Dalam
setiap generasi dan masa di mana terdapat Islam, terdapat orang baik yang
rindu berbuat kebaikan.Mereka melakukan ketaatan dengan ikhlas dan
sukarela. Mereka tidak menuntut balasan dan rasa syukur
dari manusia.Rasulullah menceritakan seorang lelaki yang
ingin bersedekah secara diam-diam. Yang mengatahui hanyalah Dzat yang
Maha Mengetahui perkara ghaib. Sedekah secara rahsia memadamkan kemarahan
Tuhan. Dan sedekah rahsia lebih baik daripada sedekah secara terbuka.
Lelaki
ini telah bertekad untuk bersedekah lalu di tengah malam dia keluar mencari
orang untuk menerima sedekahnya. Dia bertemu dengan seorang
lelaki yang dia kira orang miskin, lalu harta yang ingin
dia sedekahkan diberikan kepadanya, tanpa mengetahui lelaki itu
sebenarnya adalah pencuri. Maka di pagi hari di pasar dan
perkumpulan, orang-orang membicarakan pelaku sedekah yang memberikan
hartanya ke tangan pencuri.
Berita
seperti ini tersebar dalam masyarakat skala kecil, maka ia beredar dengan
sangat cepat. Berita itu sampai kepada pelaku lalu dia bersedih dan
gelisah. Kesedihan dan kegelisahannya dia ungkapkan dengan ucapannya,
"Ya Allah bagi-Mu segala puji, sedekahku jatuh ke tangan
pencuri." Dia bertekad mengulangi sedekah di malam berikutnya
karena dia mengira bahawa sedekahnya telah hilang seperti debu ditiup
angin.
Setelah
malam menutupinya dengan kegelapan, dia keluar dengan sedekahnya. Dia
memberikannya kepada seorang wanita yang dia kira miskin tetapi ternyata
dia sebenarnya adalah wanita pezina.Wanita ini bercerita seperti
pencuri bercerita. Berita pun tersebar luas dan pelaku tersebut mendengar akan hal itu. Kesedihan dan
kegelisahannya berganda, lalu dia mengulangi ucapannya yang
kelmarin,"Ya Allah bagi-Mu segala puji, sedekahku jatuh ke tangan wanita
pezina." Demi mencari pahala dia bertekad untuk bersedekah
lagi untuk kali ketiga.
Pada
malam ketiga sedekahnya jatuh di tangan orang kaya. Kamu boleh
membayangkan kesedihan lelaki ini yang tidak pernah tepat
dalam urusan yang diingini sebanyak tiga kali. Saat ini dia mengadu
kepada Tuhannya dengan penuh kepedihan,"Ya Allah bagi-Mu segala
puji. Sedekahku jatuh kepada pencuri, penzina dan orang kaya!".Lelaki ini
tidak mengetahui bahwa Allah menulis pahalanya. Orang yang menginfakkan
hartanya demi mencari pahala Allah, Allah akan memberikan
pahala walaupun si penerima tidak berhak untuk menerima. Di dalam
mimpinya, dia didatangi dengan kabar gembira bahawa Allah menerima
sedekahnya dan membalasnya dengan pahala. Dia diberitahu hikmah besar
di sebalik sedekah kepada tiga orang tersebut.
Adapun
semoga pencuri itu sedar akan kesalahannya lalu dia tidak mencuri. Semoga
wanita penzina itu menjaga dirinya daripada zina dengan harta itu dan
semoga si kaya ini terdorong untuk berinfak dengan meneladani lelaki ini
yang bersedekah di kegelapan malam agar tidak diketahui oleh orang
lain demi mencari pahala dari Tuhan. Dalam hadis-hadis disebutkan bahawa
sedekah diterima walaupun ia jatuh ke tangan orang yang tidak
diingini oleh pelaku sedekah. Wallau'alam.
Subhanallah.
sangat luas kan rahmat Tuhan :) Kisah ini saya ambil dan ceritakan semula
daripada buku, "Kisah-kisah sahih dalam al-Quran dan sunnah" oleh
Syeikh 'Umar Sulaiman al-Asyqor. Semoga ada iktibar dan pengajaran yang boleh
diambil daripadanya dan yang pasti juga, semoga kita terdorong untuk melakukan
sedekah hatta dalam keadaan apa sekalipun! kerana sesungguhnya itulah harta
atau aset kita yang sebenar-benarnya, yang boleh kita tebus di akhirat nanti,
InsyaAllah.
3 comments:
nice 1
anony :)
nice blog
Post a Comment