It has been a long time aku nak post pasal benda ni. Pasal tempat baru yang aku tercampak ni. Ape la, sepatutnya aku buat entri ni masa first2 time masuk ums dulu. Lama ku tangguh niat tu. Tapi apa kan daya, maryam hanani memang 'rajin' update blog dia. :P
Tak pernah terbayang dalam fikiran dan minda ku yang sempit ni yang satu hari nanti aku akan menjalani kehidupan di sabah. Mula2 tu memberontak la jugak, niat di hati nak blajar kat UM, last2 tertambah S pulak kat belakang dia. Hm, dengan restu ibuayah, aku teruskan la jugak langkah ni, sambil mencari-cari apa hikmah disebalik rencana yang diaturkan Tuhan ni.
Alhamdulillah mula-mula sampai tu tersenyum dah, U aku sebelah pantai bestnyaaa! eh, sebelah dia pulak shopping mall! haha tersengih la aku. Sungguh Allah Maha mengetahui naluri keperempuananku ini. Dan pulak, UMS ni antara u yang paling besar dan paling cantik di asia (seriusly memang cantik!) ada sikit bangga disitu. ;P Tak kisahla, yang penting dan paling penting bi'ah atau environment dia tu macam mana. Environment ni la yang akan banyak membentuk siapa aku dan cara aku berpikir. Cewwah yeke? Yes, bagi aku sangat betul.
Aku selalu dipesan, kat mana pun pegi, mesti cari Islam kat sana. Klu xda, wujudkan suasananya. Ni la yang papa aku buat masa belajar di Dublin dulu. Before that time, very little or nothing is known about Islam and muslim in that country. Papa found it's hard to find daging halal so he decided to work at the meat shop and did the sembelihan acc to Islam so that the seller could sell the halal one! At that time also there was no mosque or even surau so papa n his frens had to rent hall to pray Jumuah and the Eid prayers. alhamdulillah bit by bit, people later realised what was he doing and joined him to spread the Islam. subhanallah, aku mungkin tak sampai macam tu sekali. Tapi itulah yang aku maksudkan, kat mana pun kita pergi, kita berada, jangan terhanyut dengan surrounding kalau surrounding tu x baik. Instead, kita lah yang kena betulkan keadaan tu. Tapi klu dah ok, jadilah kita yang meraikan suasana tu :)
Eh aku ni macam dah terpesong je dari tajuk. bila dapat bercakap tak bleh nak stop plak. hehe. bukan senang eh nak update ni. So untuk meringkaskan cerita, aku suka letak gamba saja supaya tak payah aku nak bercerita panjang lagi. Jom round2 ums ;)
dewan canselor dia besaa dan cantik sangat. very astonishing!
ni la kolej kediamanku nun di atas bukit. tu pasal la ijah, line slalu problem. wifi apatah lagi.
so jangan salahkan nani kol slalu putus ;P
sejak bila ada tanduk?
sekitar kampus
sekitar sekolah perubatan yang sunyi sepi
(instead of fakulti, kat sni dia panggil sekolah heh)
kalau berjalan kaki mcam ni hari2 pegi kelas boleh kurus eden
with some of my colleagues :)
di library.poyyo je tu ;P
subhanallah sangat cantik kan. ni la pantai di belakang ums.
tempat ku bermain slepas habis exam.
yay!
alhamdulillah...
" ...boleh jadi kamu benci akan sesuatu padahal ia baik untuk kamu dan boleh jadi kamu suka akan sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" [al-baqarah:216]
Sekian saja, assalamualaikum :)
nota kaki 1: Tak sabar nak jumpa keluarga angkat di Kudat besok. Tapi cuak pulak baru first time nak jumpa. Harap dorang boleh terima aku seadanya. Inikah perasaannya bila nak gi jumpa mak mertua nanti? eheh ^^"
9 comments:
Menarik pengalaman papa Nani, sangat kagum dengan dia, terutama selepas ambik medik. *Dulu tak rasa nak ambik medik langsung, akhirnya ke jalan ini juga Allah bawa*.
Teringin jugak sebenarnya nak tahu sistem belajar medik kat Malaysia macam mana...
insyaAllah, ade la tu hikmahnya :)
nanti hbis bljar kat sna mai la sambung master kat sni. nanti baaru tau cam na. sungguh berbeda..;)
woah! cantiknya UMS! alahaii.. :D ukm biasa2 je.. tapi environment ukm still best compared to um! haha
nani plak rsa environment um lg best dr ums :PP
haha. kita punya view mmg lain! :D nnti kalau senang, try la dtg ukm KL - kolej tun syed nasir :p
kitaorg ada tasik titiwangsa :D cewahh. haha
ukm kl tu ukm bangi? bole ba kalakau..iA ;)
ukm KL di tasik titiwangsa bahh. dekat chow kit :D
Inspiring gila cerita papa awak tu nani. Pergi Dublin haritu dan sekarang memang flourish gila muslim community dekat sana.
Shows how the little things matter in the long run.
Inspiring gila cerita papa awak tu nani. Pergi Dublin haritu dan sekarang memang flourish gila muslim community dekat sana.
Shows how the little things matter in the long run.
Post a Comment