Friday, April 13, 2012

penghabisan dan permulaan

Assalamualaikum semua,

Saat aku menulis entri untuk kali ni, ketahuilah bahawasanya aku baru saja selesai menjawab paper terakhir untuk final exam semester dua merangkap exam terakhirr aku di pasum.Akhirnyaaaaaa..yaay..besnya yaAllaaaahh.. :D Klu ikutkan hati naluri nak je qada tidur 2 minggu yang lalu, nak lagi petang petang ni dengan suasana sunyi dan nyamannya, memang bes la nak tido.tapi laptop ni seakan akan memanggil pulak.hehe yelaa tuan dia dah tinggalkan dia lama,blog pun same..huhu sorila eh..lagipun,aku mungkin akan balik ke rumah secara rasminya hari sabtu atau ahad ni,kat rumah tak de internet..mase yang ada ni la untuk aku guna sehabis baik untuk mengupdate dan bermain internet ;)

Pejam celik pejam celik,nak habis dan pasum ni.Waktu nak kemas barang td, rasanya time datang dulu bawak satu beg je.tapi bila nak kemas..haih ni mane cukup satu beg.barang-barangku sume sudah membiak dan berkembang! Nampaknya nanti terpaksala mintak tolong askar askar dirumah untuk tolong angkat barang kakak dorang yang banyak ni.hehe.untungla adik beradik ramai kan ;)

Bila dah sampai pengakhiran ni, ada satu benda yang kita semua tak boleh lari daripadanya.Perkara tu biasa dan akan sentiasa berulang dan berulang sehinggalah kita sampai pada pengakhiran yang sebetul betulnya yakni kematian.Tak lain tak bukan perkara itu adalah perpisahan.Bagi aku, walaupun cuma setahun aku di pasum, tapi hakikatnya pengalaman dan kenangan yang Allah bagi, membuatkan aku rase macam lame plak dok kat um ni.pastu tiba-tiba,eh dah nak habis dah?cepatnya,,rasa macam baru masuk.

Walaupun um bukan pilihan pertama aku time nak isi upu dulu, tapi sekarang aku mampu kata um lah pilihan terbaik yang Allah dah tetapkan kat aku dan aku sangat sangat sangat bersyukur untuk itu.Sememangnya Dia maha mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya sedangkan kita tidak.Kat sini, aku bukan saja dapat groupmate yang bes bangat, tapi jugak lecturer lecture yang hebat, yang semuanya aku akan rindu dan bangga bila dah kluar nanti.Bukan tu saja, Allah jugak bagi aku roomate yang sangat baik.huhu.Yang mana aku kira kami ni sangat cocok dan satu kepala.Ada je kawan kawan aku yang Allah uji dapat roomate yang tak leh masuk.atau kata lainnya tak sekufu.ade jugak yang dok sorang,yang perangai macam langit dan bumi.mcam2 lah..Tapi apepun kena yakinlah,Allah lebih tahu yang yang Dia nak bagi kat kita.mesti ada hikmahnya kan..Sebab tu,aku bertambah syukur bila ditakdirkan dapat roomate yang memahami diri ni.Time aku susah dia banyak tolong,dan time dia susah pun aku tolong apa yang mampu.Aku tak nafikan dia juga ada kekurangan.yela mana ada manusia yang perfect..Tapi kalau aku tak trima kekurangan dia,macam la dia bleh terima kekurangan aku plak.kan?Ni la perlunya toleransi dan kasih antara satu sama lain.chewaah mcm suami isteri plak haha.sudah sudah.

Tak cukup itu lagi,Allah jugak tempatkan aku dalam kelompok mereka yang baik-baik,yang sentiasa mengingatkan diri ni supaya tak terpesong ke jalan lain.Ditakdirkan semasa pergi kem di pasum waktu semester satu dulu,aku join satu usrah daripada kakak-kakak degree di um.Walaupun pada mulanya aku sangat tak terpikir dan tak berminat pun untuk ikut usrah bila dah kat u..Sebabnya ingtkan usrah ni takat sekolah dulu je.Tapi rupanya jauh dalam hati ni,aku memang inginkan kebaikan dan nak cari agama.Pernah terfikir,tapi tak terlayan perasaan tu.Aku yakin,malalui perasaan yang sedikit itulah Allah meluruskan jalan aku terlibat dengan usrah,dan seterusnya melalui usrah ni,baru la aku dapat tau ade ceramah, tazkirah etc.Teringat pula lagu Raihan..mengemis kasih,
"Bila selangkah ku rapat padaMu,seribu langkah Kau rapat padaku.."



Sebenarnya kehilangan besar bagi aku bila dh kluar pasum ni adalah aku terpaksa berpisah dengan groupmate yakni mereka mereka yang aku jumpa tiap hari waktu pegi kelas dan kuliah.kitorang ni sangatlah rapat,dah macam family rase.tapi sebabkan banyak sangat benda nak cerita,insyaAllah aku tulis dalam entri yang lain pulak ye.Ha,btw aku jugak sangat bersyukur ditakdirkan dapat bilik kat floor satu daripada 9 tingkat semuanya.hehe.tak payah aku nak kene berebut rebut naik lif,ekspress je.tambahan,floor satu ahli ahli dia sumenya bes bess dan ramah.mungkin aku ni jenis yang tak leh klu tak tau nama orang,habis semua orang kat floor ni aku tego dan ziarah dari bilik ke bilik.hehe..bukan ape, kan bgus kalau kenal semua,bleh merapatkan hubungan silaturrahim..Allah kan suka orang yang rapatkan tali persaudaraan ;) plus,ramai jugak geng kelantan kat floor ni.sedak ambo kecek klate :D

Sebenarnya tak kan pernah cukup ucapan terima kasih kepada Dia yang maha pemurah lagi maha penyayang kepada kita semua.Disebalik dosa yang aku lakukan saban hari,Allah tetap bermurah hati dan kasih dengan memberi pelbagai nikmat dan kebaikan.Tarik nafas panjang panjang.......ucap sama sama, alhamdulillah... :)

Berakhirnya kehidupan aku di pasum maka bermulalah episode baru aku di rumah.Nok dekat sebule doh ambo tok kelik ghumoh ni.Ape rupe pun tak taula.Yang pastinya mesti sangat selerak supo tongkang pecah.Mana taknya,baru baru ni maid baru saja balik kemboja.huhu.askar askar kat rumah tu plak bukannya buleh dok diam.Tapi expectedla,memandangkan rumah pun belum siap,banyak barang terpaksa kumpul satu tempat sebab tak cukup ruang.Tak apelah,aku bertekad nak balik dan kemas rumah,kemas bilik bilik dan store supaya bleh letak barang barang aku yang banyak ni dengan selamat.hehe.Aku jugak nak practice balik bawak kete supaya tak susahkan papa dan umi.Lima bulan perjalanan hidupku di rumah nanti,semoga dapat menjaga diri,menjaga masa,dan menjaga iman.Mudah mudahan juga waktu terisi dengan perkara yang bermanfaat,tak menyusahkan parent dan membawa kebahagiaan kepada adik adik :P dan yang paling pentingg,at least aku nak pandai masak cuti ni heheh.InsyaAllah!




Ok, ku pikir sampai disini sajalah untuk kali ini.Nak pegi sambung kemas barang.andai ada waktu dan ruang akan ku update lagi insyaAllah.Bye :)




11 comments:

syueee said...

nani..... kita dah baca entri yg niiiii:DDDD

MiSs iiMa said...

ok 4 flat sekali lg ye..
cepat2 belaja masak..blh jd tukang masak n bibik kak tim plak

Maryam Hanani Abdul Razak said...

syue: got u!comel gile blog syuee,, mcm tuan dia :D

kak tim:kali ni tak tau laa result camna...tawakkal ajelah.utk fasa pertama kat umah,tak de mase nak blaja masak.mengemas mengemas dan mengemas!kak tim mcm tak tau.huhu

Asyran Othman said...

patut la lama x nampak nani, dia da tukar identiti, pakai specs eah skrg? ^^ btw , nice story, jaga diri , semoga dapat U yg terbaik nanti, insya Allah ~ :)

razif said...

nice..keep it on..

Maryam Hanani Abdul Razak said...

acan:la tak prasan ka.igtkan tau dah...patutla buat tak tau je.nani slalu je nmpk acan.insyaAllah,gud luck jugak ye.ganbate kudasai!(eh betul ke tu? ;)

razif: tq razif.somehow act im waiting for ur new blog.who knows one day.. ;)

Asyran Othman said...

nani : sory lah sangat2, egt nani jadi keluar pasum >< huhu, btw, 1st time betul ! tahniah! haha :P

razif said...

my new blog?
HAHA..
hurm..are u sure tht u r talking to the right person?
btw,ni razif pasum tau.HAHA..

Belog Budak Steady said...

Kak! Sedekahlar buku=buku akak tu kat saya! Saya nak masuk PASUM ni :)

Belog Budak Steady said...

Salam kak, nak tanya, kalau bebudak PASUM nak smbg degree prubatan kat UM, berapa kelayakan dia ye? MUET kena berapa pulak?

Maryam Hanani Abdul Razak said...

ridwan,adik akak pun sama umor dengan kamu! ;D xpe2,nt time mhs nt,senior2 akn jual buku secondhand.murah punya ;) beli jgn x beli.

(amboi bgus sungguh budak ni)nak smbung perubatan cam bese lah mesti dpt 4 flat :D muet at least band 4.kamu dpt sains kan.jd lah ketua nt.senang akak nak pi cari haha.