Monday, August 13, 2012

Orang yang asli di Ulu Slim,Perak

Orang yang asli, itulah orang asli :)

Assalamualaikum wbt,
pemandangan Pos Bersih 3. kampung sweet kampung :)

Pada jumaat itu, saya ada empat event yang bertembung. Iftar bersama staf-staf majalah fardu ain, projek baca quran di lrt dan berbuka di kampung baru, iftar di sekolah lama smap kajang dan program sukarelawan yang akan bertolak ke perak hari itu juga.

Pening membuat keputusan gara-gara nak jaga hati semua pihak, saya cakap kat papa, "papa nak nani pegi yang mana satu?"

papa dengan hati yang berbunga mestila suruh saya pegi program sukarelawan tu..memang dah tau dah jawapan papa tapi saje gatal nak tanya. Saya pun siap-siaplah untuk ke program orang asli di perak.Bak kata ijah, "keputusan dari papa is the best, baik hang ikut."


Kalau sebelum ni masuk hutan dengan papa memang saya tak bawak banyak barang. Cuma pakai kasut bertutup, baju dua tiga helai, toiletries dan tuala. Samalah jugak untuk program ni pun. Dah papa pun tak cakap ape-ape, cuma cakap program orang asli. Ingatkan macam biasa dok masuk tula..Rupe-rupenye..haa..dah macam orang asli saya kat sana. Orang lain tido atas sleeping bed, saya pulak jenuh mencari kain untuk buat alas dan selimut. Mujur ramai yg bawa selipar, boleh pinjam meminjam :)

Rupanya program ni adalah program khusus MRA (malaysian relief agency) yang diadakan untuk melatih lebih ramai sukarelawan. First time saya ikut program MRA walaupun bapak dok ikut sokmo. Ni jugak first time saya masuk kampung orang asli dengan jumlah student yang sangat ramai dari seluruh u kat dunia.(cewah betui ke?) yela batui la.Kebanyakannya dari mesir. macam university al-azhar, mansoura, zaqaziq, iskandariah, emm uia, insaaniah ada jugak dari russia.dan macam2 lagi..

A'lla kulli hal, alhamdulillah.pengalaman 4 hari di pos bersih adalah satu pengalaman yang tak mungkin saya lupakan. Ni la satu satunya kampung orang asli yang sangat mesra alam lebih-lebih geng-geng muda mudi. budak-budak tak payah cakap, diorang memang hyperactive. Kat kampung mana-mana pun sama..Tapi golongan mak-mak dan bapak-bapak ni susah sikit nak mesra. Alhamdulillah di kampung ini nyata berbeza. :)

yay!

Di pos bersih, kawasan takluknya sangat besar. Jadi untuk program ni, kami semua dibahagikan kepada empat kumpulan untuk pergi ke 4 tempat yang berlainan yakni pos bersih 1, pos bersih 2, pos bersih 3.0 dan keding :D satu kumpulan 15 orang.

Bila sampai kat kampung, pandai-pandailah cakap dengan tok batin, mintak izin dulu sebab nak buat aktiviti kat anak-anak buah dia. Mestila tanya bos dulu kan...tapi tu semua urusan tok ketua kami. Setelah berbelit-belit sembang dengan tok batin, alhamdulillah akhirnya dapat juga kami menumpang kat satu rumah kosong hasil ihsan seorang mak cik tua.

sesi medical check up bersama tok batin yang sangat cool.:)

Di rumah itulah segalanya bermula. Satu-satu anak kecil datang mengintai-intai di celah tingkap. Apela kakak abang ni nak buat ye. Kalau tak silap saya nak dekat berbelas juga aktiviti yang kami buat sepanjang 3 hari di pos bersih 3. Antaranya termasuklah mengajar cara menggosok gigi-demo dia encik Murali :D syampu rambut dengan ubat kutu yang dibekalkan, sukaneka, main bola, agihan barang makanan, medical check-up,bertukar-tukar resepi, cak raya (makan beramai-ramai) baca yassin skali walaupun dorang ni kebanyakannya ateis dan hanya 3 keluarga yang islam. dan banyak lagi. Alhamdulillah ya Allah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada aktiviti yang kitorang tak plan pun pada mulanya.

"ikut macam saya yaa"

tandas berangin.:D

Lagi satu yang syok nya, kat kampung ni tak dak toilet. Memang best haha.. Yang ada cuma ruang kecik yang ditutup dengan kayu jenis ape ntah, dan yang pasti, 24-hour water supply from the river behind it. hehe. So pandaila-pandailah cari tempat yang strategik untuk membuang apa yang patut :D Kumpulan kami beruntung sebenarnya sebab dapat tempat yang dekat dengan sungai yang bersih lagi cantik. Budak-budak sangat suka kalau di ajak mandi kat sungai. Ibarat bermain di taman permainan :)

nak terjun tu tak pikir ape dah. terjun sajaa..

Itulah sedikit sebanyak kisahku di kampung pedalaman orang asli Pos Bersih, Ulu Slim. Keputusan papa memang yang terbaik. Saya mungkin tertinggal satu kenangan dan pengalaman yang sangat indah seandainya tidak ikut sama program ni. Harapnya kumpulan Mike Charlie Alpha akan terus kekal berhubung walaupun pasni semua dah nak masuk ke u masing-masing. Ada program lagi nanti join ya! :)


thanks to arham for all those pictures :)

"In life you will realize that there is purpose for everyone you meet. Some will test you, some will use you and some will teach you. But most important are the ones who bring out the best in you, respect you and accept you for who you are. Those are the ones worth keeping around."

Alhamdulillah :)

15 comments:

Syaufiq Effendy said...

why must u mention that berbelit belit? -..- haha

takdirlah kan dapat jumpa semua. eceh

anyway, syaef stands for syaufiq and effendy. :)

Unknown said...

Nani buatla facebook, kitorang planning nak lawat diorang lagi pertengahan September nanti, pergi sendiri naik kereta nak kasi gambar2 yang snap haritu.

Diorang pun selalu mesej n tanya khabar cakap rindu.

Muhd Iqbal Samsudin said...

teringin pulak hati ini nak join sekali :)

Nani sangat beruntung sebab ada papa yang macam tu ^^

syueee said...

nani, ulu slim tu dekat dgn slim river ke?

Fairuz Mahamod said...

nanii,, picture yg terakhir , tudung kau .. tak pernah aku lihat kau pakai begitu. kahkahkah. :P ok, aku jeles. nakk jugakkkkk ,, buat sukarelawan niii :)))

izzatzaid said...

bestnya nani. Ive been longing to do this kind of volunteering programs. :)
Kalau ada lagi ckp kat papa anti ana nak ikut sekali! hehe

Maryam Hanani Abdul Razak said...

syaef: haha sebab part tu yang paling best :D nani nak tergelak aje time tu.hehe. insyaAllah, ameen! :)

arham: ala kenapa mesti pertengahan september......nani dh kat sabah waktu tu.alahai..tak aci.budak2 ada jugak call nani tapi malangnya nani tak kenal yang mana satu.adeh:D

Maryam Hanani Abdul Razak said...

iqbal: alhamdulillah:)xpe iqbal, boleh join insyaAllah.dengar khabar nanti akan ada mra mesir.:D

hope this will help:
https://www.facebook.com/MalaysianReliefAgency

http://www.mra.my/v2/index.php/Get-Involved/sahabat-mra-online-registration.html

nani ambil kat blog kawan. hehe.kalau tak silap biasanya dia akn btau kat situ kalau ada apa2 program:)

Maryam Hanani Abdul Razak said...

syue:yap kat slim river.awat, dekat dengan kampung syue ke? :D

oz: haha tu tudung instant laa.bak kate kau,ape ntah? tudung 5 saat? hehe.senang, tak payah nak meng iron.aku rase dengan perwatakan kau ni,memang sesuai la main dengan budak2 tu.:D

Maryam Hanani Abdul Razak said...

ijat!: insyaAllah :D tau dah anti ni mana boleh dok diam.ade aje keje nak buat.hehe.

syueee said...

bukan dekat dengan kg kita la nani, tapi kita kan duduk dekat area slim river. mungkin dekat la kot. nnti kalau pergi, boleh la ajak kita nani!!!!!

Muhd Iqbal Samsudin said...

Oh ya ka ada yang mesir punya, mudah la sikit nak join kan. Tahun depan insya-Allah balik boleh la kot nak join benda-benda macam ni..

Jazakillahukhairan :)

Unknown said...

nani nani nani!! :)

amaliazra said...

Naniii amalia yang dekat ni xnak diajak. Haha. Seronoknya!

muhdrazif said...

pos bersih 3.0?hoho..
bestnya nani!
ni ngo yg papa nani organised k?
untung gle laa nani..
keep on doin this!
#pkai spec laa.dh mcm muka muallaf cina dh tu.heheh
*kalau thu nani buat ni dri dlu,mcm2 razif nk tnya. =.="