Tuesday, December 28, 2010

Sori untuk seketika!

Salam petang utk semua...!sekarang ni saya dah duduk kat umah.Baru balik baru-baru ni.Sorilah tak bleh nak update blog ni atas beberapa faktor.Faktor dominannya ialah semestinya sebab laptop ni ha..keyboard dia dah rongak dek dikorek adek2 saya yang hyperaktif.Adeh..nak menaip pun tak selera.Mana taknya nak taip satu ayat pun jenuh nak cari huruf dia kat laptop ni..huhu.mcm saya sedang alami skrang ni la..sabar jelah.So,maybe utk beberapa hari saya akan tgglkn blog ni smpaila ada rezeki tuk sya bwak laptop yang bertuah ni ke kedai..


hah,lebih kurang camnila..tp mslhnya bukan dua ja,banyak!
 Lagipun...saya skang ni tengah sibuk kemas bilik saya yg kena banjir.ditakdirkan tangki air rumah yg terletak btul2 atas bilik saya ni pecah.Hbis suma baju2 cantik n tilam basah!huhu.penat jgkla nak angkut balik baju2 ni g basuh.Baju2 yang tak basah pun angkut pi suma.senang cerita tak yah nak kelas2.Hm..tula sedikit kepayahan sepanjang minggu ni.Harap2 adala kakk2 yang balik tuk same2 meringankan beban saya yang tunggang tebalik mengangkut katil n almari ke bawah..hehe :)
Oklah..pe2 pun pun,peringatan untuk saya jgak spy melakukan suma kerja ni kerana Allah..kalau tak sia2lah belaka.dapat sakit urat n lenguh tulang free2 ja.Saya yakin pasti ada hkmahya.Maybe salah satunya supaya adala jgk kerja tuk saya buat daripada melengguk sepanjang hari tanpa tujuan.hihi.okay,bye2 semua!wassalam ;D

Thursday, December 23, 2010

Buat adik2 PMR 2010


Seperti yang sudah sedia maklum..hari ni result PMR dah keluar!teringat pulak waktu saya tingkatan 3 dulu,umi yang teman saya gi sekolah amik result..waktu dalam kete on the way nk g sekolah..yaAllah Tuhan jelah yang tahu betapa berdebarnya nak amik result!waktu tu mulalah pikir yang bukan2.siap pikir sekali ape alasan nak bg kalau result tak cantik.haha boleh pulak..igt lagi saya penah kata nak belanja umi kfc kalau dapat straight A.tapi tengok2 sampai sekarang tak beli pun.hehe mintak hahal ye umi.nanti nani beli bila dah kerja nanti insya-Allah :D


Apa2 pun semua tu dah berlalu..sekarang ni saya tengah tunggu result SPM pulak!huhu cepatkan masa berlalu..entah kali ni apa pula natijahnya.Bak kata Kak Tim,otak mesti selalu fikir positif, barula result positif! Semoga semua usaha saya ditrima olehNya dan mudah-mudahan saya dan kawan2 dikurniakan kejayaan yang cemerlang yakni 11A plus dalam SPM tahun ni..ameen!
Buat adik2 PMR tahun 2010,gud luck amik result nanti ok ;) apapun natijah yang bakal korang dapat nanti..terimalah dengan hati yang terbuka.Yang cemerlang tu, banyak2kanla bertahmid dan sujud syukur padaNya.Bagi mereka yang sudah berusaha tetapi kurang bernasib baik..la tahzan!pasti ada hikmah besar disebaliknya.Barangkali Allah punya perangcangan yang lebih baik utk kalian.Pokoknya,sentiasalah bersangka baik padaNya! :D

Wednesday, December 22, 2010

Balik kampung

Pada 20hb yang lalu,sampai jgk saya akhirnya kat kampung kesayangan yang dah lma saya tinggalkn sejak pindah mai selangor ni.Kampung cek tak lain tak bukan kat Negeri Kedah Darul Aman iaitu kat Kg Sadu,Sik .Banyak gak aktiviti buat bila dok sini.Maklumla pak2 menakan pun banyak tinggal kat kedah ni..sat2 depa panggil pi tidoq kat rumah depa..hehe..alhamdulillah murah rezeki cek.Dan...baru2 ni jugak smkas (yakni skolah lama dlu: Sek Men Agama Sik) ada buat jamuan form 5 yang merangkap jamuan reunion tuk ex2-smkas cam saya ni.Malam tu memang bes!bkn takat boleh jmpa kawan2 yang dh jauh bertebaran malah dapat jugak jumpa cikgu2 tersayang..terutamanya ketua warden kami yang memang sabaq jaga kami ni selama hmpir 5 tahun..sapa lagi kalau bukan Cikgu Hafizan Awang :)

Haa..ni dia Cg Fizan kita dikerumuni kakk2 cantik

ni la smkas..cantik kan!

Keesokan harinya pulak yakni 21hb..saya dengan geng2 kampung yang lain seperti Irham sebagai drebar..Maisarah dan Iman sebagai personal assistant telah pegi jalan2 ke rumah kawan saya sorg ni..nama dia Nur Naimah Sabari.Dah lama btul teringin nk pi umah dia ni sebabnya dia pun dok dekat2 sik (kg saya) ni jgk.Kami pi round satu kg naimah ni..suasana nyaman sekali dengan deretan bukit yang berkabus sebagai background,duh sungguh mendamaikan!Nanti saya upload gambaq2 dia naa..


tgk bukit kat belakang tu.nyaman oo :D

sempat lg singgah rumah kwn naimah.rezeki kami mnum teh secawan


bye2 naimah!moga kita jumpa lg pd masa akn dtg! ;)

Hari ni,22hb saya g mnginap kat umah pak teh iaitu bapa kepada sepupu saya td,Incik Irham.Kebetulan pulak hari ni besday pak teh..hehe rezeki saya dapat makan kek dan otak2 dan satay 12 btg.kenyang bangett..alhmdulillah2 ;) Apa2 pun nani doakan pak teh dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur dalam kebaikan..ameen!
oklah..banyak pulak berceloteh hari ni.Tak sabaq nak tunggu besok.kat mana pulak kaki ni nk bawak.btw,bahasa kedah cek nmpknya msih bgus :D hehe.Babai!

Saturday, December 18, 2010

Sekapur Sireh :)

Akhirnya,inilah masa yg saya tunggu2 selame ini..berjaya jga sya hasilkan sbuah blog hak milik kekal.A big thanks I bid to K Tim who helps me a lot in creating this blog!Actually dari dulu lagi teringin nak buat blog..even adik saya,si Asiah pun dah start buat blog dia sendiri.Takdir Tuhan,hari ni Kak Tim dengan rela hatinya ajaq saya buat blog.hehe..sebagai orang baru semestinya banyak lagi benda nak kna blajar. tapi xpe,den ada cuti tiga bulan lagi..(hehehe) moga2 manfaatla jgk masa saya dengan memblogging kat sini. Smoga jugak dgn adanya blog ni,dapatlah sya coretkan perjalanan2 hidup yg lalu dan yg akan datang sebagai kenangan dan iktibar.Sebagai manusia biasa sememangnya saya pun tak terlepas drpd melakukan kesalahan.Kalau ada salah dan silap,saya sedia utk menerima teguran tersebut dengan hati terbuka.Kakak saya sorg ni penah bagi satu nasihat yang berbunyi "Semua orang ada buat silap,kalau kita tak boleh trima ksilapan orang lain,mungkinkah orang lain boleh trima kesilapan kita?".hmm..btul2..
last but not least,enjoy reading this blog ok! :D