Tuesday, February 1, 2011

Mujur dosa itu tidak berbau

Assalamualaikum


Ya..mujur sekali dosa itu tidak berbau..kalaulah berbau,agaknya apa baunya?pasti menyeksakan!Mungkin juga seluruh manusia di bumi ini akan jadi baik baik belaka.Saling berusaha untuk mengelakkan diri daripada membuat dosa.Nanti berbau,malulah!

Itulah..adilnya Allah yang Maha Esa.Dia telah menetapkan dosa itu antara perkara ghaib yang wajib ke atas orang yang beriman untuk mempercayainya sekalipun tidak pernah melihat,merasa,menyentuh atau menghidu.Tidak ada seorang pun manusia biasa yang terlepas daripada melakukan kesalahan dan dosa.Tidak ada seorang pun..Kalau berdosa dengan Allah,kita boleh bertaubat dan meminta ampun terus kepadaNya.tapi kalau sesama manusia,bagaimana?kita perlu mencarinya terlebih dahulu, bina kekuatan untuk berdepan dan mengaku kesalahan.Itu bukan mudah!andai dosa itu berbau,boleh jadi kita akan busuk selama2nya.

Penyayangnya Dia kerana masih memberikan kita waktu untuk bertaubat atas segala dosa yang dilakukan hatta dosa itu mencapai awan di langit sekalipun..  

Hadis Sunan At-Tirmidzi Jilid 5.Hadis Nombor 3608.
Aku mendengar Bakar bin Abdillah Al Muzani, ia berkata: Anas bin Malik memberitahukan kepada kami, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Allah Yang Maha Suci dan Tinggi berfirman: "Hai anak cucu Adam selama kamu berdoa dan memohon kepada Ku pasti Aku ampuni dosa-dosa mu dan aku tidak peduli hai anak cucu Adam! Seandainya dosa mu mencapai awan di langit kemudian kamu memohon ampun kepada ku, pasti Aku ampuni dosa-dosamu dan Aku tidak peduli, Hai anak cucu Adam, Sesungguhnya seandainya kamu datang kepada Ku dengan membawa dosa-dosa sepenuh bumi kemudian kamu menjumpai Ku dengan tidak menyekutukan Ku dengan sesuatu, pasti aku mendatangi mu dengan ampunan sepenuh bumi pula."

Indahnya Islam kerana setiap masalah pasti ada jalan keluar yang terbaik.Setiap aturan yang ditetapkanNya pula pasti ada hikmah besar disebaliknya.Jangan pernah berasa berputus asa dalam mencari redha Ilahi.Rahmat Allah itu sangat luas untuk hamba-hambaNya meskipun mereka itu melampaui batas dan menzalimi diri sendiri dengan berbuat kejahatan dan dosa..

Katakanlah, "Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa* semuanya. Sungguh,Dialah yang Maha Pengampung, Maha Penyayang." (Az-Zumar:53)

Bertaubatlah selagi ada waktu.Manusia kadang rasa berputus asa kerana merasakan dosa mereka itu tersangat berat dan mungkinkah Allah akan mengampuni mereka.Perasaan sebegini timbul kerana berasa diri terlalu berdosa dan mereka lupa bahawa sesungguhnya rahmat dan kasih sayang Allah itu melebihi kemarahanNya..

"Kemudian, sesungguhnya TuhanMu (mengampuni) orang yang mengerjakan kesalahan kerana kebodohannya, kemudian mereka bertaubat setelah itu dan memperbaiki (dirinya), sungguh, Tuhanmu setelah itu benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang" (An-Nahl:119)

Banyak sekali mutiara-mutiara kata dari al-Quran yang membuktikan betapa penyayang dan kasihnya Allah kepada hamba2nya.Allah membuka pintu keampunan seluas-luasnya bagi mereka yang ikhlas untuk mendapat magfirahNya.Ya,dengan pelbagai cara..termasuklah dengan meningkatkan amal kebajikan untuk menghapuskan dosa.


Justeru,banyakkan istighfar di dalam hati dan zahirkan di lisan tatkala kita tersedar dari melakukan sesuatu dosa.Kadang-kadang kebaikan yang kita buat pun,boleh jadi dosa bila niat di hati sudah terpesong tanpa kita sedari.Astaghfirullahal a'zim..ampunkan dosa-dosaku yaAllah..



Dan ingatlah! Imam al-Ghazali ada berkata,
"Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya"

*tetiba saya teringat satu lagu yang dinyanyikan oleh Nazrey-raihan yang bertajuk Mengemis kasih.bagus sekali liriknya..ini saya kongsikan:

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan..dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmatMu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmatMu di bumi

Bila selangkah ku rapat padaMu..
Seribu langkah Kau rapat padaku....
Allah....Allah...ya Allah..

No comments: