Friday, July 19, 2013

Masihkah ada yang ketiga

Kali pertama, sewaktu ibunya yang tercinta pergi buat selamanya.
Dan hari ini pula dalam sejarah,
kali kedua dalam hidup, aku melihat dia menitiskan air mata.

"Papa cuba tengok video ni.hehe"

"Video apa ni?" 

"Video teaser kak amy buat untuk abg can. Sweet gitu hehe." Aku menggedik.

***

"Pa dah habis tengok? so papa, what is your comment? what do you feel?"

Dalam hati, dah agak jawapan papa.. mesti papa nak cakap, anak anak muda bercinta, nak nak menikah biasa la. Mesti hepi, rasa seronok ja..

Tapi tak, lain yang aku terima. Cermin mata dibuka, ada air jernih mengalir di hujung kelopak matanya.

"Hm..I feel...emotional. It reminds me to your mother.."

"..............."

PAPA....

Dia bercerita ringkas, kisah awal selepas pernikahan dengan mama. Jelas wajahnya ceria walau sesekali tangan menepis saki airmata.

"Ok pa :') nani nak masuk bilik jap. Minta maaf tau.."

Laju langkahku ke kamar. Di situ aku pula menghambur sejuta perasaan dan air mata yang tak tertahan.

Pa, tiada siapa tahu apa rasa yang tertanggung dalam hatimu. Rindu itu pasti, tapi engkau lelaki yang tak mungkin mudah meluahkan segala rasa di hati. Doaku ayah, semoga engkau terus kuat! :')

Hari ini dalam sejarah, aku melihat dia menangis setelah hampir 12 tahun sepasang mata itu tampak cekal di hadapan kami semua anak anaknya. 


Aduhai papaku sayang..


10 comments:

Anonymous said...

Sedih kak ning baca blog nani kali nie. but I believe not only Papa, we also missed her so much.

Maryam Hanani Abdul Razak said...

tak sangka sbb papa nangis.bukan senang...

MiSs iiMa said...

patah tumbuh, hilang barganti,
tetap rindu beraja dihati,
walau jauh rohnya pergi,
tetap selamanya ratu di hati

Muhammad Iqbal said...

Sedih...

Maryam Hanani Abdul Razak said...

Rose azadir, tima kasih, inshaAllah :)

Anonymous said...

Naniii sedih baca yang niii..

Dendei said...

Moga Nani pun kuat macam Papa juga.. :)

Maryam Hanani Abdul Razak said...

kak amy:)

@dendei: kak dyllll, inshaAllah. waiyyaki aidhan :)

the babbler said...

maryam :'( ana pun sedih baca..seumur hidup pnah nampak ayah nangis dua kali ja..masa arwah tok meninggal..kali kedua masa tgk drama anak derhaka kt tv..pastu ayah kata, ;hargailah ibu masa ibu masih hidup..' huuu...nangis T.T

May Allah bless ur mother forever maryam :)

fifi said...

nani..:'(