Assalamualaikum wbt..
Pagi Jumaat yang mulia hari ini,saya dikhabarkan oleh seorang sahabat mengenai sahabat saya Nur Diyana bt Shamsuddin telah kembali ke rahmatullah pada pukul 6.30 pagi ini.Antara sedar atau tidak,diri ini seakan tidak percaya dengan berita yang disampaikan..
Sebenarnya saya baru shj mengenali arwah ketika diberitahu oleh seorang sahabat yang sering menjaganya di hospital.Perkenalan pertama hanya pada nama,kami tidak pernah bertemu apatah lagi mengenali hati budi masing2.Arwah merupakan anak yatim,dan hanya tinggal bersama neneknya.Disebabkan kami ni sebaya,saya kagum dgn kecekalan dirinya dlm menghadapi ujian Tuhan...kerana arwah..mengidap leukemia.
Bayangkan di saat remaja-remaja yang lain bersuka ria menikmati nikmat sihat dan masa lapang yang dipinjamkan Tuhan-hatta saya sekalipun,tetapi arwah berjuang mati-matian untuk nyawanya.Menghabiskan sisa waktu yg ada sebagai persediaan di hari kemudian.Tanpa melihat wajahnya dan mngenali dirinya pun sudah cukup membuktikan arwah, seorang yang cekal dan tabah dalam mengharungi apa yg telah direncanakan Tuhan..
Saya memujuk diri dengan meyakini bahawa semua perkara yang berlaku telah ditetapkan dan mungkin ini adalah yang terbaik.Allah lebih menyayangimu,sahabatku..Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..Al-Fatihah..
No comments:
Post a Comment