Thursday, July 11, 2013

Target ramadhan kali ini

Assalamualaikum wbt. Malam yang indah, tenang dan nyaman. Alhamdulillah..:)

Bagus la tu, skarang dah pukul 12.30am, dan aku masih tekad untuk update blog yang kekurangan kasih sayang ni. Tapi tak pa, ada banyak 'jam loceng' untuk gerak sahur besok. 'Jam2 loceng' ni selagi orang tak bangun, selagi tu la 'berdering' sampai haihh, tak tau la nak cakap. Pendek kata lebih baik bangun, kang ada yang kena simbah air tak pasal2. hehe dasyat2.

Ni la kenangan yang tak kan dapat dicari dalam bulan2 yang lain. Ramadhan kareem. Alhamdulillahh...aku berjumpa lagi dengan ramadhan tahun ini!

Masuk hari ni, dah kira hari kedua aku berpuasa di rumah bersama keluarga tercinta. Adik beradik yang blajaq jauh2 pakat balik rumah. Adik yg blajar di kedah, kakk yg di mesir, dan aku sndiri yg dr sabah ni antara yg terawal sampai rumah untuk sambut 1 ramadhan bersama. 11 orang semuanya di bawah satu bumbung. Dah macam asrama dah bilik aku ni. hehe. Ni tak termasuk lagi 6 adik beradik aku yg belum balik. Tak sabaqq nak tunggu saat itu :))

Sudah menjadi kebiaasaan, tiap kali anak2 balik berkumpul di rumah. atau bila ada event2 yg tertentu, Papa akan buat tazkirah/usrah kecil tiap kali lepas solat. Biasanya lepas solat subuh atau lepas solat maghrib. Tazkirah ramadhan kali ni, aku nak kongsi sikit apa yg aku dapat dalam tazkirah papa 2 hari yang lepas. InshaAllah, mudah-mudahan bermanfaat untuk semua.

dah sampai bulan ramadhan, jangan lepaskan peluang yang ada :)


Dalam bulan ramadhan ni, kita semua tau, ada dua event besar yang berlaku di dalamnya. Ape dia??
Ia itu adalah... bulan di mana turunnya al-quran (sekaligus mengangkat Nabi Muhammad saw menjadi rasul) dan malam lailatul qadr iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Sebab ada 2 perkara besar yang berlaku ni lah, kita kena rancang baik-baik, mestii ada target untuk dicapai dalam bulan ni. Sebab ni bukan benda kecik yang Allah saja2 buat. Nanti bila dah habis sebulan, cuba tanya pada diri, "berjayakah aku mencapai matlamat puasa yang Allah kata dalam quran, iaitu la'allakum tattaqun (mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa)??" haa..nanti tanya jangan tak tanya..;)

So...antara target-target yang kami bincang, yang mesti! dilakukan, inshaAllah mudah mudahan diberi kekuatan, termasuklah :

1. Sembahyang berjemaah - kalau perempuan xpe la, bleh lagi berjemaah di rumah. tapi kalau laki, kalau boleh nak 100% berjemaah di masjid/surau.

2. Sembahyang2 sunat- sunat rawatib, sunat dhuha, taubat hajat mahupun tarawih. Sebab aku pernah baca, kalau nak jaga amalan wajib, perbanyakkanlah amalan sunat kerana biasanya orang yg banyak amalan sunatnya, akan menjaga amalan wajibnya.

3. Baca quran - pertama, sebab bulan ni bulan turunnya al-quran, jadi tak kena sungguh la kalau kita tak baca al-quran. Kedua, Nabi Muhammad saw sendiri pun bertadarrus dengan Jibril setiap malam.

4. Fastabiqul khairat - berlumba lumba untuk buat kebaikan. Kalau sebelum ni kena suruh dulu baru nak buat, kali ni jangan pikir lama dah, jangan pikir siapa punya kerja dah. Buat selagi yg termampu. dan buat kerja tu, niat kerana Allah.:) bersedekah pun boleh masuk di bawah point ni.

5. Perbanyakkan zikrullah - Especially kalimah 'la ilaha illallah'- besar ertinya dan banyak fadhilatnya di sisi Islam.

6. Perbanyakkan istighfar -  Ini kalau boleh, tak lekang dari mulut kita seharian. Kadang2 malu nak minta sesuatu daripada Tuhan bila fikir kita ni bawa banyak sangat dosa di belakang. Istighfarlah selalu, kerana kita hamba berdosa, tak lepas dari berbuat dosa. Allah Maha Pengasih, Maha Menerima Taubat, Maha Pengampun, Maha Penyayang :)

InshaAllah, itu saja yang aku mahu kongsikan, antara target2 yang aku cuba untuk capai dalam bulan barakah ini. Sebenarnya mata ni pun dah tak tertahan apalagi melihat adik beradik yang lain dengan bahagianya berguling2 atas katil. Ada juga yang dah mengigau sampai buat aku tergelak sorang2 malam camni haha. Lucu la diorang ni.. (tapi aku pun dua kali lima ja hihi)

Akhir kalam, selamat menyambut ramadhan buat semua, mohon maaf salah dan silap. Semoga bertambah amalan dan meningkat keimanan dan taqwa kita pada ramadhan kali ini, inshaAllah ameen ameen ya rabbal a'lamin. :)

Assalamualaikum wbt..;)

6 comments:

MiSs iiMa said...

la ingatkan nk sambung qiamullai rupanya tak tahan nk join bergolek sama ;P Salam Ramadhan..insyaAllah Weekend ni kak tim balik nk rasa masakan nani :D

AdHam Cik said...

*anggukangguk :)

Unknown said...

baguih2..

Maryam Hanani Abdul Razak said...

kak tim: hahaha.qiamullail kena buat lepas bngun dr tido da. alamak masakan nani??

adek: bace tu asiah. hg kne jugak masak sabtu ni.

adham: angguk!;)

Anonymous said...

Nk tambah satu saja dkat sini..BANYAKKAN BERDOA...kerana doa itu merupakan senjata orang mukmin....

Maryam Hanani Abdul Razak said...

Betul, syukran atas peringatan :))