Diriwayatkan daripada Anas r.a, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud,"Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu malaikat berhubung peringkat kejadian anak dalam kandungan rahim ibunya dan keadaan akan dilalui, apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, malaikat bertanya:" Ya Tuhanku! Air benih ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Ya Tuhanku! Darah seketul ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Ya Tuhanku! Daging segumpal ini akan disempurnakan kejadianya atau tidak? Maka apabila Allah hendak menyempurnakan jadinya seorang anak, malaikat bertanya lagi: Ya Tuhanku! Adakah ia seorang (yang bernasib) celaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya? (Selepas malaikat mendapat jawapannya) maka ia menulis seperti yang diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya."
Lihatlah di sini bahawa kejadian kita dahulunya telah disempurnakan dan dituliskan oleh malaikat dengan izin yang Maha Esa.Tidak terfikirkah betapa uniknya kita??Alhamdulillah sy di antara manusia yang diciptakanNya untuk hadir ke dunia ini,sebagai manusia yang sempurna dan sebaik-sebaik kejadian.
Berikut adalah peringkat-peringkat kejadian manusia menurut al-Quran yang digambarkan secara ringkas:
Nutfah(selepas persenyawaan) --->A'laqah(segumpal darah)--->Mudghah (seketul
daging) --->Tulang yang dibaluti daging ---> Embrio ---> Peringkat peniupan roh
(iaitu di mana berlakunya perjanjian antara manusia dengan Khaliq seperti yang
dinyatakan di dalam surah al-A'raf ayat 172)
"Dan igatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulb (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman), "Bukankah Aku ini Tuhanmu?"Mereka menjawab,"Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, Sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini"
Kesimpulannya,ingatlah bahawasanya ada empat perkara yang telah ditetapkan oleh Allah sebelum seseorang itu lahir ke dunia iaitu:
- Nasib (celaka atau bahagia)
- Jantina
- Rezeki
- Ajal
*teringat pula lagu Opick feat Melly Goeslaw,tajuknya Takdir.Bolehla dengar kat youtube lagunya sangat best n liriknya pun bermakna. Klik sajalah di sini.
No comments:
Post a Comment