Sunday, January 8, 2012

anda mudah lupa?

Baru sahaja siap menyelesaikan tutorial algebra & calculus. Terasa ingin berkongsi sesuatu mengenai ape yg ada dalam tutorial ni. soalan integrate ke?taylor or maclaurin series? ke binomial theorem? tak tak tak.

Pensyarah utk lecture ni, Prof Abd Ghapor.Sukaa sgt kat dia :) i mean,cara dia mengajar.gaya dia buatkan kuliah kadang2 bila tengah dok serius nak paham or menyalin example,ade je lawak selingan.style mungkin..e.g prof kadang2 suka sebut koshong instead of kosong. :D

ok,itu bukan ape yg nk dikongsi.yg ingin dikongsi ialah ape yg prof kongsi dengan kami semua.boleh dikatakan setiap tutorial yang kami dapat,at the end of the questions mesti ade ruang untuk tazkirah dan peringatan.untuk tutorial calculus pun mcm tu.bagus la cara ni.sebabnya setiap kali bukak tutorial mesti bace sekali tazkirah2 semua tu.

".....sungguh,manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan berbuat kebaikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" surah al-'asr

Tutorial untuk minggu depan adalah yang terakhir. So mungkin tak dapat dah selingan2 tazkirah kat dlm tutorial.kali ni,it's about cara2 untuk kuatkan ingatan.hoho terasa eden.mungkin nak bg cara ni kat kami supaya tak lupa ape yg prof ajar for the past 5 weeks.

here it is,anda mudah lupa?ini dia faktor penguat ingatan.Jom amalkan,insyaAllah berjaya.

  1. Menjauhi maksiat, walau sekecil mana sekali pun.
  2. Amalkan minum madu di waktu pagi, ataupun kismis (dalam bilangan yg ganjil)
  3. Sedikit makan dan minum.
  4. Memperbanyakkan ibadah sunat (solat tahajud, solat dhuha, puasa dll)
  5. Selalu membaca al-Quran.
  6. Membaca doa ketika mula belajar atau membaca.
  7. Membaca doa selepas setiap kali selepas solat.
  8. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

sharing is caring. thanks prof :)



mmm..its late already.tomorrow i have a group trip.

gud nite everyone

assalamualaikum.. ;)

4 comments:

syed said...

insyaAllah cuba diamalkan :)

Muhd Iqbal Samsudin said...

terima kasih :)

Maryam Hanani Abdul Razak said...

sama2.tips ini juga boleh diaplikasi utk subjek2 lain ;D

(p/s:ye fatin...)

MiSs iiMa said...

lupa dah nk komen ape