Assalamulaikum wbt :)
Alang alang masih panas lepas tulis satu entri, baik aku
teruskan saja dengan entri yang seterusnya.hehe. kemungkinan hujung minggu ni
aku ada hal sedikit.kang nanti tertangguh-tangguh lagi. Ada pula nanti yang
menghantar mesej menanyakan kapan mahu update blog :p sungguh aku tak lupa,
internet kat rumah ni lambat macam siput. siput jalan pun laju lagi.
Minggu lepas buat sekian kalinya, aku menjejakkan kaki ke
Terengganu Darul Iman setelah kira-kira 13 tahun kami pindah keluar dari Terengganu.
Tak ingat dah duduk kat area mana tapi yang pasti tadika aku kat depan rumah aje
ehehe :) Tujuan ke tranung kali ni bukan untuk melancong atau mengimbas
nostalgia lalu, tapi sebenarnya untuk hadiri Kolokium Kepimpinan Mahasiswi
Nasional (KKPN) yang diadakan di besut. Waktu nok kelik tu adola jalang-jalang
sikit, beli ole-ole. ß
jangan tiru bahasa ni.bahasa hentam ajelah namenya.
Kami bertolak pada malam khamis, berkumpul semua di kl
sentral. Dan sampai di ILIM, besut kira-kira jam tujuh setengah pagi
gitu.Subhanallah, tempat nya sungguh nyaman dan indah sekali! Dahla dekat dengan
pantai. Allah maha mengetahui bahawa hambaNya seorang ini sangat cinta pada
pantai!
Ada satu perkara lagi yang aku tak kan lupa selamanya. Pada
hari yang kedua, selepas BBQ, biasalah, malam tu adalah malam kemuncak. Malam
yang dipanggil sebagai culture night.Seakan tahu kemampuan kami, kumpulan aku
(kump 5) diberi tugasan bertajuk: Sajak berirama- Wanita dan Bunga. Sajak??!
aku mana pernah bersajak, inikan pula nak mengarangnya. Suruh menyanyi boleh
tahan lagi :p Aduh sakit perut dibuatnya.Tempoh persediaan sudah lah singkat.
Terus dalam pikiran aku terlintas seorang sahabat baik semasa di smap kajang
dulu. Yaa… naimah! Seorang yang sangat hebat dalam bidang sastera begini!
Terus aku hantar mesej meminta pertolongan, dan siapa
sangka, selang beberapa jam, satu mesej panjang masuk ke dalam inbox.Terkebil-kebil
mataku membaca..
Tatkala alis mataku
merenung
Pada sebuah citra nan
indah
Jiwaku bagai dinaungi
awan cinta
Terpaku..pada
keindahan sang debunga
Duhan sebaik hiasan
dunia
Dirimu persis
kuntuman mawar
Mekar di taman
larangan
Indah dipandang,
namun sukar disentuh
Kerana..
Dilingkari duri-duri
keimanan
Dilitupi kelopak
ketaqwaan
Diseri haruman
ketaatan
Dan disemai baja
keredhaan
Bukan mudah untuk
dihampiri
Apatah lagi untuk
dimiliki
Kerana..tidak mudah
meraih cintamu
Sesukar mencantas
dahan ketaatan
Pada pohon keimanan
Hanya, hanya pemuda
yang cintakan Tuhannya
Bisa memiliki
sekuntum mawar berduri
Di taman Firdausi..
Subhanallah.subhanallah, ana sangat kagum dengan anti
naimah! Dengan sajak yang anti nukilkan ini, dengan bangga ana bentangkan
hasilnya pada kumpulan. Ada sedikit rangkap lagi yang ana tambah kerana bukan
ana sorang saja yang baca, tapi setiap seorang dalam kumpulan ana turut
mengambil bahagian. Alhamdulillah, terima kasih sahabatku cinta! ;)
Haa..terasa panjang pulak celoteh kali ni. Melepaskan gian agaknye.
Untuk setiap perkara yang Kau telah aturkan padaku, terima
kasih yaAllah, aku sangat sangat menghargainya dan juga sangat sangat bersyukur
terhadapnya. I luv u soo much :)
p/s: Fatin, ana bukan nak buat anti rase jeles, tapi serius
ana rase program kali ni memang lagi bes daripada yang dulu kita pergi. Nama
pun untuk mahasiswi makanya memang cocoklah aktivitinya dengan kita.hehe. Tapi
jangan risau, memang betul ada hikmahnya. Hari ahad tu kami sampai malam dalam
pukul 10 macam tu. Ana pun terpaksa tumpang bilik kakak uia dulu sebelum balik
rumah keesokannya. Bayangkan kalu anti ikut, terkejar-kerjarla nak gi daftar 2
julai tu :D Ada apa-apa maklumat lagi, pasti ana akan informkan k! :)
HIDUP BIAR BERJASA.
surau yang tersergam indah.dikelilingi bukit dan pantai..tempat yang pasti akan dirindui!
di mana bisa ku cari ketenangan seperti yang ku rasakan saat ini.
kak dyll yang menghandle aktiviti yang dinamakan semut gila
kumpulan 5-semasa persediaan untuk latihan sajak :p
penceramah dan bakal penceramah.ameen...
berdoa sebelum memulakan perjalanan-menemu bual masyarakat luar
semasa proses interview-berrmacam ragam, berrrmacam pendapat
berpeluang untuk solat dan membaca mathurat di tepi pantai.subhanallah, pengalaman yang cukup berharga, cukup menginsafkan.
Kak rosita dari usim. kak ita punya ilmu agama yang sangat mantap! Sepanjang kolokium,dialah penghuluwati.Ditakdirkan pula aku sebagai roomatenya. yaAllah,,aku sangat-sangat bersyukur!.kak ita orang sabah, dan aku byk belajar benda baru darinya.trima qasih bah!
KKPN anjuran JAKIM & PKPIM berakhir dengan penuh nostalgia yang indah :) :)
Aku sentiasa berdoa supaya Allah menjadikan aku
baik. Aku sentiasa berdoa agar Allah menempatkan aku bersama
orang yang baik-baik. Dan yang pasti dan selamanya, aku sentiasa berdoa agar
Allah mengampunkan dosa lamaku yang hina. Ameen. Ameen ya rabb..
"Setiap urusan ada masanya. Aku ikhlaskan tangan Tuhan
membimbingku meraih seluruh impian ini."
alhamdulillah,
last update
11:17 pm
5/7/2012
10 comments:
again n again speechless. :D
best gilo. :)
nani..lawalah gmbar..pakai camera gapo..uploadlah gambar rumah..kak rindu sampai termimpi2 tengok rmh berwajah baru..heheh (dlm mimpi napok kolam papa dah bertukar jadi cam water world gitu..)
ahaa,nani pakai kamera pinjam ja.olympus umi punye.biasela..tengok tangan.he he.btui dah la tu water world.haha.nanti nani upload,memory card rosak pulak.kak cah bilo nak balik mesia??boleh jahit tirai baru yg cantik2 utk bilik nani.dh siap dah rumah :D
SELAMAT BERPUASA , Nani :)))
btw , smbung blajar mana pasni ,,
xciter pun UPU aritu acano kn
nani,,ini yg aritu nani ajak dtg eh ?
cik adham:ramadhan kareem ya amm :) mintak maaf lambat bebeno nani reply.oh ya,nt nani btau ye.btw adham la ni kat mesir kan.kat mana ntah?
fairuz!: yap,betui la tu.bess.lg bes kalu peos ada.hehe :)
eceh. nani. :P guna oz sudah lahh,, peos itu utk bdk2 skolah. hihii. nnt kalo ada lagi program2 cenggini. cuba je ajak aku. if aku free , aku akan join kau. InsyaAllah. :)))
Nice :D
Sape pengnjur prgrm ni eh?
jakim dan pkpim.:)
Post a Comment