Wednesday, January 5, 2011

Kenali Al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna

Assalamualaikum wbt,

Imam Syahid Hasan al-Banna
Tahun lepas, bila dh kluar smap..satu perkara yg membuatkan saya btul2 rindu akan smap ni ialah biah solehahnya.Saya jadi rindu bila tgk musolla utk kali terakhir sebelum kluar dari skolah tu.Apa yg menariknya dengan musolla di asrama putri ni?Jawapannya ialah bg saya,tempat inilah jantung bg asrama kami.Setiap kali waktu solat,naqibah atau sape2 yg dtg awal ke musolla akan announce utk solat berjemaah.Alhamdulillah kat skolah ni saya ditarbiah utk sentiasa solat awal,solat berjemaah,salam jemaah,tazkirah..pagi petang baca al-ma'thurat.Senang crita apa2 perjumpaan rmai2 mst buat kat musolla.Klu dulu baca ma'thurat soghir tp lama2 dh mula baca ma'thurat kabir.Jadi,bila dh kluar smap..saya terfikir adakah apa yg saya amalkan kat skolah akan saya amalkn jugak bila dh kluar atau di u nanti?

Bukan senang nak istiqomah dlm bnda2 kebaikan yg kita buat ni..lebih2 lagi klu dok kat rumah.Haish..nafsu mmg tinggi.ada saja bnda nk buat..kmas rumahla,main internetla(fb tu tak katala),tgk tv,klu bleh nk pegi dapur slalu,kluar jalan2 kdang2 tu smpai sehari,hm byk lg la.Pendek kata,kalau tak kuatkan iman ni atau selagi iman blum diuji dengan musibah,setiap hari,2 helai muka surat al-quran blum tentu dapat dihabiskan.al-ma'thurat apatah lagi...

Baru2 ni saya teman sepupu gi kedai beli buku skolah.Disebabkan saya bkn lg budak skolah,saya pun tgkla kat bhgian novel2 n buku2 cerita.Tetiba saya terpandang buku2 agama..atas satu shelve ni,byk sekali al-ma'thurat.Berbagai2 rupa besar kecil semua ada.Terdetik dalam hati nk beli satu,hak milik sendiri.Mungkin jgk nnt boleh istiqomah sebagaimana saya n kawan2 dok baca slalu kat skolah..Alhamdulillah tak sia2 beli buku ni sebab kat bhgian belakang dia ade diceritakan sedikit sebanyak ttg penyusun al-mathurat yg kita baca selama ni.Beliau adalah Al-Imam al-Syahid Hassan al-Banna.Ikuti perjalanan hidup beliau,seorang ulama dan mujahid Islam..

Biodata penyusun 

Dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiya,Iskandariah,Mesir, beliau dibesarkan dlm keluarga yg sangat dihormati dan kuat pegangan Islam.Beliau merupakan anak sulung daripada 5 org adik beradik dan ayahnya pula,Syeikh Ahmad Ibn Abdul Rahman al-Banna ialah seorang ulama,imam,guru dan pengarang kitab2 hadis dan fiqh.Di rumah mereka terdapat satu prpustakaan yg besar,jadi ayahnya selalu mempelajari sunnah2 Rasulullah dan mngadakan perbincangan dgn kawan2 di kedai dan dirumah.Hasan al-Banna selalu jg ikut perbincangan tersebut.

Apabila semakin meningkat dewasa,ketokohan dan keilmuan yang diwarisi drpd ayahnya kian terserlah.Beliau  telah menghafaz al-Quran ketika usia masih muda dan disebabkan kebijaksanaannya jg beliau telah memasuki Darul Ulum di Kaherah ketika baru berusia 16 tahun.

Kisah hidup beliau

Di Kaherah inilah beliau terdedah dengan pergolakan politik dan aliran2 yg menentang Islam.Beliau telah menganggotai pertubuhan Islam dan menyebarkan dakwah di merata2 tempat termasuklah di kedai2 kopi dan di tempat orang ramai berhimpun.Ketika berumur 23 tahun,beliau menubuhkan Ikhwanul Muslimin yang sangat2 berpengaruh waktu itu.

Bila kerajaan Mesir tahu tentang gerakan ni,Noqrashi Pasha dari Parti al-Safdi mengharamkan Ikhwanul Muslimin atas tuduhan merancang pemberontakan utk jatuhkan kerajaan.Beliau jgk arahkan supaya kesemua cawangannya yg berjumlah lebih 3000 dibubarkan.Pengikut Ikhwanul Muslimin yg marah dengan keadaan ni mula menimbulkan ketegangan dengan pihak kerajaan.Demi mengatasi keadaan ni,pihak kerajaan menjemput Hassan al-Banna utk berunding di Pejabat Jam'iyyah al-Syubban al-Muslimin yang mana jemputan ini sebenarnya merupakan helah utk membunuh beliau...

Hari yang ditakdirkan iaitu 12 Feb 1949 jam 5 petang,Hassan al-Banna dengan iparnya Abdul Karim Mansur yg juga merupakan seorang peguam berada di pejabat tersebut.Malangnya,Menteri Zaki Ali Basya yg dikatakan akan mewakili kerajaan utk berunding tak kunjung2 tiba.Akhirnya,usai solat Isya', mereka ambil keputusan utk pulang.Ketika hndak menaiki teksi yg dipanggil, 2 org yg tak dikenali menuju ke arah teksi tersebut dan terus melepaskan tembakan pistol tepat kepada mereka.Iparnya langsung tak dapat bergerak selepas ditembak manakala Hassan al-Banna yg walaupun terkena 7 das tembakan menahan kesakitan dan berjalan msuk semula ke pejabat Jam'iyyah utk panggil ambulans.

Setibanya di hospital Qasrul 'Aini, mereka dikawal Jeneral Muhammad al-Jazzar yg tak benarkan mereka terima sebarang rawatan.Takdir Ilahi,pada pukul 12.50 mlm,Hassan al-Banna menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat tumpahan darah yg serius.Peristiwa yg berlaku pada tanggal 12 Feb 1949 ini merupakan detik sejarah yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh umat Islam keseluruhan khususnya para pejuang agama.Pada tarikh ini dunia telah kehilangan seorang mujahid yg juga merupakan pelopor utk menjulang agama Islam ke puncak.

Inilah sedikit sebanyak kisah hidup beliau yg saya ceritakan dan ringkaskan kembali daripada al-ma'thurat yg saya bca.Mungkin dah ramai yg tahu kisah ni tetapi tak salah utk kita berkongsi.Semoga dengan perkongsian ni,kita akan lebih mengetahui kisah hidup beliau yg berjuang bermati2an demi menegakkan Islam dan menghargai pengorbanan beliau yg dasyat ni.Berzikirlah kita setiap masa terutamnya pagi dan petang sepertimana firman Allah yg mafhumnya:

" Dan ingatlah Tuhanmu dalam hatimu, dengan rendah diri dan rasa takut, dan dengan tidak menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lengah"
                                                                                                  (Surah al-A'raf :205)

3 comments:

MiSs iiMa said...

Ler kalau da tdo sampai tgh hari mmg le tak sempat nk buat semua xP
Nani kena teruskakn baca ma'thurat tu..pelindung diri..tkpun amalkan doa2.

Maryam Hanani Abdul Razak said...

k tim!lma tak komen.kata nk bg tag.camna nk bt tu??insyaAllah! ;)

MiSs iiMa said...

Nani lgla tak pernah komen pun blog kak tim :(
Nani tulis je la ape2 pasal Nani. tk kira la nk citer sejarah dr kecik ke tau pasal perangai2 nani.tk nk tulis pun takpe.Kak Yah tnaya bila nk gi umah dia