Wednesday, February 2, 2011

Salam rinduku buat keluarga di bumi Anbia

Assalamualaikum wbt

Suasana pagi Rabu yang ceria..matahari tampakkan dirinya,menjalankan tugas yang ditetapkan Pencipta dengan penuh patuh dan setia.Kalau dilihat ke luar,cuaca nampak panas tetapi ternyata di dalam rasa dingin menusuk ke tulang.Kelihatan daun-daun pokok di luar juga melambai-lambai tanda hadirnya angin.Alhamdulillah,sempurna sekali hari ini.

Sebenarnya diri ini rindu sangat pada keluarga di sana..Abg mer..Kak yani..dan Ijah..huhu.Ijah di mesir..agaknya apa keadaan ijah di sana.Nani dengar,banduan dari penjara semakin berleluasa.Balai polis kena bakar,bank kena rompak.Nani dengar Ijah dah tak ada duit,terpaksa pinjam duit kawan.Macam mana nak beli makanan,harga tinggi melambung.Kereta kebal pun banyak berkawal di luar rumah.Apa apa pun Ijah,nani sentiasa doakan keselamatan Ijah kat sana.Allah itu Maha Kuasa dari segala-galanya.InsyaAllah tangan-tangan Allah pasti tiba untuk membantu..huu..

Untuk Abg Mer,Kak Yani dan baby di Jordan,nani dah lama tak dengar berita kalian.Harap-harap semuanya baik baik saja..Abg Mer sudah habis exam nanti,cepat cepatla pulang ke Malaysia.Kerja di sini.Nani cuti panjang ni teringat macam mana dulu Abg Mer adakan aktiviti untuk kami adik-adik.Adakan minggu melawan syaitan.Banyak ilmu Abg Mer turunkan..tapi nani tak mampu untuk lakukan semua tu kembali untuk adik-adik di rumah ni..huhu..Ya Ummu wa Abu Faris...nani rindu kalian : (

2 comments:

eja said...
This comment has been removed by the author.
eja said...

huuhuhu hang ni saje je wat aku nak nangis :( aku pon sntiasa rindukan hang kat sane..