Saturday, April 27, 2013

Hikmah aku kembara

Cuti pertengahan semester yang lalu, di saat 99 peratus kawan2 satu batch aku balik semenanjung, aku yang tetibe sorang tak balik ni mulalah mati akal tak tau nak buat ape sepanjang cuti nanti. Musnah semua plan-plan yang telah dirancang dengan kawan2 dek semua pakat beli tiket flight last minute. Redha sajalah, aku merancang Allah juga merancang.

Dan memang, rancangan Allah itu adalah yang terbaik :)

Tamrin Marahel 

Ditakdirkan usrah aku buat tamrin masa cuti seminggu tu. Sapa yang balik semenanjung memang melepaslah. Alhamdulillah...ni adalah first tamrin yang aku ikut sejak tinggal di Sabah dan jugak ni la tamrin yang aku rasa enjoy dan happy sangat. Hati yang kering dengan nasihat2 dan tazkirah terasa gumbira kerna penuh diisi dengan peringatan dan ilmu berguna, insyaAllah (dengan izinNya). Paling suka slot yang diberikan oleh Umi Faridah, kata katanya dan sifat keibuan pada dia membuatkan apa saja yang disampaikan terasa mudah menyusup ke dalam hati aku.

Antara pesan umi yang aku masih ingat,

Menyembah itu bukan solat saja, dari kita tidur, kita bangun, gosok gigi makan buat kerja tolong orang siapkan kerja pergi library apa sahaja yang kita buat adalah manifestasi penyembahan kita kepada Allah. 


Adapun hati yang kosong itu menjadikan pemiliknya tidak mahu lagi berjuang untuk Islam.


Lesu itu penyakit hati. Malas dan seumpamanya adalah semua main mainan syaitan.


Dakwah itu berdiri di atas keazaman, bukan di atas kemudahan.

dan akhir sekali umi selitkan lagu dr Opick- Tak cukupkah semua. Meminta kami membuka mata membuka mata hati dengan apa yang terjadi disekeliling kita. Sungguh liriknya penuh makna esp di rangkap hujung. Go google! yang malas bleh klik sni untuk dengar :)


Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau.

Selesai 3 hari bertamrin, aku balik ke bilik. sadisnya bila tengok satu blok sunyi sepi. Tetibe rasa kenapa la aku tak balik...

Nasib baik jiran bilik sebelah belum balik. Kawan aku aimi! hehe (at least ada orang teman tido malam, takut dok sorang) Besoknya hari keempat aku ajak aimi pegi ke rumah anak yatim di ranau walaupun lusa dia dah nak balik semenanjung. Mujur kami sekepala, suka bejalan :)

Dah lama aku berniat nak datang sini. Selalu datang sekejap sekejap atau untuk singgah saja. Kali ni adalah yang paling lama. Kalau dulu aku kenal adik2 ni ingat muka saja, kali ni nama, perangai karenah pe'e macam macam lagi semua dah tau.:)

Niat pada asalnya aku datang ke rph supaya dapat habiskan masa dengan adik2 di sini. Yelah, saja saja. Daripada duduk menempek di bilik sorang2. Tapi takdir Tuhan merubah semuanya bila saat aku datang, rupanya seorang pekerjanya dah berhenti. Dari saja2 kan dah ada kerja.:) ya Allah bes sangat pengalaman 4 hari aku di rph. Ntah mcam mana nak describe. Terasa masa pun berlalu cepat sangat..

Kalau boleh aku nak memberi dan memberi lagi pada adik2 di sni. Walaupun bukan dari segi harta, dapat ajar doa tidur pun dah memadai. Paling kurang dapat saham di akhirat nanti.iA..

hari terakhir aimi di rph, kami pegi Luanti main ikan, kami pergi kompleks sukan yang sangaaatlah nyaman. kami singgah makan buah tepi jalan. mm nyum2.lama tak makan cempedak.rindu kampung eden :)

namanya daud.anak pakistan.dia bukan penghuni rph, dia anak jiran sebelah. yang bagusnya, habis sekolah dia mesti akan datang rph dan ikut aktiviti sama dengan kami, makan sekali,prep sekali. daud daud...:)

sebelum ke sekolah.ikutkan hati nak ja ikut sekali tapi nda muat.:P

kak, nak tengok naruto boleh? adehh

sekurang2 nya aku punya kakk abang yang selalu beri kata semangat bila ada exam besar. aku juga nak mereka merasai perkara yang sama. last minute punya kerja. chaiyok adik2 upsr! 5A yakin boleh!

nama adik juruh sorang ni ialah asparul. terkadang aku slalu panggil dia aspalela. baik orangnya, comel. aku banyak luangkan masa dengan dia. Hari terakhir waktu aku nk balik, dialah yang tlg angkat beg sesungguhnya kesana kemari, teman aku sehingga naik atas bas. Mana tak aku rindu budak ni...

p/s: sebelum naik kereta ke stesen bas aku dapat surat. "...kak nani kalau ada masa datang lagi.."  :'(

Genap 4 hari aku perlu ke sandakan pula untuk berjumpa abang. Rindu serindu rindunya mereka smua..Moga ada rezeki dan dipanjangkan umur lagi untuk datang sini. insyaAllah...


Sandakan bertemu abang

Sekarang cuti aku cuma tinggal lagi 3 hari. See..sekejap jak seminggu berlalu. Tup tap tup tap dah nak habis. Aku pun dah tak larat nak ulang cakap betapa cepatnya masa tu berlalu. 

Alkisahnya waktu aku sampai sandakan tu, sudah malam, first mestila excited jumpa abg can. hehe. tapi yang lawaknya kami dua2 pening kepala. aku pening kepala sebab naik bas 4 jam tanpa tido dengan jalannya cam haih tuhan jelah yang tahu..abg can pula pening kepala sebab ape ntah nak demam kot. penat kerja di hospital agaknya. Naik kereta tu kitorang sama2 tertido sebab tak larat. haha apa la..

Esoknya abg can oncall jadi aku melepak di rumah kawan housemannya (perempuaan). besnyaa rupanya  tinggal dengan dorang semua ni. Mungkin sebab dah houseman, aku yang baru first year ni cam dah tak sabar2 nak masuk ho. hehe. Ada hikmahnya juga aku datang sandakan. tinggal di sekeliling para houseman. bes! 

Hari terakhir yakni hari ahad (besoknya kelass huhu) abg can pula cuti. apa lagi dia bawa aku round satu sandakan. Dari pagi aku teman dia ke pasar untuk beli bhn mentah, blehla isi peti sejuk yang kosong tu n sebagai bekalan untuk seminggu dua minggu. Sampailah ke malam abg can hantr ke airport untuk balik ke kk.

Terima kasih abang can, walaupun nani tau abg can sibuk n sepatutnya (n biasanya) hari cuti abg can akan tido dan berehat, tapi abg can layan jugak nani yang mengada ni. Bawa pegi pantai yang jauh gle, belanja makan scone yang sangat sedap (dan mahal!) n etc2 dan paling bes, belanja tiket flight ke kk. keh3. ni yang nak kena mai sandakan lagi ni. Time kasih abg can.syukran jazilan.:)

sesenja di pekan sandakan. cantik..subhanallah.:)

jakun bertemu si pari besar. kalau buat masak asam pedas pun sodap ni

breakfast depan laut.nyaman,cantik dan bes :)

pantai yang panjang kisahnya. hanya kami bertiga yang tau haha. 

minum petang di tepi laut. banyak polis jaga gara2 kes lahad datu tu.tp ok je semua iA.

Tamatlah kisah cuti seminggu aku yang tak tersangka akan terisi dengan padat walaupun tak pulang ke semenanjung. Alhamdulillah.. Allah is so sweet. Tak dapat jumpa ayah dan bonda, tapi rasanya digantikan dengan berjumpa dengan mereka2 yang saya sayang dan pengalaman yang sangat berharga. 

Konklusinya kawan kawan, kembaralah dan bermusafirlah! :)



17 comments:

MiSs iiMa said...

Alhamdulillah..bak lagu nowseeheart, berjalan melihat dan mentafsir. kutipla pengalaman berbakti sebanyak mungkin selagi masih single dan ramping ni (ramping ke??)jgn gedik nk kawen ja :P hehe

Maryam Hanani Abdul Razak said...

haha.at least ramping la dr kak tim. betui la tu time single ni la nk bt mcm2. gedik nak kawen tu normal bah haha *penangan aura kawen abg can*

malina ruddin said...

wah..bestye nani..nak ikut :(

Maryam Hanani Abdul Razak said...

insyaAllah malin, klu ada cuti lg nani bleh bawa malin pi ranau tu. tp tak tau la bila lagi bleh pi huhu. tgu kita pi labuan la dlu ;P

Anonymous said...

Teruskan menyayangi serta mengasuh anak yatim kerana ada hadis mengatakan iaitu: "Aku dan pengasuh anak yatim (kelak) di syurga seperti dua jari ini." (HR. Bukhari)
Penjelasan: Rasulullah Saw. menunjuk jari telunjuk dan jari tengah serta merapatkan keduanya..

Asiah Razak said...

bila adik sabah nanti..belanja la makan ikan pari.hehe
~

Maryam Hanani Abdul Razak said...

anony: insyaAllah...tima kasih:)

adik:tak habis makan adik bayar k.boleh...:)

muhdrazif said...

woah! bestnya cuti nani :D kitaorg naik cuti ja terus exam :(

Maryam Hanani Abdul Razak said...

nani habis exam baru cuti. sbb dia tau student dia time cuti mmg tak bukak buku :P

muhdrazif said...

haha.. student ukm ni sama je. esok exam, malam tu mula laa masak sup lecture note :p haish..

Maryam Hanani Abdul Razak said...

haha, i understood the situation;D

ayna nurya said...

Kak Nani belajar kat Universiti mana ? bidang Medic ke ? teringin jugak nak ambil Medic , tapi taktahu lagi rezeki ke arah mana (:

Maryam Hanani Abdul Razak said...

ya dik, medic di ums. univ sabah :) doa2 lah Allah bg kputusan yg terbaik utk awak. inshaAllah klu ade rzki ambik medic, tak kemananya..;)

Fairuz Mahamod said...

nani. aku da private kan blog aku yang no matter what tu, since banyak sangat spammer tak bertauliah yang bertandang ke situ..so, kau delete lah ye aku punya link. I have a new one.

http://doctorfairuzzzzpeacee.blogspot.com/

hehe. okay nani. bye. salam.

btw, panjang story mungg,,aku bace part atas je.. :)

Maryam Hanani Abdul Razak said...

hahaha.ptutlaa. aku prasan gak kt komen2 ko tu. k xpe,nanti aku add lain.

tak leh nak pendekkan dah lagi.mung scroll tengok gamba jelah sene. haha

Muhammad Iqbal said...

nani, iqbal dah tukar hosting blog, sekarang pakai wordpress, domain still sama. Kalau rajin tukar la kat bloglist tu ^^

http://ibnuddin.com

#Tak sempat baca entri "mahar cinta" tu, haha :p

Maryam Hanani Abdul Razak said...

patutla dulu bukak xdapat2. ok,dah tukaq dah. haha, xda ape pun mahar cinta tu, lirik lagu ja jgn pikiaq lain ;)