dan sentiasa mengingatiMu tatkala senang mahupun susah.Ameen..
Alhamdulillah alhamdulillah......... :)
13 comments:
alhamdulillah syukur~ \V(^_^)V/
yam dapat wape???
berape?
ala biasa2 aja.tp apepun syukur sgt2 ;D
alhamdulillah..
nani..biasa2?ye ke?hehe..
anyway.congrats! ;)
nice contents :) enjoy reading it eventhough related to agama a lot.. :D
nice contents :) enjoy reading it eventhough related to agama a lot.. :D
Congrats Darling.. you deserved it!!!
tahniah nani :)..u reminded me of myself zaman bljr2 dulu
moga sentiasa dpt hidayahNya dlm mencari kejayaan dunia and akhirat
razif:tq.congrats jugak.dua kali lima je;)
kak ning:nak hadiah?hihi
kak cah:time kasih kakcah :D kcah mst lg hebat best student sokmo dulu.(terharu akhrinya kak chah komen jugak di blog nani :')
kak tim pun teringat zaman2 hebat kaktim dulu..
terharu tak?
haha kak tim ni..........
Mesti akak dpat 4 flat! :)
Post a Comment