Thursday, January 14, 2016

Manis senyumanmu!

Bismillah

Hari ini kami satu kumpulan berkesempatan melawat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di Kudat atau dalam bahasa Inggerisnya, Community Rehabilitation Centre.

Saat kaki melangkah masuk, tersentuhnya rasa hati bila terpandang wajah  kanak2 istimewa bermain di kawasan depan pintu masuk.

Aduhai! Manisnya senyuman kalian! :D

Terus minda melayang teringat adik Ammar di rumah. Ya, anak istimewa. Down syndrome.

Tapi di sebalik Down Syndromenya itu, hatinya penuh kasih sayang. terluah semuanya pada wajah yang manis dipandang. Pelukannya cukup untuk menghilangkan rasa duka.

Aku rindu dia.. sungguh :')

Tunggu kak nani balik ya Ammar..





 

'Malaikat kecil' anugerah Tuhan. Barangkali Ammar besar nanti akan jadi pandai macam adik ni juga. Tapi lagi hensem! hehe :)

Berjumpa dengan mereka sangat mengesankan hati ku. Betapa banyak nikmat yang aku harus syukuri, Nikmat aqal dan badan yang sihat. Sempurna fizikal dan semuanya. Itu antara nikmat yang sering kita lupakan. Astaghfirullah


Alhamdulillah ya Allah..
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Semoga Allah permudahkan segala urusan kalian adik-adik sayang! :)


Sampai ketemu lagi, inshaAllah ^^


1 comment:

Unknown said...

Rasulullah saw pernah bersabda: Kalau kamu ingin melihat ahli syurga yang berjalan atas muka bumi ni, maka lihatlah AMMAR bin Yasir"..

Nampaknya, AMMAR bin Abdul Razak pun tak jauh beza dgn sahabat Rasul sorang ni..calon ahli syurga insya Allah :)