Thursday, January 12, 2012

ukhuwah semanis kek

Assalamualaikum :)
we ended the year of 2011 with a momentous picnic at restu ibu resort,ulu yam. 

Entry kali ni nak cerita sikit tentang perkelahan yang merangkap reunion dengan kawan2 smap di ulu yam akhir tahun yang lalu. walaupun tak ramai yang bleh ikut,tapi yang ada ni pun dah cukup baik.bes gile dapat jumpa kawan2.ia membuatkan daku terkenang zaman remaja dulu.(perasan dewasa)


walaupun cuma berkelah selama 2 hari 1 malam tapi terasa banyak sangat masa terluang bersama.mana taknya malam tu tidur pukul 4.around 2 jam je tido.why?? sebabnyee,malam tu kitorang ade bbq.disebabkan kitorang ni semua perempuan melayu terakhir (ok perasan lagi), nak hidupkan api tu punyeeela lama sampaikan owner resort tu kesian kat kitorang tak hidup2 lagi api.haha..ade sekali tu api naik kecik je,tapi seronok macam ape je sebab dah berjam2 berhempas pulas mengipas2 api tu tak nyala2...tak lama pastu api tu padam balik.sekian.


aleh2 pakcik owner resort tu yang tolong buat api and tolong bakarkan ayam.haha ..apela nak jadi...ni la namenya girl's picnic.


kitorang habis makan malam tu dalam pukul 12 lebih pastu diteruskan dengan sesi bercerita (biase la kan) nak dijadikan cerita pulak...ju dengan jiji buat teka teki JOM FIKIR yang membuatkan kitorang memang pikir habis sampai berjam2 berteka teki.yang terjaga sampai tertido (hanan) yang tertido sampai terjaga (ily) semuanya sebab misteri teka teki JOM FIKIR .kitorang meneka nak dekat 2 jam tapi semua salah dan yang bagusnya semua orang tak nak mengalah.nak teka jugak smpai betul.memang tak ngantuk la kan malam tu sebab otak berpikir sampai panas.hehe takde smpai camtu.(tp hakikatnya kitorang mmg dh hmpir sakit mental meneka soalan yang sangatlah remeeeeeeeeh sebenarnya!!)


tak nak cakap game tu mcm mne tapi bile kitorang semua dah tau jawapan dia, mmg gelak habis :D tak sangka habiskan masa berjam2 padahal soalan tu sebenarnya tak payah pikir pun! trick aje sebenarnya.jiji ngan ju ni memang! 


malam tu kami tido macam sardin,sebab biliknya agak kecik.satu bilik tp nak muatkan sampai 12 orang.bayangkanlah macam mane..fatin la yang paling kesian sekali sebab bahagian dia paling sempit. bleh tido separuh je haha tak taula dia tido nyenyak ke tak malam tu.Barula tau perasaan sardin dalam tin macam mne,walaupun berhimpit-himpit tapi itula yang buatkan kami lagi rapat dan mesra.cewwah :)


besoknya pagi selepas subuh dan ma'thurat,aktiviti kami adalah......mandi sungai ;D bes sangat.lepas mandi pusingan pertama kitorang naik makan nasi lemak,lepas tu turun balik untuk pusingan kedua.hehe.yang kali kedua tu mmg puas sebab kawasan kitorang tu tak de orang lgsung.kami bebas berenang ke sini ke sana :) berenang la sangat ?


selesai semua,kami bersiap2 nak balik.sekejap je kan? rse mcam tak banyak sgt aktiviti tapi terasa masa terisi dengan padat sekali.usai solat zohor berjemaah, tiba masanya untuk pulang ke ktm untuk menuju ke destinasi masing-masing......

Kalau ada sumur di ladang,
Bolehla kita menumpang mandi
Kalaulah ada umur yang panjang
Bolehla kita berjumpa lagi.

Bila lagi agaknya kita akan kumpul lagi ramai-ramai ya? 
yang pasti, andai bukan di dunia ini, pasti di padang mashsyar nanti  ;)

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: Tujuh golongan yang akan dinaungi Allah pada hari yang tidak ada naungan selain naunganNya iaitu hari kiamat. Golongan itu adalah:

 1. Imam (yakni pemimpin yang adil)
 2. Pemuda yang giat beribadah kepada rabbnya
 3. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid
 4. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah
 5. Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata, "Inni akhofullah!" (Aku takut kepada Allah!)
 6. Orang yang bersedekah dengan cara tersembunyi sehinggakan tangan kirinya tidak tahu apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.
 7. yang terakhir, Orang yang mengingati Allah dalam sendirian sehingga menitis air matanya.

nota tambahan pada point ke-empat:

ikatan kasih sayang yang dibina secara ikhlas dan sentiasa mengharapkan keredhaan Allah adalah hubungan yang ada keberkatan padanya,restu dan mendapat pahala.Akan tetapi hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama,adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus kepada dosa dan maksiat!


sedia...

bertukar..!!

 
 
gonna miss this moment

(credit to ijat for all those pictures)


ukhuwah yang terjalin ini terasa sungguh indah 
manis sekali,


ingin rasa? 


cubalah sendiri ;)

8 comments:

syed said...

ok,nani dh pakai spek~~ welcome to the club.. (^__^)

Maryam Hanani Abdul Razak said...

itula pasal... barula tau perasaan org pkai spek mcm mne.skrang nak gigih makan vitamin A! ;D

MiSs iiMa said...

apesal nani yg paling control ayu..poorah

Maryam Hanani Abdul Razak said...

dah memang ayu nak buat macam manee

Muhd Iqbal Samsudin said...

ana jugak dah di rekrut Syed untuk join da club, ye dak Syed? hehe..

makan jus carrot ja selalu ni..

syed said...

iqbal ataupun nani,dua2 tak direkrut...dua2 rela pakai spek,sbb x reti nak jaga mata elok2,hish~~ (bajet nasihat org) (^__^)V

Maryam Hanani Abdul Razak said...

aah ye,baru perasan skolah dulu iqbal mna pakai spek.eh pakai ke?

jud carrot kat mesir bolehla pekat wa likat.jus kat sini gula yg lebih!xbgus2 :p

syed:paku dulang paku serpih..... :D

Muhd Iqbal Samsudin said...

tak pakai pun,
mai mesir baru pakai, sebab agak kritikal dah.

buat la sendri jus carrot tu, kurangkan gula. Tambah susu pun sodap :)